Ingat tak masa kecil-kecil dulu mengaji Muqaddam. Mana ada Iqra' zaman tu. Habis bacaan diakhiri dengan Wassalamu bukan Sodaqallah. Aku juga akan berhenti menulis di blog ini secara rasminya. Mungkin akan terus menulis dengan medium/laman lembaran yang berbeza. Minta maaf jika ada yang terasa @ tersinggung dengan tulisan aku selama 6 tahun di alam maya. 25 Februari, tarikh yang sama 6 tahun dahulu sempena ulangtahun kelahiranku. Hari ini menginjak usia 31 tahun, impian aku di kala usia 30-an ni nak duduk rumah baru, besarkan keluarga, sambung belajar dan cari kareer baru. Wassalamu~
Sesungguhnya manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa - Surah Al-Hujrat : 13
Hebahan
Showing posts with label Nostalgik. Show all posts
Showing posts with label Nostalgik. Show all posts
Wednesday, February 25, 2015
Tuesday, July 22, 2014
Iklan raya 2014 : RTM versus Petronas
Tahun ini.. konsep #throwback menjadi pilihan iklan raya 2014. Mengimbau kenangan raya dulu-dulu. Budak-budak millennia tak dapat rasa.
Namun antara 2 iklan ini.. yang mana menjadi pilihan anda??
(a) Petronas
(b) RTM
TT pilih kedua-duanya. Cuma sayang iklan RTM tu tiada versi HD! Jalan cerita terbaik.. sebab ada unsur-unsur raya alaf baru (selfie, dll). Ada kemeriahan. Tak mahu sedih-sedih.
Tapi kalau nak juga iklan sedih, ada 1 lagi pilihan daripada Nissan. Iklan tangkap leleh lah.
Err... iklan raya TM ni macam mana?? Ok lettew~ Dah jadi 4 penjuru pulak
p/s : Iklan TNB biasa-biasa saja. Ubah lirik.. macam parodi. Tak boleh lawan iklan kukur kelapa.
Monday, July 7, 2014
Afgan - Ku Mohon
Ini adalah lagu saduran (cover version) oleh Afgan, susunan muzik oleh Tohpati. Lagu asal dendangan Dato' Sheila Majid. Untuk rekod, lagu ini pernah memenangi 2 kategori penting dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) Malaysia iaitu kategori Lagu Terbaik (Mac Chew/Sheila Majid) dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Jenny Chin).
Thursday, June 26, 2014
Sebelum masyhur...~
Sebelum ke pentas kemasyhuran... sebelum mereka terkenal seantero buana.. sebelum popular serata dunia... sebelum glamor seluruh alam... sebelum nama mereka meleTOP! , inilah mereka suatu ketik dahulu... huhu
Cuba cari siapakah yang dimaksudkan... dan siapakah mereka sebenarnya...
Kita mula dengan lagu 80-an lah dulu.. cuba cari jawapan sendiri... siapa yang anda nampak.. (klu : sekarang dah veteran selepas 30 tahun)
Mula-mula sekali lagu arwah Adam Ahmad, Kau Pergi Jua
Jay Jay - Cukuplah Sekali
Ibnor Riza - Berdiri Seorang Perindu (remake)
Sekarang giliran lagu 90-an yang terkenal... kumpulan Spring seiring dengan Sofea Jane dari segi popularitinya. Membantu untuk mengukuhkan lagi kedua-dua figura berkenaan.. sampai Sofea Jane menang Bintang Paling Popular ABP.
Mula-mula sekali lagu arwah Adam Ahmad, Kau Pergi Jua
Jay Jay - Cukuplah Sekali
Ibnor Riza - Berdiri Seorang Perindu (remake)
Sekarang giliran lagu 90-an yang terkenal... kumpulan Spring seiring dengan Sofea Jane dari segi popularitinya. Membantu untuk mengukuhkan lagi kedua-dua figura berkenaan.. sampai Sofea Jane menang Bintang Paling Popular ABP.
Spring pula.. meletup dengan 2 album pertama.. Sampai Hati dan Bourgenvilla! Kira mereka trend setter lah kiranya waktu itu. Kalau nak lawan pun Saleem Iklim melalui lagu Bukan Ku Tak Sudi yang menampilkan Amyza Aznan (yang waktu tu glamor lah juga sebab wajah persis Fauziah Latiff katanya).
