Hebahan

Saturday, July 30, 2011

Fotokopi..~


 

Perasan tak? Kalau kita baru "panas-panas" fotostat nota atau dokumen, salinan itu memang masih panas. Kenapa?

Dulu.. tahun 90-an, masa menuntut ilmu, di sekolah ada bilik khas untuk cetak soalan ujian bulanan atau peperiksaan. Bilik xerox namanya.. Betul tak?? Tu nama glamor.. nama kampung bilik cetak!

Emm.. kali ni, nak cerita sedikit mengenai Fotokopi, yang terpilih sebagai tajuk Fakta Sains (Science Facts) yang telah aku kongsikan bersama rakan sekerja Petrosains awal bulan lalu. Memang sampai ke sudah aku dapat giliran awal. (Kiddo la yang buat jadual ni)

Baiklah.. berbalik kepada tajuk kita, Fotokopi! Sekarang kita ada mesin fotokopi yang moden untuk mencetak atau buat salinan. Siap boleh dijadikan mesin faksimili atau scanner lagi. Dan kita juga boleh buat setting supaya fotostat depan belakang, boleh stapler terus dsb!

Mesin fotostat paling awal dicipta pada tahun 1907 lagi! Idea Oscar Gregory dari syarikat Photostat Corporation. Jadi, sebab tu sampai ke hari ini kita panggil "fotostat"! Alaa.. sama halnya dengan Milo, Colgate, Ridsect dll.

Tapi, sebelum terciptanya mesin fotokopi ini, manusia menggunakan kaedah menyalin menggunakan kertas karbon! Ingat lagi tak kertas karbon yang kita boleh tekap lukisan di atasnya?? Lepas tu ada mesin mimeograf macam kat bawah ni.



Selepas itu, ia mulai berkembang dari semasa ke semasa, termasuklah lukisan kejuruteraan yang dihasilkan dalam bentuk blueprint yang mengaplikasi proses cyanotype, yakni mecampurkan dua jenis bahan kimia iaitu Ammonium Iron(III) Citrate dan Potassium Fericyanide.
 

Kemudian ia terus berkembang sehinggalah terciptanya mesin ciptaan Chester Carlson yang menggunakan proses xerografi! Maka di sinilah asal usulnya perkataan xerox atau zeroks! Xerografi atau nama lainnya elektrofotografi merupakan proses yang menggabungkan elektrostatik & fotografi (teknik mencetak secara kering sebab tiada guna sebarang cecair), dan mesin inilah yang wujud sehingga hari ini.
 

Fotokopi sebenarnya memudahkan tugas seharian kita. Kita dapat buat salinan dengan mudah, cepat, murah & secara pukal! Jangan pandang sebelah mata orang buka kedai fotostat.. untung banyak tu walaupun 1 sen sehelai kutip untung. Cuba bayangkan volumenya mencecah ribuan salinan?? Emm.. apa lagi pasal fotokopi ek? Pernah degar tak orang sebut adik-beradik kita macam fotostat saja mukanya?

TT: Tiada kaitan dengan Cinta Fotokopi! hihi (Xerography asalnya bahasa Greek, Xeros = dry/kering; graphia = writing (tulis/salin)

Thursday, July 28, 2011

Harimau luka !


Harimau Malaya~ Mengaumlah... kita sudah berada di kandang sendiri. Gelanggang seribu erti.

Tak salah kalau kita katakan semua rakyat Malaysia berdebar & teruja menantikan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014. Lebih-lebih lagi setelah tumpas dibaham Singapura 5-3. Namun, berbekalkan 3 gol di pihak lawan, masih ada sinar harapan buat skuad negara.

Siapa yang tiada sekelumit rasa, secalit harapan kepada skuad bola kebangsaan seharusnya perlu muhasabah diri. Sokonglah mereka walau seteruk mana mutu permainan sekalipun sehingga wisel penamat ditiup pengadil setelah 90 minit berjuang. Lepas tu.. terserah. Nak kutuk, nak puji, nak nasihat hatta nak bakor sekalipun.. segalanya telah tersurat & terlambat.

