Hebahan

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, May 30, 2014

Sukarelawan / Volunteering di Petrosains

Anda sudah habis belajar tetapi masih tiada mood mencari kerja??

Anda sedang cuti semester tetapi tak tahu nak buat apa bila cuti panjang 2 ke 3 bulan nanti??

Anda sedang tunggu keputusan peperiksaan SPM/STPM/Asasi/dll dan ada tempoh yang agak lama sebelum meneruskan pengajian??

Anda betul-betul ada banyak masa dan boleh beri komitmen dengan kerjaya separuh masa??

Jika YA... menjadi sukarelawan atau volunteer di Petrosains merupakan jawapannya. Pasti masa kosong anda terisi dengan berfaedah. Banyak ilmu baharu boleh dipelajari.. banyak lingkungan kawan,rakan dan sahabat handai.. tanpa mengira usia, bangsa dan jantina.

Pengalaman yang berharga... platform untuk anda mengasah kemahiran berkomunikasi, khidmat pelanggan (atau kita sebut soft skills) di samping menambah keyakinan diri berdepan di khalayak ramai, melayan karenah anak-anak kecil, bangsa asing dan orang kelainan upaya.. semuanya anda boleh dapatkan secara PERCUMA dengan menjadi sebahagian keluarga besar sukarelawan Petrosains.

Jangan risau.. kerana anda akan diberi latihan... on job training yang amat membantu ketika berkhidmat kelak di samping program orientasi atau kita panggil Volunteers Orientation Programs (VOP) yang boleh dikatakan rancangan atau program orientasi yang takkan pernah rasa bosan (macam orientasi sekolah, universiti, kolej dll), malah anda akan kenang sampai bila-bila (lebih-lebih lagi dapat naik tingkat 86 menara 2 KLCC dan jejantas udara ataupun skybridge)

Tak percaya??

Saksikan beberapa batch atau in-take yang tak berapa mutakhir ini..





Apa macam?? Menarik ? Atau bosan??

Cuma satu nasihat sahaja.. menjadi volunteers bukan tempat yang sesuai orang yang berorinetasikan wang. Kalau nak kumpul duit poket... menjadi volunteers bukan pilihan yang bijak. Petrosains bukan tempatnya. Tapi itu bukan bermakna perkhidmatan anda percuma.. tetapi dibayar dalam bentuk honorarium sebagai tanda penghargaan. Not bad juga rate bayarannya; RM 5 sejam (weekdays), RM 6 sejam (weekend) dan RM 7 sejam (Public holiday).
Jadi, jika anda berminat dan ingin dapatkan maklumat lebih lanjut, bersama hasrat mahu mengisi borang menjadi volunteer, sila klik di sini. Selamat berkhidmat. Dan dijamin takkan meneyesal. :)

Friday, November 29, 2013

KARTUN - baik dan buruk kepada anak-anak

TT sebenarnya kurang berminat menonton kartun. Mungkin rasa diri dah cukup tua. Masa kecil dulu memang gemar juga menghadap TV ni.. sebab dulu mana ada Ipad bagai nih. Ironinya, lewat kebelakangan ini banyak kartun zaman TT kecil dulu diadaptasi ke layar perak seperti Transformers, X-Men, GI Joe, Batman, Superman, Dragon Ball dan banyak lagi.

Tapi itu dulu.. sekarang tidak lagi. Walau bagaimanapun, lewat kebelakangan ini TT kerap juga menonton kartun gara-gara sudah ada dua orang anak kecil. Maka, soalan pertama, elokkah kartun kepada anak-anak? Jika dinilai dari sudut yang baik, banyak benda/perkara boleh dipelajari melalui kartun.

Soalnya kita selaku ibu bapa bijak atau tidak memilih dan menentukan rancangan yang sesuai buat anak-anak seiring perkembangan mereka. Tetapkan masa berapa lama mereka boleh menonton kartun (padahal si ayah mahu tengok bola, berita, drama dll). TT ada kawan (ibu bapa juga) yang menyuarakan kebimbangan sebab anak mereka menonton Upin Ipin dan Boboiboy (2 produk Malaysia yang berkualiti dan diiktiraf negara asing)

Aik! Biar betik? Biar betul?? Sebab apa? Kerana anak mereka jadi lasak/ganas macam Boboiboy, anak mereka dah pandai cakap "AKU" dan panggil orang "HOI" macam watak Upin Ipin. Hmm.. mana lagi teruk dengan Hagemaru atau Sin Chan yang suka tayang jubo bontot.

Kartun Walt Disney (penerbit yang memastikan ada unsur kekeluargaan dalam terbitan mereka) sekalipun ada unsur negatif tanpa disedari. Cinderella balik pukul 12 tengah malam, Pinochio si Penipu besar, Snow White hidup bersama 7 lelaki asing, Aladin si pencuri dan banyak lagi.

Aduhai~

Maka, apakah alternatifnya? Kartun bisu.. tiada dialog? OK. Apa yang terlintas di benak fikiran TT kartun ala ala Tom & Jerry.. Oggy & Cockroaches.. dan juga Road Runner. Tetapi, itu juga kisah nakal, saling kena-mengena satu sama lain. Siapa buli siapa dan tiada akhirnya. Oops, TT dapat tahu, Road Runner  &  Koyote ada episod terakhir!



Tetapi, ada juga versi lain yang agak kontroversi jika disiarkan di Malaysia

Pendek kata, berbalik kepada ibu bapa. Pantau atau tidak perubahan dan perkembangan anak-anak. Jika ada yang kurang enak di mata, rajinkan mulut bertanya.. perangai "comel" itu belajar dari mana? Siapa yang ajar cakap atau buat sebegitu. Kesan perubahan.. bertindak.. didik dan ajarlah anak benda yang betul.

Kepimpinan melalui teladan. Tunjuk contoh yang baik. Ni tak.. suruh anak baca buku.. ulangkaji pelajaran..mengaji Al-quran..  kita sibuk menghadap TV, membelek henfon. Maya, anak sulung TT juga ada satu habit, iaitu bila nak tidur, mahu ada tablet/henfon atas katil. Mungkin, kami juga silap.. letak hp bawah bantal (sebab hp itu alarm clock). Setelah berbincang, kami sama-sama mengalah... no handphone on bed. (plus kena belilah alarm clock uols). Kena tegur siapa buat silap. Harap-harap ia berkesan.

In sha allah~

Thursday, May 31, 2012

JM : 1 tahun berlalu

Masih ingat lagi kisah yang lepas pasal Maya? Entri sudah ada cerita pasal sensitifnya kulit Maya disebabkan beberapa kemungkinan. Rasa amat sedih apabila anak kecil dijadikan "bahan eksperimen" ubatan. Tidak mengapalah.. rasa ralat itu tak perlu dipahat.  

Abaikan..fokus apa yang ada di hadapan. Alhamdulillah.. begitu pantas masa berlalu. Setahun sudah...


Ini adalah Jurnal Maya (JM) edisi yang kedua (akan tetapi secara unofficially/ tidak rasmi ketiga sepatutnya). Jika edisi sebelum ini ada kisah mengenai kelahiran dan perkembangan Maya, kali ini juga ada beberapa progres dan kisah menarik untuk dikongsi bersama.

Sesudah melepasi usia 5 bulan... Maya dah makan macam-macam. Ummi blend/kisar nasi bersama kentang, brocolli dan lobak merah. Tambahan pula.. Maya cepat tumbuh gigi. Sekarang Maya sudah ada 10 batang gigi. Nyum nyum.. sedap~ Maya pun boleh duduk.


Kemudian, Maya dah pandai seimbangkan diri. Suka sangat berdiri di atas kaki sendiri. Maya berani. Jatuh tersembam sekali dua bukan halangan untuk Maya terus mara ke hadapan. Dan ketika usia Maya masuk 11 bulan, Maya dah boleh berjalan. Alhamdulillah.. Tapi.. orang tua kata.. kalau cepat berjalan.. bercakap memerlukan masa yang lebih lama. Betulkah? Mitos.. atau fakta? Hmmm~

Maya suka tengok TV tak? Walid tak nak ajar sangat Maya tengok TV. Tapi Ummi kata... kalau Ummi nak buat kerja rumah, salah satu cara nak tarik perhatian Maya adalah dengan pasang TV, saluran Disney Junior 613. Alih-alih.. TV sahaja yang terpasang tapi tiada yang memandang sebab Maya pun sibuk nak ke dapur ikut Ummi. Sepahkan rak pinggan mangkuk. Sebab tu barang-barang plastik sahaja diletakkan di bahagian bawah. Habis semua barang digeledah dan diketuk jadi barang mainan.

Maya suka main tak? YA! Lebih-lebih lagi kalau permainan yang ada bunyi. Ini semua Tok Pa yang ajar Maya. Pantang jumpa barang.. semua diangap mainan sebab Maya suka ketuk. Dan semuanya digigit! Semua nak masuk mulut. Hari tu pernah tertelan tisu sedikit. Habis henfon Ummi.. hehe


Dan di bawah adalah contoh barang permainan yang kami belikan untuk Maya. Permainan yang boleh meransang minda dan segala deria yang ada. Maya kan suka dengar bunyi.. maka kami biarkan Maya meneroka sendiri keseronokan bermain. Sebagai permulaan..



Banyak benda boleh diajar melalui satu permainan ini sahaja. Pembelian yang amat berbaloi.. sebab kami boleh ajar Maya mengenal warna. Kemudian boleh ajar bentuk atau ruang. Serta membilang.. Ekstra tambahan.. kami mahu ajar 3 bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Arab (ummi kan ustazah..) Dan paling penting.. selepas habis main... "kena kemas rumah"! Simpan balik ke tempat asal.

Mudah dan seronok kan? Teringat satu kisah.. di mana Rasulallah pergi ke rumah anaknya Fatimah. Ketika itu, Fatima sedang bersolat bersama Saidina Ali, lalu baginda bermesra dengan cucu-cucunya yakni Hasan dan Husain.

Selepas itu baginda memberi minuman (susu rasanya) kepada salah seorang cucunya. Kemudian Fatimah muncul dan menyaksikan kelakuan baginda. Fatimah menyangka Rasulallah lebih sayangkan cucu yang diberi minum itu berbanding seorang lagi cucu. Lalu Rasulallah menyatakan bahawa belia mengajar cucu-cucunya erti menunggu giliran dan sabar.

Teratur sekali kehidupan baginda.. Teringat pula  kisah Maya merampas biskut Piya (sepupu sebaya). Sejak kecil lagi kita perlu ajar mengenai hak dan teritori.. supaya anak kita menghormati hak orang lain sekaligus orang lain akan hormatkan hak kita.  Dan ini ada satu lagi entri keibubapaan yang menarik untuk dikongsikan bersama. Klik sini.


TT: Bila Maya besar.. dah ada ramai adik..kita jalan-jalan ke Kidzania ya! :)

Tuesday, February 21, 2012

JM :Penjaga Hati Permata Hati

Ini adalah segmen baru.. Jurnal Maya(JM) yang berkonsepkan petua keibubapaan hasil pengalaman TT sebagai bapa muda. (Muda lah juga kan.. walaupun menghampiri usia 30-an)

Khusus buat puteriku, Sumayyah Hannani binti Mustakim,




Anakku, atau nama manjanya dalam keluarga, Maya.. anak Walid dan Ummi. Siapa yang jaga Maya masa Walid dan Ummi kerja ya?

Cuti bersalin.. Ummi ambil cuti selama 3 bulan untuk jaga Maya. Kemudian, Walid mencadangkan  Maya dijaga oleh Cik Ti, mak saudara walid, yakni adik kepada Onny Maya yang biasa menjaga anak kecil. Dan.. ALHAMDULILLAH.. kami sangat berpuas hati hasil jagaan Cik Ti selama 2 bulan setengah.

Kemudian cuti sekolah, maka Ummi menjaga Maya sepenuh masa. Dan bermula Disember 2011 kita sekeluarga berpindah rumah. Menyewa rumah teres satu tingkat di Desa Pinggiran Putra, idea Ummi. Memang tiba masanya hidup berdikari.

Masa paling sesuai untuk mengurus rumahtangga sendiri, sementelah Maya semakin lasak dan ligat. Maya anak yang sangat aktif. Semenjak dari alam rahim lagi. Walid masih ingat lagi sewaktu doktor buat proses imbasan (scanning), Maya memang tak boleh duduk diam. Asyik menendang, menyiku perut Ummi.

Nah.. sekarang Maya berada di depan mata kami. Anak yang sihat dan cergas. Maka, ada satu perkara yang perlu difikirkan. Setelah berpindah, memang agak payah untuk menghantar Maya di bawah jagaan Cik Ti. Pertama, faktor jarak. Dan kedua, faktor kekangan masa.

Maka, tidak dapat tidak, memang kena cari nurseri berdekatan. Dan Walid sendiri jumpa satu pamplet iklan nurseri berdekatan rumah kita. Dan Ummi telah menghubungi pemilik nurseri itu bagi menyatakan hajat kami yang memerlukan penjaga Maya.

Waktu pertama kali menghantar Maya di sana, macam-macam rasa ada. Walaupun runsing, hati tak keruan, namun setelah beberapa rundingan, perbandingan, pertimbangan sewajarnya, Walid dan Ummi bersetuju dan tawakkal kepada Allah mengatasi segala-gala hendaknya.

Ternyata.. telahan kami silap. Sepanjang sebulan Maya dijaga di sana bersama 4 rakan bayi perempuan yang lain, sudah 4 kali bertukar pengasuh. Dan setiap kali bertukar penjaga, maka jenuhlah Ummi menyiapkan senarai semak (checklist) baru.

Dan perkara yang lebih merumitkan... setiap kali Ummi ambil Maya di nurseri, Maya mesti comot. Ada rambut melekat di siku. Baju kotor.  Kadang-kadang dimandikan terlalu awal seawal jam 3 petang. Alasan mereka.. Maya lasak. Tak boleh duduk diam.

Adatlah kan.. anak kecil. Apa yang mereka tahu sekecil 8 bulan. Segala benda yang dikutip, pasti masuk mulut. Bahaya kan kalau tak diawasi sepenuhnya. Silap haribulan perkara tak diingini boleh berlaku dan telahpun berlaku.



Ya! Telah pun berlaku. Satu malam.. Ummi tunjukkan kulit Maya beruam. Merah-merah. Maka, kami sapu losyen Calamine. Raya Cina baru-baru ini, kita balik Kelantan jumpa Tok Mek, Mok Tok dan saudara-mara yang lain, tiba-tiba muka Maya bengkak-bengkak.

Maya dibawa ke klinik. Doktor beri ubat. Rasa-rasanya kulit Maya sensitif. Kulit putih katakan. Merah sedikit dah nampak menyala. Orang Kelantan kata "cemar peluh". Ini semua gara-gara nurseri itu. Masa Cik Ti jaga dulu takde masalah pun...

Itulah keluhan ibu bapa kan?? Mahu yang terbaik untuk anaknya... walaupun nurseri itu tak salah 100%. Dan terpaksa hantar Maya ke nurseri tersebut lagi sejurus tamat cuti sekolah seminggu sempena CNY.

Keadaan bertambah keruh. Dalam masa 2 hari saja, kulit Maya makin merah. Macam melepuh. Ummi bawa Maya ke klinik panel Petrosains. Doktor bagi ubat termasuk ubat antibiotik.Yang peliknya.. selepas makan ubat, tak sampai sehari, seluruh badan Maya kecuali perut kemerah-merahan. Ini bukan ruam dah.

Pergi klinik lagi.. kali ni doktor kata, "Sah! Ini sakit kaki, tangan, mulut taupun HFMD (hand, foot, mouth disease). Pulak dah! Maka, kami nekad, tak mahu hantar Maya ke nurseri itu lagi. Bulan 2 tak payah bayar. Jadi, masalahnya sekarang.. siapa nak jaga Maya?? Err.. cuma satu saja yang pelik, kalu betul doktor cakap HFMD, sepatutnya tapak tangan, tapak kaki, bibir dan pelipat yang teruk. Macam contoh di bawah.


Tapi Maya tak macam tu pun.. Yang teruk bhagian betis, lengan dan pipi. Aduhai~ Rumit kan? Takpe lah.. bawa Maya blik kampung Sungai Besar. Mana tahu.. atuk dan mak tok ada ikhtiar ubat cara kampung. Atuk dah bagi air yang telah dibaca ayat suci al-quran. Kesiannya tengok  anak walid ni. Sampai walid tak tergamak nak kongsikan gambarnya dengan orang lain.

Onny dan Tok Pa pun dah datang jenguk cucu sulung mereka. Pak Lang Min yang tengah sakit pun datang sebelum Maya balik kampung. Walid tak dapat ikut.. sebab kerja. Maya duduk dengan Ummi ya. Di sana, Ummi Maya khabarkan doktor di kampung cakap berkemungkinan ada masalah kulit atau lebih spesifik lagi.. kayap! Hah?!?! Tak masuk akal kan? Betul ke boleh percaya cakap doktor ni?

Setiap kali jumpa doktor, mesti macam-macam perkara didengari. Kurang enak di telinga namun ia tetap mengundang resah. Setiap kali bawa Maya ke klinik pasti ada ubat baru! Ingat apa??Maya yang tak sampai 9 bulan ni bahan eksperimen ker?

Walid rasa.. keadaan Maya makin teruk mungkin disebabkan ubat. Alergi dengan ubat antibiotik kot. Dan sebagai langkah terakhir, Walid dan Ummi nak bawa Maya jumpa doktor pakar. Dr. Mohd Noh di Hospital Tawakkal, seorang pakar kulit.

Walaupun perlu berhabis.. tapi alhamdulillah. Keadaan Maya bertambah baik. Dr. Noh kata, mungkin kulit Maya sensitif sebab eczema atopik, yakni masalah kulit disebabkan keturunan. Mungkin diwarisi melalui gen sebelah Walid atau Ummi yang ada athma, alergi dan sebagainya.

Alhamdulillah..ujian ini dapat ditempuhi bersama kita satu keluarga. Yang pasti, ujian ini lebih merapatkan kita lagi serapat-rapatnya. Saling memahami, tolak ansur dan bertimbang rasa. Ujian yang menguji rumahtangga Walid dan Ummi. 

Alhamdulillah.. hasil perbincangan, sessi hati ke hati antara kami berdua, kami akhirnya berjaya menemui orang yang boleh diharapkan menjaga Maya. Tak jauh dari tempat nurseri hari tu, ada seorang kakak, lingkungan usia 30-an, Kak Azi namanya yang sudi menjaga Maya.

Rumah Mama Azi tiada permaidani dan perabot yang boleh memberi "ancaman" kepada kulit, dan seluruh fizikal, mental, jiwa dan raga Maya. Ruang lantai di dalam rumah Mama Azi sentiasa dimop dan dipastikan kebersihannya. Satu kelegaan.. sebab kami tak perlu demand!

Anakku Sumayyah Hannani..moga ALLAH selalu menjagamu, sentiasa melindungimu dalam apa jua keadaan. Sukar atau senang. INSYA ALLAH. Biiznillah~

Tuesday, December 28, 2010

Kisah Murah Rezqi 1

Masih segar lagi di ingatan aku. Waktu itu aku buntu tapi aku nekad! Tahun 2010, aku akan berkahwin. Sebab 2009 dah bertunang dan tak mahu lama-lama, maka setelah usaha keras kumpul duit, ikat perut, Alhamdulillah diizinkan-Nya berkahwin. Ternyata rezqi lebih murah selepas kahwin.


Pada mulanya agak sukar. Sebab kerjaya aku tak menentu. Pergi training bukan main lagi tapi hasilnya....??  Tak seperti yang diharapkan. Rasa kecewa tetap ada tapi aku sudah nampak percikan sinar di hujung terowong. Masalah utama dalam perkahwinanku bukannya duit tetapi hubungan jarak jauh. Laut Cina Selatan memisahkan kami. Perhubungan jarak jauh ini benar-benar menguji kepercayaan, kesetiaan dan keutuhan cinta kami.

Tapi itu bukan halangan untuk kami saling berhubung. Lebih-lebih lagi zaman masakini. Telefon ada..boleh call dan SMS. (henfon aku tak boleh MMS :P) Internet pun ada..boleh e-mel, chat atau Fesbuk saja. Dan macam-macam lagi kaedah dan caranya sebagai medium perhubungan. Nampak kan? Duit bukan masalah utama.

Kami merancang.. Bukan merancang anak! Sebab kami memang nak anak secepat mungkin. Tak berani rancang-rancang khuatir tak dapat langsung di kemudian hari. Kami hanya merancang supaya pertukaran isteri aku dari Labuan ke Putrajaya.


Misal kata tak dapat tukar. Aku nekad mahu ke Labuan. Cari kerja di sana, sementelah kerjaya aku di KL tak stabil dan tak menentu. Dan aku tak jemu-jemu hantar resume kelengkapan "berburu". Alih-alih.. isteri aku telah disahkan hamil. Alhamdulillah ~

Sejurus mendapat berita isteriku disahkan hamil, dalam tempoh yang terdekat, aku dapat tawaran di tempat kerja baru. Yang lebih stabil, yang lebih menjamin masa depan, dan segala perancangan kontigensi tadi beralih arah 360 darjah. Nampak kan? Duit bukan masalah utama lagi. Alhamdulillah~

Aku tak boleh pindah ke Labuan. Sebaliknya isteri aku yang 'wajib' balik KL. Dapat pindah Semenanjung pun dah cukup. Dan sebab-sebab mahu berpindah bukan hanya alasan mengikut suami malah isteriku sudah hamil, dan aku tak mahu dia keseorangan di sana. Kesian kan~

Aku kena bekerja keras lagi. Kerja kuat. Penuh dedikasi dan bersemangat. Keringat yang dicurahkan di Vads selama ini berbaloi. Ada nilai tambah dalam resume aku. Lebih berbaloi bila aku diberi peluang bekerja di Pusat Sains Negara seterusnya diterima bekerja di Petrosains.



Tak sia-sia setiap hari belek akhbar (suka cara konvensional juga) nak cari kerja kosong. Tak sangka pulak boleh terbelek muka surat yang menawarkan kerja kosong di Petrosains. Jawatannya, Science Communicator. Aku nekad, inilah peluang terbaik telah terbentang di depan mata.


Tapi bukan satu saja resume yang dihantar. Lebih 20 kot. Yang mana sangkut, ada peluang kita sambar. Memang itulah niat asalnya. Sudah tiba masanya aku serius mengembangkan kerjaya. Tak sia-sia aku 'mencantikkan' resume bekerja di Vads Berhad.

Hasilnya, aku dipanggil temuduga oleh beberapa syarikat besar yakni Digi, MDeC(Cyberjaya) dan Petrosains. Dipanggil untuk menghadiri temuduga adalah satu kejayaan. Langkah pertama sudah dimulakan. Namun aku lebih tertarik dengan jawatan yang ditawarkan oleh Petrosains, memandangkan aku memang nak lari daripada customer service yang ditawarkan oleh Digi dan MDeC.

Masih ingat lagi, tarikh 1 Ramadhan 1431. Itulah hari pertama temuduga. Aku siap parking Panda di Masjid Syakirin lalu menapak menuju ke KLCC, bangunan tertinggi di Malaysia. Diiringi lagu pembakar semangat, Insha Allah dendangan Maher Zain benar-benar membakar semangat.

Aku hanya perlu buat yang terbaik dan tawakkal. Dulu aku pernah jejak Menara TM. Kini giliran Menara Petronas pula. Tingkat 33! Lokasi temuduga diadakan. Dari situ nampak bangunan Public Bank di sebelah. Nampak tak 'piramid' di situ?? Siapa ikuti The Arrival pasti cuak~
Pandangan dari Tingkat 33

Ruang menunggu untuk ditemuduga
Nah.. ada ujian bertulis. Lepas tu intebiu. Daripada beratus-ratus permohonan kini yang tinggal 10 orang ya. Aku siapa kena nyanyi 'live' ok. Mungkin berkat bulan Ramadhan. Doa makbul. Allah bagi 'cash'. Selang 2 minggu, aku dipanggil temuduga pusingan kedua. Alhamdulillah..aku mara ke pusingan kedua. Kali ni tinggal 3 orang. 2 lelaki 1 perempuan. Memang nak sorang saja calon bagi mengisi kekosongan. 


Aku benar-benar pasrah, berserah. Memang langsung takde kabel. Tak kenal siapa-siapa. Mungkin jasa baik Pusat Sains Negara(PSN) yang memberikan aku ekstra mark. Sudah tertulis rezqi anak sulung di Petrosains.

Aku tak pernah menyangka akan bekerja di tengah-tengah bandar KL. Aku tak pernah terduga nak bersesak-sesak di jalan raya menuju ke tempat kerja. Aku juga tak pernah terfikir nak berbelanja 'mewah' untuk lunch, bayar parking dan tol!

Langsung tiada dalam perancangan! Tetapi sudah ada plan kontigensi. Benar! Sudah pasti ada perkara yang harus dibayar demi menggapai impian dan kehendak kita. Setiap keputusan yang kita ambil dalam hidup ini ada baik buruknya. Ada untung ruginya. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Segalanya mengikut skrip Maha Esa. Dia Pengarah, kita hanyalah pelakon di pentas dunia :)

Perhatian - sepatutnya rezeki bukan rezqi..tetapi sengaja dibiarkan ejaan sebegitu simbolik murahnya rezeki. Lagipun ejaan arabnya huruf Qaf, bukan Kaf.

Friday, October 22, 2010

Asam Garam ~

Asam Garam! Entri kali ini tiada kena mengena dengan filem Senario Asam Garam walaupun aku sudah menonton filem berkenaan. Malas nak buat review. Tiada apa yang menarik yang boleh dikupas, kecuali, filem ini sekurang-kurangnya dihasilkan jauh lebih baik daripada 4 Madu.


4 Madu?? Jangan harap aku nak tengok dekat pawagam filem Prof Madya Razak ni. Lebih-lebih lagi ada si Fasha Sandha. Ops, teremo pulak :P  Lebih bagus aku tonton filem yang dihasilkan oleh seorang lagi pensyarah UiTM, Prof Dr Hatta Azad Khan, yakni filem komedi yang lebih bijak, Senario Asam Garam.

Cukup! Topik filem Asam Garam. Kini aku nak membebel sebakul pasal 'asam garam'. Istilah orang Melayu. Orang putih kata "parts and parcel". Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Cewah~ 

Semuanya ada kaitan. Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. Inikan pula adik beradik. Adatlah berselisih faham. Dah jadi asam garam. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Air dicincang takkan putus.Blood is thicker than water.


Adatlah. Kalau kita memulakan sesuatu tugas atau pekerjaan, akan ada asam garamnya. Kalau memilih menjadi wartawan, asam garamnya seperti mengejar dateline, mengejar bahan, dihambat bergegas ke lokasi, menunggu dan melayan karenah figura awam dan sebagainya.

Jika anda mahu menjadi figura awam tak kira artis ke, pemimpin politik ke, ahli sukan ke, asam garamnya tertakluk kepada 'populariti' anda. Lebih terkenal, maka lebih banyak bahan yang menaikkan dan menjatuhkan anda. Lebih cepat anda naik, maka lebih cepat anda jatuh. Itu asam-garamnya. Belum lagi buka topik, gossip, skandal, provokasi, persepsi, spekulasi dan yang senada dengannya.

Jika anda seorang guru, asam garam yang harus ditempuh ialah karenah murid-murid, melayan 'kerani sekolah' yang berlagak diva, ko-operasi guru-guru, membuat, memeriksa dan merekod ujian peperiksaan dan sebagainya. Senang cerita, kalau tak mahu makan 'asam garam' itu, maka pilih saja butang 'angkat kaki'.

Angkat kaki saja, pilihlah lagi alternatif yang masih berbaki. Setiap keputusan yang tepat, yang telah difikir semasak-masaknya, pasti ada asam garam yang akan dilalui. Sebabnya, hidup ini umpama perjalanan. Setiap kali tiba di persimpangan, kita harus membuat pilihan. Kiri atau kanan? Putih atau hitam?

Sebagai contoh, kehidupan aku sendiri. Tamat saja pengajian ijazah, ada beberapa pilihan. Bekerja atau sambung Pengajian Sarjana. Jika memilih bekerja, asam-garam yang perlu dilalui ialah proses temuduga, dipanggil atau ditolak selepas temuduga, ditipu syarikat (pernah ditipu syarikat GCSB :( ), tak dibayar gaji selepas berpenat lelah dikerah bekerja siang malam, disndir ketika proses temuduga dan sebagainya. Tulah, nak kerja sangat. Konon nak kejar duit??


Andai aku memilih, untuk belajar Master, maka asam garamnya ialah memilih major atau pengkhususan yang sesuai, memilih projek thesis, memilih supervisor yang tak berkira, nak dapatkan tajaan atau geran dan sebagainya. Itulah asam garamnya.

Lalu aku memilih utuk berkerja. Asam garamnya jangan terlalu memilih pekerjaan. Tetapi biar kita bijak memilih pekerjaan. Lebih-lebih lagi ketika gawat. Jika berjaya dipanggil temuduga itu merupakan satu kejayaan.

Dalam satu kes, aku terpaksa memilih untuk bekerja di call centre atau pusat panggilan pelanggan berkhidmat di help desk. Walaupun aku bukan jawab panggilan, tetapi aku yang kena buat panggilan. Kerja di Vads, TM call centre di Kelana Jaya. Maka, kalau dalam sehari tak kena hamun dengan customer, memang tak sah. Tak payahlah kerja di call centre kalau tak bersedia untuk diterjah, dibentak dan diugut. Itulah asam garamnya.

