Hebahan

Sunday, March 31, 2013

Pengumuman

1 pengumuman SAHAJA.
2 perkara; Aku akan bercuti... Tak menulis lagi di sini.
3 bulan saja. Minimum. Mungkin panjangkan lagi sekiranya perlu.

Setelah bertungkus-lumus menyiapkan 11 entri secara konsisten selama 15 bulan berturut-turut. Kini masanya  mereward diri. Memanjakan diri. Macam aku dapat anak kecil. Lagipun mahu berlibur di Korea. Alaaa.. macam mana nak tahu updates?? Banyak lagi medium lain. Facebook! Urr..makin bosan sebab banyak iklan.

Ok. Follow Twitter @misitukangtulis. Instagram pun sama. @misisitukangtulis / cari: Mustakim Bahrudin. Atau.. Mungkinkah mengikut trend?? KEEK!! Ya mungkin. Tunggu~

Published with Blogger-droid v2.0.6

CDC Mac 2013


(1) Kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah (ramai yang terkorban termasuk polis dan askar)  #Pray4Sabah

(2) Hari ini dalam sejarah - Parlimen tak bubar-bubar, DUN N9 terbubar secara automatik

(3) All England & Skuasy Terbuka Malaysia - Lee Cong Wei dan Nicol David kandas, tiba masanya cari pelapis/harapan baru seperti Skuad Hoki Malaysia yang tumpas kepada Australia perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah

(4) JDT 1-4 Selangor ; Malaysia 1-4 Arab Saudi di venue sama, Stadium Shah Alam. Dan aksi persahabatan, Malaysia 0-2 Palestin. Pusingan kelayakan Piala Asia, Malaysia 2-1 Yaman. FAM - Rajagobal didakwa akta 88, TMJ dah kena gantung namun tetap berada di bangku simpanan. 4 pemain ATM sudah digantung. Bagaimana nasib Afiq Azmi??

(5) FFM 25 versus Bella Awards versus AIFFA 2013 = Bunohan versus Songlap. Istanbul Aku Datang menyerlah

(6) Belasungkawa - Al Fatihah kepada Dr Uthman El Muhammady

(7) Cinta Zin-Ta (Zain Saidin & Rozita Che Wan). Dan juga kontroversi seksi itu hak saya yang dibidas oleh Dr. Harlina Halizah Siraj

(8) Lawak Ke Der 2 tak laku.. Puncanya Nabil Bangkang Dari Longkang ke??

(9) MACAI detected! - Ini semua salah Anwar versus U ulang, I saman

(10) Keputusan SPM & STPM keluar. Tahniah adik-adik yang berjaya


Wajah Mac 2013

Keek
K1RAM = Kad Pengenalan 1 Rakyat Asing Malaysia
En Azlan Mohd Lazim & Mendiang PI Bala
Hugo Chavez
ASOT
Parodi Sayang oleh "ponds" sekarang ada versi Teman Pengganti pula
SN 12 - Baha Zain
Oh My English (Season 2)
Juara Fear Factor Selebriti Malaysia, Hairul-Dazreen
Mizz Nina feat. Jay Park versus Owl City feat.Yuna

The Stand Up Science Show @ Sultans of Science, Petrosains






Ya! Sah! ِِAku akan menyertai ASPAC 2013 di Korea Selatan, Mei nanti.



Apakah??

Rangkaian Asia Pasifik Pusat Sains & Teknologi (ASPAC) telah ditubuhkan pada tahun 1997 untuk memudahkan komunikasi dan kerjasama di kalangan pusat sains, muzium, dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menggunakan pendekatan interaktif untuk menggalakkan kecemerlangan dan inovasi dalam pembelajaran formal dan pemahaman awam sains dan teknologi di rantau Asia Pasifik



Dan kenapa?

Aku akan mewakili Petrosins (mewakili Malaysia juga) untuk mempersembahkan sebuah pertunjukan sains (science show) dengan tajuk The Stand-Up Science Show. Ianya ala ala Stand-Up Comedy sikit. Dan sebenarnya The Stand-Up Science Show hanya mampu ditonton di Sultans of Science sahaja. 


