Hebahan

Wednesday, January 2, 2013

WAJAH 2012

Ini adalah pilihan Tukang Tulis semata-mata. Selaku pemerhati lembar 2012, setelah 366 hari berlalu, senarai nama berikut terpilih berpandukan darjah populariti mereka seiring dengan kualiti yang mereka tonjolkan dalam bidang masing-masing. Mereka tidak terkenal sangat sebelum ini, namun graf pencapaian mereka naik mencanak dan mendadak pada tahun 2012. 

Jangan pelik jika ada sesetengah nama tidak terpilih kerana hakikatnya mereka telah tersenarai dalam Wajah 2011 atau 2010 dan masih bertahan dan kekal relevan menghiasi Wajah 2012 seperti Najwa Latif, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don, Aaron Aziz, Khairul Fahmi Che Mat dan Neelofa.

1. Pemimpin Adil & Zalim - Dr. Mohamed Morsi versus Bashar Al Assad

 

 
  • Presiden Mesir yang baru menggantikan Hosni Mubarak setelah dilantik menerusi pilihan raya.
  • Memiliki latr belakang pendidikan & pegangan agama yang bagus
  • Berkahwin dengan sepupu & memiliki 5 orang anak
  • Isterinya mahu dilabel sebagai "First Servant" bukan "First Lady"
  • Lebih lanjut mengenai Dr. Mohamed Morsi. Klik.

  • Bashar Al-Assad pula pemimpin diktator negara Syria & telah memerintah selama 11 tahun
  • Bashar merupakan anak Hafez Al-Assad yang memerintah Syria selama 32 tahun
  • Didokong oleh pelampau Syiah yang mahu memerangi Muslim Sunni
  • Peratusan rakyat Syria (6% Syiah Alawie, 10% Kristian & 84% Sunni)
  • Lebih info mengenai rejim Bashar Al-Assad. Klik.

2. Fenomena - Psy & Gangnam Style



  • Park Jae Sang atau nama pentasnya PSY berusia 36 tahun dari Seoul, Korea Selatan
  • Menjadi fenomena gara-gara tarian yang komikal
  • Lagunya ala-ala LMFAO Party Rock Antheme (shuffling)
  • Video di Youtube telah melepasi tontonan sebanyak 1 billion
  • Gangnam merupakan tempatnya dilahirkan, dan lagu ini dikatakan menyindir kehidupan penduduk Gangnam yang dilimpahi kemewahan. Info lanjut sila klik sini.

 3. Pasca OlimpikLondon 2012 - Pandalela Rinong


  • Nama penuh Pandalela Rinong anak Pamg
  • Berusia 20 tahun (2013)
  • Berbangsa Bidayuh 
  • Mencipta sejarah selaku atlit wanita pertama memenangi pingat Olimpik
  • Mendapat pingat gangsa sukan terjun kategori 10 meter Wanita di London
  • Memecah rekod sukan badminton yang sentiasa menyumbang  pingat
  • Turut memberi tempias populariti kepada Baskin Robin & attention seeker seperti Johari Pain yang mahu kerat anunya
4. Rangkaian sosial - Instagram 




  • Rangkaian sosial yang paling terkini dan semasa
  • Berkonsepkan foto dan kapsyen, di mana gambar boleh disunting dengan mudah
  • Kebanyakan gambar makanan, pemandangan, barangan mewah hatta kaki (fefeelin Yuna sangat) menjadi kegilaan
  • Hanya pemilik telefon pintar sahaja boleh memiliki akaun Instagram
  • Banyak selebriti memiliki akaun Instagram
  • Perang twitter kini merebak ke 'perang instra'
  • Jangan lupa follow : misisitukangtulis !
  • Pesaing terkini Instagram mungkin Path. Benarkah?