Yang tersirat.. kita sedang meniti laluan menuju kegemilangan. Sudah berada di atas landasan yang tepat, waktu yang tepat bersama skuad yang hebat. Hebat & gah, tapi belum cukup mantap & mungkin menerima  risiko & padah. Sebab pucuk pangkalnya kembali kepada kesungguhan pemain kita beradu kepantasan, kemahiran, tenaga dan fizikal badan. Kita hanya mampu bersorak & menyokong 100%.


Selaku rakyat Malaysia, aku cukup berbangga nak pakai JERSI KUNING ini walaupun bukan hari Sabtu. Ketika "menyogo" semalam, aku cukup berbangga berJERSI KUNING tanpa dikejar kelibat pihak penguasa. Haha. Tiapa kali melintasi runaway, membawa baby Maya dalam stroller (umminya shopping raya), ada saja orang jerit... Malaysia!

Apa salahnya pakai KUNING?? Walaupun Datukl Rajagobal kata tuah warna biru selalu menang! Tetapi tanda sokongan terhadap bola Malaysia, tanda SUCI & BERSIHnya jiwa kita kental menyokong padu barisan negara kita kibarkan Jalur Gemilang yang sama!

Perlawanan yang akan menetukan hala tuju bola sepak negara. Naik turun kedudukan(ranking) bergantung kepada keputusan semasa antara negara! Bukan antara negara & kelab. Agak sayu melihat keputusan 5-3. Walaupun mendahului 1-0, kemudian ketinggalan 4-1, lalu bangkit 4-3, skuad negara masih ampuh membenarkan jaringan kelima. Marah tak marah.. geram tak geram.. apakan daya, kita tunggu pusingan kedua 8.45 malam nanti.

Walaupun aku pakai baju Gunners tapi jiwa tetap Malaysia. Nak buat macam mana.. jersi  KUNING banyak kali lagi boleh pakai. Entah bila pula Gunners nak datang Malaysia. Lagipun takde live kat TV. Rata-rata mereka yang hadir sebenarnya juga begitu. Nak tengok gol dihasilkan oleh anak Malaysia mengalahkan orang asing di bumi sendiri. Sebagaimana terpegun dengan mutu serangan ketika menentang Liverpool, dan betapa cap ayamnya barisan pertahanan Malaysia.


Percayalah.. hati ini tetap berjiwa Malaysia. Setelah kalah 4-0 kepada Arsenal. Kalah lagi kepada Liverpool 6-3. Dan skuad Olimpik (campuran) hanya tewas tipis 1-0 kepada Chelsea. Betapa kentalnya pertahanan skuad Olimpik sedangkan skuad senior sudah melepaskan sebanyak 15 gol dalam 3 perlawanan terakhir.

Dan sebagai pengubat duka lara, merawat luka terpendam, aku nak kongsi beberapa momen lagi ketika menyaksikan MalaysiaXI menentang Arsenal. Terima kasih kepada Hakim yang tolong belian tiket & tolong book tempat dalam stadium Kami semua dari Petrosains.

Dari kanan ke kiri: Aku, Hakim, Syahmi & adik beradik kembar Azri & Amer
 



Ini beberapa  momen sebelum permainan, sebelum menginjak kaki ke dalam stadium. Memang bingit! Tak boleh bawa anak kecil. Trompet, hon ala ala vuvuzela sangat berterabur bunyinya. Dan inilah hakikat berada di stadium. Sebijik macam berada di pasar. Masa belajar dulu, kalau kelas bising, selalu kena marah "Kamu ingat ni pasar ke? Pasar malam?" Kalau orang Kelantan, geger riuh sebegini ibarat menjual etok(etak)!

