Hebahan

Sunday, January 1, 2012

CDC 2011 - Satu resolusi



Tahun 2011 telahpun meninggalkan kita. Begitu banyak kisah suka ria, duka nestapa dan rencam rasa telah tercatat. 2012 telah menjengah. Jangan takut hadapi masa depan, usah ditangisi masa silam. Hidup perlu diteruskan. Ayuh, kita imbas kembali apa yang telah berlaku sepanjang tahun 2011. Kisah hangat membara membawa kita satu resolusi melalui Carta Darjah Celcius (CDC) 2011:


1. Suara Rakyat, Suara Keramat



Protes rakyat di Timur Tengah. Tunisia, Libya, Mesir, Yaman. Mahasiswa bersuara. Tapi ada pihak tertentu nasihatkan supaya gunakan dulu "hak berfikir" sebelum terus mahu "hak bersuara". Hak berfikir sentiasa seiringan hak bersuara.


2. Bencana alam, kuasa Maha Pencipta

Tsunami melanda Jepun... dan juga gempa bumi yang melanda New Zealand.



Bangkok telah dibanjiri.. kesian PM mereka yang baru, Yingluck Shinawatra.



Ribut Tropika Aere - salah satu punca mengapa suhu di Malaysia terutama Kuala Lumpur amat panas. Dan juga ribut Tropika Washi yang melanda Filipina.



3. Politikus

Himpunan demonstrasi aman mengenai BERSIH2.0 dan juga PPSMI





Sekaligus mengheret Sasterawan Negara, A.Samad Said di samping memperkenalkan nama Ambiga Sreenavasan - yang seterusnya terpalit kontroversi "seksualiti merdeka".

Timbalan Presiden PAS yang baru, Mat Sabu turut terheret kontroversi Mat Indera. Manakala akhbar-akhbar perdana terus mamainkan isu dalaman PAS melibatkan Mustafa Ali versus Hassan Ali  + Nasharudin.

Pilihanraya Sarawak - kekal di bawah teraju BN.


Pilihanraya Kecil (PRK) - seri 8-8. Dan, tiada lagi PRK setelah kematian Ahli Parlimen Titiwangsa, dan ADUN Tendong.


Isu Datuk Mohd Khusrin Munawi, SUK Selangor yang baru. Namanya meledak dan menjadi tumpuan gara-gara pelatikan beliau oleh Sultan Selangor tidak senada dengan MB Selangor. Juga isu bekas MB Selangor, Khir Toyo didakwa di samping isu "lembu" Feedlot.


Dan semestinya topik wajib, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Rosmah Mansor. Dua nama ini hangat sepanjang 2011. Rosmah dengan isu cincin jutaan ringgit, First Lady  dan sebagainya manakala DSAI dengan isu video seks hasil pendedahan trio Datuk T dan  kes mahkamah DSAI-Saiful bakal menjadi satu lagi "bom jangka" tanggal 9 Januari 2012 nanti.

4. Fenomena

Tahun 2011, rancangan realiti lawak memang mendapat sambutan hangat. Bermula dengan Raja Lawak 5, Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega. Maka, nama-nama gandingan seperti Jozan, Boboi, Osbon, Jambu menjadi perhatian.

Fenomena mengadaptasi novel juga melanda sepanjang tahun 2011. Antara novel yang telah diadaptasi seperti Nora Eleena - Kasih Yang Suci, Stanza Cinta, Trilogi Cinta - Trilogi novel Sharifah Abu Salem, Ombak Rindu termasuklah Karipap2 Cinta (walaupun.. nan ado)


2012 - Bicara Hati pula diadaptasi ke drama bersiri. Hanya di Astro bermula 3 Januari 2012.

Fenomena Boboiboy turut melanda adik-adik kita ya. Ada pencabar Upin dan Ipin.


Alhamdulillah.. ada selebriti yang memeluk Islam (Marion Rose, Dahlia Iking) dan makin ramai mereka yang usia muda memilih untuk bertudung. Di samping artis lelaki yang mendapat hidayah seperti Ashraf Muslim, Bob Lokman, Sham Kamikaze dan kumpulan selawat, Al-Mawlid (rata-rata bekas ahli kumpulan VE, Ruffedge dan Innuendo).


Tidak lupa.. krisis yang membelenggu rumahtangga Jimmy Shanley.