5. Durian Crepe


  • Durian crepe seperti kek aiskrim berperisa durian
  • Juga terkena tempias ala-ala ais krim goreng yang dikomersialkan
  • Inti durian Musang King adalah kandungan wajib
  • Dihidang sejuk
  • Meledak naik, merebak kegilaannya menerusi fenomena Instagram
  • Mencipta peribahasa moden "Bagai Instagram & Durian Crepe" (Bagai aur & tebing yang saling memerlukan)


6. Rezeki selepas berhijab -Shila Amzah


  • Anak penyanyi Amir Hamzah aka ND Lala
  • Menyanyi dari zaman kanak-kanak dengan nama Shahila, kemudian Shila Tekno
  • Seterusnya menjadi Naib Juara One In A Million 2 di belakng Ayu Damit
  • Setelah menggunakan nama Shila OIAM, sekali lagi penjenamaan semula iaitu Shila Amzah
  • Menyertai projek trio 3 Suara - meletup dengan lagu Beribu Sesalan, Semua Isi Hatimu
  • Kini muncul dengan single Patah Seribu (adakah single terbaru berjudul Beribu-ribu Lemon)
  • Mula mengenakan tudung Ramadhan lepas
  • Rezeki kemenangan mencurah-curah bermula dengan kemenangan Asian Wave di China, Lagu Terbaik AIM, Penyanyi Wanita Terbaik APM, dan kini mara peringkat akhir AJL 27
  • Gossip bersama 'cinta hati' Sharnaaz Ahmad (setelah muncul bersama dalam video klip & telemovie Patah Seribu)
  • Turut tercalon dalam Anugerah World Music Awards 2012 bersama DCT 

7. Rafizi Ramli - Pemimpin Strategis

  • Berusia 36 tahun (2013), asal dari Terengganu dan bekas pelajar MCKK
  • Pengarah Strategi PKR dan juga Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor
  • Pernah berkhidmat dengan Petronas dan Pharmaniaga Berhad
  • Lebih menonjol berbanding Ketua-Ketua Pemuda (BN,PAS,PKR dll) yang sedia ada
  • Namanya popular menerusi siri Debat TV9, Debat Sinar Harian bersama KJ
  • Terlibat dalam pembongkaran skandal NFC secara strategik, taktikal & intelektual
  • Sekarang didakwa mahkamah bawah akta BAFIA, Akta Bank & Institusi Kewangan 1989
  • Info lanjut siapa dia Rafizi di sini

8. Blogger versus Vlogger - Mat Luthfi, Annas Easkey & Hanis Zalikha

  • Remi Gaillard Malaysia!
  • Seorang vlogger (blogger menggunakan video yang dikongsi menerusi saluran Youtube)
  • Loghat utaranya amat pekat dan menjadi identiti tersendiri
  • Pernah terlibat dengan video bersama Bob Lokman (Oley!Kembara) berkenaan Hudud. Sila cari di Youtube
  • Menang Kategori Shout! Aloud Award (Individu berbakat menerusi YouTube)Shout!Awards 2012 di Sunway Lagoon. Wakilnya tak sambut tangan Saleha! Haha
  • Antara karya paling epik, tonton di sini
  • Boleh follow @matluthfi90
  • Annas Easkey atau nama sebenarnya, Mohamad Anas Zahrin bin Atan.
  • Gambar di atas bukannya Annas ya.. tapi itulah hasil kerjanya. Gambar sebenar Annas ada di bawah sebelum Hanis Zalikha
  • Annas seorang jurugambar di Malaysia yang sedang mencipta nama dengan begitu pantas sekali
  • Lebih-lebih lagi hasil kerjanya mendapat pujian ramai pihak tak kira artis, selebriti, hatta pereka fesyen sekalipun menggunakan khidmat Annas untuk sebarang majlis (perkahwinan contohnya)
  • Kreatifnya Annas, beliau sendiri yang mengenakan make up kerana di situlah asalnya di mana kerjayanya bermula dan berkembang
  • Hasil kerjanya juga dikongsikan menerusi coretan blog Annas, http://theannaseaskey.blogspot.com
 