Sebelum sepak mula.. sudah gegak gempita!
Berani pekerja itu.. tak gayat ke?
Dan ambien ketika menonton bola sangat mengujakan. Semangat dan jiwa memang berada di atas padang. Macam orang seni berada atas pentas. Umpama ahli politik memberi pidato. Semangatnya ada di sini. Rasanya malam nanti suasana jauh lebih meriah. Sebab pasti 1Malaysia memberi sokongan padu. Jika di padang rumput tirusan (ala-ala padang hoki atau futsal), singa telah menerkam harimau dan terluka!

Harimau luka... akan terus mengaum atau merudum? Akan terus terluka dan berduka? Atau akan melukakan, menerkam & membaham? 90 minit berbaki. Ayuh kita sama-sama berikan semangat kesukanan, tonjolkan kekitaan, pamerkan harapan & nyalakan obor perjuangan. Harimau luka, maka singa yang jadi mangsa?? Aaaauuummm~


Friday, July 22, 2011

Selamat Tinggal??

Adakah aku ingin bersara selaku blogger indie?

Jadi kenapa ucap selamat tinggal?? Aku terbaca satu artikel ketika bekerja pada suatu hari. Abang Nuar yang bacakan artikel ini. Menarik juga untuk dikongsi.

Ini adalah sumber. Hasil kajian & tulisan Douglas A. McIntyre. Siapakah beliau? Baca di sini.

Berikut adalah ramalan 10 brand yang akan lenyap pada tahun 2012:
  • Sony Pictures
  • A&W
  • Saab (kereta)
  • American Apparel
  • Sony Ericsson
  • Sears
  • Kellog's Corn Pops
  • Myspace
  • Soap Opera Digest (majalah)
  • Nokia
Persoalannya.. mengapa?? Semuanya disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
  • Jualan jatuh mendadak, lalu rugi
  • Penutupan "ibu" kepada produk yang memungkinkan menjadi petanda bankrap
  • Kos untuk 'bertahan' di dalam industri semakin meningkat
  • Syarikat akan dijual 'syer' atau menuju lingkup! Atau bungkus!
  • Pelanggan lari, beralih arah
Jadi, sekiranya ramalan ini benar belaka (cewah.. macam lagu kumpulan Umbrella yang terkenal tahun 90-an dulu), maka sebelum kita ucapkan selamat tinggal, maka ambillah kesempatan menikmati saat-saat akhir. Sebelum kempunan.. apa yang boleh kita makan, makan cepat-cepat. Apa yang boleh dimilki, beli segera sebelum semuanya tinggal sejarah.

Maka, aku pun sempat lah merasa "Rootbeer Float" & "Curly Fries". Henfon pun Nokia. Tapi bukan 3310. Abang sikit. Hehe :P 


Thursday, July 21, 2011

Pos balik 1 : Dunia Yang Lebih Indah

OH!

Rupanya aku pernah ada blog sebelum ini.

YA!

Sebelum misisitukangtulis.blogspot.com wujud lagi. Bukan pasal Hitam Putih Kehidupan. Tetapi lebih kepada puisi. Cewah~ Puitiskah??

Alaaa.. sebelum zaman FB kan ada zaman Friendster (oh.. berkurun lama tak buka FS). Masa tu aku cuba-cuba buat blog. Kelakar namanya.. Nak tahu? Klik sini kalau masih wujud.


RooMy'0 JuLie'8! Unik juga nama tu. Masa tu memang ala-ala berangan William Shakespear! Mahukan pusi & kisah romantis. Zaman baca novel Melayu katakan.. Haha

Dan mulai bulan ini, aku akan pos balik puisi-puisi & kisah hati yang pernah dinukilkan. Tapi bukan sekaligus lah!

Ini dia entri ketiga sesuai sebelum Ramadhan~ Tajuk pun panjang & lebar :P

Pesanan TT: Siap sedia untuk senyum simpul.. & terbelahak! Hua huak



HARI YANG CERAH ; JALAN YANG LUAS; DUNIA YANG LEBIH INDAH!!!
  