Soalannya... kumpulan rock manakah yang setanding dengan populariti (atau mengatasi populariti Spring)?? Jawapannya... kumpulan Ukays. Tapi sayeng...video klip untuk lagu seperti Seksa, Di sana menanti di sini menunggu, Sebak..tidak menampilkan model/pelakon wanita yang ummph. Cuma... ya... cuma terdapat satu video klip remake yang menampilkan pelakon Ezany. Banyak kan video klip dia berlakon sebelum famous.
Kes yang sama... bila syarikat rakaman buat remake video atas alasan album kompilasi atau versi karaoke, maka terselit tak pasal-pasal si Leez AF nih. Hmm~
Sama kes macam Cik Piah (Feeya ni kot.. )
Video di atas lagu kumpulan Wings (penyanyinya Mel ya waktu itu... bukan Awie). Menarik tak video klip di atas? Sebab ada pasangan Faizal Hussein-Nasha Aziz (bercinta waktu itu) kah? Atau sebab lain? Satu lagi pencabar kumpulan Spring ialah kumpulan Slam.. tetapi macam kumpulan Ukays...tiada pelakon wanita yang menarik. Seterusnya... lagu kumpulan KRU, Ooh La La
Sama kes macam Cik Piah (Feeya ni kot.. )
Video di atas lagu kumpulan Wings (penyanyinya Mel ya waktu itu... bukan Awie). Menarik tak video klip di atas? Sebab ada pasangan Faizal Hussein-Nasha Aziz (bercinta waktu itu) kah? Atau sebab lain? Satu lagi pencabar kumpulan Spring ialah kumpulan Slam.. tetapi macam kumpulan Ukays...tiada pelakon wanita yang menarik. Seterusnya... lagu kumpulan KRU, Ooh La La
Nur Fazura kah ini... dalam Video Klip Impak Maksima. Jumpa ke idok??
Perasan tak wajah supermodel Tengku Azura (dulu pernah ada gosip dengan Yusry..ops) yang telah buat kemunculan sebagai Mek Yah buaya jadian (ala ala Halle Berry) dalam Bunohan.
Perasan tak wajah supermodel Tengku Azura (dulu pernah ada gosip dengan Yusry..ops) yang telah buat kemunculan sebagai Mek Yah buaya jadian (ala ala Halle Berry) dalam Bunohan.
Baiklah.. kita ke lagu seterusnya, nyanyian penyanyi Bumi Kenyalang, Rem dengan lagu Selingkar Kasih. Cer cari Rita Rudaini dalam video klip ini.. hmmm~ Aidil berhingus lagi waktu ni... ops!
Nak lagu dangdut tak?? Nah lagu Amelina, Semakin Rindu Semakin Asyik (Terang Bulan Malam Ini...) Perasan tak deejay radio Sinar.FM di situ?? Eh!
Ini versi LIVE Ah, Rindu Lagi.. AJL ok! Cuba cari Anuar Zain... Eh!
Jangan main-main ok... Anuar Zain pernah bantu Siti Nurhaliza menang AJL kali pertama tahun 1996 bersama Anugerah Persembahan Terbaik ok. Cari abang Nuar bergari..
Ini pula Azie - Pelamin Anganku Musnah (lagu Saari Amri bersepah-sepah ok) yang menampilkan Datuk Sani Express. Eh!
Kawan baik Sani kumpula Impression, Eizlan Yusoff pun ada.. dalam video klip Dia, Fauziah Latiff
Lagu-lagu 2000-an pula antaranya seperti berikut :
Bisakah - Datuk Siti Nurhaliza (Remy Ishak & Nadya Nisa)
Zahid - Milkku (cari Lisa Surihani di situ)
Kaer - Iznikan Ku Pergi ( Dira Abu Zahar)
Hazami - Mungkir Bahagia (Sabrina Hassan)
Najwa Mahiadin - Got To Go (Afiq Muiz)
Tilu - (Neelofa)
Ramlah Ram ft. Sleeq - Sesaat Kau Datang (Afiq Muiz lagi)
Nashrin - Fobia Cinta (bekas tunang Ally Iskandar, peserta Gadis Melayu, Aisyah Zainal )
Terkini?? Alyah dan Shila Amzah suka menampilkan pelakon lelaki terkenal sebagai heronya. Ada beza ya! Alyah dan Shila Amzah ambil pelakon yang dah terkenal...
