Hebahan

Sunday, January 11, 2015

Analisis Finalis AJL29




Senarai finalis AJL29 mengikut giliran :

1) Malaikat (Hazama) - Omar K/Omar K & Hazama

Komposisi Lagu : 6.5; Lirik : 5;  Vokal : 6;  Bonus : - TOTAL = 17.5

Lirik lagunya sebenarnya amat sedih kerana cinta tak kesampaian. Hasrat untuk bersama tidak menjadi kenyataan. Namun lagu ini mempunyai mood yang begitu ironi. Alaa.. macam lagu This Love, Maroon 5 yang sepatutnya lagu sedih, meratap hiba. Kecewa~

Sebab tu, susunan muzik yang dibuat boleh mengubah mood. Sebagaimana Hazama persembahkan sewaktu AIM dengan mood broadaway! Boleh mencabar groove muzik Lelaki. Pernah dengar Malaikat versi dangdut tak?? Ada sedutan di sini.




Mungkin nasib sebagai peserta pertama yang buat opening act selalunya tak cerah. Lihat saja nasib peserta opening act sebelum ini seperti Yuna (Cinta Sempurna), Project Pistol (Wanita Seluruh Dunia), Estranged (Aurora) dan Salamusik (Aku Pelat). Susah nombor nak melekat!

2) Percayalah (Indah Ruhaila) - Aiman / Mohd Atlas

Komposisi Lagu : 6; Lirik : 5; Vokal : 7.5,  Bonus : - TOTAL = 18.5

Lagu ini memang indah, kena dengan vokal Indah! Cuma, kesilapan sebaris lirik yang bercampur dengan Bahasa Inggeris itu sedikit merencatkan. Bayangkan jika diksi dan grammar pula salah dinyanyikan oleh Indah, pasti lebih cacat! You always in my heart ataupun You're always in my heart? Itu yang tertulis sewaktu peringkat separuh akhir bukan?





3) Sesal Separuh Nyawa (Alyah) - Alfi Tiga & Aidil AF3 / Shah Shamsiri & Alyah

Komposisi Lagu : 8; Lirik : 8;  Vokal : 7.5;  Bonus : 2 (Lagu Pop Terbaik AIM21); TOTAL = 25.5 + 1 (lagu terbaik minggu ketiga) = 26.5

Senang cerita, lagu ini memang kuat! Komposisi muzik dan lirik begitu mempesona. Masakan boleh menang Lagu Pop Terbaik kan? Lagu ni boleh menang besar jika diadili secara profesional biarpun suami Alyah merupakan pengarah muziknya. (Jikalau Ramli MS Pengarah Muziknya).Tiada isu COI memandangkan tahun lepas Alyah bertanding juga dan tiada apa-apa yang istimewa dalam susunan lagu Kau Yang Terindah.

Cuma, mungkin markah kurang jika sebutan patah kata Alyah yang akan mengubah makna. Contohnya, part bridge " Tuhan ten-tu....kannya~" Jika vokal Datin Alyah solid malam AJL nanti, pastinya dapat nombor dan itulah satu-satunya cabaran buat beliau. Ditambah kontroversi terkini yg menyelubungi Alyah pasal kisah "nombor 2", mesti lebih feel bila perform nanti.

Jangan ulangi kes ZZ yang dulu keguguran masa AJL katanya! Adakah En. Harith a.k.a Hisyam Hamid akan muncul sebagaimana kontroversi bersama Ifa Raziah sebelum ini akan beri markah lebih? Atau mungkin Alyah merajuk dan diganti oleh Kokping?? Mampukah?

Cuba dengar orang lain buat cover lagu ni.. hauk ke idok? Susah kan?




4) Gadis Jolobu (Dato' Hattan & Waris) - DJ Fuzz/ Datuk Hattan & WARIS

Komposisi Lagu : 6.5;  Lirik : 7; Vokal : 6;  Bonus : - TOTAL = 19.5

Lagu ini kekuatannya, lirik biarpun menggunakan loghat N9! Walaupun lirik kitar semula lagu Apo Kono Eh Jang (tolak markah ke sebab originaliti macam lagu pokok & Penglipurlara??). Tetapi kritikan sosial yang ada dalam lagu ni adalah kelebihan utamanya! Kisah adat perpatih, dan mempertahankan darjat wanita (terutama gadis N9) kerana dianggap membolot harta pusaka dan label yang sewaktu dengannya. Juga diselitkan aktiviti bergurindam yang semakin dilupakan.


