Hebahan

Monday, January 2, 2012

WAJAH 2011

Ini adalah pilihan Tukang Tulis berdasarkan darjah populariti mereka seiring dengan kualiti yang mereka tonjolkan dalam bidang masing-masing. Mereka tidak terkenal sangat sebelum ini, namun graf pencapaian mereka naik mencanak dan mendadak pada tahun 2011.

1. Ustaz Azhar Idrus

  • Terkenal melalui ceramah-ceramah beliau yang boleh didengar/tonton di Youtube. Cuba klik sini.
  • Berjiwa muda, memahami situasi dan kedudukan orang muda
  • Menjawab isu-isu panas dan terkini serta menerangkan hukum-hakam agama di kalangan muda-mudi
  • Terlibat dalam acara Countdown 2012 anjuran kerajaan Selangor. Ustaz Azhar siap petik gitar lagi, manakal Zizan jadi tukang rap
  • Dan.. ustaz siap ada buku lagi terbitan PTS!



2. Zizan Razak

  • Gandingan mantap bersama Johan membentuk Jozan
  • Banyak menyerikan acara-acara yang hambar dengan jenakanya
  • Buat kali pertama memenangi Artis Komedi Lelaki Popular ABP tahun lalu di samping Anugerah Pengacara Pilihan Shout! Awards.
  • Juga pengacara Melodi 2011
  • Selain pelawak dan pengacara, Zizan juga berlakon filem box-office seperti KL Gangster dan Hantu Bonceng
  • Jangan terkejut, Zizan juga bergelar penyanyi rap menerusi lagu Anggun dan Selamat Tinggal~

3. Usop Wilcha

  • Nama betulnya Syed Asri, atau nama pentasnya Shy8
  • Namun lebih terkenal gara-gara membawa watak lelaki lembut berkerusi roda, Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah
  • Pernah bergelar penyanyi suatu ketika dahulu (dulu lagu Aids tahun 90-an)
  • Kalau tengok Dunia Baru, dialah ayah tiri si Opie
  • Kini bergelar DJ radio Hot.FM dan beliau telahpun melepaskan jawatannya di sebuah syarikat gergasi swasta

4. Aaron Aziz

  • Boleh kata 2011 ini tahun Aaron Aziz
  • Banyak filem yang meletup lakonan Aaron (KL Gangster dan Ombak Rindu, kecuali Datin Ghairah.. huhu)
  • Juga terlibat dalam drama adaptasi novel Nora Eleena dan Stanza Cinta
  • Selain itu, jualan tiket pentas teater Badai Semalam juga turut laris lakonan Aaron dan Erra
  • Juga duta beberapa produk seperti Loreal for Men dll 
  • Walaupun bergelar bapa kepada 3 orang anak, saham Aaron naik tahun ini dan tak mustahil dapat merampas trofi ABP 2011 daripada Shaheizy Sam

5. Angry Bird

  • Inilah permainan yang menjadi kegilaan sesiapa saja, tak kira usia
  • Angry Bird merupakan fenomena baru. Kasut, cawan, kunci, t-shirt dan pelbagai aksesori dijenamakan atas nama Angry Bird
  • Ada edisi Angry Bird Rio menampilkan burung Rio
  • Banyak topik Fizik boleh dibincangkan melalui permainan ini. (Datanglah ke Petrosains kalau sempat :P)

6. Boboiboy

  • Daripada pembikin Upin & Ipin
  • Animasi berteraskan superhero
  • Jalan cerita yang menarik, sarat dengan pengajaran
  • Kini boleh ditonton di TV3 juga Astro saluran Disney

7. Tony Fernandez

  • Contoh rakyat Malaysia yang berjaya di dalam bidang perniagaan
  • Jika dulu dengan motto "kini sesiapapun boleh terbang" yang memperkenalkan Airasia, kini Malaysia Airline System (MAS) di bawah pengurusan beliau
  • Juga pemilik kelab bola sepak Inggeris Queen Park Rangers (QPR) dan MAS sendiri menaja jersi QPR
  • Dan giat mempromosikan Tune Talks dan juga Tune Hotel

8. Najwa vs Najwa

  • Tahun 2011 tahun memperkenalkan 2 Najwa
  • Pertama, sensasi Youtube juga, Najwa Latif
  • Kedua, Najwa Mahiaddin, anak VVVIP yang cuba berdiri atas nama sendiri
  • Kedua-duanya berbakat dan mendapat pengiktirafan
  • Najwa Mahiaddin menang beberapa anugerah dalam AIM 18
  • Najwa Latif menang Anugerah Bakat Muda Selangor 2011, dan bakal beraksi di pentas akhir AJL, 29 Januari 2012