Aku rasa dah malas nak peningkan kepala sendiri…
apatah lagi kepala orang lain.
Dah bosan dengan isu lapuk yang aku selalu laung-laungkan.
Sangat retorik….dan membosankan. Orang dah bosan
nak baca tulisan aku yang berjela-jela. HUH! SENGAL!

Aku dah baca blog orang lain.
Mengkaji….sejauh mana mesej mereka berjaya disampaikan. Ada yang lebih senang
menggunakan ayat yang straight forward. Tak ada lapik-lapik…tak main lah
berkias-kias ni. Rasa nak kutuk…lepaskan saja. Rasa tak puas hati…blog
sendiri jadi bahan amukan.

Ada segelintir penulis blog
sekadar melepaskan batok di tangga. Macam aku! Haha!!
Ceh, bercakap depan cermin nampak!
Aku bukannya apa… Tajuk bukan main lagi menarik…tapi satu
perenggan je. Permulaan yang baik, tak bermakna pengakhirannya pun menarik. Tak
faham apa mesej yang nak disampaikan. MOTIF???

Ni satu lagi kes. Bahasa ibunda,
bahasa rojak, ayat copy paste, ayat menciplak! Huhu~
Ada penulis yang gemar menggunakan bahasa Inggeris untuk meluahkan perasaan.
Apa yang terbuku di hati…dilepaskan dengan fahaman kata hati.
Alasan ?? Kalau menggunakan bahasa
Melayu nak kutuk-kutuk orang tak sedap. Tak best… Ala-ala Syarifah Amani
gitu… Huhu… I’m sound stupid if I speak Malay. Aduhai… kesian Syarifah
Amani… Tak pasal-pasal terheret sama ke kancah yang tak munasabah! Kau memang
mengundang musibah Mustakim Bahrudin!! Haha…

Jadi…apa kesimpulannya?? Aku
punya corak penulisan macam mana?? Dah tentu lagi teruk daripada orang yang aku
kutuk. Sudah tentu idea aku lebih busuk dari idea orang yang aku nak sibuk.
Penyibuk! Suka sangat jaga tepi kain orang…kain sendiri yang terlondeh…
Akhirnya… aku sendiri yang terhegeh-hegeh… tersengih-sengih… macam kerang
busuk. Senyum kambing…. dibuat-buat bagi menutup kelemahan diri.

Wei… sudah-sudahlah menulis.
Apa benda yang aku merapu ni?? Merepek…  macam mak nenek. Konon lah kau! Bajet
best! Blog yang aku buat kat friendster je. Bukannya buat kat blogger. Haha…
Suka hati aku lah. Aku yang menaip… Guna modal orang lain ke?? Satu sen habuk
tak keluar. Aku bukannya menyusahkan orang pun. Tak pernah nak paksa orang baca
tulisan aku. Kata hati aku….siapalah yang nak mendengarnya. Kalau ada yang
sakit mata…. sakit hati membaca tulisan aku ni… Silakan… Tekan Alt + F4.
Tamat sudah…

Fuh! Masih ada lagi ke yang
sanggup membaca. Haha… Berangan aje lah. Tak ada orang nak baca dah.
Mimpilah kau. Bermimpi di siang hari…membangkit igauan di malam hari.
Baiklah…blog ni…bagi aku…tempat kita bercerita.
Kadang-kadang…. kata-kata begitu sukar dilontarkan untuk menyatakan
kehendak perasaan. Kadang-kadang juga
kata-kata ni begitu menikam perasaan dan menyakitkan untuk diucapkan.
Justeru, ada ruang yang lebih luas dan peluang yang lebih terbuka untuk menghamburkan segalanya.
MARAH !!! BENCI !!! RINDU !!! CINTA !!! MENGHARAP !!! PUTUS ASA !!!
SEDIH !!! PILU !!! BAHAGIA !!!
Satu dunia boleh tahu bila kita menjadi PENULIS !