  • Hanis Zalikha antara blogger paling terkenal dan berpengaruh di Malaysia
  • Terkenal kerana cantik, dan yang lebih penting gaya penulisan yang bijak & menghiburkan (contohnya tips belajar, resipi memasak dll)
  • Bijak tak bijak.. Anugerah Naib Canselor (pointer 3.9)
  • Selain bergelar pelajar, Hanis juga terjun ke bidang modelling secara sambilan & lakonan
  • Antara lakonan Hanis boleh ditonton menerusi drama Memberku Hawa, Mariam Kampung Putat
  • Dan juga filem Gangster Celop
  • Boleh baca blog Hanis, http://inibelogsaya.blogspot.com
  • Sebenarnya dia adik kawan TT, Liana Zainal Rashid 

9. Rambut ketak / ropol - Hafiz, Johan & Baby AA

  • Hafiz pernah menjuarai AF 7
  • Namun namanya tidak naik dengan pantas malah pernah dibayangi Aril & Akim
  • Album debutnya menampilkan banyak lagu hit bermula dengan Masih Jelas & Noktah Cinta
  • Namun, lagu Awan Nano benar-benar melonjakkan namanya sehingga diangkat pemenang AJL 26 serta dinobatkan Lagu Terbaik APM serta memenangi Penyanyi Lelaki Popular ABPBH
  • Namanya terus harum & menaiki graf popular ekoran fenomena Ombak Rindu
  • Kini, single Kuakui mula diterima dan bakal beraksi di pentas AJL 27
  • Dan.. fenomena Adam & Hawa turut melonjakkan lagu duetnya bersama Diva CT, Muara Hati
  • Single yang dilancarkan di Indonesia berjudul Bahagiamu Deritaku bakal mengukuhkan lagi namanya.

  • Johan atau nama sebenarnya Yazid Lim merupakan pemenang tempat ketiga Raja Lawak Astro musim pertama. 
  • Namun, namanya ditenggelami Zizan & Nabil yang lebih menyerlah
  • Johan mula diterima ramai menerusi watak Abi Hurairah filem Hantu Kak Limah
  • Ikatan kimia yang serasi bersama Zizan membentuk Jozan merupakan gandingan yang digemari ramai
  • Kemuncaknya, Johan merampas anugerah Artis Komedi Lelaki Popular daripada Zizan
  • Kini, Johan makin selesa mengendalikan segmen pagi Radio Era terutama Sketsa JoHaRa yang mengembalikan status radio nombor 1 kepada radio Era.RM
 
  • Azwan Ali.. satu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi
  • Penuh kontroversi.. ada yang menyokong dan semestinya ada yang membenci
  • Jenis tak makan saman, Azwan tetap berada di kelas sendiri
  • Penyertaannya ke dalam rancangan Masterchef Selebriti Malaysia dengan penjenamaan semula Double A atau AA diterima ramai
  • Setelah AA tersingkir.. Masterchef Selebriti ternyata hilang serinya
  • Kini.. dengan nama baru, Baby AA si Ropol Pink yang meroyan di jalanan semestinya memeriahkan lagi slot Katanya... Propaganjil ops Propaganza!

10. Gelak Hantu Kiah Propa - Tanda Dagang


  • Rock Kiah Propa lebih senior berbanding Baby AA
  • Rock Kiah Propa atau nama sebenarnya Siti Rohkhaida Abdul Khalil
  • Sebelum ni pernah muncul rancangan Terjah Nas Ahmad
  • Maka, ramai yang menyangka beliau isteri Nas Ahmad, walaupun Nas Ahmad itu abangnya
  • Rock mengacara Galaksi di TV 9 bersama Ikhwan
  • Banyak segmen "kantoi" dan gossip menerusi bukti (contohnya gambar yang diconteng)
  • Gelak seperti hantu merupakan trade mark yang...  menakutkan ?
  • Walaupun kini cuti bersalin.. segmen beliau yang dirakam lebih awal tetap disiarkan