9. Nazmi Faiz Mansor

  • Baru berusia 18 tahun (2012)
  • Menyertai skuda Harimau Muda ke Sukan SEA dan juga Skuad Olimpik
  • Menangguhkan peperiksaan SPM pada tahun lalu
  • Menjaringkan gol cantik ketika menentang Bahrain ketika Malaysia kalah 3-2
  • Sudah terkena tempias glamor dan gossip murahan






10. Ikon TV Al-Hijrah


Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

  • Ikon TV Al-Hijrah
  • Mengacarakan rancangan 30 minit Ustaz Don
  • Mengajar tatacara membaca qiraat al-Quran yang betul
  • Sangat interaktif terutama ketika menerangkan bagaimana sebutan dan makhraj yang betul
Kumpulan Al-Mawlid


  • Dicetuskan oleh Arif Munawer yang terlebih dahulu dilamar hidayah
  • Lalu mengajak teman-teman baik mengikuti kelas agam bersama-sama
  • Menubuhkan kumpulan untuk menyemarakkan selawat ke atas baginda Rasulallah
  • Menyertai KL Berselawat, Kuching Berselawat
  • Sering muncul melalui saluran TV Al-Hijrah

11. Cikgu Shida

  • Juga sensasi daripada Youtube
  • Gara-gara kesengalan dan keberanian cikgu ini buat aksi maut (bermiming je pun)
  • Paling tak boleh blah gaya menyanyikan lagu Stacy, Pakai Buang
  • Pernah keluar rancangan Apa Saja FBI
  • Dah telahpun bergelar pelakon melalui sitkon di Astro Warna

12. Neelofa

  • Gadis cantik yang ada otak atau istilahnya beauty with the brain
  • Tak percaya? Neelofa lepasan MRSM dan skor straight A dalam UPSR, PMR dan SPM
  • Berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan sepupu kepada Qalisha Ray yang sedikit kontroversi
  • Neelofa juga pemenang Dewi Remaja 2010
  • Finalis lain Dewi Remaja turut menrima tempias glamor seperti Izara Aishah, Ramona Zamzam
  • Menjalankan bisnes kasut secara atas talian
  • Menjadi heroin Azura 2011
  • Kini mengendalikan Nona, hos bersama Farah Fauzana

13. Ambiga Sreenevasan

  • Seorang peguam dan pernah menrajui Majlis Peguam Malaysia (Malaysian Bar Council) dari tahun 2007-2009
  • Penggerak BERSIH 2.0 bagi memastikan ketelusan ketika berlangsungnya PRU akan datang
  • Namanya juga diheret ke kancah kontroversi Seksualiti Merdeka
  • Dikatakan pernah terlibat dengan kes "Lina Joy"

14. Syamsul Datuk Yusof Haslam

  • Pengarah filem KL Gangster yang mendapat kutipan tertinggi di Malaysia, RM 11.74 juta (FINAS)
  • Mendapat anugerah Pengarah Terbaik untuk dua tahun berturut-turut
  • Bakal buat remake filem Bukit Kepong dan juga prekuel KL Gangster
  • Juga ada bakat menyanyi rap

15. 2S (Safee Sali & Safiq Rahim)

  • Kedua-duanya pernah bermain bersama-sama dalam pasukan Selangor
  • Safee kini beraksi di Liga Indonesia ISL 
  • Safee kini "dalam dilema" ekoran berita pengharaman ISL yang tidak mendapat pengiktirafan FIFA
  • Safee Salee juga tersenarai dalam 11 pemain terbaik Asia pilihan Goal.com selaku pemain simpanan. Tak percaya? Klik sini.
  • Safiq merupakan kapten pasukan negara, berkarisma dan pakar free-kick
  • Safiq dinobatkan Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS/ FAM 2011
  • Mereka berdua berpeluang menjalani latihan luar negara di Eropah bersama



16. Nurdalia Teck

  • Dikatakan menjadi orang ke-3 hubungan penjaga gol kebangsaan, Apex
  • Apex atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat telah memutuskan pertunangan dengan Elia (si jejari runcing)
  • Kantoi bergambar bersama Apex di Singapura, dan Apex mengatakan hubungan mereka seperti abang dan adik angkat
  • Namun, hubungan mereka berdua bukan lagi rahsia kerana semuanya jelas, nyata dan terang melalui Twitter milik mereke berdua
  • Tambah menghangatkan keadaan, isu gambar mereka bersosial menyambut hari lahir di sebuah kelab di Bukit Bintang 
  • p/s: Apex telah tersenarai dalam Wajah 2010 walaupun hakikatnya sepanjang 2011 Apex dilanda pelbagai gossip