Aku bukanlah seorang pemidato yang hebat…
bukan juga seorang penulis yang dahsyat…
apatah lagi ada rupa yang memikat.
Cuma apa yang aku ada …. BAKAT! Hahaha!!!
Selalu perasan diri hebat.
Bakat yang terpendam…hasrat yang tersimpan…kononnya.
Melenyapkan aku dari hari-hari yang gelap.
Hari yang cerah sedang menantimu….
Sesuatu masalah bukan ada hanya satu saja jalan keluarnya.
Jalan penyelesaiannya tidak sesempit yang disangka.
Jalan yang luas sedang menunggumu…
Dunia lama aku tinggalkan… Dimensi baru aku wujudkan…
ALAM PENULISAN…. Dunia yang lebih indah buatku…

Orang takkan tahu…
Mereka tak akan ambil peduli…
Apa yang tercoret…
Apa yang terpalit…
Memori… Kenangan… Tak ada gunanya untuk
dikongsikan tapi ada baiknya untuk disemadikan…
Biar terkubur saja kisah lalu…
Aku pasti rebah…tapi takkan menyerah kalah…
Bangkit….biarpun sakit… Peduli apa aku…orang nak kata apa.
Biarkan aku dengan dunia aku….Duniaku….duniamu jua…
Tak percaya??

Hakim Bahar - 13 September 2007 / 1 Ramadhan 1428 – 3 a.m


Nota Kaki

Yang tak tahan lagi.. ada 2 komen. Tapi komen ni paling sedap & enak. Daripada Zulfikar, juga pemuisi. Hihi :P

(mengamuk nampak???!!! ape yg perlu diamuk..kelambu dibakar kerana nyamuk? kenape dipendam jiwa yg remuk…perlu disembang perlu ditunjuk….bersembang bercanda sambil duduk di kaki ufuk….

kias makin pedas…pena makin panas…jari jemari makin tangkas…wujudkan penulis yg buas..yg suatu hari pembaca akan menyatakan SYABAS) COPY & PASTE bulat-bulat!

Saturday, July 16, 2011

Anugerah Planet Muzik (APM) 2011 @ Singapura - Keputusan

Baru saja berlalu.. tak sampai sejam pun! Keputusan telah pun diumumkan. Kejutan?? Tiada kejutan besar! Kejutan macam kena gigit semut saja. Tak sampai tahap kena sengat atau kena renjatan elektrik! Haha. Paling ketara.. malam Hady Mirza dan juga Hafiz Awan Nano nano nano nano~

Contohnya isu DCT dah tak boleh tanding kategori Popular setelah lebih SEDEKAD memonopoli anugerah berkenaan. Dan Lagu Terbaik menjadi milik Malaysia buat kali kedua setelah lagu Biarlah Rahsia menang sebelum ini. Dan Faizal Tahir nyanyi tak best tadi! Hihi. Energi ada tapi suara...non ado! Takut orang pertikai menang kategori Terbaik!

Apa-apapun Malaysia menang 7 anugerah + 1 kategori Malaysia. Dan berjaya menang 6 kategori Terbaik!  Dan "kontinjen" Malaysia terus kempunan kategori Album Terbaik! Dan inilah senarai penuh pemenangnya :

VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU LELAKI)/BEST VOCAL (NEW MALE ARTISTE)
Sandhy Sondoro - Bunga Mimpi

VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU WANITA)/BEST VOCAL (NEW FEMALE ARTISTE)

Amanda Imani - Selamilah Cinta

VOKAL TERBAIK (DUO/KUMPULAN BARU)/BEST VOCAL (NEW DUO/GROUP)

Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet - Kalau Berpacaran

KOLABORASI TERBAIK/BEST COLLABORATION

Sayang - Dayang Nurfaizah & Marcell; Omar K Nuur Iman

ARTIS LELAKI TERBAIK/BEST MALE ARTISTE

Faizal Tahir - Adrenalin

ARTIS WANITA TERBAIK/BEST FEMALE ARTISTE

Rossa - Harmoni Jalinan Nada & Cerita

DUO@KUMPULAN TERBAIK/BEST DUO@GROUP

3 Suara – Jaclyn, Ning & Shila - 3 Suara

ALBUM TERBAIK/BEST ALBUM

Energi - Kotak; Pay BIP

LAGU TERBAIK SINGAPURA/BEST SONG (SINGAPORE)
Lagu Teman - The Lion Story feat. Zahidah Haramain Osman Haramain Osman

LAGU TERBAIK MALAYSIA/BEST SONG (MALAYSIA)

Awan Nano - Hafiz; M Nasir Buddhi Hekayat

LAGU TERBAIK INDONESIA/BEST SONG (INDONESIA)
Cintailah Aku Sepenuh Hati - Ari Lasso; Sandy Canester & Pay Ari Lasso

LAGU TERBAIK/BEST SONG (Calon antara pemenang Lagu Terbaik Singapura/Malaysia/Indonesia)
AWAN NANO - Hafiz (Malaysia)

ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR/MOST POPULAR SINGAPORE ARTISTE

 Hady Mirza

LAGU SINGAPURA PALING POPULAR/MOST POPULAR SINGAPORE SONG

Angkasa : Hady Mirza
 
ARTIS SERANTAU PALING POPULAR/MOST POPULAR REGIONAL ARTISTE

Siti Nurhaliza

LAGU SERANTAU PALING POPULAR/MOST POPULAR REGIONAL SONG 
Angkasa : Hady Mirza

ANUGERAH KHAS PLANET MUZIK
PLANET MUSIC SPECIAL AWARD


MELLY GOESLOW

Tukang Tulis: Didie Alias berjaya singkirkan Aznil~ Lady Gagah. DAN ada "mulut jahat" kata APM habis awal atau tergendala disebabkan oleh FT! Emm..tiada komen

Friday, July 15, 2011

LLJ Julai 2011

Berikut 15 lagu-lagu jadian pilihan Tukang Tulis edisi Julai 2011 :


Al-Mawlid - Cahaya Seluruh Alam



Asfan - Terhenti Di Sini (OST Asmara & Nora Elena)




Shah Basree - Andai Itu Takdir-Mu (OST Asmara & Nora Elena)



Jinbara - Nebuchadnezzar



Tomok - Cintaku di Indonesia



Muzzy - Hingga Akhir Nafasku



Grey Sky Morning - Hilang Rasa Cinta



Aril - Hanya (OST Tolong! Awek Aku Pontianak)



Yuna - Come As You Are (cover version Nirvana's song)



Al-Gebra - Daerah Ini



Najwa Latif - Cinta Muka Buku


Awi Rafael - Bila Aku Jatuh Cinta


Noraniza Idris ft. Jac - Mahligai



Il Volo - 'O Sole Mio



Lady Antebellum - Just A Kiss (singing LIVE new single)

Thursday, July 14, 2011

Tolong! Awek Aku Pontianak vs Sekali Lagi

Inilah 2 filem Melayu yang telah berjaya aku curi masa untuk menontonnya di panggung. Mengapa? Kerana dua-dua filem ini amat romantik. Haha. Ayuh kita buat perbandingan:

Sekali Lagi

Menampilkan pelakon yang menang anugerah. Pelakon Lelaki Terbaik (Bront-Belukar), Pelakon Wanita Terbaik (Lisa-LBS) & Popular(ABP2009) dan sudah tentu Bintang Paling popular 2009 yang juga Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Shaheizy Sam-EKLD2)!

