Ini bukan isu bertukar arah atau beralih bidang. Hakikatnya tetap di tempat yang sama, sebab berpusing 360 darjah, bukannya 180 darjah. Jika fenomena penyanyi menjadi pelakon, bukanlah suatu perkara yang asing sebab ramai pelakon yang berbakat asalnya memang seorang penyanyi.
Contohnya seperti Safura, Erra Fazira, Ziana Zain, Awie, Amy Mastura, Aqasha, Faradhiya, AC Mizal, Abby Abadi dan ramai lagi. Bagaimana pula dengan mereka yang bermula sebagai pelakon, namun berani mencuba bidang baru iaitu menyanyi. Persoalannya, berbakatkah mereka?? Sebab lewat kebelakangan ini, ramai pelakon yang sudah terjun ke bidang nyanyian. Nak tersenarai banyak kategori dalam ABPBH lettew~ hehe.
Sebelum ini, Azean Irdawati, Ogy Ahmad Daud, Raja Azura, Sarimah Ibrahim, Umie Aida, Maya Karin, Tiara Jacquelina, Tony Eusof, Jalaludin Hassan telah membuktikannya. Bolehlah.. mereka menyanyi mengikut jenis lagu tertentu. Sesuai dengan range suara. Jom kita senaraikan beberapa pelakon yang baru mencuba berjinak-jinak "verangan" menjadi penyanyi.
Diana Danielle
Liyana Jasmay (Miley Cyrus wannabe katanya..walaupun lagu ala-ala Avril)
Nabila Huda Amy Search
Eira Syazira bersama suami Azad (
Ainul Aishah (siapakah?? Pelakon lah..haha)
Amran Ismail (siapakah?? Pelakon juga..
Nazim Othman
Remy Ishak
Shaheizy Sam - (Yana memang asal penyanyi & pengarah sebelum terkenal)
Shah Iskandar & Shahrizal Jaszle (sikit je nyanyi)
Norish Karman/ NK (siap menang pingat di LA lagi kalahkan Deja Moss)
Tiz Zaqyah
Ady Putra
Kamal Adli
Fahrin Ahmad
Zizan (boleh kira nyanyi ke kalau rapping)
Natasha Hudson (macam rapping juga)
Aaron Aziz (juga rapping)
Maka, dalam ramai-ramai tu..siapakah yang paling "hazabedah"? TEET! Hehe~ Dan khabarnya ada beberapa orang pelakon lagi akan cuba jadi penyanyi. Antaranya Tasha Shila.. haha. Tunggu. Rapping juga katanya. Rapping ni menyanyi ke tak..sebab tak boleh tercalon kategori vokal. Syamsul Yusof pun pandai rapping kan?
Bagi TT, Tiz Zaqyah berbakat.. jika diberi ruang, peluang & kena gayanya.
No comments:
Post a Comment