17. Bruno Mars & Adele

  • Jika tahun 2010 memperkenalkan Justin Bieber, maka tahun 2011 memperkenalkan Bruno Mars
  • Satu per satu single beliau menjadi siulan dan kegilaan ramai
  • Menghasilkan banyak lagu hits peribadi dan juga kolaborasi bersama beberapa penyanyi terkenal seperti B.O.B dan Eminem
  • Memenangi beberapa Anugerah Grammy
  • Pernah datang membuat persembahan di Kuala Lumpur, Malaysia

  • Manakala Adele, gadis British dari Tottenham meledakkan namanya pada tahun 2011 menerusi album keduanya, 21.
  • Adele pernah menghasilkan album debut, 19 menampilkan lagu hits Chasing Pavements.
  • Namun, lagu Rolling In The Deep memberikan tuah kepada pemilik nama sebenar Adele Laurie Blue Adkins ini.
  • Di samping dendangan hits penuh emosi, Someone Like You turut mencetuskan fenomena luar biasa

18. Botak vs Cikgu Zakiah
  • Nama sebenar Botak, Johan Arif As'ari
  • Namanya meletup gara-gara watak Botak dalam drama yang diilhamkan daripada drama Prison Break, Juvana.
  • Juvana merupakan drama kedua lakonan Johan. Drama pertama beliau Penunggu Gunung Raya, slot Seram di TV3 juga.
  • Anak Dato' dan ada seorang kakak juga pelakon, Farah Alya
  • Semakin mengukukhkan nama menerusi watak Aril, drama Cinta Elisa bersama Fasha Sandha
  • Namun, terpalit kontroversi bersama Cikgu Zakiah, pelakon Izreen Azminda

  • Izreen Azminda membawa watak guru kaunseling, Cikgu Zakiah dalam drama bersiri Juvana
  • Mula terkenal menerusi watak protagonis, Cikgu Zakiah dalam drama bersiri Juvana
  • Sebelum ini sering menjayakan watak antagonis, seperti dalam drama bersiri, Isabella contohnya
  • Terheret kancah cinta 3 segi bersama Johan (Botak) dan FS
  • Membawa watak Melly dalam drama Tentang Dhia dengan amat berkesan
  • Bakal melansungkan pertunangan Januari 2012
  • Ada gosip berkisarkan "status" bakal tunangannya
  • Juvana bakal difilemkan

19. Sham Kamikaze

  • Selepas Bob Lokman, Sham Kamikaze dipilih Allah menemui jalan yang dicari
  • Semuanya gara-gara dapat bersua muka empat mata dengan Imam Besar
  • Kini beliau sering mengikuti kelas-kelas agama (daripada Dr. MAZA contohnya), dan ceramah-ceramah keagamaan selaku penceramah/forumer mahupun peserta
  • Kisah bagaimana menerima hidayah ALLAH menjadi inspirasi kepada peminatnya

20. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari

  • Pakar perlembagaan negara, juga pensyarah UIAM
  • Namanya panas gara-gara mahu digugurkan daripada UIAM namun mendapat sokongan ramai pihak
  • Semuanya gara-gara komen beliau melibatkan Sultan mengenai kes gereja

21. Neymar
  • Nama betul, Neymar Da Silva Santos Junior, berusia 20 tahun
  • Pemain bola asal dari Brazil
  • Kini beraksi dalam kelab Santos
  • Pernah menjadi buruan Chelsea
  • Dikatakan bakal mengikut jejak langkah Lionel Messi mencipta nama dalam arena bola sepak

22. Sebastian Vettel

  • Berasal dari Jerman dan pemandu Formula 1 Red Bull Racing
  • Merupakan pemenang lumba kereta F1 buat dua tahun berturut-turut
  • Mencatat sejarah selaku pelumba paling muda pernah memenangi pertandingan F1 secara keseluruhan
  • Tahun 2011 menobatkan Vettel selaku pemenang keseluruhan ketika mendapat posisi ketiga di GP Jepun dan masih lagi  berbaki 4 perlumbaan

23. Dominique Strauss-Kahn


  • Warga Perancis dikenali sebagai DSK
  • Bekas pensyarah Universiti Nancy, Perancis
  • Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang dikatakan lebih berkuasa daripada PM
  • Diselubungi skandal seks(serangan seksual) yang menjatuhkan kareer beliau yakni melepaskan jawatan
  • Dan terpaksa melupakan hasrat mahu menentang Nicolas Sarkozy

24. Mendiang Steve Jobs

  • Pengasas Apple
  • Mengejutkan dunia ketika melepaskan takhta sekaku peneraju Apple
  • Seterusnya menggemparkan seluruh dunia mengenai kematiannya kerana masalah kesihatan
  • Pengguna setia Apple amat merasai kehilangan beliau kerana produk Apple ada nilai sentimental