11. Tempat Santai Fikiran & Libur Minda - "Bandar" Legoland & Kidzania


  • Tahun 2012 menyaksikan kemunculan pesaing Sunway Lagoon & Petrosains. Ahaks~
  • Kidzania & Legoland merupakan antara destinasi "wajib pergi" sekurang-kurangnya satu kali
  • Lokasinya berbeza. Kidzania di kawasan elit Damansara manakala Legoland di Selatan Semenanjung Malaysia
  • Memiliki daya tarikan yang tersendiri dan kelompok sasar yang berbeza
  • Kidzania lebih menumpukan niche kanak-kanak di mana mereka mensasarkan usia belasan tahun ke bawah dengan kawasan seluas 7432 meter persegi
  • Kidzania merupakan "bandar" milik kanak-kanak berasal dari Mexico di mana mereka yang mengurus, mentadbir dan menguasai seolah-olah mereka merasai apa orang dewasa lakukan seperti bekerja, menguruskan kewangan dan sebagainya
 

 

  • Legoland pula salah satu projek mega Iskandar Malaysia. Pertama di Asia dan keenam di dunia
  • Legoland merupakan "bandar" yang dibina menggunakan "batu-bata" Lego di kawasan terbuka seluas 76 ekar (atau menyamai keluasan 50 padang bola)
  • Selain pameran bongkah Lego, banyak permainan menarik disediakan. Legoland mensasarkan pelancong dari luar negara khususnya dari Singapura
 


12. Pelumba Masa Depan :Zulfahmi Khairudin  - Nabil Jeffri - Jazeman Jaafar

  • Nama penuh Muhammad Zulfahmi Khairuddin
  • Berusia 22 tahun (2013)
  • Kerjaya selaku pelumba motorsikal professional
  • Mendapat podium pertama dalam karier perlumbaan motorsikal di GP Malaysia (nombor 2)

  • Nama penuhnya Muhammad Nabil Jan Al-Jeffri
  • Berasal dari Kuala Lumpur berusia 20 tahun (2013)
  • Pelumba kereta yang bermula dengan Go-Kart(memenangi beberapa gelaran) sebelum menyertai Formula Satu di UK
  • Pemandu paling muda yang pernah dipanggil untuk melakukan pandu uji Lotus di bawah kendalian Tony Fernandes
  • Info lanjut klik sini


  • Pemilik nama Jazeman Firhan Jaafar
  • Berasal dari Kuala Lumpur berumur 21 thun (2013)
  • Pemandu kereta Formula Tiga, kini bersama pasukan Carlin
  • Info lanjut klik sini.  
13. Hero Pelapis - Beto Kusyairy & Aiman Hakim Ridza

 
  • Namanya Kusyairy. Beto nama gelaran zaman remajanya (nama Mexico). Berusia 33 tahun dan sudah berkeluarga
  • Beto Kusyairy merupakan orang yang pernah memakai kostum Along, si kucing
  • Diperkenalkan oleh Erma Fatima menerusi watak-watak kecil drama. Setelah berani tambil di depan kamera, Beto pernah memainkan watak kecil dalam filem Syaitan, Kami The Movie, Nur Kasih The Movie serta drama Kekasihku Seru, Juvana.
  • Namun, watak Rosli Dhobi telah membuka mata banyk pihak sehingga diberi peluang muncul selaku watak utama dalam banyak drama dan filem
  • Antaranya Geng Surau, Kasyaf Imani, Aku Di & Tong Sampah, Jangan Ambil Padang Kami serta Istanbul Aku Datang yang mengukuhkan lagi nama Beto
  • Beto tercalon Top 5 Artis Baru Lelaki Popular ABPBH dan tewas kepada Johan Botak 


  • Aiman Hakim Ridza merupkan bekas peserta Mentor 5, protege Rahim Maarof
  • Pernah terlibat dengan iklan komersial sebelum terjun ke dunia lakonan
  • Juga diperkenalkan oleh sutradara Erm Fatima menerusi drama Kitab Cinta
  • Namun, drama Vanilla Coklat benar-benar melonjakkan nama Aiman
  • Gandingannya bersama Izara Aisha sebagai pasangan ideal disukai ramai sehingga diberi jolokan pasangan SRK-Kajol Malaysia 
  • Kini semakin banyak drama dilakonkan Aiman. Antaranya FridayI'm In Love, serta Mariam Kampung Putat bersama Hanis Zalikha