5) Romancinta (Mojo) - Edry Abdul Halim

Komposisi Lagu : 7;  Lirik : 6; Vokal : 7(-1 sbb Aweera tak nyanyi) Bonus : 1 (Top 5 AIM) TOTAL = 20

Menurut Azmeer ketua juri peringkat separuh akhir, lagu ini mara ke akhir kerana bonus pada suara Aweera. Maka, awal-awal lagi markah ditolak kerana Mojo yang diketuai Edry akan guna platform AJL29 untuk perkenalkan vokalis baru mereka, Ryan Brakhma. Mungkin kejutan bakal berlaku sekiranya vokalis baru Mojo lebih wow! Dari segi komposisi muzik, lagu ini memang bukan stereotype Edry walaupun kalah kepada Bunkface kategori Lagu Rock Terbaik.





6) Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search) - Sam Bunkface

Komposisi Lagu : 7;  Lirik : 6; Vokal : 7;  Bonus : 2 (Lagu Rock Terbaik AIM21); TOTAL = 23


Lagu ini markah lebih dengan kehadiran lagenda rock Amy Search yang berpadu suara dengan pelapis, Sam yang semakin baik vokalnya apabila menyanyi secara LIVE. Komposisi lagu ini memang ada attitude sebagai sebuah lagu rock moden. Cuma .. magis boleh mengangkat lagu ini sebagai juara memandangkan Bunkface tak pernah menang AJL tapi cemerlang dalam AIM dan anugerah lain (Shout! Awards contohnya)
Lagu ni boleh menang sebab momentum muzik yang ke arah rock & roll.

7) Matahari (Hafiz) - Ajai / Transformer Melayu

Komposisi Lagu : 7.5;  Lirik : 8;  Vokal :8.5;  Bonus : - TOTAL = 24

Mula-mula sekali siapa dia Transformer Melayu? Jangan risau.. orang Malaysia. Kurator muzium di Pahang. Beliau pernah bekerjasama dengan Ajai melalui lagu Asmidar, Biar Sampai ke Bintang. Lagu ini juga ada rasa dan bersifat ketuhanan dan jika disampaikan penuh soulful oleh Hafiz pasti akan bagi impak. Lagipun Ajai tak pernah menang besar AJL kan?? Menang kategori dan dapat nombor je sebelum ni. Kalau dah tertulis rezeki Ajai, itu namanya tuah! Masalahnya lagu ni dah overrated. Banyak orang buat cover dan sedap pula tu. Cuma, mungkin kalau Aqish muncul akan beri impak!











8) Gilalah (Stacy) - Omar K/Mike Chan & Stacy

Komposisi Lagu : 7;  Lirik : 4;  Vokal : 5;  Bonus : - TOTAL = 16

Sayang sekali, susunan muzik lagu ciptaan Omar K dan Mike Chan ini cukup bagus. Namun dicacatkan oleh lirik tulisan Stacy sendiri. Alasan kali pertama tidak boleh diterima pakai. Kenapa? Kita tengok saja rangkap pertama, 2 baris pertama lagu ini yang berbunyi  "Mereka berkata aku tak normal, Otakku tak bisa put something moral" Bersepah BM & BI nya! Seterusnya mengajak orang menjadi gila?? Motif?? Mungkin markah ekstra sebab mood lagu ini ceria dan gembira memandangkan lagu-lagu pesaing lain banyak lagu sedih. Dan juga persembahan yang klise daripada Stacy untuk kesekian kalinya kah? Tapi cover ni best kan? Lain daripada lain. Mungkin boleh bagi idea dekat Stacy pakai macam orang gila!




9) Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah) - Tam/Rudy Imran

Komposisi Lagu : 7.5; Lirik : 7;  Vokal : 9;  Bonus : - TOTAL = 23.5+1 (lagu terbaik minggu kedua)=24.5

Kelebihan lagu ini, merupakan kelemahannya juga! Lagu ciptaan Tam Spider. Kalau juri mahu mengangkat lagu ini sebagai juara, rasanya tidak ralat sama sekali sebab memang layak. Tetapi kesnya sama seperti lagu Bahagiamu Deritaku! Sebab arah muzik ini tidak membawa ke mana. Tidak dinafikan muzik gubahan Tam ini cukup indah, tetapi mood muzik ini sedikit ke belakang. Macam lagu Balada 90-an, atau 2000-an. Mungkin Anugerah Vokal Terbaik bakal dirangkul Dayang buat kali pertama. Dan mungkin juga selepas 10 tahun Tam akan menang besar lagi sekaligus kemenangan berganda buat Dayang Nurfaizah. Dari segi populariti pula, fenomena Ariana Rose amat membantu. Mungkin khidmat Tengku Adam Kamil bersama Rose Jusoh diperlukan nanti. Jom kita tengok siapa pernah buat cover lagu ni.. termasuk cover oleh...