Kiranya, SOS ada produk/program yang istimewa kerana pertunjukan sains ini tidak menggunakan sebarang props sebaliknya menggabungkan beberapa busking yang melibatkan anggota tubuh badan, ucapan, simulasi, pengiraan dan yang paling penting elemen teaterikal, dan hiburan eksperimental.  


Menerusi laman web rasmi ASPAC2013, memang sah aku ke sana. Walaupun bukan pertandingan, tetapi inilah ruang dan peluang menambah pengalaman dan mengharumkan nama negara. Yang penting, sebaris dengan Graham Walker, yang dijadikan idola mana-mana pusat sains kerana beliau memiliki PhD dalam science show. Klik sini.

Doakan... moga urusanku dipermudahkan. Amin...

Trip?? Company trip~


Trip??



Apakah?? Dan ke manakah?


Trip over??



Electric trip kah??


Oh.. company trip rupanya... Pengurus atasan Petrosains telah bermurah hati membawa kami menjelajah beberapa tempat di samping membawa masuk beberapa pameran yang menarik ke sini.

Antaranya.. lawatan sambil belajar (eductional trip) ke..

Kidzania Kuala Lumpur di Damansara




 





Ke Selatan.. (lagu Hujan) melawat Legoland, Universal Studios Singapore, Singapore Science Centre,  Johor Premium Outlet(JPO) dan juga Balai Cerap Al-Khawarizmi, Sungai Udang, Melaka. Naik bas ok..






Di samping membawa masuk i-MieV (intelligent Mitsubishi electric vehicle), kereta elektrik keluaran Mitsubishi. Sebelum ni di KLCC.. sekarang kalau mahu test ride sila ke Muzium Kuala Terengganu.. sempena pameran Street Smart 2 di KT. Kereta tiada enjin tu..digerakkan menggunakan kuasa elektrik. Siap ada alat mengecas seperti telefon bimbit.






Seterusnya?? Kini berlangsung Sultans of Science(SOS) yang dibawa khas dari Dubai. Dan gara-gara SOS inilah.. membuatkan aku akan diterbangkan ke Korea Selatan Mei nanti.


Friday, March 29, 2013

Bubar??


(i)

Bubar!

Bubar parlimen??

Belum lagi!

Bubur!


(ii)

Tapi.. aku rasa nak bubar blog ini...

Serius??

Bukan. Aku tak tahu macam mana nak taip.. apatah lagi hati sendiri tak tahu bagaimana mahu menterjemah perasaan ini menerusi aksara-aksara papan kekunci.

Jemari ini tidak lagi selincah dulu.. tidak lagi ligat seperti dulu.

Ah! Kau tak tahu menari.. mahu salahkan lantai??

Dasar orang yang membakar kelambu apabila menyalahkan nyamuk.

Nyamuk! Menyibuk.. mengamuk.. merajuk~

Langau! Macam toot~

Agas! Akan aku tebas. Aku mampu menebas sawang-sawang yang mula bersarang. Ya..itu aku mampu.

Aku mampu mengulas.. mahupun mengular~

Aku boleh kemaskini.. kemas sendiri.. dan balik sendiri. Semuanya sendiri.


(iii)

Aku rasa nak bubar blog ini...

Serius??

Aku mahu keluar daripada kepompong jahiliah juga degiliah

Keluar.. terus lari & bebas menari..

Ke sana sini..

Macam awal-awal dulu..

Sewaktu masih mentah bergelar wartawan indie

Blogger yang punya idea bernas.. kisah berkias.. madah berhias

Bahasa yang dekat dan jinak

Rapat & tidak meliar.. meliung ke sana sini

Akhirnya begini...

Sudahnya hanya menemui jalan buntu!


 (iv)
 
Aku rasa nak bubar blog ini...

Serius??

Maknanya?? Aku sudah bosan!

Ertinya?? Aku sudah rimas!

Maksudnya??

Bosan dan rimas dengan keadaan

Kondisi yang tidak mengizinkan

Posisi yang menyulitkan

Sukar untuk dijalinkan hati yang berbalam

Hatiku bukan pualam


 (v)

Aku rasa nak bubar blog ini...

