Hebahan

Saturday, December 31, 2011

CDC Oktober-Disember


Ini dia senarai 10 berita paling hangat sepanjang suku terakhir tahun 2011 sebelum 2012 menjengah beberapa jam saja lagi.

1. Sukan SEA


59 pingat emas! Tambah manis, ibu segala pingat emas yakni emas bola sepak menjadi milik Malaysia dan merupakan emas ke-59!

Ini adalah berita paling membanggkan daripada skuad Harimau Muda! Mereka berjaya mengekalkan pingat emas Harimau Malaya setelah mengatasi tuan rumah, Indonesia di tempat sendiri. Bayangkan "baraccuda" sekali lagi muncul di Gelora Bung Karno.


Namun, kemenangan yang tidak memberi sebarang mata kepada ranking tidak berterusan. Tak konsisten prestasi mereka. Momentum kemenangan dan sikap complecancy membuatkan mereka tersingkir 80% daripada saingan Olimpik. Kalah dengan Syria atas alasan penat. Bahrain? Walaupun mendahului 2-0 dan pihak lawan 10 orang dan terus kalah dalam masa 6 minit. Itu tak masuk akal.

TT: Nazmi Faiz bakal bersinar


2. Ombak Rindu! 

Ya! Fenomena Ombak Rindu melanda sehingga membawa kutipan melebihi 10 juta. Adakah berjaya mengatasi kutipan KL Gangster?

Sekurang-kurangnya Ombak Rindu merupakan filem cinta bergenre drama membawa kutipan paling tinggi. Ternyata formula adaptasi novel berjaya walaupun Karipap-keripap Cinta memberikan keputusan sebaliknya.


TT: Patutnya Ombak Rindu 13PG kan? Oh, penangan fenomena Tentang Dhia juga hebat. Terduduk-duduk FS :P

3. Kematian

Memang setiap saat pasti ada yang akan dijemput ilahi. Bila ajal tiba, ia takkan lewat dan cepat walau sesaat. Berita kematian ini telah menggemparkan dunia yakni kematian Steve Jobs dan juga Muammar Gaddafi serta Kim Jong-il, pemimpin Korea Utara.




Masing-masing ada kisah tersendiri, ada "sumbangan" masing-masing terhadap bidang dan lapangan yang mereka ceburi. Dan cara mereka mati juga berbeza.

TT: Another unsung heroes, C programmer, Dennis Ritchie also dead

4. Anugerah

Hebat sangat ke penganjuran anugerah-anugerah di Malaysia? November 2011 tersusun-susun penganjuran anugerah saban minggu mengikut urutan.

Bermula dengan Anugerah Skrin yang ala-ala saja sambutannya, maka tidak banyak benda yang diperkatakan. FFM juga sendu, gara-gara campur tangan "politik". Isu pihak penganjur pun rangkul anugerah tak sehangat isu Raja Azmi yang membara. (sebab isu rumahtangga Raja Azmi juga menjadi hangat). Keputusan penuh ASK 2011 dan FFM 2011.

Seterusnya AIM yang paling hangat dan bikin panas gara-gara sikap "professional" sayarikat audit swasta E dan Y. Salah kira kaedahnya, maka trofi Lagu Terbaik yang diberikan kepada Yuna ditarik balik.

Wow, hari itu dalam sejarah! Sepatutnya trofi Lagu Pop Terbaik milik Sedetik Lebih ditarik dan diberikan kepada Penakut! Boleh? Hahaha. Keputusan penuh AIM 18.

Apa-apapun, kedua-dua lagu berkenaan sekali lagi akan berentap di AJL 29 Januari nanti. TT ramal, Kisah Hati - Wanita Seluruh Dunia - Penakut!

TT: Anugerah Grammy juga akan muncul. Adakah Adele akan menang besar? ABP dan AJL juga akan kembali.

5. Pencapaian Individu

Juara Maharaja Lawak Mega - Osbon



Juara Ustazah Pilihan - Firuz Akhtar


Juara Solehah - Amie Sofia Ahmad


Juara Vokal - Asmidar


Juara Idola Kecil 4 - Fifa atau nama penuhnya Sharifah Nurhafifa Wan Aziz, 12 tahun dari Selangor


Pemain Paling Bernilai - Anugerah Supermok


Buat kali kedua berturut-turut menjadi milik Norshahrul Idlan Talha yang mengatasi populariti Apek aka Khairul Fahmi Che Mat yang turut tercalon bersama Safiq Rahim. Namun, Apek menang Penjaga Gol Terbaik sementara Safiq Rahim dinobatkan Pemain Tengah Terbaik. Keputusan lain Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM 2011? Klik sini.


TT: Badi terbaru Lee Chong Wei... Chen long kah?

6. Menconteng arang di muka

Bekas MB Selangor, Khir Toyo dihukum penjara. Gara-gara korupsi. Banglo itu tak boleh diduduki. Emm.. sayangi Selangor. Jangan pilih pemimpin sebegitu~


Seterusnya seteru bapa-anak? Bukan seteru sebenarnya. Emm.. penggunaan kata yang lebih tepat ialah "menconteng arang di muka sendiri". Bikin malu sama keluarga. Walaupun anak sudah besar dewasa.

Datuk Chef Wan dan Amy Search merupakan contoh bapa yang terpaksa menanggung malu akibat kesilapan dan kekhilafan anak sendiri. Semua dah tahu kan ceritanya.


Nabila bikin kontroversi di pulau, manakala Chef Riz membuat resume 'propa'.


TT: Bapa borek anak rintik. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

7. Bencana

Ribut Tropika Washi melanda negara Filipina.


Bangkok & Banjir besar



Hakikatnya, apabila Bangkok banjir, industri memang terjejas. Banyak barang-barang dan stok dari Thai tak dapat dipasarkan. Kan? Maka, pilihan ketika berbelanja amat terhad.

TT: Seperti biasa, Malaysia juga dilanda banjir. Kelantan dan Terengganu memang saban tahun. Cuma tahun ini Kajang, Selangor dan Maran, Pahang dilanda banjir besar.

8. Duit-duit



Bukan pokok duit-duit ya! Tapi pasal duit. 1 Malaysia untung sebab dapat macam-macam sumbangan kerajaan. Budak sekolah dapat RM 100. Budak U dapat RM 200. Keluarga yang berpendapatan kurang RM 3000 juga dapat RM 500 (BR1M). Oh, itu dia tanda-tanda PRU hampir tiba.

Duit RM 20 kembali?

Ya! Setelah kali terakhir digunakan sekitar tahun 1996. 16 tahun beb~

Kini wang kertas RM 20 dikembalikan mulai Julai 2012. Wang kertas lain juga ada rekabentuk baru. Syiling pun baru tapi dikeluarkan lebih awal. Januari 2012 katanya...



TT: Apa perkembangan penggunaan dinar emas?

9. Bola Sepak!

Pengharaman Liga ISL

Bagaimanakah nasib Safee Salee yang beraksi di Liga Indonesia setelah ada desas desus menyatakan Liga ISL akan diharamkan sebab tak dapat "permit" FIFA. Rupanya bola sepak merupakan satu "industri" yang menjana kewangan. Kalau tak ikut kehendak "mereka" maka liga tak diiktiraf - alkaedahnya~

Sementara kemelut Liga S (Singapura) yang akan disertai Harimau Muda hampir selesai. Liga Super (Malaysia) akan disertai oleh Young Lions XI.

Juara Piala Kelab Dunia 2011.


Barcelona 4 - Santos 0. Messi 2 - Neymar 0. Huhu


Juara Liga Champions Asia 2011 

Juara Liga Champions Asia 2011 milik Al-Sadd, kelab Qatar setelah menumpaskan Jeonbuk Hyundai Motors (Korea) menerusi sepakan penalti 4-2 setelah terikat seri 2-2.

TT: Kelantan kalah dengan Persebaya Surabaya secara aggregat 4-3 Piala Unity. Emm.. macam mana nak beraksi di Piala AFC nanti ni?

10. Kisah Mahasiswa Pelapis Pimpinan Negara

Sama Tapi Tak Serupa!

Ariff Alfian Rosli


Siapa mamat ni? Mula-mula dia gagal dikesan dan dikatakan menghilang di Dublin. Tiba-tiba terkenal seantero buana gara-gara melansungkan perkahwinan sejenis di gereja dan mamat ni memilih untuk berpakaian tradisional Melayu lengkap ada tanjak bertengkolok bagai. Amat memalukan diri, keluraga dan negara termasuklah pihak penaja pengajiannya.

Adam Adli

Pelajar UPSI yang melaungkan pemansuhan AUKU di jalanan. Itu tak cukup mempopularkan namanya lagi. Dia terkenal gara-gara menurunkan bendera ada gambar PM selama 5 minit di PWTC. Wow, agak berani
kan?



Anak muda.. darah muda..biasalah tu. Kan? Maka soalannya, siapa wira, siapa petualang? Khaled Nordin atau Saifuddin Abdullah? Juaranya Aziz Bari.

TT : Penangan media UBN, isu Hassan Ali - Nasharudin - Mustafa Ali cuba overshadow isu "lembu".

No comments:

Post a Comment