10) Apa Khabar (Joe Flizzow & SonaOne) - SonaOne / Joe Flizzow

Komposisi Lagu : 7;  Lirik : 7.5; Vokal : 6; Bonus : 2 (Lagu Hip Hop Terbaik AIM21); TOTAL = 22.5

Sudah lama sepatutnya lagu genre hip hop diiktiraf, diangkat ke tempat yang selayaknya. Sejak zaman Teman pengganti (cuma menang persembahan),Kalau Berpacaran, Sahabat, Kalau Aku Kaya (dapat nombor 3 tahun lepas) hatta Anak Kampung (waktu itu lagu penutup AJL). Sebab kekuatan lagu hip hop ini dari segi lirik. Banyak mesej yang boleh disampaikan. Macam lagu rock kapak lah.. banyak lirik yang berunsurkan ketuhanan.

Lagu Apa Khabar ini muziknya segar, liriknya ada cerita. Kisah kebangkitan genre hip hop. Macam tonton filem Rock Oo~ (kisah makan maggi dan 8 orang naik 2 Kancil). Ada kisah persahabatan antara Joe & Malique cuma masalahnya, lirik itu tanya apa khabar semua! Semua itu siapa? Mungkin pengikut/penyokong muzik mereka. Mungkin dah sampai masanya, genre hip hop diiktiraf selepas AIM mengiktiraf SonaOne.

11) Lelaki (Yuna) - Yuna akan dinyanyikan oleh Najwa Mahiaddin & The Palauan

Komposisi Lagu : 9;  Lirik : 6.5;  Vokal : 8.5; Bonus : 3 (Lagu Terbaik AIM20); TOTAL = 27

Lagu ini menang AIM dengan mudah sebab komposisi muziknya amat unik di samping vokal Yuna yang lain daripada lain. Ini bukannya lagu Terukir di Bintang yang sesiapa saja boleh nyanyikannya dengan mudah! Masalahnya cuma satu, bukan Yuna yang nyanyi! Mungkin Najwa ada atittude tersendiri bila nyanyikan lagu Lelaki ini dengan vokalnya yang besar bersama mood jazz, forte beliau diiringi The Palauan yang sentiasa mengiringi Yuna selama ini. Lagu ni boleh menang sebab unik. Cuba dengarkan Lelaki versi Najwa di bawah :




12) Masih Aku Cinta (Shila Amzah) - Shila Amzah

Komposisi Lagu : 8;  Lirik : 7;  Vokal : 8.5;  Bonus : 3 (Lagu Terbaik Malaysia APM2013);TOTAL =26.5 + 1 (lagu terbaik minggu pertama) = 27.5

Lagu ini boleh menang sebab kisah cinta penyanyinya! Ingat tak zaman kegemilangan Fauziah Latif? Lagu Apa Sebenarnya yang menceritakan keretakan rumahtangganya. Sama kesnya dengan Shila Amzah. Lagu ini muncul selepas video Shila menangis beria berpisah dengan Sharnaaz. Seterusnya dipermainkan oleh Johan Asari yang turut berlakon dalam MV nya. Bezanya.. lagu dan lirik sepenuhnya oleh Shila. Vokal Shila juga banyak peningkatan semenjak berkelana ke China. Atas dasar profesional, kalau Shila nak buat kejutan boleh pertimbangkan Johan & Sharnaaz atas satu pentas! Boleh sapu kategori persembahan terbaik sebab mesti lebih feel bukan? Masalahnya juga dari Shila.. yang dibanned oleh wartawan hiburan. Kalau barisan juri pro wartawan... tak ada lah rezeki Shila. Sebab Rudy Imran tulis lirik lagu Dayang. Okay... bye~


Maka, mengikut turutan adalah seperti berikut :