Serius??

Ya, aku serius!

 

p/s : Bila parlimen Malaysia nak bubar ni? Kacau mood betul. Tak boleh merancang cuti dengan baik. Orang nak undi BN..kena pergi Korea pulak.

Friday, March 22, 2013

Fenomena pelakon menjadi penyanyi~

Ini bukan isu bertukar arah atau beralih bidang. Hakikatnya tetap di tempat yang sama, sebab berpusing 360 darjah, bukannya 180 darjah. Jika fenomena penyanyi menjadi pelakon, bukanlah suatu perkara yang asing sebab ramai pelakon yang berbakat asalnya memang seorang penyanyi.

Contohnya seperti Safura, Erra Fazira, Ziana Zain, Awie, Amy Mastura, Aqasha, Faradhiya, AC Mizal, Abby Abadi dan ramai lagi. Bagaimana pula dengan mereka yang bermula sebagai pelakon, namun berani mencuba bidang baru iaitu menyanyi. Persoalannya, berbakatkah mereka?? Sebab lewat kebelakangan ini, ramai pelakon yang sudah terjun ke bidang nyanyian. Nak tersenarai banyak kategori dalam ABPBH lettew~ hehe.

Sebelum ini, Azean Irdawati, Ogy Ahmad Daud, Raja Azura, Sarimah Ibrahim, Umie Aida, Maya Karin,  Tiara Jacquelina, Tony Eusof, Jalaludin Hassan telah membuktikannya. Bolehlah.. mereka menyanyi mengikut jenis lagu tertentu. Sesuai dengan range suara. Jom kita senaraikan beberapa pelakon yang baru mencuba berjinak-jinak "verangan" menjadi penyanyi.


Diana Danielle






Liyana Jasmay (Miley Cyrus wannabe katanya..walaupun lagu ala-ala Avril)






Nabila Huda Amy Search




Eira Syazira bersama suami Azad (kategori hazabkah?? ops sangat)






Ainul Aishah (siapakah?? Pelakon lah..haha)






Amran Ismail (siapakah?? Pelakon juga..kategori hazab juga kah)




Nazim Othman






Remy Ishak






Shaheizy Sam - (Yana memang asal penyanyi & pengarah sebelum terkenal)




Shah Iskandar & Shahrizal Jaszle (sikit je nyanyi)






Norish Karman/ NK (siap menang pingat di LA lagi kalahkan Deja Moss)






Tiz Zaqyah








Ady Putra






Kamal Adli




Fahrin Ahmad




Zizan (boleh kira nyanyi ke kalau rapping)






Natasha Hudson (macam rapping juga)






Aaron Aziz (juga rapping)




Maka, dalam ramai-ramai tu..siapakah yang paling "hazabedah"? TEET! Hehe~ Dan khabarnya ada beberapa orang pelakon lagi akan cuba jadi penyanyi. Antaranya Tasha Shila.. haha. Tunggu. Rapping juga katanya. Rapping ni menyanyi ke tak..sebab tak boleh tercalon kategori vokal. Syamsul Yusof pun pandai rapping kan?

Bagi TT, Tiz Zaqyah berbakat.. jika diberi ruang, peluang & kena gayanya.

Sama Tapi Tak Serupa

Topik kali ni mengenai tajuk yang sama tetapi berbeza. Kita ambil contoh..lagu bertajuk "Cinta". Memang ini antara judul lagu yang glamour. Tajuk lagu sama, penyanyinya berbeza. Bukan lagu saduran atau cover version,  tetapi 100% berbeza. Contohnya:


Cinta - Kris Dayanti feat. Melly Goeslow, Amy Mastura





Luar Biasa - Ifa Raziah, Shahir





Atas Nama Cinta - Rossa, UNIC, Flop Poppy







Sayang - Shae, Ungu, Menara







Terkilan - Azmani, Haleeda





As long as you love me - JB, BSB





Never say never - JB, The Fray





Dejavu - Shahanshah, Shila Amzah





Damai - Nowseaheart, Sarimah Ibrahim





Itu hanya beberapa contoh sahaja. Mungkin ada lagu yang tak masuk senarai, tetapi hakikatnya banyak lagu yang tajuknya sama, tetapi penyanyi & genre yang berbeza. Bukan? Dan antara banyak-banyak lagu, lagu yang bertajuk Nur Kasih merupakan lagu yang paling banyak versi (dan genre) dan kesemuanya berjaya dalam selang masa 5 tahun. 