5. Prestasi atau kontroversi 


Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang tertera di dalam IC. Maka, Ashraf mahu tukar nama.. Aleesha Farhana. Namun hajat beliau tidak kesampaian, ajalnya tiba terlebih dahulu. Bagitu juga kisah dua orang lelaki berebut Natasha yang juga seorang lelaki. Siap kena simbah asid lagi. Dan yang terkini, isu Arif Alfian Rosli yang bertanjak melansungkan perkahwinan sejenis. Nampak gayanya isu LGBT yang dilaungkan melalui Seksualiti Merdeka adalah "penyakit psikologi" akhir zaman.

 

Ahmad Sarbani Mohamed, Penolong Pengarah Pejabat Kastam Pelabuhan Klang telah mengejutkan kita semua. Beliau ditemui meninggal dunia di Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane pada 6 April 2011.


Interlok


Kontroversi novel Interlok, gara-gara perkataan "pariah" menyebabkan ianya disunting semula sebelum digunapakai selaku buku teks wajib Komponen Sastera Bahasa Melayu Tingkatan 5. Namun, akhirnya novel itu terus "tersingkir" dan diganti semula oleh novel Konserto Terakhir.

Tony Fernandez - pemilik QPR dan juga MAS. Wow~



Gosip murahan cinta bersegi:

Apex - Elia (si jejari runcing) - Dalia Teck - Shida Harmi etc.





Fida - Mamat Sepah - Adda

 

Johan (Botak) - Izreen Azminda - fasa sendu


6. Kisah Kayangan

Wedding of the year 2011. Yang lain tu toksah berangan Nor-Mey ke? Anak Chef ke? Pemain bola ke? Anak Datuk ke? Lupakan saja.. hehe. Sebab inilah pemenangnya. Noktah!



Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember 2011 dalam tempoh 5 tahun. Ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.


Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, demiikian menurut kenyataan dari Jabatan Perdana Menteri. Yang pasti, sebelum Sultan Mizan melepaskan takhta Agong, baginda sempat bersemayam di Istana Negara baru di Jalan Duta.

7. Arena sukan

Bola sepak terus menjadi sukan nombor 1 di Malaysia dan seluruh dunia.



Suka SEA - Harimau Muda berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu.

Safiq Rahim & Safee Salee pula berpeluang merasa latihan di Eropah. Tahniah!



Terengganu, satu lagi negeri Pantai Timur yang mahu menjadi kuasa bola sepak baru di Malaysia. Mahu menyaingi The Red Warrior, Kelantan.



Barcelona kekal selaku kuasa kelab bola sepak Eropah dan dunia.



Manakala pasukan Manchester City setelah berbelanja mewah mendapatkan pemain berkualiti taraf dunia akhirnya memenangi piala yang pertama - Piala FA

Sukan lain? Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David terus berada di kelas tersendiri.

8. "Industri" seni

Industri kah? Tiada yang menarik sangat kalau setakat publisiti murahan, gosip tak berasas dan sebagainya. Anugerah yang dianjurkan pun dikatakan telah ada campur tangan "politik" dalam usaha memenangkan pihak tertentu. Cuma yang layak, Shaheizy Sam selaku pemenang ABP 2010. Adakah trofi ABP 2011 akan menjadi milik Aaron Aziz?? Teet~

Stesen TV Al-Hijrah telah mula beroperasi dan boleh ditonton melalui ASTRO saluran 114. Bermula 2012, TV Al-Hijrah mula bersiaran jam 6 pagi.


Sinar.FM terus unggul selaku radio nombor 1 di Malaysia. Tahniah. Aznil siap bersara lagi dari dunia penyiaran radio. Mungkin masanya dah tiba kan.. huhu.


9. Belasungkawa

Osama bin Laden
Steve Jobs
Muammar Gaddafi
Azizi Abdullah
Sai Baba
Noramfaizul






10. Diari kampus

Asyraf Haziq kena belasah di kota London. Berjiwa besar, berhati waja, sumbangan yang diterima telah disumbangkan kepada yang lebih memerlukan.


Ada dua kes kematian di Indonesia melibatkan warganegara Malaysia yang melanjutkan pengajian di sana. Adrian Jay Pereira maut akibat ditetak di leher ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya manakala kes kedua melibatkan Theven Adrian Joseph, dipercayai akibat masalah kesihatan.

Seterusnya, tokoh-tokoh ahli akademik yakni Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, pakar perlembagaan juga pensyarah UIA dan juga  - Datuk Saiffudin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang dilihat lebih menonjol berbanding Menteri sendiri. Kedua-dua figura ini sentiasa menghiasi dada akhbar dan menjadi sebutan di bibir pejuang mahasiswa.



Siapakah Wajah 2011 pilihan anda? Nantikan pilihan Tukang Tulis entri selanjutnya...

  

No comments:

Post a Comment