Gandingan kali pertama Lisa-Sam. Rasanya OK! Tak teruk sangat. Sam kelihatan agak mencuba & mungkin dibayangi watak Tom Hanks (Forrest Gum) dan juga SRK(My Name Is Khan). Lisa pula tak berapa konsisten tapi tak menghampakan. Lakonan Bront menyelamatkan keadaan. Dan kecomelan Mia Sara memberi hiburan~

Pelakon tambahan yang perlu diberi perhatian : Bob Lokman, tapi bukan yang pegang watak Farina! Haha

Jalan cerita - Sedikit komedi di awalnya tetapi tak komedi sangat. Dan lebih banyak drama menuju pengakhirannya serta disuntik elemen romantik. Babak imbas kembali bagus dan aku suka penamat cerita ini. Ramai penonton keliru sebab poster Sekali Lagi memaparkan frasa "filem romantik komedi"! Apa yang komedinya kalau hanya 10 % saja lawak??


Lagu latar - Sesuai dengan jalan cerita, terutama lagu Dakmie! Ada babak yang boleh buat rasa sebak.

Hashim Rejab ? Mungkin boleh tercalon Pengarah Harapan. Cubaan yang baik. Sepatutnya Hashim Rejab fokus babak romantik saja. Tak payah ikut sangat komedi kehendak penerbit. Boleh? Hehe. Sebab Hashim telah berjaya mengarahkan Adamaya dengan baik sekali. Percayalah kalau filem ini diadaptasi ke drama bersiri, mungkin mampu cetuskan fenomena Sekali Lagi~

Secara Keseluruhannya.. aku pernah nyatakan Syurga Cinta filem Terbaik Metrowealth? Kini kita sudah ada juara baru Metrowealth!
 
Tolong! Awek Aku Pontianak (TAAP)


Menampilkan Pelakon Wanita Terbaik (Liyana Jasmay-Papadom) & Popular (ABP2008), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Sazzy Falak- Gol & Gincu), dan juga Pelakon lelaki Harapan (Zahiril Adzim - KAMI The Movie)

Gandingan kali pertama Zahiril Adzim & Sazzy Falak, pelakon yang 'comel' saiznya tetapi memang comel pun. Zahiril Adzim & Sazzy Falak ada kimia! Liyana Jasmay ala-ala, tetapi Sufian Mohamed(Sini Ada Hantu- part Hantu Pokok Pisang) & juga Yus Waisar(Badrul Trilogi Cinta) berlakon amat semulajadi. dan boleh mencabar Zahiril Adzim. Emm.. mungkin Bob lebih hidup bawa watak 'budak nakal'. Hehe :P

Pelakon tambahan yang perlu diberi perhatian : Aaron Slam Bach (Harun Salim Bachik), Afdlin Shauki & Amerul Affendi! Sebelum ni pun  Amerul bawa watak lembut dalam Sini Ada Hantu. Faezah Elai mampu overshadow LJ! Haha. Jehan Miskin macam watak dalam Cun!

Jalan cerita - Tak klise! Kalau anda suka menonton Cun! Gelak kaw kaw. Anda pasti menyukai TAAP! Watak-wataknya banyak guna nama sebenar. Bob-Liyana-Pian. Maya lakonan Sazzy Falak mungkin merujuk "pontianak cantik" Maya Karin yang memulakan fenomena filem seram di Malaysia.

Lagu latar - Sebijik ikut jalan cerita. Lirik dia memang unik, kelakar dan spontan! Lagu Hanya dendangan Aril ni sedap pula bila dengar banyak kali.



Dan inilah lagu paling romantik dendangan Pretty Ugly



James Lee - Setelah sinonim dengan genre seram, Histeria, Sini Ada Hantu dan kini TAAP! James Lee memang ada kelas~

Secara keseluruhannya, TAAP lebih romantis berbanding Sekali Lagi.

TT: Bagaimana agaknya filem yang menampilkan dua orang Pelakon Wanita Terbaik (maya Karin & Lisa Surihani) bersama Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin (Aaron Aziz) serta Pelakon Lelaki Terbaik (Bront Palare) yang disatukan melalui filem Ombak Rindu~