Ya~ Inilah drama Melayu yang akan buat ramai tertunggu-tunggu di depan kaca TV setiap hari Ahad sehingga Selasa jam 10 malam. Terutama sesiapa yang pernah habiskan trilogi novel Sharifah Abu Salem, Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi.
Kini setelah naskhah trilogi tersebut berjaya diangkat ke naskhah drama bersiri, sudah pasti imaginasi yang pernah bermain di benak minda akhirnya jelas terpapar di alam realiti yakni di kaca TV. Razif, sang suami yang penyayang, tiada dendam kesumat, setia menyintai dan menerima seadanya kelebihan dan kekurangan isteri. Salmi, isteri yang curang dan akhirnya mendapat pembalasan, dipungut semula oleh suami dan memanfaatkan peluang kedua yang hadir.
Nurjinnah, yang hadir ketika anak-anak perlukan belaian ibu, datang ketika suami memerlukan perhatian isteri. Norseha, biarpun dirinya adik, tetapi lagaknya mengalahkan bapanya sendiri. Tergamak mahu merosakkan rumahtangga kakak sendiri. Mak Nab yang penyabar, ibu razif yang cerewet, ayah Razif yang supporting, kini menjelma di depan mata!
Kini setelah naskhah trilogi tersebut berjaya diangkat ke naskhah drama bersiri, sudah pasti imaginasi yang pernah bermain di benak minda akhirnya jelas terpapar di alam realiti yakni di kaca TV. Razif, sang suami yang penyayang, tiada dendam kesumat, setia menyintai dan menerima seadanya kelebihan dan kekurangan isteri. Salmi, isteri yang curang dan akhirnya mendapat pembalasan, dipungut semula oleh suami dan memanfaatkan peluang kedua yang hadir.
Nurjinnah, yang hadir ketika anak-anak perlukan belaian ibu, datang ketika suami memerlukan perhatian isteri. Norseha, biarpun dirinya adik, tetapi lagaknya mengalahkan bapanya sendiri. Tergamak mahu merosakkan rumahtangga kakak sendiri. Mak Nab yang penyabar, ibu razif yang cerewet, ayah Razif yang supporting, kini menjelma di depan mata!
Nah~ Nurjinnah.. Gadis hitam manis, asal dari kampung menjadi milik Fouziah Ghaus. Razif.. Suami yang setia, bapa penyayang aksi bersahaja Rosyam Nor. Salmi.. isteri yang lumpuh, dan penuh prasangka dijayakan oleh Amyza Adnan. Serta Siti Fazurina pemeran Norseha, yang gedik dan meluat dibuatnya. Dan yang penting, lakonan budak-budak ini sangat semulajadi!
Secara tuntas, barisan pelakonnya mantap & buat kali pertama lakonan Fouziah Ghaus membuka mata TT yang selama ini sepi saja memandang lakonannya yang kurang impak. Dan tunjang kekuatan cerita ini sudah tentu milik Mak Wan yang sebelum ni sekadar jadi orang gaji dalam drama Mertua vs Menantu.
Watak Mak Nab,dipersembahkan dengan penuh emosi dan dramatik. Lebih mengujakan dan memberi warna ialah watak Norseha. Ala-ala Sarah dalam drama Nur Kasih. Kalau tiada watak Norseha, tiada maknanya drama ini. Dan kemunculan Reza Hasbi,anak didik Rosyam Nor daripada rancangan realiti Pilih Kasih musim pertama wajar dipuji.
Watak Mak Nab,dipersembahkan dengan penuh emosi dan dramatik. Lebih mengujakan dan memberi warna ialah watak Norseha. Ala-ala Sarah dalam drama Nur Kasih. Kalau tiada watak Norseha, tiada maknanya drama ini. Dan kemunculan Reza Hasbi,anak didik Rosyam Nor daripada rancangan realiti Pilih Kasih musim pertama wajar dipuji.