25. Novak Djokovic

  • Berasal dari negara Serbia
  • Kini pemain nombor 1 dunia dalam sukan tenis bermula 4 Julai 2011
  • Berjaya memecah monopoli Nadal-Federer

26. Interlok

  • Novel tulian Abdullah Hussain
  • Dijadikan teks wajib komponen sastera Bahasa Melayu Tingkatan 5
  • Menjadi perdebatan hangat kerana ada perkataan/ayat yang sensitif buat kaum India seperti "pariah"
  • Telah disunting bagi menjaga keharmonian negara dan menyokong gagasan 1Malaysia
  • Namun, novel ini akhirnya "tersingkir". Novel Konserto Terakhir dikembalikan

27. Osama bin Laden

  • Pemimpin utama Al-Qaeda
  • The most wanted man on earth by American
  • Dikatakan punca tragedi 11 September yakni merancang dan membuat serangan
  • Menjadi sebab utama Amerika menceroboh Iraq, Afghanistan kerana memerangi pengganas
  • Seringkali terselamat biarpun diburu kira-kira 10 tahun
  • Namun, akhirnya maut setelah sekian lama diburu. Khabarnya mayat beliau dicampak ke laut

28. Trio Datuk T

  • Terdiri daripada 3 individu, Rahim, Eskay & Shuib Lazim
  • Terlibat dalam pendedahan video seks yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang
  • Eskay sanggup bersumpah berada di lokasi kejadian
  • Video seks itu juga didakwa melibatkan pelacyr dari China

29. Arwah Aleesha Farhana a.k.a Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz

  • Arwah mahu menukar status jantina daripada lelaki kepada perempuan
  • Nama sebenarnya ialah Mohd shraf Hafiz Abdul Aziz dan mahu dikenali dengan nama Aleesha Farhana setelah membuat pembedahan menukar jantina
  • Arwah berasa amat tertekan ekoran kesnya mendapat liputan meluas seluruh negara

30. Chef Riz

  • Anak kepada selebriti chef dunia, ChefWan
  • Merupakan pengacara dan juri rancangan realiti terbaru, Malaysia Masterchef
  • Terlibat dengan isu 'pemalsuan' resume dan ini membuatkan Chef Wan mengamuk,meroyan
  • Juga telah sah menjadi suami kepada aktress Ana Dahlia
Siapa lagi patut berada dalam senarai? Nama-nama berikut mungkin boleh dipertimbangkan untuk masuk senarai, tapi barangkali nama mereka tak cukup kuat, cuba lagi. Ini dia senarai nama simpanan kot-kot boleh terselit dalam Wajah 2012

Sara Ali -  Pelakon yang kini hangat dengan filem Songlap dan drama Wasiat


Nadiatul Nisa - Pelakon Cun! membawa watak Manis dan menang anugerah, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin, dan Pelakon Harapan Wanita FFM
Hazama - Juara AF9
Adam Adli - Mahasiswa UPSI yang berani mati...
Shylla Amzah - 3 Suara dan hangat dengan lagu Patah 1000
Alyah - Kisah Hati menceritakan segalanya...
Awi Rafael - Pulanglah...

Izara Aishah - no. 2 di belakang Neelofa, pelakon drama Sofiya dan Vanilla Coklat (tq Far:)
Killafairy - anak penyanyi Rohana Jalil, seorang pelakon dan kini penyanyi. Hangat dengan isu "bibir"


Siti Saleha - Nora Eleena
Irfan Makki - suara mirip Michael Jackson, satu label dengan Maher Zain


Greyson Chance - satu lagi kelahiran sensasi Youtube
Asyraf Haziq - isu dibelasah di UK


Irma Hasmie - penghijrahan
Imam Muda Hassan - Juara Imam Muda 2


Noramfaizul - salah seorang yang terkorban di Mogadishu
Yingluck Shinawatra - adik Thaksin kini Perdana Menteri Thailand yang baru


Sultan Kedah - Yang Di-Pertuan Agong yang baru 
Sung Bong Choi - Google saja nama ini
Arif Alfian Rosli  - isu kehilangan seterusnya melansungkan perkahwinan sejenis di gereja


Nurfathia - selalu bawa watak bertudung seperti drama Hani, Stanza Cinta. Pelakon filem Seru dan ada isu lempar henfon!


Maka... siapakah Wajah 2011 pilihan anda? Dan kesimpulannya, tahun 2011 menampilkan mereka yang mencipta nama menerusi saluran alternatif seperti Youtube, Twitter dan blog sendiri, tak bergantung harap kepada TV dan radio semata-mata.
Jom kita recap siapa yang telah tersenarai dalam Wajah 2010 dan Wajah 2009. Siapakah bakal menghiasi Wajah 2012. Satu nama sudah berada di benak minda TT, Kris Cempaka atau Christina Suzanne.


No comments:

Post a Comment