Waktu hangat berasmara dengan nanas Sharnaaz Ahmad.. lantas berpatah 1000... dan juga sewaktu Masih Kau Cinta bersama Johan Ariff Botak.
Misha Omar pun sama... lagu Nafas Cahaya (Azlee Khairi Mr Arrogant), Angin Syurga (Nazim Othman)
Tak aci kan ambil Remy Ishak untuk Kisah Hati. Tumpang glamor ker?? Oklah kan... cuma untuk single Ballad terbaru Alyah, Sesal Separuh Nyawa, video klip kali ni menampilkan Encik Harith Arianna Rose a.k.a Hisham Hamid, pelakon dari Singapura yang diberi jolokan Chuck Base Malaysia oleh Nabila Huda. Wah... gitu~
Wednesday, December 4, 2013
"Runut bunyi" Mencari Chin-Ta - Akukah yang terlewat...?
Akukah yang terlewat
Untuk meluahkan rasa cintaku
Yang terbuku di hati selama ini . . ?
Untuk meluahkan rasa cintaku
Yang terbuku di hati selama ini . . ?
Akukah yang terlambat
Untuk menyatakan hasrat diri
Ingin memenangi hatimu yang sunyi . . ?
Untuk menyatakan hasrat diri
Ingin memenangi hatimu yang sunyi . . ?
Atau kau yang terlalu awal
Menafikan, menidakkan cintamu
Atau kau yang terlalu cepat
Menolak menepis hasratku
Menafikan, menidakkan cintamu
Atau kau yang terlalu cepat
Menolak menepis hasratku
Dunia umpama putaran roda
Adakala kita di atas
Ke bawah, naik semula
Adakala kita di atas
Ke bawah, naik semula
Begitulah jua perhubungan kita
Bertemu dan berpisah
Kembali bersama semula
Bertemu dan berpisah
Kembali bersama semula
Adakah ini ertinya
Tersirat erti cinta kita
Adakah itu takdirnya
Tersurat jodoh bagi kita
Tersirat erti cinta kita
Adakah itu takdirnya
Tersurat jodoh bagi kita
c/o 1
Selagi ada harapan untuk bahagia
Kuakan cuba sedaya upaya
Selagi ada harapan untuk bahagia
Kuakan cuba sedaya upaya
Selagi ada peluang tercipta
Kuakan rebut takku lepaskannya
Kuakan rebut takku lepaskannya
Selagi ada ruang untuk kita
Penuhkanlah cinta bersama
Penuhkanlah cinta bersama
Bridge:
Kuakui siapalah daku
Kuinsafi jika ketentuan-Nya
Kuhargai kau memilih diri ini
Kusyukuri andai kumilikmu
Kuakui siapalah daku
Kuinsafi jika ketentuan-Nya
Kuhargai kau memilih diri ini
Kusyukuri andai kumilikmu
Selagi ada jujur dan percaya
Pastikan bahagia milik kita
Pastikan bahagia milik kita
Selagi ada namamu di hati
Terpahat memori nan indah
Terpahat memori nan indah
Selagi ada jodoh kan bersama
Ku takkan persiakan dirimu
Ku takkan persiakan dirimu
Ulang c/o 1
Akukah yang terlewat
Mencari cinta . . ?
Mencari cinta . . ?
Lyrics by : ABE 2006
Nota kaki TT - Haha.. kelakar kan? Ini adalah karya kedua, Mencari Chin-Ta tahun 2006. TT dulu konon-konon verangan nak jadi penulis skrip. Alang-alang tulis skrip.. tulis lirik sekali. Sebelum ni memang banyak puisi ditulis TT. Lagu pun ada gubah.
Lirik pertama TT bertajuk Salam Perpisahan, tahun 1998. Mungkin menulis ni hobi masa lapang TT. Karya ini berjaya dikorek ketika menyelongkar fail-fail lama dalam PC. Nak tahu tak apa dia judul karya pertama TT? Teet~ Nanti TT kongsikan ya!