Ternyata kemunculan Naib Juara Pilih Kasih ini dinanti-nantikan oleh mereka yang pernah mengundi Reza sebelum ini. Plot dan jalan cerita lebih indah disulami lagu-lagu yang menguatkan lagi kesan penceritaan. Lirik yang kena dengan situasi dan keadaan. Lagu Melakar Rindu, nyanyian asal Jeslina Hashim kini dinyanyikan semula oleh Julfekar dengan susunan muzik yang lebih segar. Dua lagu ciptaan Audi Mok yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti iaitu lagu Dalam Diamku dan Tanpamu.
Pasti ramai tertanya-tanya, hebat sangatkah drama ini? Jawapan tulus ikhlas daripada Tukang Tulis(TT), drama ini jauh lebih berkualiti daripada sinetron-sinetron dari seberang yang entah apa-apa merepek meraban, panjang berjela-jela tiada pokok pangkalnya! Tak percaya? Cuba tengok daripada episod satu di sini.
Sinopsis Trilogi Cinta (TV1)
Diadaptasikan daripada kombinasi tiga novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi, Mengangkat plot kisah berlatarkan percintaan di antara orang gaji dengan majikan.
Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.
Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.
Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.
Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.
Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.
Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya. Lalu bagaimanakah kesuadahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?
OST TRILOGI CINTA - MELAKAR RINDU
Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma
Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya
Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat
Punahlah jua kini akhirnya
Ditambah dengan lagu yang dramatik dan melankolik seperti ini
Justeru, adakah sampai tahap atau mutu drama Korea yang menjadi kegilaan ramai masyarakat Malaysia? TT berani katakan, inilah alternatifnya. Drama yang ala-ala Korea, romantis, sedih, bungkam, rencam, sarkastik.. semua rasa ada. Cukup rencahnya untuk menjadi sebuah naskhah yang bermutu. Sementelah, trend semasa, filem atau drama adaptasi sudah diterima secara meluas. Bukti? Lord Of The Rings... Harry Potter... Narnia!
Alaa..itukan karya luar! Baiklah, ini dia karya anak tempatan. Jogho.. daripada novel Juara. Ranjau Sepanjang Jalan, tulisan Shahnon Ahmad yang diangkat menjadi filem. Buai laju-laju, filem arahan U-Wei daripada novel Swing My Swing High, My Darling. Alamak..itu karya berat. Hanya orang seni yang boleh layan, boleh 'masuk' dan memahami.
Emm.. ok. Pernah tonton filem Ayat-ayat Cinta? Laskar pelangi? Ini contoh filem yang "berat" dan menghiburkan. Ada tonton drama Hani yang juga kini hangat ditayangkan di TV 3, setiap Selasa, 9 malam. Aku Bukan Rabiatul.. Cinta Sempurna yang pernah disiarkan di Astro? Cinta Madinah dan Julia lakonan Wardina Safiyyah juga adaptasi novel.
Adaptasi maknanya kita menyesuaikan sesuatu perkara/keadaan dengan persekitaran atau sekeliling. Apabila kita pindah..Karya adaptasi..kita dah cukup kenal dengan watak-watak terbabit. Mungkin dah tahu jalan cerita samada separuh atau keseluruhannya namun tetap teruja untuk menonton. Maka wujud satu lagi trend adaptasi, yakni daripada filem ke drama, ataupun drama ke filem.
Contohnya drama Adamaya adaptasi filem I'm Not Single. Sembilu.. Gerak Khas.. Puteri (yang Nora Danish berlakon tu. Adaptasi filem Puteri Impian lakonan Amy Mastura). Ada juga adaptasi yang remake seperti Appalam.. Aku Tak Bodoh.. Sembilu 2005. Macam filem Hindi, Don. Lepas ni, TT ramal demam adaptasi melanda! Dijangka Malaysia akan dilimpahi karya-karya adaptasi selepas ini. Filem Ombak Rindu, Hanyut, Lukisan Hati dan sutradara Aziz M.Osman akan remake filem Azura.
No comments:
Post a Comment