Asam Garam! Entri kali ini tiada kena mengena dengan filem Senario Asam Garam walaupun aku sudah menonton filem berkenaan. Malas nak buat review. Tiada apa yang menarik yang boleh dikupas, kecuali, filem ini sekurang-kurangnya dihasilkan jauh lebih baik daripada 4 Madu.
4 Madu?? Jangan harap aku nak tengok dekat pawagam filem Prof Madya Razak ni. Lebih-lebih lagi ada si Fasha Sandha. Ops, teremo pulak :P Lebih bagus aku tonton filem yang dihasilkan oleh seorang lagi pensyarah UiTM, Prof Dr Hatta Azad Khan, yakni filem komedi yang lebih bijak, Senario Asam Garam.
Cukup! Topik filem Asam Garam. Kini aku nak membebel sebakul pasal 'asam garam'. Istilah orang Melayu. Orang putih kata "parts and parcel". Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Cewah~
Semuanya ada kaitan. Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. Inikan pula adik beradik. Adatlah berselisih faham. Dah jadi asam garam. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Air dicincang takkan putus.Blood is thicker than water.
Adatlah. Kalau kita memulakan sesuatu tugas atau pekerjaan, akan ada asam garamnya. Kalau memilih menjadi wartawan, asam garamnya seperti mengejar dateline, mengejar bahan, dihambat bergegas ke lokasi, menunggu dan melayan karenah figura awam dan sebagainya.
Jika anda mahu menjadi figura awam tak kira artis ke, pemimpin politik ke, ahli sukan ke, asam garamnya tertakluk kepada 'populariti' anda. Lebih terkenal, maka lebih banyak bahan yang menaikkan dan menjatuhkan anda. Lebih cepat anda naik, maka lebih cepat anda jatuh. Itu asam-garamnya. Belum lagi buka topik, gossip, skandal, provokasi, persepsi, spekulasi dan yang senada dengannya.
Jika anda seorang guru, asam garam yang harus ditempuh ialah karenah murid-murid, melayan 'kerani sekolah' yang berlagak diva, ko-operasi guru-guru, membuat, memeriksa dan merekod ujian peperiksaan dan sebagainya. Senang cerita, kalau tak mahu makan 'asam garam' itu, maka pilih saja butang 'angkat kaki'.
Angkat kaki saja, pilihlah lagi alternatif yang masih berbaki. Setiap keputusan yang tepat, yang telah difikir semasak-masaknya, pasti ada asam garam yang akan dilalui. Sebabnya, hidup ini umpama perjalanan. Setiap kali tiba di persimpangan, kita harus membuat pilihan. Kiri atau kanan? Putih atau hitam?
Sebagai contoh, kehidupan aku sendiri. Tamat saja pengajian ijazah, ada beberapa pilihan. Bekerja atau sambung Pengajian Sarjana. Jika memilih bekerja, asam-garam yang perlu dilalui ialah proses temuduga, dipanggil atau ditolak selepas temuduga, ditipu syarikat (pernah ditipu syarikat GCSB :( ), tak dibayar gaji selepas berpenat lelah dikerah bekerja siang malam, disndir ketika proses temuduga dan sebagainya. Tulah, nak kerja sangat. Konon nak kejar duit??
Andai aku memilih, untuk belajar Master, maka asam garamnya ialah memilih major atau pengkhususan yang sesuai, memilih projek thesis, memilih supervisor yang tak berkira, nak dapatkan tajaan atau geran dan sebagainya. Itulah asam garamnya.
Lalu aku memilih utuk berkerja. Asam garamnya jangan terlalu memilih pekerjaan. Tetapi biar kita bijak memilih pekerjaan. Lebih-lebih lagi ketika gawat. Jika berjaya dipanggil temuduga itu merupakan satu kejayaan.
Dalam satu kes, aku terpaksa memilih untuk bekerja di call centre atau pusat panggilan pelanggan berkhidmat di help desk. Walaupun aku bukan jawab panggilan, tetapi aku yang kena buat panggilan. Kerja di Vads, TM call centre di Kelana Jaya. Maka, kalau dalam sehari tak kena hamun dengan customer, memang tak sah. Tak payahlah kerja di call centre kalau tak bersedia untuk diterjah, dibentak dan diugut. Itulah asam garamnya.
Jadi, soalannya sekarang, berapa lama harus kita ambil untuk tahu selok-belok sepak terajang dunia kareer kita. Pendapat peribadi aku, sekurang-kurangnya 10 minggu dalam industri itu, maka kita akan masak dan matang dengan cepat. Sebab tu, latihan industri, praktikal sekurang-kurangnya 10 minggu. Kan?
Tips buat pemburu kerja atau job hunters termasuk kaki kerja atau workaholic, jika anda mahu kekal lama, mahu survival dan bernafas lebih lama di mana saja tempat anda bekerja, maka anda harus 'kenal orang' JANGAN hanya sekadar 'kenal kerja' semata-mata.
'Kenal orang' bermaksud, anda kenal siapa bos, siapa kuli, siapa tukang cuci, siapa sekuriti. Ambil tahu pasal 'politik pejabat' walaupun hakikatnya 'politik pejabat' sangatlah suck dan amat beruntung buat kaki kipas. Ni semua berdasarkan pengalaman peribadi bekerja di pelbagai agensi. Yang penting cukup syarat, 10 minggu berada di situ.
Pengalaman pertama, sebagai, pembantu penyelidik di UPM, bekerja di satu Jabatan, umpama unit kecil. 5 bulan saja. Tak banyak karenah. Seterusnya di agensi kerajaan yang melibatkan tender di MOH. 5 bulan juga di situ, dengan status 'pegawai sambilan'. Emm.. banyak orang, maka banyak ragam. dan itulah asam garam. Seterusnya, di sektor swasta, anak syarikat TM yang 'politik pejabat'nya sangat teruk.
Walaupun bayaran gaji ok. Selalu on time, tetapi banyak betul peel. Kau kuat kipas, kuat ampu bos, maka cepatlah kau naik pangkat. Tu belum masuk bahagian pengurusan (Kelly dan KPV), dan kebajikan pekerja lagi. Dikerah bagai nak rak, siap dipaksa buat OT lagi. Ada ke patut Over Time dipaksa. Walaupun tak suka, tapi 6 bulan aku di situ ya. Very the tabah mode :) Itu dia asam garam di situ.
Tapi ada juga perkara yang manis-manis, sebab di sini semua orang muda. Majoriti 20-an. Takdelah makcik-makcik. Semuanya senasib, tiada pilihan lain, tapi terpaksa cari makan. Semua redha saja tercampak di situ. Tapi, bila bab enjoy, semua satu kepala, main futsal, makan-makan, bercuti. Itu yang seronoknya. Dan sah-sah, sepanjang di situ aku pernah call beberapa figura awam seperti Alex Yong, bekas pemandu F1, Leya Hot.FM. Emm.. ada kawan tu dapat nama Raja Azmi, tapi tak berani call. Haha :)
Seterusnya, bermula Ogos 2010, aku telah berkhidmat di Pusat Sains Negara, agensi kerajaan bawah MOSTI. Sedikit berbeza dengan MOH sebab skalanya lebih kecil. Umpama kita bekerja di peringkat daerah atau negeri. Dari sekuriti, tukang cuci, makcik kantin sehinggalah Pengarah PSN memang wajib bertegur-sapa. Kenangan energy months, science show, dan science kids (program anak angkat) tak akan dilupakan. Walaubagaimanapun, gaji aku antara paling ciput aku pernah dapat berbanding tempat lain, namun hati gembira. Senang hati walaupun selalu fikir tak cukup duit, sampai terpaksa berhutang dengan kawan-kawan. Asam garam oh asam garam~
Seterusnya, bermula Ogos 2010, aku telah berkhidmat di Pusat Sains Negara, agensi kerajaan bawah MOSTI. Sedikit berbeza dengan MOH sebab skalanya lebih kecil. Umpama kita bekerja di peringkat daerah atau negeri. Dari sekuriti, tukang cuci, makcik kantin sehinggalah Pengarah PSN memang wajib bertegur-sapa. Kenangan energy months, science show, dan science kids (program anak angkat) tak akan dilupakan. Walaubagaimanapun, gaji aku antara paling ciput aku pernah dapat berbanding tempat lain, namun hati gembira. Senang hati walaupun selalu fikir tak cukup duit, sampai terpaksa berhutang dengan kawan-kawan. Asam garam oh asam garam~
Hidup perlu diteruskan, aku ada tanggungan. Nak bagi keluarga makan apa? Itulah asam garamnya. Inilah jalan yang aku pilih. Kini setelah 10 minggu berkhidmat di PSN, rezeki bertambah murah. Alhamdulillah. 'Rezeki anak' orang kata. Di mana?? Nantikan entri akan datang.Apa pun yang terjadi, aku tak menyesal bekerja di tempat-tempat berkenaan. Banyak pengalaman yang diperoleh yang mematangkan lagi kehidupan. Perjalanan ini masih jauh untuk ditempuh. Banyak lagi asam garamnya. Bak kata orang tua, siapa makan garam dulu?? Huhu.
Tukang tulis seloroh : Nak makan garam? Nak rasa masin, minum saja air laut. Nah, Ombak Rindu the movie :)
Izzah & Harris lakonan Maya & Aaron. Emm.. Lisa jadi antagonis? |
No comments:
Post a Comment