Jadi, soalannya sekarang, berapa lama harus kita ambil untuk tahu selok-belok sepak terajang dunia kareer  kita. Pendapat peribadi aku, sekurang-kurangnya 10 minggu dalam industri itu, maka kita akan masak dan matang dengan cepat. Sebab tu, latihan industri, praktikal sekurang-kurangnya 10 minggu. Kan?

Tips buat pemburu kerja atau job hunters termasuk kaki kerja atau workaholic, jika anda mahu kekal lama, mahu survival dan bernafas lebih lama di mana saja tempat anda bekerja, maka anda harus 'kenal orang' JANGAN hanya sekadar 'kenal kerja' semata-mata.

'Kenal orang' bermaksud, anda kenal siapa bos, siapa kuli, siapa tukang cuci, siapa sekuriti. Ambil tahu pasal 'politik pejabat' walaupun hakikatnya 'politik pejabat' sangatlah suck dan amat beruntung buat kaki kipas. Ni semua berdasarkan pengalaman peribadi bekerja di pelbagai agensi. Yang penting cukup syarat, 10 minggu berada di situ.

Pengalaman pertama, sebagai, pembantu penyelidik di UPM, bekerja di satu Jabatan, umpama unit kecil. 5 bulan saja. Tak banyak karenah. Seterusnya di agensi kerajaan yang melibatkan tender di MOH. 5 bulan juga di situ, dengan status 'pegawai sambilan'. Emm.. banyak orang, maka banyak ragam. dan itulah asam garam. Seterusnya, di sektor swasta, anak syarikat  TM  yang 'politik pejabat'nya sangat teruk.

Walaupun bayaran gaji ok. Selalu on time, tetapi banyak betul peel. Kau kuat kipas, kuat ampu bos, maka cepatlah kau naik pangkat. Tu belum masuk bahagian pengurusan (Kelly dan KPV), dan kebajikan pekerja lagi. Dikerah bagai nak rak, siap dipaksa buat OT lagi. Ada ke patut Over Time dipaksa. Walaupun tak suka, tapi 6 bulan aku di situ ya. Very the tabah mode :) Itu dia asam garam di situ.

Tapi ada juga perkara yang manis-manis, sebab di sini semua orang muda. Majoriti 20-an. Takdelah makcik-makcik. Semuanya senasib, tiada pilihan lain, tapi terpaksa cari makan. Semua redha saja tercampak di situ. Tapi, bila bab enjoy, semua satu kepala, main futsal, makan-makan, bercuti. Itu yang seronoknya. Dan sah-sah, sepanjang di situ aku pernah call beberapa figura awam seperti Alex Yong, bekas pemandu F1, Leya Hot.FM. Emm.. ada kawan tu dapat nama Raja Azmi, tapi tak berani call. Haha :)

Seterusnya, bermula Ogos 2010, aku telah berkhidmat di Pusat Sains Negara, agensi kerajaan bawah MOSTI. Sedikit berbeza dengan MOH sebab skalanya lebih kecil. Umpama kita bekerja di peringkat daerah atau negeri. Dari sekuriti, tukang cuci, makcik kantin sehinggalah Pengarah PSN memang wajib bertegur-sapa. Kenangan energy months, science show, dan  science kids (program anak angkat) tak akan dilupakan. Walaubagaimanapun, gaji aku antara paling ciput aku pernah dapat berbanding tempat lain, namun hati gembira. Senang hati walaupun selalu fikir tak cukup duit, sampai terpaksa berhutang dengan kawan-kawan. Asam garam oh asam garam~

Hidup perlu diteruskan, aku ada tanggungan. Nak bagi keluarga makan apa? Itulah asam garamnya. Inilah jalan yang aku pilih. Kini setelah 10 minggu berkhidmat di PSN, rezeki bertambah murah. Alhamdulillah. 'Rezeki anak' orang kata. Di mana?? Nantikan entri akan datang.Apa pun yang terjadi, aku tak menyesal bekerja di tempat-tempat berkenaan. Banyak pengalaman yang diperoleh yang mematangkan lagi kehidupan. Perjalanan ini masih jauh untuk ditempuh. Banyak lagi asam garamnya. Bak kata orang tua, siapa makan garam dulu?? Huhu.


Tukang tulis seloroh : Nak makan garam? Nak rasa masin, minum saja air laut. Nah, Ombak Rindu the movie :)

Izzah & Harris lakonan Maya & Aaron. Emm.. Lisa jadi antagonis?