(i)
Bubar!
Bubar parlimen??
Belum lagi!
Bubur!
(ii)
Tapi.. aku rasa nak bubar blog ini...
Serius??
Bukan. Aku tak tahu macam mana nak taip.. apatah lagi hati sendiri tak tahu bagaimana mahu menterjemah perasaan ini menerusi aksara-aksara papan kekunci.
Jemari ini tidak lagi selincah dulu.. tidak lagi ligat seperti dulu.
Ah! Kau tak tahu menari.. mahu salahkan lantai??
Dasar orang yang membakar kelambu apabila menyalahkan nyamuk.
Nyamuk! Menyibuk.. mengamuk.. merajuk~
Langau! Macam toot~
Agas! Akan aku tebas. Aku mampu menebas sawang-sawang yang mula bersarang. Ya..itu aku mampu.
Aku mampu mengulas.. mahupun mengular~
Aku boleh kemaskini.. kemas sendiri.. dan balik sendiri. Semuanya sendiri.
(iii)
Aku rasa nak bubar blog ini...
Serius??
Aku mahu keluar daripada kepompong jahiliah juga degiliah
Keluar.. terus lari & bebas menari..
Ke sana sini..
Macam awal-awal dulu..
Sewaktu masih mentah bergelar wartawan indie
Blogger yang punya idea bernas.. kisah berkias.. madah berhias
Bahasa yang dekat dan jinak
Rapat & tidak meliar.. meliung ke sana sini
Akhirnya begini...
Sudahnya hanya menemui jalan buntu!
(iv)
Aku rasa nak bubar blog ini...
Serius??
Maknanya?? Aku sudah bosan!
Ertinya?? Aku sudah rimas!
Maksudnya??
Bosan dan rimas dengan keadaan
Kondisi yang tidak mengizinkan
Posisi yang menyulitkan
Sukar untuk dijalinkan hati yang berbalam
Hatiku bukan pualam
(v)
Aku rasa nak bubar blog ini...
Serius??
Ya, aku serius!
p/s : Bila parlimen Malaysia nak bubar ni? Kacau mood betul. Tak boleh merancang cuti dengan baik. Orang nak undi BN..kena pergi Korea pulak.
No comments:
Post a Comment