Akhir tahun 90-an Slam muncul dengan lagu Nur Kasih. Menghampiri pertengahan tahun 2000-an In Team meledak dengan lagu Nur Kasih. Tahun 2009-2010 sekali lagi jenama Nur Kasih terkenal menerusi drama rantaian dan juga lagu tema ciptaan Yasin. Tahun 2011, siap ada versi duet Yasin & Tiz Zaqyah. Maka, dalam tempoh 5 tahun lagi, mungkinkah satu lagi lagu berjudul Nur Kasih akan meletup?







Wednesday, March 13, 2013

LLJ Mac 2013

ST12 - Putih Putih Melati
Mamat - Kau Tak Pernah Tahu
 Owl City feat. Yuna - Shine Your Way
Aiman Hakim Redza & Erni Zakri - Khalimah Janji
 Monoloque feat. Azlina Aziz - Batu Belah Batu Konkrit
Fahrin Ahmad - Siapa Ingin Membawa (OST Rindu Bertamu Di Abu Dhabi)
Bob - Yang Bertakhta (OST Rindu Bertamu Di Abu Dhabi)
W.A.R.I.S feat. DJ Fuzz - Rembau Most Wanted
KRU feat. Stacy - Semalam Tanpamu
Chakra Khan - Harus Terpisah
Edcoustic - Muhasabah Cinta
Izzat Mahadi - Garisan-Mu
Hazama - Relakan Jiwa
Once - I Still Love You
Yuna - Lelaki

Syakir Nasri bin Mustakim


Sejurus anak kecil itu lahir ke dunia, sunat bagi bapa mengalunkan azan/iqamat supaya bayi dilindungi Allah daripada syaitan/kejahatan. Kemudian, bermulalah fasa seorang ayah dan juga suami. Selain daripada urusan hospital (bayar bil/ teman isteri di wad/ dapatkan dokumen anak supaya memudahkan proses mendapatkan surat beranak dan MyKid), jangan dilupa wahai bapa sekalian..uruskan uri!

Uri perlu diurus dengan elok dan sempurna supaya anak kita jauh dari bahaya dan mala petaka. Ya kah? Apa kaitannya?? Uri.. atau bahasa perubatannya placenta merupakan peneman/pendamping anak kita di dalam rahim ibu melebihi 9 bulan. Justeru, seharusnya uri itu diurus dengan sempurna.

Tatacaranya, seperti di bawah :


Rujuk nota nombor 4.Pelupusan mengikut kepercayaan individu. Kepercayaan. Jadi lebih kepada adat resam, pantang larang masyarakat Melayu. Orang cakap, kalau orang Cina mereka pakai buang saja. Tetapi kita orang Melayu, mengikut adat tempatan (orang Kelantan, Perak, Selangor berbeza). Ada kata kena letak besi, paku dan benda tajam (supaya haiwan seperti anjing tak gali dan makan). Ada yang kata kena tanam belakang rumah, depan rumah, dan macam-macam. Sama macam Syakir, bila tersedu, kenapa kena tepek tisu di dahi? Serius berhenti tersedu..tetapi apa sebab saintifiknya?

Selagi ada orang tua, hormati mereka sebab mereka banyak pengalaman. Tetapi, pengalaman aku sendiri, setelah kali kedua bergelar bapa, syukur Alhamdulillah ada orang tua yang tolong tengok & tunjuk ajar. Orang yang dimaksudkan ialah Mok, nenek sebelah Mama. Maknanya, Mok dah dua kali sambut cicit. Sepasang cicit. Syukur diberi kesempatan.