14. Boyband - One Direction, The Wanted, .fun

 
  • Setelah zaman K-Pop melanda, kewujudan Boyband kembali diterima
  • Ada yang ditubuhkan sejak awal 2009 namun tahun 2012 benar-benar memberi impak kepda karier mereka 
  • Antaranya kemunculan kumpulan One Direction, The Wanted (indie UK) dan juga Indie pop band fun.
  • Kebanyakannya membariskan lelaki-lelaki jambu batu!  Dan bekas peserta program realiti yang telah diujibakat seperti X-Factor
  • One Direction mempunyai rangkaian lagu popular seperti What Makes You Beautiful, One Thing dan single terbaru Live Like You Were Young
  • The Wanted pula deretan lagu seperti All Time Low, Glad You Came, Chasing The Sun dan sebagainya
  • Trio - band .fun boleh dikatakan paling berjaya setakat ini susulan lagu berhantu mereka We Are Young yang tercalon Record Of The Year Anugerah Grammy
  • Di Malaysia juga tidak terkecuali seperti kumpulan Forteen, serta band k-pop wannabe Max 24:7 yang teramatlah Ops~



15. Dr. Muhaya - inspirasi Wanita Muslimah

  • Prof. Dr. Muhaya Mohamad merupakan doktor pakar mata (konsultan optalmologi)
  • Berkhidmat di Prince Court, hospital bertaraf hotel 5 bintang
  • Dikenali kerana perkhidmatan merawat mata "Lasik". Hafiz Hamidun pernah cuba
  • Juga seorang penceramah dan motivator
  • Kerap muncul di radio dan kaca TV


16. Kolaborasi Mantap & Berjaya- Sleeq & Jimmy Palikat

  • Mereka sudah lama dalam industri
  • Sleeq, duo (Alyph & Sharif) dari negara Tambak Johor pernah bernaung di bawah KRU
  • Pernah dikenali menerusi lagu Cun Saja
  • Kolaborasi bersama Ramlah Ram, Sesaat Kau Datang.. disusuli gandingan bersama Najwa Latif melalui lagu Untuk Dia benar-benar meletakkan mereka di barisan popular
  • Kini lagu Salam Semua (bersama Aaron Aziz) dan Sahabat (bersama Najwa Latif & Shamkamarul Ukulele) makin mendapat tempat
 
  • Jimmy Palikat penyanyi tempatan dari negeri di bawah bayu, Sabah
  • Terkenal di negeri kelahirannya dengan lagu-lagu citarasa tempatan
  • Anak Kampung mula dipopularkan Kumpulan Zero, Raja Lawak Astro 5
  • Selepas itu, rakaman semula yang diberi nafas baru bersama penampilan One Nation Emcee telah mencetuskan fenomena
  •  
17. Misteri Uncle Seekers


  • Uncle Seeker merupakan blogger yang mendedhkan banyak perkara di luar jangka
  • Antaranya kisah peribadinya bersama bekas permaisuri
  • Selain itu..dia juga ada membuat ramalan menerusi mimpi seperti apa yang akan berlaku kepada Anuar Zain, Zizan, Rebecca NAI dan sebagainya
  • Kemuncaknya, Uncle Seeker dikatakan mencampuri urusan di-raja dan menghina kerabat Johor
  • Akibatnya beliau ditahan, didakwa dan dipenjarakan

18. Pelapis pemain bola menjadi tumpuan - Shakir Ali, Wan Zack Haikal & Afiq Azmi

  • Ada beberapa orang pemain muda yang mencuri tumpuan peminat bola sepak
  • Ada di kalangan mereka menjadi trending di laman sosial Twitter
  • Antaranya pemain kelahiran Kedah, Shakir Ali yang kini bersama N9. Aksinya bersama skuad negara sehingga menyumbang gol menjadi bualan
  • Selain itu, pemain dari Harimau Muda A, Wan Zack Haikal juga beraksi cemerlang ketika kejohanan Piala AFF Suzuki 