Friday, November 29, 2013
KARTUN - baik dan buruk kepada anak-anak
TT sebenarnya kurang berminat menonton kartun. Mungkin rasa diri dah cukup tua. Masa kecil dulu memang gemar juga menghadap TV ni.. sebab dulu mana ada Ipad bagai nih. Ironinya, lewat kebelakangan ini banyak kartun zaman TT kecil dulu diadaptasi ke layar perak seperti Transformers, X-Men, GI Joe, Batman, Superman, Dragon Ball dan banyak lagi.
Tapi itu dulu.. sekarang tidak lagi. Walau bagaimanapun, lewat kebelakangan ini TT kerap juga menonton kartun gara-gara sudah ada dua orang anak kecil. Maka, soalan pertama, elokkah kartun kepada anak-anak? Jika dinilai dari sudut yang baik, banyak benda/perkara boleh dipelajari melalui kartun.
Soalnya kita selaku ibu bapa bijak atau tidak memilih dan menentukan rancangan yang sesuai buat anak-anak seiring perkembangan mereka. Tetapkan masa berapa lama mereka boleh menonton kartun (padahal si ayah mahu tengok bola, berita, drama dll). TT ada kawan (ibu bapa juga) yang menyuarakan kebimbangan sebab anak mereka menonton Upin Ipin dan Boboiboy (2 produk Malaysia yang berkualiti dan diiktiraf negara asing)
Aik! Biar betik? Biar betul?? Sebab apa? Kerana anak mereka jadi lasak/ganas macam Boboiboy, anak mereka dah pandai cakap "AKU" dan panggil orang "HOI" macam watak Upin Ipin. Hmm.. mana lagi teruk dengan Hagemaru atau Sin Chan yang suka tayang jubo bontot.
Kartun Walt Disney (penerbit yang memastikan ada unsur kekeluargaan dalam terbitan mereka) sekalipun ada unsur negatif tanpa disedari. Cinderella balik pukul 12 tengah malam, Pinochio si Penipu besar, Snow White hidup bersama 7 lelaki asing, Aladin si pencuri dan banyak lagi.
Aduhai~
Maka, apakah alternatifnya? Kartun bisu.. tiada dialog? OK. Apa yang terlintas di benak fikiran TT kartun ala ala Tom & Jerry.. Oggy & Cockroaches.. dan juga Road Runner. Tetapi, itu juga kisah nakal, saling kena-mengena satu sama lain. Siapa buli siapa dan tiada akhirnya. Oops, TT dapat tahu, Road Runner & Koyote ada episod terakhir!
Tetapi, ada juga versi lain yang agak kontroversi jika disiarkan di Malaysia
Pendek kata, berbalik kepada ibu bapa. Pantau atau tidak perubahan dan perkembangan anak-anak. Jika ada yang kurang enak di mata, rajinkan mulut bertanya.. perangai "comel" itu belajar dari mana? Siapa yang ajar cakap atau buat sebegitu. Kesan perubahan.. bertindak.. didik dan ajarlah anak benda yang betul.
Kepimpinan melalui teladan. Tunjuk contoh yang baik. Ni tak.. suruh anak baca buku.. ulangkaji pelajaran..mengaji Al-quran.. kita sibuk menghadap TV, membelek henfon. Maya, anak sulung TT juga ada satu habit, iaitu bila nak tidur, mahu ada tablet/henfon atas katil. Mungkin, kami juga silap.. letak hp bawah bantal (sebab hp itu alarm clock). Setelah berbincang, kami sama-sama mengalah... no handphone on bed. (plus kena belilah alarm clock uols). Kena tegur siapa buat silap. Harap-harap ia berkesan.
In sha allah~
Labels:
Analitik,
Nostalgik,
Post-morterm,
Tips
Friday, August 30, 2013
Sultans of Science dalam kenangan~
Mungkin entri ini agak lambat daripada kebiasaan. Selalunya tika masih hangat kenangannya, masih terasa panas bahang ambiensnya... relevan itu wujud. Sekarang ini dalam proses penerbangan ke Istanbul, Turki.
Namun, setelah hampir 3 bulan berlalu.. kemanisan itu masih terasa. Jika aku imbas kembali bagaimana projek ini bermula sejak dari awal 2012, aku diamanahkan untuk mengendalikan projek Sultans of Science (SOS) ini.