Selepas 7 hari..sunat hukumnya mentahnikkan anak dan memberi nama. Tahnik itu "belah mulut" yakni diberi manisan kepada bayi supaya lelangitnya kuat. Kiranya sekali dengan doa selamat | Cukur Jambul. Aqiqah nanti dulu, in shaa Allah serentak bersama sepupu-sepupunya yang lain. Suku tahun pertama ni saja ada 5 sepupu.


Dan memberi nama yang baik kepada anak. Maka, ada orang tanya.. kenapa tiada pangkal Muhammad? Kalau aku ada jawapan yang kurang bagus.. alasannya tak mahu panjang sangat nama anak. Itu alasan orang kurang cerdik.

Yang lebih bagus..alasannya berbunyi sebegini. Kita mesti memberikan nama YANG BAIK kepada anak. Nama Muhammad/ Ahmad baik..sebab bermaksud yang terpuji, Tapi, adakah nama lain kurang baik?? Kita ada banyak pilihan nama yang baik. 99 Nama Allah..patut letak Abdul di depannya, bukan Muhammad. Nama nabi, sahabat, dan orang-orang yang baik.


Syakir maknanya orang yang bersyukur. Nasri, maksudnya pertolonganku. (kebetulan sama pulak macam Samir Nasri..kan??). Sebab sepanjang isteriku mengandung.. Surah An-Nasr menjadi kegemaranku. Tahu tak Surah An-Nasr mana satu?? Bukan Qul A'uuzu Bi Rabbinnaas..tapi Iza Jaa~

Satu lagi sebab mengapa aku memilih nama Syakir sebab bagi memudahkan orang menyebut dan bunyi dan ertinya tak lari. Kita ambil contoh orang bernama Syarif..tapi panggil Sarip. Nama Azmi tapi panggil Jemi. Nama Zubaidah..tapi panggil Bedah. Buruk kan? Syakir Nasri, mungkin boleh panggil Syakir, atau Nasri. Sumayyah Hannani, mungkin ada yang panggil Su - Maya - Hana atau Nani yang lebih enak didengar.



Cuba buat perbandingan antara nama-nama ini, siapa yang paling baik akhlak dan pembawaan dirinya :

a) Mohd Najib
b) Nik Aziz
c) Harun Din
d) Abdul Hadi 

Hanya jauhari yang mengenal manikam. Sekilas ikan di air, dah tahu jantan betinanya~

Syukur~

Alhamdulillah... isteriku selamat bersalin. Selamat melahirkan bayi lelaki, adik kepada Sumayyah Hannani yang seberat 2.49 kg. Berat sikit daripada kakak Maya.  Jam 11:33 pagi tarikh 3 Mac 2013 disambut oleh Dr. Rasliza Ramli, Hospital KPJ Kajang. Syukur..dah ada sepasang anak :)


Friday, March 1, 2013

CDC Februari 2013

PSY dibayar berjuta datang ke Penang versus quote "Are you ready for...BN??  NO!

Lahad Datu diceroboh tentera Filipina bersenjata. Dah ada yg maut setakat ini.

Amah Indon dera budak dipenjara 20 tahun

Grammy Awards versus Oscar Awards versus Konsert Anuar Zain 16 Feb

Darul Runtuh - Stadium Terengganu dan Jambatan Cyberjaya

Gossip cinta bersegi Fizz fairuz-Tunang yg rupanya isteri orang .. Aidil-Rita-Zarema Zamri..dan isu Nazmi Faiz kantoi bersama gadis

TMJ vs KAFA vs FAM

Kemelut pemecatan Ustaz nasha.

Belasungkawa Pak Kuswadinata

Pandalela Renong dipilih atlit terbaik SAM
  
Wajah Februari 

Harlem Shake!
Suffian Mat 'Messi' Malaysia dah bersekolah
1M4U vs R4MC  
WAAA1
Isu jari telunjuk atau ibu jari
Meteor hits Russia
Blade runner, Oscar involved in murder on Valentine
Mufti Ismail Menk
Fatih Severagic
H&M

Published with Blogger-droid v2.0.6