  • Wan Zack Haikal juga pernah dinobatkan Pemain Muda Terbaik & Anugerah Pemain Kegemaran YEO (Liga Singapura) selain Anugerah Pemain Harapan Terbaik Liga Malaysia 2011
  • Juga pernah beraksi mewakili kelab Slovakia, FC ViOn Zlate Moravce secara pinjaman tahun lalu dan menjalani latihan percubaan dengan kelab Divisyen 3 Jepun, FC Ryukyu 
  • Manakala pemain Kuala Lumpur, Afiq Azmi dipinjamkan ke Kelantan ketika musim Piala Malaysia 2012 menjadi trending ekoran aksi dan imejnya yang tersendiri
  • Afiq Azmi kini sah menjadi milik pasukan Selangor dalam saingan Liga Super 2013 

19. Juara Memasak




  • Rancangan Realiti Masakan, Masterchef  Malaysia 1 & 2 (juga Masterchef Selebriti Malaysia) melahirkan 3 orang juara sekaligus pada tahun 2012
  • Tahniah kepada Dr Fazley, Izyan, Dr. Ezani Farhana atas kejayaan masing-masing
  • Selain itu, tempias populariti juga turut terpalit kepada peserta lain seperti Nik Michael, Zamir, Karl Shafik, Soo Winci, Ammar dan lain-lain
  • Selain itu, Chef Professional juga turut terkenal dengan rancangan mereka sendiri seperti Chef Sherson Lian dan Chef Fikri (Hello Bro Tolong Masak)


20. Pemain Kelas Dunia

  • Rory Mc Ilroy, ranking No.1 selaku pemain golf professional termuda dalam sejarah
  • Lebih lanjut klik sini

  • Victoria Arazenka, juga pemain tenis wanita nombor 1 dunia
  • Info lain klik sini

  • Jeremy Lin, pemain bola keranjang Amerika Syarikat berketurunan China
  • Merupakan antara nama yang kerap di Google sepanjang tahun 2012
  • Kini bersama kelab Houston Rockets. Info lanjut, klik sini

21. WAGS Malaysia - Leuniey Natasha


  • Model Simplysiti, Nur Eilunie Natasha atau lebih dikenali dengan nama Leuniey adalah isteri yang sah kepada penjaga gol nombor 1 (masih ya) Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex
  • Mereka berdua pernah sama-sama menjayakan iklan Simplysiti
  • Sebelum hubungan mereka serius, mereka pernah dilnda gossip. Sewaktu itu, Apex masih bersama Dahlia Teck manakala Leuniey dikatakan menjadi tunangan orang. Apek dikatakan menjadi putusnya pertunangan tersebut
  • Leuniey, Mek Klate yang juga berkawan baik dengan adik Neelofa

22. Pelapis heroin - Anak Zainal & Darah Campuran

Anak Zainal - Wawa Zainal, Nad Zainal

  • Nad Zainal sebelum ini banyak tampil melalui wtak kecil. Contohnya gadis cacat & psiko syok dekat cikgu tusyen lakonan Qi dalam Blogger Boy
  • Mula dipndang bakatnya menerusi Memberku Hawa, Bukan Bidadari & terbaru, Putera Rayyan
  • Wawa Zainal pula artis MIG, pernah digossip bercinta dengan Aeril Zafril
  • Identiti lesung pipitnya yang manis
  • Sesuai dan kerap diberikan watak bertudung
  • Menjadi duta Lip Ice (caras Lisa Surihani..ops )


Darah campuran - Christina Suzanne Stockstill, Emma Maembong


  • Emma Maembong, anak pelukis terkenal Ismail Embong
  • Memiliki darah campuran Scottish +  Melayu
  • Abangnya Bakri, drummer bebas, manakala seorang lagi adik beradiknya Chacha Maembong, juga seorang pelakon
  • Emma diperkenalkan oleh Erma Fatima menerusi drama Kau Yang Terindah
  • Kini Emma kerap diberikan watak utama
  • Kris Cempaka merupakan bekas peserta Pilih Kasih 2
  • Juga anak didik Erma Fatima menerusi drama Dia Bukan Maryam & Kasih Najihah
  • Nama Kris Cempaka diilhamkan oleh Erma Fatima
  • Darah kacukan Jerman + Melayu
  • Kini, setelah penjenamaan semula, nama Christina Suzanne Stockstill dikomersialkan
  • Terlibat dengan iklan Diva Raya bersama Redza Minhat
  • Sedang menantikan tayangan filem KIL juga bersama hero, Redza Minhat 