Pada mulanya rasa berat dan ralat.. kerana masih terasa lagi kemeriahan School Holiday Programs 2011 - PLAY. Ya! Aku berjaya bekerjasama dengan KI. Siapa sangka? Kami sama-sama baru dan masih mentah, banyak harus dipelajari, namun hasil kerjasama satu kumpulan.. Alhamdulillah.
Itulah kata kuncinya... kerjasama sepasukan! Begitu juga pasukan SOS. Akulah Sultannya.. bersama Ratu. Dan dibantu sukarelawan yang macam-macam ragam. Kesemuanya melebihi 4 batch. Batch awal.. pertama sekali aku mahu berterima kasih kepada Boyak dan Yusri.
Training paling gempak pernah buat. Sebabnya.. masa mencukupi.. tak perlu rushing.. fokus kepada facilitation, dan brush up kemahiran mereka. Sampai kesemua busking I know.. menjadi makanan harian terutama Sheikh Muszaphar a.k.a Yuvaraj untuk jual minyak. Ahaks~
Mereka berdua banyak membantu proses pra-SOS. Training untuk staff dan volunteer juga mereka yang banyak hulurkan bantuan. Sudahlah tak cukup tangan waktu itu. Berkejar sini sana. Bermesyuarat tingkap, berdebat berhujah.. mengelat menyakat.. semuanya rencah yang menjadikan masakan SOS secukup rasa.
Masuk tahun 2012... bebanan beransur ringan. Tiada lagi pundak ini memikul beban seberat dahulu. Ratu membantu. Dan volunteer batch kedua yang rata-rata lepasan SPM memang banyak ragam tetapi menyeronokkan. Mereka sukarelawan yang bekerja paling konsisten.. sehingga tamat SOS.
Ada nakalnya.. ada rajinnya.. ada gila-gilanya.. rencam ragamlah. Serupa juga batch ketiga yang masih lagi kebanyakannya lepasan SPM cuma didominasi siswa-siswi terutama dari UTP. Manakala batch yang keempat dan seterusnya sekadar memenuhi kekosongan. Kesian juga mereka tak dapat training yang best dan gempak macam batch pertama. Apa boleh buat.. faktor kekangan masa.
Ah! Panjang pula aku taip... malas ah nak taip. Panjang berjela pula kan. Mana gambar-gambarnya?? Cakap dalam kenangan... Jap Jap...Ada beberapa peristiwa atau momen penting sepanjang 6 bulan ini. Antaranya (sila rujuk #hashtag:) Nah, layaaaaaan ~
#pameran
#minishow&training
#babySOS - 030313- Syakir Nasri b. Mustakim
#stand-UpScShow & #ASPACKorea
#CelebratingIstiwa'
#reunionRayaRumahKakHani
Video ada tak?? KEEK it Real~
Tak lupa..sambutan fenomena Istiwa'
Sunday, March 31, 2013
The Stand Up Science Show @ Sultans of Science, Petrosains
Ya! Sah! ِِAku akan menyertai ASPAC 2013 di Korea Selatan, Mei nanti.
Apakah??
Rangkaian Asia Pasifik Pusat Sains & Teknologi (ASPAC) telah ditubuhkan pada tahun 1997 untuk memudahkan komunikasi dan kerjasama di kalangan pusat sains, muzium, dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menggunakan pendekatan interaktif untuk menggalakkan kecemerlangan dan inovasi dalam pembelajaran formal dan pemahaman awam sains dan teknologi di rantau Asia Pasifik
Dan kenapa?
Aku akan mewakili Petrosins (mewakili Malaysia juga) untuk mempersembahkan sebuah pertunjukan sains (science show) dengan tajuk The Stand-Up Science Show. Ianya ala ala Stand-Up Comedy sikit. Dan sebenarnya The Stand-Up Science Show hanya mampu ditonton di Sultans of Science sahaja.
Kiranya, SOS ada produk/program yang istimewa kerana pertunjukan sains ini tidak menggunakan sebarang props sebaliknya menggabungkan beberapa busking yang melibatkan anggota tubuh badan, ucapan, simulasi, pengiraan dan yang paling penting elemen teaterikal, dan hiburan eksperimental.
Menerusi laman web rasmi ASPAC2013, memang sah aku ke sana. Walaupun bukan pertandingan, tetapi inilah ruang dan peluang menambah pengalaman dan mengharumkan nama negara. Yang penting, sebaris dengan Graham Walker, yang dijadikan idola mana-mana pusat sains kerana beliau memiliki PhD dalam science show. Klik sini.
Wednesday, December 12, 2012
Suatu ketika dahulu...
Faizal Tahir..setelah baru keluar Mirwana. Inilah beza antara Faizal Tahir, Mawi & Shahir. FT dah menang banyak piala AJL.. ABP.. AIM... APM.. yang telah dijual dan disumbangkan kepada Gaza.
Published with Blogger-droid v2.0.6
Friday, August 31, 2012
55 Tahun Merdeka.. Alhamdulillah!
Alhmdulillah.. 55 tahun sudah negara kita Merdeka? Sejauh manakah makna & pengertian Merdeka dalam negara kita, Malaysia?
Adakah melalui konsep balas budi? Setelah janji diketupati ops (mentang-mentang masih mood raya).. ditepati. (dicapati). Bukan Johari Pain punya janji dikerati anunya ya!
Apa jua tafsiran.. sebagai generasi baru yang lahir pasca Merdeka, kita seharusnya bersyukur mendiami bumi bertuah ini.. dan itulah juga yang mahu kita wariskan kepada generasi akan datang. Kita mahu wariskan keamanan.. keharmonian.. dan kemakmuran.
Kerana kita sebangsa, senegara & sejiwa!

Dan itu tak bermakna semua apa yang diperjuangkan pihak tertentu kita menerima dan memperjungkannya dengan semberono. Kalau betul logo tersebut lebih cantik & kreatif.. maka tak salah bukan? Lagipun negeri kelahiran TT & negeri TT bermastautin secara rasmi menggunakan logo & tema di atas.
Namun... idea mahu tukar Jalur Gemilang dengan Sang Saka Malaya merupakan idea bodoh. Ke mana warna biru tanda perpaduan?? Maaf! Memang tak setuju. Dah macam bendera negara republik (Indonesia & Singapura). Semuanya ada kepentingan bukan?
Tapi cuba cari persamaan bendera-bendera berikut : -
Ah, cuba lihat kanak-kanak ini... mereka "buta warna"!
Saturday, May 26, 2012
Unwind ... Chillex~
Unwind? Jom kita tenangkan fikiran! Penat kan bekerja? Kerja tak pernah habis. Kalau nak ikut arus dunia.. memang tak terkejar. Namun demikian.. inilah panorama yang dilalui saban hari sepanjang hariku berkhidmat di Petrosains. Banyak gambar yang ditangkap "red handed" ataupun on the spot. Chill + Rilex = Chillex~
Tetapi, dek keterbatasan waktu (cewah... padahal tak mampu memiliki smartphone untuk update selalu :P), maka inilah hasilnya secara lum sum~ Pandanglah.. lihatlah.. tengoklah... renungkanlah! Pasti ada benda yang mengusik jiwa~ Bermula dari Putrajaya... sampai ke tempat kerja di KLCC + juga sekelilingnya :)
Dan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, tempat cari makan ramai "orang luar negara". Walaupun ramai yang masih menanam anggur secara berhormat, Kuala Lumpur tetap pilihan ramai manusia yang mahu meneruskan kehidupan~
































Cantik bukan lukisan yang menghiasi kotaraya Kuala Lumpur. Sesiapa naik Putra dari KL Sentral ke Masjid Jamek pasti perasan pemandangan sebegitu. Teringat zaman sekolah... Lukis mural di dinding sekolah. Kalau tak pun.. sertai pertandingan melukis poster!
TT : Memang tak pernah memenangi mana-mana pertandingan mewarna (termasuk saguhati) dari dulu sampai la ni!
p/s : Amatur sangat kan.. foto-foto tersebut! :b
p/s : Amatur sangat kan.. foto-foto tersebut! :b
Subscribe to:
Posts (Atom)


































