1. Masih Aku Cinta (27.5)
2. Lelaki (27)
3. Sesal Separuh Nyawa (26.5)
4. Di Pintu Syurga (24.5)
5. Matahari (24)
6. Rentak Laguku (23)
7. Apa Khabar (22.5)
8. Romancinta (20)
9. Gadis Jolobu (19.5)
10. Percayalah (18.5)
11. Malaikat (17.5)
12. Gilalah (16)

Tetapi jika lagu nombor 1-3 disusun berdasarkan genre lagu, lagu Balada dengan 6 lagu, Pop Rock 4 lagu dan Hip Hop (Alternatif) 2 lagu; maka keputusan mungkin berpandukan piawaian berikut :

1. Masih Aku Cinta/ Lelaki/ Sesal Separuh Nyawa
2. Rentak Laguku
3. Apa Khabar

Dan ini pemenang tahun lepas selepas tiada kategori dipertandingkan,

AJL28
1. Bahagiamu Deritaku (Balada)
2. Hanya Aku (Rock)
3. Kalau Aku Kaya (Hip Hop/Alternatif)

AJL27

1. Terukir Di Bintang (Alternatif)
2. Idola (Rock)
3. Kuakui (Balada)

AJL26

1. Awan Nano (Balada)
2. Beribu Sesalan (Balada)
3. Karma (Rock)

AJL25

1. Tolong Ingatkan Aku (Alternatif)
2. Drama King (Rock)
3. Noktah Cinta (Balada)

AJL24

1. Pergi (Pop Etnik) - konsep 1Malaysia
2. Dan Sebenarnya (Balada)
3. Bencinta (Rock)

Dan mungkin Apa Khabar bakal buat kejutan besar sekiranya barisan juri benar-benar mahukan kelainan memandangkan lagu berentak Hip Hop sedang "in & trending" sekarang, maka Bonus 5 markah diberi kepada lagu tersebut lalu melonjakkan jumlah markah kepada 27.5 ! Dan inilah masanya menobatkan lagu berentak Hip Hop sebagai juara selepas Kalau Aku Kaya berada di kedudukan nombor 3 tahun sudah.

Sentimen, sejarah kemenangan turut mempengaruhi penganjur TV3. Mungkin Hafiz boleh bersedia untuk pulang tangan kosong kali ini. Tapi jika menang, itu tuah Ajai yang akan menang besar kali pertama. Tam dan Dayang pernah menang 10 tahun lepas dan mereka berdua mungkin boleh menang bersama dengan cukup bergaya.

Kemenangan juga bergantung kepada ketua juri dan barisan jurinya. Dulu bila M.Nasir memilih lagu Tolong Ingatkan Aku menjadi isu biarpun Ana Raffali pencipta sepenuhnya lagu tersebut dan mencatat sejarah penyanyi wanita pertama menang besar dalam AJL sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik.

Bagi Shila Amzah dan Datin Alyah yang pernah dinafikan kemenangan mereka sebelum ini, mungkin ini masa terbaik bagi mereka untuk menjulang trofi AJL29. Apa yang pasti, AJL29 kali ini mungkin milik wanita atau genre hop hop.

Penaja! Satu lagi perkara yang boleh mempengaruhi penganjur. Memandangkan hadiah untuk juara dinaikkan kepada 50K (khabarnya tetapi tetap tak boleh lawan 100K Astro untuk MLM, GV & PU). Kali ini Pamoga Qu Puteh (Datuk Seri Vida barulah puteh) menjadi penaja bersama Nu Sentral. Maka, adakah penaja akan turut mempengaruhi keputusan nanti, kita tunggu~ Apakah kejutan AJL29 nanti? Adakah kemunculan diva dangdut Amelina?? Kita nantikan.

Maka, pilihan TT :  Apa Khabar -  Masih Aku Cinta - Rentak Laguku

Baca, Analisis AJL 28.

Nota kaki - ini adalah pandangan peribadi TT semata-mata tanpa dipengaruhi mana-mana sentimen.

2 comments:

  1. Wahh. Tahniah kerana menganalisis lagu2 di atas. Blogger mcm awak ni lah yg diperlukan negara kita. btw, saya sokong lagu Apa Khabar. Harap sangat lagu Apa Khabar mnng taun ni. Barulah gempak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.kasih..alaa..biasa2 saja. Pandangan peribadi semata-mata. Apa2pun kita tunggu mlm esok

      Delete