23. Syafiq Yusof - Pengarah Paling Muda


  • Adik kepada Syamsul, Syafiq Datuk Yusof Haslam diiktiraf Malaysian Book of Records selaku Pengarah Paling Muda dalam sejarah
  • Filem pertama arahan Syafiq, Saya Amat Mencintaimu (SAM) mencapai kutipan pecah panggung
  • Telah mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihan
  • Kini sedang menyiapkan projek keduanya, mungkin berkisarkan kejayaan Datuk Lee Chong Wei


24. The Red Warriors - Treble Winner


  • Juara Treble, Kelantan The Red Warrior tidak sunyi daripada krisis dan gossip
  • Peter Butler, Mohamed Ghaddar, Bojan Hodak, Piya, Afiq Azmi, Mat Yo antara nama yang mewarnai landskap sukan bola sepak Kelantan
  • Peter Butler, bekas jurulatih yang dipecat, digantikan oleh Bojan Hodak. "Dendam" Butler lunas setelah pasukan barunya, Terengganu berjaya menundukkan Kelantan pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia. Namun, Terengganu tetap tersingkir dalam kumpulan "maut" tersebut yang turut dibarisi Kedah & ATM
  • Mohamad Ghaddar, import Kelantan dari Lubnan mencetuskan kontroversi. Mungkin masalah komunikasi yang terbelenggu. Ghaddar pernah didenda & digantung sehingga tak dapat beraksi final Piala Malaysia. Namun, Ghaddar merupkan penjaring gol kemenangan Piala FA menerusi sepakan penalti
  • Piya, kapten pasukan yang memimpin Kelantan sehingga bergelar juara treble namun tidak dipanggil beraksi bersama skuad negara  
  • Mat Yo pula menjadi milik Darul Takzim FC musim depan setelah kemelut perebutan berakhir

.

25. Pejuang Mahasiswa - Adam Adli


  • Adam Adli boleh dianggap sebagai pemuda yang berani mati
  • Namanya memuncak sewaktu sidang Perhimpunan Agung UMNO di mana beliau berani menurunkan bendera gambar PM
  • Juga terlibat dengan "rusuhan" di UPSI awal tahun 2012. Adam ditahan, manakala 2 orang cedera iaitu Amar Rasyidi & Safwan Anang
  • Ada yang menyanjung dan juga mengeji
  • Kini telah dihukum gantung 3 semester
  • Apa-apapun.. beliau tetap dikenang sebagai pejuang mahasiswa 
Selain itu ada juga beberapa nama lain yang patut tersenarai. Contohnya, Zed Zaidi, Anzalna Nasir, Mislina Mustaffa, Nayati Moodliar, Amir Jahari, Bedroom Sanctuary (Bo Amir Ikram) tapi mungkin impaknya masih belum cukup kuat.

Maka... siapa dia Wajah 2012 pilihan anda? Dan kesimpulannya, tahun 2012 menampilkan mereka yang mencipta nama menerusi medium alternatif seperti Youtube, Twitter dan blog sendiri, tak bergantung harap kepada TV dan radio semata-mata.Siapakah bakal menghiasi Wajah 2013 Satu nama sudah berada di benak minda TT, Dimitri Petratos!

Nantikan entri berikutnya.. LLJ 2012, Produk 2012, Ideal 2012 & Yang "hazab" 2012..~

1 comment:

  1. Hitam Putih Kehidupan: Wajah 2012 >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Hitam Putih Kehidupan: Wajah 2012 >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Hitam Putih Kehidupan: Wajah 2012 >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete