Hebahan

Showing posts with label Post-morterm. Show all posts
Showing posts with label Post-morterm. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

Indeks Kunci Pencapaian / Kad Markah | Key Performance Index / Score Card

Ingat tak zaman sekolah dulu-dulu ? (Bagi mereka yang rasa diri tua lah kan)

Sejurus tamat peperiksaan, ibu bapa akan dipanggil ke sekolah untuk ambil Kad Laporan ataupun Report Card. Masa tu kena sediakan 1001 alasan, kenapa dapat nombor corot, kenapa banyak merah bagi mereka yang lemah. Kenapa tak dapat semua A, kenapa tak dapat nombor 1, bagi mereka yang pandai. Seterusnya, tahun depan kita akan naik kelas atau turun kelas bergantung kepada pencapaian semasa.

(Mungkin sekarang masih praktikal)

Maka, sebelum TT meletakkan titik noktah dalam perenggan akhir nanti, inilah dia laporan pencapaian TT selama 6 tahun bergelar wartawan indie ataupun blogger.

Jumlah pembaca yang singgah ke sini

(1) 234,419 selama 6 TAHUN ;

maka secara puratanya 39,070 setiap tahun ;

maka secara puratanya, 3,256 setiap bulan ;

maka secara puratanya, 814 setiap minggu ;

maka setiap hari, 116 pembaca singgah. (Klik untuk besarkan gambar!)




(2) 6 tahun itu mengikut tahun sebgaimana berikut :

TAHUN     PAX
2009/2010          0
2010/2011      17823
2011/2012      51741
2012/2013      60167
2013/2014      32275
2014/2015      67693





2009/2010 = 0

2010/2011 =17,823

maka secara puratanya, 1,485 setiap bulan ;

maka secara puratanya, 371 setiap minggu ;

maka setiap hari, 53 pembaca singgah.


2011/2012 = 51,741

maka secara puratanya, 4,312 setiap bulan ;

maka secara puratanya, 1,078 setiap minggu ;

maka setiap hari, 154 pembaca singgah.


2012/2013  = 60,167

maka secara puratanya, 5,014 setiap bulan ;

maka secara puratanya, 1,254 setiap minggu ;

maka setiap hari, 179 pembaca singgah.


2013/2014  = 32,275

maka secara puratanya, 4,611 setiap bulan ;

maka secara puratanya, 1,153 setiap minggu ;

maka setiap hari, 165 pembaca singgah.


2014/2015  = 67,693

maka secara puratanya, 5,641 setiap bulan ;

maka secara puratanya, 1,410 setiap minggu ;

maka setiap hari, 201 pembaca singgah.


Bulan paling tinggi - November 2014 (8928 pelawat), Januari 2015 (8680 pelawat), April 2011 (7334)

Bulan paling rendah - 16 bulan pertama 0 (sifar) pelawat!!!


(3) Asal-usul pembaca, ataupun pembaca dari negara mana?


 


Bila Malaysia mempunyai rekod tertinggi, itu bukanlah suatu yang pelik sebab blog TT ditulis 95% dengan Bahasa Melayu. Entah-entah tak sampai 5 peratus pun entri Bahasa Inggeris.

Tapi yang peliknya, Amerika Syarikat (USA) berada di tempat kedua mengatasi Indonesia. Mungkin ramai anak Melayu yang berada di USA  samada untuk belajar atau bekerja.

Nombor 4-6, ada 3 negara Eropah pula, yakni negara Jerman, Belanda & Ukraine. Maknanya, nak kata ramai orang Melayu di sana amat mustahil, sebab orang Melayu kita mungkin lebih ramai di UK! Dan UK berada di tangga ke-10. Russia negara yang berjiran dengan Ukraine pula berada di tangga ke-9! Adakah ini suatu kebetulan, negara yang terlibat dengan MH17, Belanda, Russia & Ukraine berada dalam senarai. Make sense! Tapi Jerman pula apa kes?

Ketujuh pula negara India. Ni mesti student Malaysia yang sambung perubatan di sana. Singapura di tangga kelapan. Logik! Sebab negara mereka kecil, penduduk tak seramai/sepadat negara lain. Sebab itu Brunei tiada dalam senarai.

Perasan tak browser apa paling laku?? Google Chrome!

p/s : To whom it may concern (you know who you are... dear my beloved silent reader, pls do contact me via email, mustakimbhrudin@gmail.com I'm so excited to know who you are since I've decided to stop blogging!! :(

(4) Entri paling tinggi jumlah "view"




2 entri paling laku dalam blog TT sebab kisah silam TT yang hampir (eh, sudah ya!) ditipu scammers sebab terdesak nak bekerja! Jadi mangsa kepada Gorgeous Chain Sdn Bhd!

Tahun 2014, artis paling kontroversi si Hanez Suraya. Tiba-tiba dalam kekalutan itu Hanie Soraya Taha muncul, maka TT buat entri pada waktu yang tepat membezakan Hanez Suraya, Hanie Soraya dan juga artis Cold Storage, Anis Suraya!

Top 5 ABP 2010 berada di kedudukan nombor 4. Dipublish pada Januari 2011. Tapi meletup, mencanak-canak naik carian hits ke sini sejurus ABP 2010 berakhir yakni sekitar April 2011. Untuk pecahkan rekod tersebut, TT tunggu kira-kira 3 tahun setengah untuk mengatasi rekod tersebut menerusi entri Separuh Akhir Muzik-Muzik 30/ Semi Final AJL30 yang turut berada di tangga ketujuh. Dan ini merupakan rekod peribadi TT sebab berjaya buat dalam masa 1 bulan sahaja!

Tempat kelima, keenam dan kelapan diwakili oleh label Wajah! Wajah Mei 2014 (sebab ramai google Terlajak Laris), Wajah 2013 & Wajah 2012. Wajah ni kira macam tanda dagang ataupun trade mark blog misisitukangtulis. Sebab segmen ataupun slot Wajah ni memang dapat sambutan hangat. TT pula suka tampilkan wajah-wajah baru/ newbie dalam segmen Wajah. Maka, daripada tak kenal, sesetengah nama tersebut telah terkenal seantero Malaysia.

Kesembilan dan kesepuluh juga masih lagi pasal hiburan. Tapi ini adalah review atau ulasan kepada filem dan juga lagu. Ironinya, TT banyak buat rebiu filem, tapi Zombie Kilang Biskut (hmm..tak sia-sia abang Mamat Khalid bagi aku tiket percuma) juga yang laku. Jaga Dia Untukku, satu-satunya lagu yang diulas oleh TT!

Kesimpulannya, nak bagi entri laku, elemen hiburan dan kantoi kan penipu...pasti laku!    

(5) Yang ni cuba pembca bezakan, OS yang digunakan for the past 6 years dengan recently!



Nampak tak Android? iPhone pun boleh tahan! Kan!


Sunday, January 11, 2015

Analisis Finalis AJL29




Senarai finalis AJL29 mengikut giliran :

1) Malaikat (Hazama) - Omar K/Omar K & Hazama

Komposisi Lagu : 6.5; Lirik : 5;  Vokal : 6;  Bonus : - TOTAL = 17.5

Lirik lagunya sebenarnya amat sedih kerana cinta tak kesampaian. Hasrat untuk bersama tidak menjadi kenyataan. Namun lagu ini mempunyai mood yang begitu ironi. Alaa.. macam lagu This Love, Maroon 5 yang sepatutnya lagu sedih, meratap hiba. Kecewa~

Sebab tu, susunan muzik yang dibuat boleh mengubah mood. Sebagaimana Hazama persembahkan sewaktu AIM dengan mood broadaway! Boleh mencabar groove muzik Lelaki. Pernah dengar Malaikat versi dangdut tak?? Ada sedutan di sini.




Mungkin nasib sebagai peserta pertama yang buat opening act selalunya tak cerah. Lihat saja nasib peserta opening act sebelum ini seperti Yuna (Cinta Sempurna), Project Pistol (Wanita Seluruh Dunia), Estranged (Aurora) dan Salamusik (Aku Pelat). Susah nombor nak melekat!

2) Percayalah (Indah Ruhaila) - Aiman / Mohd Atlas

Komposisi Lagu : 6; Lirik : 5; Vokal : 7.5,  Bonus : - TOTAL = 18.5

Lagu ini memang indah, kena dengan vokal Indah! Cuma, kesilapan sebaris lirik yang bercampur dengan Bahasa Inggeris itu sedikit merencatkan. Bayangkan jika diksi dan grammar pula salah dinyanyikan oleh Indah, pasti lebih cacat! You always in my heart ataupun You're always in my heart? Itu yang tertulis sewaktu peringkat separuh akhir bukan?





3) Sesal Separuh Nyawa (Alyah) - Alfi Tiga & Aidil AF3 / Shah Shamsiri & Alyah

Komposisi Lagu : 8; Lirik : 8;  Vokal : 7.5;  Bonus : 2 (Lagu Pop Terbaik AIM21); TOTAL = 25.5 + 1 (lagu terbaik minggu ketiga) = 26.5

Senang cerita, lagu ini memang kuat! Komposisi muzik dan lirik begitu mempesona. Masakan boleh menang Lagu Pop Terbaik kan? Lagu ni boleh menang besar jika diadili secara profesional biarpun suami Alyah merupakan pengarah muziknya. (Jikalau Ramli MS Pengarah Muziknya).Tiada isu COI memandangkan tahun lepas Alyah bertanding juga dan tiada apa-apa yang istimewa dalam susunan lagu Kau Yang Terindah.

Cuma, mungkin markah kurang jika sebutan patah kata Alyah yang akan mengubah makna. Contohnya, part bridge " Tuhan ten-tu....kannya~" Jika vokal Datin Alyah solid malam AJL nanti, pastinya dapat nombor dan itulah satu-satunya cabaran buat beliau. Ditambah kontroversi terkini yg menyelubungi Alyah pasal kisah "nombor 2", mesti lebih feel bila perform nanti.

Jangan ulangi kes ZZ yang dulu keguguran masa AJL katanya! Adakah En. Harith a.k.a Hisyam Hamid akan muncul sebagaimana kontroversi bersama Ifa Raziah sebelum ini akan beri markah lebih? Atau mungkin Alyah merajuk dan diganti oleh Kokping?? Mampukah?

Cuba dengar orang lain buat cover lagu ni.. hauk ke idok? Susah kan?




4) Gadis Jolobu (Dato' Hattan & Waris) - DJ Fuzz/ Datuk Hattan & WARIS

Komposisi Lagu : 6.5;  Lirik : 7; Vokal : 6;  Bonus : - TOTAL = 19.5

Lagu ini kekuatannya, lirik biarpun menggunakan loghat N9! Walaupun lirik kitar semula lagu Apo Kono Eh Jang (tolak markah ke sebab originaliti macam lagu pokok & Penglipurlara??). Tetapi kritikan sosial yang ada dalam lagu ni adalah kelebihan utamanya! Kisah adat perpatih, dan mempertahankan darjat wanita (terutama gadis N9) kerana dianggap membolot harta pusaka dan label yang sewaktu dengannya. Juga diselitkan aktiviti bergurindam yang semakin dilupakan.


5) Romancinta (Mojo) - Edry Abdul Halim

Komposisi Lagu : 7;  Lirik : 6; Vokal : 7(-1 sbb Aweera tak nyanyi) Bonus : 1 (Top 5 AIM) TOTAL = 20

Menurut Azmeer ketua juri peringkat separuh akhir, lagu ini mara ke akhir kerana bonus pada suara Aweera. Maka, awal-awal lagi markah ditolak kerana Mojo yang diketuai Edry akan guna platform AJL29 untuk perkenalkan vokalis baru mereka, Ryan Brakhma. Mungkin kejutan bakal berlaku sekiranya vokalis baru Mojo lebih wow! Dari segi komposisi muzik, lagu ini memang bukan stereotype Edry walaupun kalah kepada Bunkface kategori Lagu Rock Terbaik.





6) Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search) - Sam Bunkface

Komposisi Lagu : 7;  Lirik : 6; Vokal : 7;  Bonus : 2 (Lagu Rock Terbaik AIM21); TOTAL = 23


Lagu ini markah lebih dengan kehadiran lagenda rock Amy Search yang berpadu suara dengan pelapis, Sam yang semakin baik vokalnya apabila menyanyi secara LIVE. Komposisi lagu ini memang ada attitude sebagai sebuah lagu rock moden. Cuma .. magis boleh mengangkat lagu ini sebagai juara memandangkan Bunkface tak pernah menang AJL tapi cemerlang dalam AIM dan anugerah lain (Shout! Awards contohnya)
Lagu ni boleh menang sebab momentum muzik yang ke arah rock & roll.

7) Matahari (Hafiz) - Ajai / Transformer Melayu

Komposisi Lagu : 7.5;  Lirik : 8;  Vokal :8.5;  Bonus : - TOTAL = 24

Mula-mula sekali siapa dia Transformer Melayu? Jangan risau.. orang Malaysia. Kurator muzium di Pahang. Beliau pernah bekerjasama dengan Ajai melalui lagu Asmidar, Biar Sampai ke Bintang. Lagu ini juga ada rasa dan bersifat ketuhanan dan jika disampaikan penuh soulful oleh Hafiz pasti akan bagi impak. Lagipun Ajai tak pernah menang besar AJL kan?? Menang kategori dan dapat nombor je sebelum ni. Kalau dah tertulis rezeki Ajai, itu namanya tuah! Masalahnya lagu ni dah overrated. Banyak orang buat cover dan sedap pula tu. Cuma, mungkin kalau Aqish muncul akan beri impak!











8) Gilalah (Stacy) - Omar K/Mike Chan & Stacy

Komposisi Lagu : 7;  Lirik : 4;  Vokal : 5;  Bonus : - TOTAL = 16

Sayang sekali, susunan muzik lagu ciptaan Omar K dan Mike Chan ini cukup bagus. Namun dicacatkan oleh lirik tulisan Stacy sendiri. Alasan kali pertama tidak boleh diterima pakai. Kenapa? Kita tengok saja rangkap pertama, 2 baris pertama lagu ini yang berbunyi  "Mereka berkata aku tak normal, Otakku tak bisa put something moral" Bersepah BM & BI nya! Seterusnya mengajak orang menjadi gila?? Motif?? Mungkin markah ekstra sebab mood lagu ini ceria dan gembira memandangkan lagu-lagu pesaing lain banyak lagu sedih. Dan juga persembahan yang klise daripada Stacy untuk kesekian kalinya kah? Tapi cover ni best kan? Lain daripada lain. Mungkin boleh bagi idea dekat Stacy pakai macam orang gila!




9) Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah) - Tam/Rudy Imran

Komposisi Lagu : 7.5; Lirik : 7;  Vokal : 9;  Bonus : - TOTAL = 23.5+1 (lagu terbaik minggu kedua)=24.5

Kelebihan lagu ini, merupakan kelemahannya juga! Lagu ciptaan Tam Spider. Kalau juri mahu mengangkat lagu ini sebagai juara, rasanya tidak ralat sama sekali sebab memang layak. Tetapi kesnya sama seperti lagu Bahagiamu Deritaku! Sebab arah muzik ini tidak membawa ke mana. Tidak dinafikan muzik gubahan Tam ini cukup indah, tetapi mood muzik ini sedikit ke belakang. Macam lagu Balada 90-an, atau 2000-an. Mungkin Anugerah Vokal Terbaik bakal dirangkul Dayang buat kali pertama. Dan mungkin juga selepas 10 tahun Tam akan menang besar lagi sekaligus kemenangan berganda buat Dayang Nurfaizah. Dari segi populariti pula, fenomena Ariana Rose amat membantu. Mungkin khidmat Tengku Adam Kamil bersama Rose Jusoh diperlukan nanti. Jom kita tengok siapa pernah buat cover lagu ni.. termasuk cover oleh...







10) Apa Khabar (Joe Flizzow & SonaOne) - SonaOne / Joe Flizzow

Komposisi Lagu : 7;  Lirik : 7.5; Vokal : 6; Bonus : 2 (Lagu Hip Hop Terbaik AIM21); TOTAL = 22.5

Sudah lama sepatutnya lagu genre hip hop diiktiraf, diangkat ke tempat yang selayaknya. Sejak zaman Teman pengganti (cuma menang persembahan),Kalau Berpacaran, Sahabat, Kalau Aku Kaya (dapat nombor 3 tahun lepas) hatta Anak Kampung (waktu itu lagu penutup AJL). Sebab kekuatan lagu hip hop ini dari segi lirik. Banyak mesej yang boleh disampaikan. Macam lagu rock kapak lah.. banyak lirik yang berunsurkan ketuhanan.

Lagu Apa Khabar ini muziknya segar, liriknya ada cerita. Kisah kebangkitan genre hip hop. Macam tonton filem Rock Oo~ (kisah makan maggi dan 8 orang naik 2 Kancil). Ada kisah persahabatan antara Joe & Malique cuma masalahnya, lirik itu tanya apa khabar semua! Semua itu siapa? Mungkin pengikut/penyokong muzik mereka. Mungkin dah sampai masanya, genre hip hop diiktiraf selepas AIM mengiktiraf SonaOne.

11) Lelaki (Yuna) - Yuna akan dinyanyikan oleh Najwa Mahiaddin & The Palauan

Komposisi Lagu : 9;  Lirik : 6.5;  Vokal : 8.5; Bonus : 3 (Lagu Terbaik AIM20); TOTAL = 27

Lagu ini menang AIM dengan mudah sebab komposisi muziknya amat unik di samping vokal Yuna yang lain daripada lain. Ini bukannya lagu Terukir di Bintang yang sesiapa saja boleh nyanyikannya dengan mudah! Masalahnya cuma satu, bukan Yuna yang nyanyi! Mungkin Najwa ada atittude tersendiri bila nyanyikan lagu Lelaki ini dengan vokalnya yang besar bersama mood jazz, forte beliau diiringi The Palauan yang sentiasa mengiringi Yuna selama ini. Lagu ni boleh menang sebab unik. Cuba dengarkan Lelaki versi Najwa di bawah :




12) Masih Aku Cinta (Shila Amzah) - Shila Amzah

Komposisi Lagu : 8;  Lirik : 7;  Vokal : 8.5;  Bonus : 3 (Lagu Terbaik Malaysia APM2013);TOTAL =26.5 + 1 (lagu terbaik minggu pertama) = 27.5

Lagu ini boleh menang sebab kisah cinta penyanyinya! Ingat tak zaman kegemilangan Fauziah Latif? Lagu Apa Sebenarnya yang menceritakan keretakan rumahtangganya. Sama kesnya dengan Shila Amzah. Lagu ini muncul selepas video Shila menangis beria berpisah dengan Sharnaaz. Seterusnya dipermainkan oleh Johan Asari yang turut berlakon dalam MV nya. Bezanya.. lagu dan lirik sepenuhnya oleh Shila. Vokal Shila juga banyak peningkatan semenjak berkelana ke China. Atas dasar profesional, kalau Shila nak buat kejutan boleh pertimbangkan Johan & Sharnaaz atas satu pentas! Boleh sapu kategori persembahan terbaik sebab mesti lebih feel bukan? Masalahnya juga dari Shila.. yang dibanned oleh wartawan hiburan. Kalau barisan juri pro wartawan... tak ada lah rezeki Shila. Sebab Rudy Imran tulis lirik lagu Dayang. Okay... bye~


Maka, mengikut turutan adalah seperti berikut :

1. Masih Aku Cinta (27.5)
2. Lelaki (27)
3. Sesal Separuh Nyawa (26.5)
4. Di Pintu Syurga (24.5)
5. Matahari (24)
6. Rentak Laguku (23)
7. Apa Khabar (22.5)
8. Romancinta (20)
9. Gadis Jolobu (19.5)
10. Percayalah (18.5)
11. Malaikat (17.5)
12. Gilalah (16)

Tetapi jika lagu nombor 1-3 disusun berdasarkan genre lagu, lagu Balada dengan 6 lagu, Pop Rock 4 lagu dan Hip Hop (Alternatif) 2 lagu; maka keputusan mungkin berpandukan piawaian berikut :

1. Masih Aku Cinta/ Lelaki/ Sesal Separuh Nyawa
2. Rentak Laguku
3. Apa Khabar

Dan ini pemenang tahun lepas selepas tiada kategori dipertandingkan,

AJL28
1. Bahagiamu Deritaku (Balada)
2. Hanya Aku (Rock)
3. Kalau Aku Kaya (Hip Hop/Alternatif)

AJL27

1. Terukir Di Bintang (Alternatif)
2. Idola (Rock)
3. Kuakui (Balada)

AJL26

1. Awan Nano (Balada)
2. Beribu Sesalan (Balada)
3. Karma (Rock)

AJL25

1. Tolong Ingatkan Aku (Alternatif)
2. Drama King (Rock)
3. Noktah Cinta (Balada)

AJL24

1. Pergi (Pop Etnik) - konsep 1Malaysia
2. Dan Sebenarnya (Balada)
3. Bencinta (Rock)

Dan mungkin Apa Khabar bakal buat kejutan besar sekiranya barisan juri benar-benar mahukan kelainan memandangkan lagu berentak Hip Hop sedang "in & trending" sekarang, maka Bonus 5 markah diberi kepada lagu tersebut lalu melonjakkan jumlah markah kepada 27.5 ! Dan inilah masanya menobatkan lagu berentak Hip Hop sebagai juara selepas Kalau Aku Kaya berada di kedudukan nombor 3 tahun sudah.

Sentimen, sejarah kemenangan turut mempengaruhi penganjur TV3. Mungkin Hafiz boleh bersedia untuk pulang tangan kosong kali ini. Tapi jika menang, itu tuah Ajai yang akan menang besar kali pertama. Tam dan Dayang pernah menang 10 tahun lepas dan mereka berdua mungkin boleh menang bersama dengan cukup bergaya.

Kemenangan juga bergantung kepada ketua juri dan barisan jurinya. Dulu bila M.Nasir memilih lagu Tolong Ingatkan Aku menjadi isu biarpun Ana Raffali pencipta sepenuhnya lagu tersebut dan mencatat sejarah penyanyi wanita pertama menang besar dalam AJL sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik.

Bagi Shila Amzah dan Datin Alyah yang pernah dinafikan kemenangan mereka sebelum ini, mungkin ini masa terbaik bagi mereka untuk menjulang trofi AJL29. Apa yang pasti, AJL29 kali ini mungkin milik wanita atau genre hop hop.

Penaja! Satu lagi perkara yang boleh mempengaruhi penganjur. Memandangkan hadiah untuk juara dinaikkan kepada 50K (khabarnya tetapi tetap tak boleh lawan 100K Astro untuk MLM, GV & PU). Kali ini Pamoga Qu Puteh (Datuk Seri Vida barulah puteh) menjadi penaja bersama Nu Sentral. Maka, adakah penaja akan turut mempengaruhi keputusan nanti, kita tunggu~ Apakah kejutan AJL29 nanti? Adakah kemunculan diva dangdut Amelina?? Kita nantikan.

Maka, pilihan TT :  Apa Khabar -  Masih Aku Cinta - Rentak Laguku

Baca, Analisis AJL 28.

Nota kaki - ini adalah pandangan peribadi TT semata-mata tanpa dipengaruhi mana-mana sentimen.

Tuesday, July 22, 2014

Iklan raya 2014 : RTM versus Petronas

Tahun ini.. konsep #throwback menjadi pilihan iklan raya 2014. Mengimbau kenangan raya dulu-dulu. Budak-budak millennia tak dapat rasa.

Namun antara 2 iklan ini.. yang mana menjadi pilihan anda??

(a) Petronas



(b) RTM



TT pilih kedua-duanya. Cuma sayang iklan RTM tu tiada versi HD! Jalan cerita terbaik.. sebab ada unsur-unsur raya alaf baru (selfie, dll). Ada kemeriahan. Tak mahu sedih-sedih.

Tapi kalau nak juga iklan sedih, ada 1 lagi pilihan daripada Nissan. Iklan tangkap leleh lah.



Err... iklan raya TM ni macam mana?? Ok lettew~ Dah jadi 4 penjuru pulak



p/s : Iklan TNB biasa-biasa saja. Ubah lirik.. macam parodi. Tak boleh lawan iklan kukur kelapa.

Monday, July 7, 2014

Afgan - Ku Mohon

Ini adalah lagu saduran (cover version) oleh Afgan, susunan muzik oleh Tohpati. Lagu asal dendangan Dato' Sheila Majid. Untuk rekod, lagu ini pernah memenangi 2 kategori penting dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) Malaysia iaitu kategori Lagu Terbaik (Mac Chew/Sheila Majid) dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Jenny Chin).

Monday, April 28, 2014

Iklan : Nike

Iklan merupakan salah satu cara mempromosikan produk. Initiatif yang dilakukan oleh Nike ini harus mendapat pujian atas beberapa sebab. Kreatif, kelakar dan nostalgik!

Kreatif kerana menggabungkan beberapa nama besar pemain bola sepak di atas satu padang seperti Cristiano Ronaldo, Neymar Jr., Wayne Rooney, Zlatan Ibrahimović, Gerard Piqué, Gonzalo Higuaín, Mario Götze, Eden Hazard, Thiago Silva, Andrea Pirlo, David Luiz, Andrés Iniesta, Thibaut Courtois, dan Tim Howard

Seterusnya, ia mengimbau memori kanak-kanak lelaki bila bermain bola. Siapa menang... lead 2 gol... stay.. jadi King! Jom layan iklan Nike ini~



Kelakar pun ya bukan??? Iklan sempena World Cup mana?? Siapa nyanyi lagu tema?? Shakira Moubarak lagi kah??

Friday, March 14, 2014

Zombi Kilang Biskut - pasti ada yang tersangkut


Hmm... membaca tajuknya sahaja...sudah boleh agak bukan??

Apa yang anda boleh agak?? Apa yang terlintas di benak fikiran anda??

Apakah kata kuncinya??

(a) Mamat Khalid

(b) Kampung Pisang

(c) Hantu Kak Limah

(d) Lagu saduran

Baiklah.. TT mahu ulas kata kunci yang pertama, Mamat Khalid.


Siapa yang tidak kenal sutradara yang terkenal dengan filem satira ini. Karya beliau banyak mengandungi kritikan sosial. Memang genre komedi merupakan makanan saudara Mamat Khalid, dan kita telah terhibur dengan karya beliau sekian lama. Antaranya Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel, Man Laksa, Rock, Zombi Kmpung Pisang, Lang Buana, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Rock Ooo dan banyak lagi. Sedar tak sedar dalam gelak tawa.. kita gelakkan diri sendiri rupanya.

Kita kaitkan dengan isu terkini.. misteri kehilangan pesawat MH370.. yang diserikan oleh Tok Bodoh..eh.. Tok Bomoh VVIP. Cuba tengok filem Hantu Kak Limah.. Ada berapa jenis bomoh "orang kita" guna untuk halau hantu... ada bomoh siam.. bomoh indon...tapi semua tak boleh pakai.

Suka filem P.Ramlee tak?? Kalau suka kenapa?? Mesti sebab jalan ceritanya.. di samping skrip dia yang "melekat". Zaman sekarang... ada tak dialognya yang catchy?? Kita bakor aje... adalah contoh paling mudah. Uniknya penangan filem Mamat Khalid.. makin diulang tayang.. buat kesekian kalinya.. kita makin faham ceritanya... makin jelas apa yang mahu disampaikan...dan mkin besar gelak tawanya. Makin best pula layan banyak kali terutama bila semua sanak saudara berkumpul di kampung menyambut hari raya.

Selain itu, Mamat Khalid pernah menang besar di anugerah drama/perfileman menerusi drama Pinang Durian dan filem Kala Malam Bulan Mengambang. Mamat juga pernah menyumbangkan skrip Tipah Tertipu The Movie dan juga filem epik Puteri Gunung Ledang yang begitu puitis dan romantis sekali skripnya. Manakala dari segi kutipan, Mamat Khalid berjaya meraih kutipan tertinggi menerusi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjaya mengutip 7.9 juta. Menariknya, tahun 2013 menyaksikan 2 filem Mamat Khalid berjaya mengutip 9.84 juta melalui filem Husin,Mon & Jin Pakai Toncit (5.89 juta juga kutipan paling tinggi tahun 2013) dan Rock Ooo (3.95 juta).

Kata kunci seterusnya, Kampung Pisang!

Anda peminat setia penduduk Kampung Pisang. Jalan ceritanya sama... di sebuah kampung yang permai... Kampung Pisang diberi nama, orang ramai berkumpul di gerai Pak Jabit dikejutkan dengan kepulangan Husin (yang naik motor ke...motorkar ke...). Husin balik mesti ada sebab.. kena buang kerja lah.. jadi muflislah...merajuk kecewa bercintalah... Tiba-tiba ada kejadian aneh... maka kisah pun bermula. Tup tup muncul anak Mamat entah dari mana-mana. Haha.

Itu patern yang berjaya dibentuk oleh Mamat Khalid. Sejak dari zaman Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan juga Husin, Mon & Jin Pakai Toncit. Tidak terkecuali... Zombi Kilang Biskut. Ceritanya, Husin yang telah diisytihar muflis, balik ke kampung pisang dan ditawarkan bekerja di Kilang Biskut. Tiba-tiba sahaja.. ada kejadian aneh. Klise... tetapi sangat membantu penonton lebih memahami cerita ini. Tambah-tambah dengan dialek Perak yang amat kena dan memikat hati.



Hakikatnya... jika di anugerah FFM atau ASK ada kategori lakonan berkumpulan terbaik.. sudah pasti para pelakon Mamat Khalid berjaya menggondol anugerah tersebut. Pelakon utamanya menonjol.. namun pelakon pembantu dan sampingan juga menyerlah. Orang kata tak overshadow ataupun curi limelight. Lihat sahaja lakonan ahli kumpulan Rimba Bara dan Penduduk Kampung Pisang. Saling menguatkan antara satu sama lain.

Penduduk Kampung Pisang dengan karaktor tersendiri.. biarpun tidak cantik, kurang segak dan tampan namun ramai yang menggemarinya. Siapa yang tidak suka watak Husin, Usop Wilcha, Pak Jabit, arwah Pak Abu (Zami Ismail), Kak Limah??  Hatta watak kecil seperti Wan Kaswi (sabor je lah), Zainuri Misfar (pegawai kesihatan dengan dialog "bala.. bala...") juga mampu meninggalkan kesan termasuklah anak Mamat dengan kegilaannya menyerang "hantu".

Kata kunci ketiga, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR)

Dalam banyak-banyak filem Kampung Pisang..HKLBR yang memberi impak yang kuat terhadap kerjaya Mamat Khalid. Selain kutipan tertinggi oleh Mamat, HKLBR juga menjadi penanda aras kepada filem-filem baharu. Biarpun tak menang besar dalam FFM, HKLBR menjadi filem yang malar segar. Evergreen. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan HKLBR lebih hebat daripada karya masterpiece Mamat Khalid, Kala Malam Bulan Mengambang yang menang besar di FFM dan ASK!

Kenapa?? Formula Mamat Khalid mudah sahaja. Ambil pelakon yang tidak popular.. tetapi berbakat. Lakonan yang meninggalkan impak. Tak percaya?? Cuba lihat graf kerjaya Johan RL (yang sebelum tu memang sendu... siap ada kes gaduh..lempar gelas pong pang dengan penerbit...alih-alih dah menang pun kes itu...eh!) dan juga Shy8 atau lebih glamor dengan nama Usop Wilcha. Ummi Nazira yang kini telah berhijrah juga nampak class kerana beraksi dalam filem yang selektif seperti Hikayat Merong Mahawangsa dan Penanggal.

Shoffi Jikan?? Ajib sengat KL Gangster ini, sebelum namanya meletup, hakikatnya Shoffi merupakan pelakon kegemaran Mamat Khalid. Macam Shuhaimi Baba ada Ida Nerina, Kavita Kaur... Osman Ali ada Mislina Mustapha.. arwah Yasmin Ahmad ada Adibah Nor, Afdlin Shauki ada Patrick Teoh... Ahmad Idham ada Cat Farish (eh...motif???tetiba).

Maka watak-watak yang hilang seperti Sofi... Usop Wilcha... dan Kak Limah akan lebih menyerlah dan diberi lebih banyak peranan dalam Zombi Kilang Biskut. Zombi Kilang Biskut juga mengekalkan formula yang sama. Pelakon tidak popular. Heroin baru tak baru... Dayana Roza (produk Anak Wayang Astro juga gelpren Muslim Ahmad... ops), Eina Azman (harap-harap kontroversi Afiq Muiz tak memberi kesan kerana lakonannya dengan memek wajah yang bengis dan garang memang sesuai) Shuk Balas atau Shuk SYJ yang dijangka graf kerjayanya akan berkembang,  watak Ilya Aku Kaya bersama Wahab B(lakonan Wani NS) juga menarik. Adakah Wahab B ini jelmaan Afdlin Shauki yang buat penmapilan khas dalam Husin, Mon & Jin Pakai Toncit. Tidak lupa..wartawan Zainuri Misfar pun banyak babak buat ketawa terbahak.

Sebab terakhir; Lagu Saduran

Mamat Khalid memang Mat Rock. Filem Rock dan Rock Ooo... banyak lagu saduran juga lagu tema selingan yang menggamit memori membuai perasaan. Dalam konteks Kampung Pisang, kayu pengukurnya... masih lagi HKLBR. Cinta Kristal dendangan Awie masih berhantu. Lamunan Terhenti tak berapa berjaya. Kali ini, adakah lagu ini berjaya menambat hati penonton???




Mamat Khalid juga ada buat kemunculan khas nyanyi lagu Kencorong.. eh..Keroncong. Kebetulan pula Adam AF2 pun berlakon sama kan...

Apakah daya tarikan Zombi Kilang Biskut??

Filem ini bukan hanya bergenre seram dan komedi malah ada juga banyak menampilkan babak aksi. Aksi pelakon lelaki, wanita dan juga Usop Wilcha. Sisi hitam Usop Wilcha lebih menyerlah kali ini. Ada kisah silam yang perlu dibayar Usop Wilcha. Justeru, jika anda merindui Usop Wilcha Hantu Kak Limah, Zombi Kilang Biskut lebih banyak kisah Usop Wilcha.

Oh ya... Kak Limah juga menonjol . Lebih banyak dialog kali ni. Kak Limah sudah waras...bukan sahaja sudah sihat tetapi siap ada kekasih!! Wah.. siapakah pasangan orang tua tak sedar diri yang hangat dilamun cinta ini?? Jawapannya ada dalam Zombi Kilang Biskut.

Tambahan pula, Bukan kisah zombi semata-mata, malah ada kisah pontianak. Siapakah pontianak itu?? Apa motif dia muncul di Kampung Pisang?? Adakah kaitan dengan Kilang Biskut tempat Husin bekerja?? Ada kaitan dengan Usop Wilcha.. ops~

Kritikan sosial dan Mamat Khalid tak boleh dipisahkan... banyak isu yang berjaya disampaikan. Antaranya kisah poligami, skim cepat kaya, ceramah politik agama, serta motif paling penting sekali,... malu bertanya.. silap serang! Malu sendiri...bukan kepalang.

Zombi Kilang Biskut akan menyerang pawagam bermula 20 Mac. Jika mendapat sambutan... ada rezeki...nantikan... Zombi Ultimatum, penutup kisah Kampung Pisang. Jika anda peminat setia penduduk Kampung Pisang...moh ler kita ya :)


Friday, November 29, 2013

KARTUN - baik dan buruk kepada anak-anak

TT sebenarnya kurang berminat menonton kartun. Mungkin rasa diri dah cukup tua. Masa kecil dulu memang gemar juga menghadap TV ni.. sebab dulu mana ada Ipad bagai nih. Ironinya, lewat kebelakangan ini banyak kartun zaman TT kecil dulu diadaptasi ke layar perak seperti Transformers, X-Men, GI Joe, Batman, Superman, Dragon Ball dan banyak lagi.

Tapi itu dulu.. sekarang tidak lagi. Walau bagaimanapun, lewat kebelakangan ini TT kerap juga menonton kartun gara-gara sudah ada dua orang anak kecil. Maka, soalan pertama, elokkah kartun kepada anak-anak? Jika dinilai dari sudut yang baik, banyak benda/perkara boleh dipelajari melalui kartun.

Soalnya kita selaku ibu bapa bijak atau tidak memilih dan menentukan rancangan yang sesuai buat anak-anak seiring perkembangan mereka. Tetapkan masa berapa lama mereka boleh menonton kartun (padahal si ayah mahu tengok bola, berita, drama dll). TT ada kawan (ibu bapa juga) yang menyuarakan kebimbangan sebab anak mereka menonton Upin Ipin dan Boboiboy (2 produk Malaysia yang berkualiti dan diiktiraf negara asing)

Aik! Biar betik? Biar betul?? Sebab apa? Kerana anak mereka jadi lasak/ganas macam Boboiboy, anak mereka dah pandai cakap "AKU" dan panggil orang "HOI" macam watak Upin Ipin. Hmm.. mana lagi teruk dengan Hagemaru atau Sin Chan yang suka tayang jubo bontot.

Kartun Walt Disney (penerbit yang memastikan ada unsur kekeluargaan dalam terbitan mereka) sekalipun ada unsur negatif tanpa disedari. Cinderella balik pukul 12 tengah malam, Pinochio si Penipu besar, Snow White hidup bersama 7 lelaki asing, Aladin si pencuri dan banyak lagi.

Aduhai~

Maka, apakah alternatifnya? Kartun bisu.. tiada dialog? OK. Apa yang terlintas di benak fikiran TT kartun ala ala Tom & Jerry.. Oggy & Cockroaches.. dan juga Road Runner. Tetapi, itu juga kisah nakal, saling kena-mengena satu sama lain. Siapa buli siapa dan tiada akhirnya. Oops, TT dapat tahu, Road Runner  &  Koyote ada episod terakhir!



Tetapi, ada juga versi lain yang agak kontroversi jika disiarkan di Malaysia

Pendek kata, berbalik kepada ibu bapa. Pantau atau tidak perubahan dan perkembangan anak-anak. Jika ada yang kurang enak di mata, rajinkan mulut bertanya.. perangai "comel" itu belajar dari mana? Siapa yang ajar cakap atau buat sebegitu. Kesan perubahan.. bertindak.. didik dan ajarlah anak benda yang betul.

Kepimpinan melalui teladan. Tunjuk contoh yang baik. Ni tak.. suruh anak baca buku.. ulangkaji pelajaran..mengaji Al-quran..  kita sibuk menghadap TV, membelek henfon. Maya, anak sulung TT juga ada satu habit, iaitu bila nak tidur, mahu ada tablet/henfon atas katil. Mungkin, kami juga silap.. letak hp bawah bantal (sebab hp itu alarm clock). Setelah berbincang, kami sama-sama mengalah... no handphone on bed. (plus kena belilah alarm clock uols). Kena tegur siapa buat silap. Harap-harap ia berkesan.

In sha allah~

CINTA MUKA BUKU (Manglish Cover) - Cassidy Anderson ft. Alif Putra


Siapa kat Najwa Latif tiada kualiti? TT rasa Najwa akan mendaki perlahan-lahan menuju ke puncak kariernya. Bukan setakat budak-budak yang minat Justin Bieber saja akan minat Najwa, makcik-makcik di kampung pun suka dan boleh terima lagu Najw Latif. Kalau tak, masakan ada orang mahu buat saduran lagu beliau. Contohnya seperti berikut :



Jom senaraikan lagu-lagu glamor Najwa yang kesemunya mendapat sambutan dan sering mendonimasi carta radio tempatan. Bermula dengan Cinta Muka Buku, Carta Hati, Kosong, Untuk Dia (ft. Sleeq), Ada-Mu, Terima Kasih Cikgu (ft. Upin Ipin), Sahabat (finalis AJL 28), I Love You dan dengarkan single terbaru Kau Pergi Jua (ft. IamNeeta)



Friday, November 22, 2013

Top 6 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013

Nantikan...~

30 November 2013
Penganjur : FAM, Astro Arena, 100 Plus
Tempat: Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor
Undian : Pengurus dan Jurulatih (Liga Super & Perdana) setiap pasukan serta pegawai FAM dan wartawan sukan SAM

Kategori Most Valuable Player (MVP) akan ditentukan melalui undian tertinggi daripada 6 Kategori yang telah dinyatakan di atas.

Nampak gayanya Top 6 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 didominasi oleh Kelantan dan Pahang. 13 Anugerah kesemuanya merangkumi Penjaring Gol Terbaik, Pemain Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Pemain Harapan Terbaik, Pemain Import Terbaik, Jurulatih Terbaik, Persatuan Terbaik, Pasukan Terbaik, Kelab Penyokong Terbaik, Pengadil Terbaik termasuk kategori baru, Anugerah Pembantu Pengadil Terbaik serta anugerah kemuncak Pemain Paling Berharga (MVP).


Berikut merupakan senarai penuh bagi beberapa kategori  - yang bold itu pilihan TT 

Penjaga Gol Terbaik

Mohd Khairul Azhan Khalid (Pahang)
Mohd arizal Harun (ATM)
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Norazlan Razali (Selangor)
Mohd Farizal Marlias (Perak)
Izwan Mahbod (Lions XII)

Pemain Pertahanan Terbaik

Jalaluddin Jaafar (Pahang)
Mohd Razman Roslan (Pahang)
Baihakki Khaizan (Lions XII)
Azizi Mat Rose (Kelantan)
Mahalli Jasuli (Selangor)
Amiridzwan Taj Tajuddin (ATM)

Pemain Tengah Terbaik

Nurul Azwan Roya (JDT)
Mohd Badhri Radzi - Piya (Kelantan)
Christie Jayaselan (ATM)
R.Gopinathan (Pahang)
Amirulhadi Zainal (Pahang)
Joseph Kallang Tie (Sarawak)

Penyerang Terbaik

Mohd Amri Yahyah (Selangor)
Mohd Norfarhan Mohd (Kelantan)
Hairuddin Omar (ATM)
Norshahrul Idlan Talaha - Mat Yoe (JDT)
Mohd Azamuddin Akil - Alex (Pahang)
Shahril Ishak (Lions XII)

Pemain Harapan Terbaik

Nik Shahrul Azim (Kelantan)
Junior Eldstal (Sarawak)
Nazmi Faiz Mansor (Selangor PKNS)
K. Rueben (ATM)
Mohd Nasir Basharuddin (Perak)
S.Sivanesan (N9)

Pemain Import Terbaik

Marlon Alex James (ATM)
Dickson Nwakeme (Kelantan)
Obinna Nwaneri (Kelantan)
Karlo Primorac (Sime Darby)
Patrick Ronaldinho Wleh (Selangor PKNS)
Matias Conti (Pahang)

Jurulatih Terbaik

Dollah Salleh (Pahang)
V. Sundramoorthy (Lions XII)
Bojan Hodak (Kelantan)
Ismail Zakaria (Sime Darby)
Robert Alberts (Sarawak)
B. Sathianathan (ATM)

MVP - PIYA! MAPAAA~

Wednesday, July 31, 2013

Iklan Raya (2013)

Saban tahun, pasti iklan raya akan menjadi salah satu topik perbualan antara sanak saudara, jiran tetangga mahupun kawan taulan. Kenapa? Mungkin topik dan mesejnya menarik.

Dan antara iklan yang berada di senarai teratas semestinya daripada Petronas (terutama iklan arwah Yasmin Ahmad), Bernas (anak yatim buta), TNB (kukur kelapa) dan macam-macm lagi.

Namun tahun ini, Bernas macam tiada produk iklan. Petronas pula tidak lagi menggunakan khidmat Leo Burnet (selepas arwah YA meninggal, ada dua iklan; "tangan" dan Uzbekistan). Maka, tahun ni, maaf ya, iklan Petronas agak klise (kisah ibu dan ank dapat tawaran belajar, melalui surat pula tu)



Bukan tak best, tapi tiada kelainan. Maka, alternatifnya muncullah iklan yang lebih komikal, sinikal dan kelakar seperti ini.



Walaupun agak hazabedah, tapi okaylah..



Yang lebih kreatif...iklankan produk sendiri. Tapi macam tiada feel pula sebab produknya agak menonjol.






Tuesday, February 12, 2013

Drapen : Razali si Deliveri & Wee Kiat dalam Drama Tahun Baru Cina

Drapen? Sesuka hati bagi singkatan. Drama pendek! Filem pendek susah nak ringkaskan. Filem sebagai medium dakwah?? Ini contohnya..



Mesej yang jelas.. Islam itu untuk semua. Bukan hak eksklusif orang Melayu.. Renung-renungkan~ Islam for ALL. PAS for ALL~

Monday, February 11, 2013

Jawapan 'Sayang - Shae' | Mr Bie [Parodi]



Renung-renungkan liriknya..jangan sampai termenung sudah bah~

Wednesday, February 6, 2013

BERNAS | PETRONAS?

Lewat kebelakangan ini..iklan Petronas dah ada pencabar utama. Syarikat beras.. yakni BERNAS. Ada Nas juga di hukungnya. Contoh?? Ini iklan raya Cina tahun lepas.



Dan ini tahun 2013 punya iklan Chinese New Year.



Seperti biasa.. tetap tersentuh perasaan. Deja Vu sangat~

TT: Nak tengok iklan Petronas punya? Cari sendiri di Youtube. Ahaks :P

Saturday, February 2, 2013

MeleTOP - Parodi - Ajari Aku

Mesti semua daah tengok video klip asalnya kan?? Menampilkan Nora Danish & Datuk Rahim Razali. Kali ni versi parodi menampilkan Azrul Cham & Didie Alias. Memang lawak~ Sila tahan gelak...

Tuesday, November 13, 2012

Pasca Anugerah Skrin (ASK) 2012 & Top 5 Anugerah Planet Muzik (APM) 2011

Mulai November macam-macam "anugerah" dianjurkan.. Berturut-turut sampai suku pertama 2013. Bermula dengan Anugerah Skrin 2012 anjuran TV 3 yang sangat "hazabedah" syok sendiri penganjurannya. Kan? Seksyen sukarelawan Petrosains anjurkan VAD The Magical Kingdom jauh lebih menarik penganjurannya hatta Festival Teater Inter Kolej sekalipun.

Apa-apa pun.. semoga #ASK2012 yang trending disebabkan penganjuran yang hampeh tidak menenggelamkan pemenang-pemenangnya seperti berikut:

1. Kategori Filem


Filem Terbaik: Bunohan.

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaiezy Sam (Songlap)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Maya Karin (Ombak Rindu)

Pengarah Terbaik Filem: Fariza Azlina / Effendee Mazlan (Songlap).

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Ombak Rindu) - Normah Damanhuri (Songlap) kalah

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shafie Naswip (Songlap)

Lakon Layar Terbaik Filem: Dain Iskandar Said (Bunohan)

2. Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri


Drama Terbaik: Di Telapak Kaki Bonda

Pelakon Lelaki Terbaik: Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)

Pelakon Wanita Terbaik: Rumnah Sidek (Parit Jawa)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Namron (Parit Jawa)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)

Pengarah Terbaik: Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)

Lakon TV Terbaik: Lum Pung Hu (Di Telapak Kaki Bonda)

Videografi Terbaik: Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment (M) Sdn Bhd.

Drama Rantaian Terbaik: Jangan Ambil Padang Kami (Suhan Movies)

Drama Komedi Terbaik: Elly Epit (Red Communication Sdn. Bhd)

3. Kategori Penerbitan Dalaman


Dokumentari atau Majalah Terbaik: Dunia Tersembunyi (Rambu Solok)

Bual Bicara Terbaik: Bella: Labour Day Special.

Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26.

Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25.

Rancangan Realiti Terbaik: Jemputan Umrah Episod Pengenalan.

Laporan Khas/ Berita Terbaik: Berita TV9 - Bom Jangka.

Anugerah Yasmin Ahmad: Pierre Andre

Artis Harapan Pantene: Puteri Balqis.


Dalam masa yang sama, pihak penganjur Anugerah Planet Muzik 2011 (negara serantau Malaysia, Indonesia, & Singapura) telah mengumumkan Top 5 bagi setiap kategori seperti berikut: (yang diBOLD pilihan TT)

p/s: Kategori Terbaik dipilih juri, manakala kategori popular berdasarkan undi.

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (ARTIS BARU LELAKI)
1. Anji, (Hatiku) Berhenti Di Kamu
2. Awi Rafael, Bila Aku Jatuh Cinta

3. Budi, DoReMi
4. Hazama, Cinta Teragung
5. Sandy Canester, Lelaki Dungu

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (ARTIS BARU WANITA)
1. Dhisa, Cintaku Kamu
2. Lala Karmela, Kamu, Aku, Cinta
3. Najwa Latif, Cinta Muka Buku

4. Raisa, Serba Salah
5. Zahidah, Malam Ini

DUO/KUMPULAN BARU TERBAIK
1. Armada, Mau Dibawa Ke Mana
2. Audionauts, Maha Bisa Rahsia
3. Hazama & Amy Search, Semitri
4. PULSE!, Tetap Berazam
5. Salam Musik & Altimet, Alamak!


KOLABORASI TERBAIK
1. Aliff Aziz & Hao Ren, Dilema Cinta
Komposer: Choo Hao Ren
Penulis Lirik: Sha Kalam
2. Dayang Nurfaizah & Tompi, Perlukan Cinta
Komposer: Audi Mok
Penulis Lirik: Ad Samad
3. Hyrul Anuar & Mimi Fly One Nation Emcees, Sudah Mengapa
Komposer: Andi A. Merican & Khairafik Khairudin
Penulis Lirik: Hyrul Anuar
4. Ramlah Ram & SleeQ, Sesaat Kau Datang
Komposer: ID Mifzal
Penulis Lirik: Zie Shafruddin

5. Rossa & Taufik Batisah, Aku Bersahaja
Komposer: Taufik Batisah
Penulis Lirik: Taufik Batisah

ARTIS LELAKI TERBAIK
1. Afgan, Panah Asmara
2. Anuar Zain, Ajari Aku
3. Hafiz, Ku Akui
4. Once Mekel, Hilang Naluri

5. Sammy Simorangkir, Sedang Apa Dan Dimana

ARTIS WANITA TERBAIK
1. Agnes Monica, Rindu
2. Alyah, Kisah Hati
3. Astrid, Tentang Rasa
4. Shila Amzah, Patah Seribu
5. Yuna, Terukir Di Bintang


DUO/KUMPULAN TERBAIK
1. Geisha, Cinta dan Benci
2. Kesna, Pilihlah Diriku
3. Kotak, Tendangan Dari Langit

4. RAN, Mencuri Hati
5. Rausyanfikir, Rentak Hati

LAGU TERBAIK SINGAPURA
1. Coba, Snowball
Komposer: Sid Isman
Penulis Lirik: Sid Isman
2. Fatamorgana, Audionauts
Komposer: Malon, Ryzal, Sham & Zackey
Penulis Lirik: Malon, Ryzal, Sham & Zackey
3. Maha Bisa Rahsia, Audionauts
Komposer: Malon, Ryzal & Sham
Penulis Lirik: Malon, Ryzal & Sham
4. Malam Ini, Zahidah
Komposer: Zahidah
Penulis Lirik: Zahidah
5. Pulanglah, Awi Rafael
Komposer: Awi Rafael
Penulis Lirik: Awi Rafael


LAGU TERBAIK
1. Apa Bisa, Kotak
Komposer: Pay, Dewiq & Kotak
Penulis Lirik: Pay, Dewiq & Kotak
2. Kisah Hati, Alyah
Komposer: Manusia Putih
Penulis Lirik: Manusia Putih
3. Ombak Rindu, Hafiz & Adira
Komposer: Nurzaidi Abd Rahman
Penulis Lirik: Sharad Sharan
4. Sedang Apa dan Dimana, Sammy Simorangkir
Komposer: Mario Ricardo
Penulis Lirik: Mario Ricardo
5. Terukir di Bintang, Yuna
Komposer: Yuna
Penulis Lirik: Yuna


ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR
SG1: Aliff Aziz
SG2: Aryan
SG3: Audionauts
SG4: Awi Rafael
SG5: Didicazli
SG6: Diorama
SG7: Fauzie Laily
SG8: Hady Mirza

SG9: Imran Ajmain
SG10: Sezairi Sezali
SG11:SleeQ
SG12: Taufik Batisah

LAGU SINGAPURA PALING POPULAR
LP1: Cinta Yang Lain, Arus
LP2: Gila, Tujuh
LP3: Ku Tetap Kan Menunggu, Hady Mirza

LP4: Maha Bisa Rahsia, Audionauts
LP5: Membenam Pagi Tanpamu, Diorama
LP6: Menanti Cintamu, Revalina
LP7: Mengapa Kau Harus Pergi, Farhan Shah
LP8: Pulanglah, Awi Rafael
LP9: Salahkan, Hyrul Anuar
LP10: Sally The Lion, The Lion Story & The Sallys
LP11: Terlalu Sayang, Didicazli
LP12: Yang Teristimewa, Sheikh Haikel feat. SleeQ

ARTIS SERANTAU PALING POPULAR
AS1: Afgan
AS2: Agnes Monica
AS3: Aliff Aziz
AS4: Alyah
AS5: Hady Mirza
AS6: Hafiz
AS7: Judika
AS8: Shila Amzah
AS9: SleeQ
AS10: Taufik Batisah
AS11: Ungu
AS12: Yuna


LAGU SERANTAU PALING POPULAR
LS1: Beribu Sesalan, 3 Suara
LS2: Bukan Dia Tapi Aku, Judika
LS3: Kalau Cinta, Aliff Aziz & Joanna
LS4: Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Shahir
LS5: Kisah Hati, Alyah
LS6: Ku Pinang Kau Dengan Bismillah, Pasha Ungu & Rossa
LS7: Ku Tetap Kan Menunggu, Hady Mirza
LS8: Ombak Rindu, Hafiz & Adira
LS9: Paralyzed, Agnes Monica
LS10: Sedetik Lebih, Anuar Zain
LS11:Takkan Pernah Ada, Geisha
LS12: Tentang Rasa, Astrid
NOVA MEDIA BARU
MN1: Abdul Hamim Suleiman
MN2: Abdul Muttaleeb
MN3: Arien Nur Santi
MN4: Ayu Videlia
MN5: Cassidy Anderson
MN6: Fairuz Selamat
MN7: Muhamad Wazini Mohamed Taib
MN8: Muhamad Azri Syafiq Yusri
MN9: Muhammad Samsudian
MN10: Nurasya Abdul Rahim
MN11: Syazwiyanti Suparto
MN12: Yoseph Pradana

IKON MEDIA BARU
MI1: Afgan
MI2: Alyah
MI3: Kotak
MI4: Najwa LatifMI5: Sherina Munaf
MI6: Shila Amzah
MI7: SleeQ
MI8: Ungu
MI9: Vidi Aldiano
MI10: Yuna

Ianya bakal berlangsung pada 15 Disember 2012 di MAX Pavilion, Singapura dan bakal di’siarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) yang juga penyiar rasmi majlis ini



Friday, November 2, 2012

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena FAM 2012


SENARAI CALON ANUGERAH

PENJAGA GOL TERBAIK:
——————-
Mohd Farizal Marlias (Negeri Sembilan)
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Norazlan Razali (Selangor)

Pemenang : Apex
Pilihan TT : Apex
Mengapa? : Bolos paling sedikit sepanjang musim 2012


PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK:
————————–
S. Subramaniam (Kelantan)
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM)
Amirizwan Taj Tajudin (ATM)

Pemenang : Aidil
Pilihan TT :Subramaniam
Mengapa? : Bukan sekadar beraksi menerusi skuad Kelantan, Subra juga ada mewakili skuad Kebangsaan dan beraksi cemerlang. Sewaktu Final Piala Malaysia.. setelah Subra cedera dan diganti, barulah ATM berjaya menghasilkan gol


PEMAIN TENGAH TERBAIK:
———————
Safiq Rahim (Selangor)
Mohd Badri Radzi (Kelantan)
Rezal Zambery Yahya (ATM)

Pemenang : Safiq Rahim
Pilihan TT :Piya
Mengapa? : Kemenangan 3-2 Kelantan ke atas ATM dicetuskan oleh Piya yang membuat 3 assist! Adakah disebabkan Piya tak diberi peluang beraksi  bersama Harimau Malaya?


PENYERANG TERBAIK:
——————
Mohd Norfarhan Mohamad (Kelantan)
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
Mohd Amri Yahyah (Selangor)

Pemenang : Mat Yo
Pilihan TT :Farhan
Mengapa? : Mat Yo cuma cemerlang ketika final Piala Malaysia sahaja. Sepanjang musim kurang menyerlah sebenarnya. Dan Farhan atau Ben10 lebih banyak menjadi hero menyelamatkan pasukan Kelantan.  


PEMAIN HARAPAN:
—————
Mohd Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)
Nik Mohd Shahrul Azim Halim (Kelantan)
Ashri Chu Chu (Sarawak)

Pemenang : Amy
Pilihan TT : Amy
Mengapa? : Amy atau Rozaimi lebih menyerlah terutama ketika beraksi bersama Harimau Muda.


JURULATIH TERBAIK:
—————–
Bojan Hodak (Kelantan)
B.Sathiananthan (ATM)
Irfan Bakti Abu Salim (Selangor)

Pemenang : Sathia
Pilihan TT : Bojan Hodak
Mengapa? : Adakah kerana Bojan mengambil alih separuh jalan tugas Peter Butler? 3 piala Kelantan dapat dimiliki ya. Tahun lepas Irfan Bakti menang sebab Terenggnu Juara Piala FA & Naib Juara Piala Malaysia.


PEMAIN PALING BERNILAI:
———————-
Mohd Badri Radzi (Kelantan)
Hairuddin Omar (ATM)
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Pemenang : Mat Yo
Pilihan TT :Hai-O
Mengapa? : Bukan mahu menafikan treble milik Mat Yo. Cuma kemenangan kali ketiga Mat Yo ini dibayangi kehebatan pemain lain. Tiba masanya Hai-O dianugerahkan. Bukan kerana magis tetapi konsisten dan mampu beraksi di peringkat final buat kali kelima dengan 4 pasukan berbeza.


PEMAIN ASING TERBAIK:
———————
Marlon Alex James (ATM)
Mohammed Ghaddar Mahmoud (Kelantan)
Jean Emmanuel Effa Owana (Negeri Sembilan)

Pemenang : MAJ
Pilihan TT :MAJ
Mengapa? : Biarpun kuda tua, MAJ konsisten menjaringkan gol umpama mesin cetak gol.MAJ merupakan pemenang kasut emas Piala Malaysia dengan 11 gol. Setiap permainan jaring gol ni.

Dan berikut merupkan pemenang secara keseluruhannya.


TT: Semua pemenang yang hadir sedang berlatih dalam skuad Kebangsaan di KL. Senang nak datang  :P


Sunday, October 21, 2012

Tahniah Kelantan!

Tahniah atas kejayaan treble. Bojan Hodak menamatkan badi 10 tahun jurulatih import setelah Ken Worden melakukamnya tahun 2002 membimbing Selangor menjinakkan Sabah.

Juga hadiah kepada Sultan Muhammad V sempena ulangtahun keputeraan baginda bulan depan. Tidak lupa sempena genap 22 tahun kerajaan di bawah kepimpinan ulama'. 21 Oktober 1990 - 21 Oktober 2012.

Tahniah kepada semua. Pemain, Pengurusan, kerajaan negeri yang awal-awal bagi cuti & semestinya pemain kedua belas..penyokong TRW. Apa-apapun..layan saja "dikir barat" ini...

TT: mat yo & afiq azmi trending.. setaraf rooney & RVP malam ni

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, October 11, 2012

Filipino soap - Dahil May Isang Ikaw



Ini bukan trailernya. Cuma lagu tema. Drama bersirinya mungkin mencecah 100 episod.

Ya! Ini adalah kegilaan terbaru kami suami isteri. Layan telenovela Filipina ni. Memang aku layan cerita macam Pangako Sayo, Kay Tagal, Sanay Walaa Nang Wakas.

Lebih-lebih lagi gandingan romantis Jericho Rosales & Kristine Hermosa. Sama juga pasangan John Loyd Cruz & Bea Alonzo. Ala-ala SRK & Kajol, Aiman Hakim & Ixara Aishah, Aaron & Maya gitu.

Tambahan pula ia menggabungkan pelakon Kay Tagal & Sanay Walaa. Memang meletop lah. Lagipun telenovela Filipina tak seindah fantasi Bollywood.

Mereka paparkan realiti hidup mereka. Daif, susah kerja, jenayah, memiliki senjata hatta bunuh nyawa orang main-main je. Di situlah terletaknya keunikan mereka.

Maka..tak layan la cerita Korea k-pop bagai. Klise~ Terima kasih Astro PVR! Rakam jangan tak rakam... Layan je trailer drama bersiri Filipina ini.

TT: tahniah Bunohan..tercalon peringkat awal, 70 terbaik Filem Bahasa Asing Terbaik OSCAR!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, October 2, 2012

Teman Pengganti



Ini dia video muzik yang menarik. Ada mesej & jalan cerita. Banyak isi dan makna yang tersurst dan tetsirat. Membawa mesej kematian. Lebih-lebih lagi Malique sendiri terpalit kontroversi dikatakan sudah mati sebab barah otak.

Apa-apapun.. video klip ni secara tak langsung mempopularkan Anzalna Nasir atau Dee (Adam & Hawa). Dan melodi lagu ni seakan-akan lagu Noorkumalasari, Hati Seorang Kekasih!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, September 26, 2012

Kaya? Atau kayap?

Ini adalah senarai orang paling kaya di Malaysia untuk tahun 2012 yang telah dikeluarkan oleh Majalah Malaysian Business berdasarkan aset syarikat individu terkaya di Malaysia pada 20 Januari 2012. Melalui biografi setiap individu yang paling kaya di Malaysia ini, kekayaan yang mereka pada hari ini adalah berdasarkan titik peluh dan usaha yang berterusan tanpa mengenal erti kegagalan.

Tan Sri Robert Kuok masih kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia dengan hasil kekayaan RM45.7 billion manakala Tan Sri Ananda Krisnan juga kekal sebagai orang kedua paling kaya di Malaysia dengan hasil kekayaan yang semakin bertambah. Tan Sri Syed Mukhtar Albukhary adalah orang melayu terkaya di Malaysia masih kekal dengan kedudukan tempat pertama di kalangan orang Melayu.
Senarai 20 Orang Paling Kaya Di Malaysia 2012.

1.     Robert Kuok Hock Nien     (RM Billion) 45.700 -     Kerry Group/Kuok Group
2.     T Ananda Krishnan     (RM Billion) 42.998 -     Usaha Tegas
3.     Tan Sri Teh Hong Piow     (RM Billion) 12.642 -     Public Bank
4.     Tan Sri Lee Shin Cheng     (RM Billion) 11.356 -     IOI Group
5.     Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary     (RM Billion) 9.530 -     Albukhary Foundation
6.     Tan Sri Quek Leng Chan     (RM Billion) 8.002 -     Hong Leong Malaysia
7.     Tan Sri Lim Kok Thay     (RM Billion) 7.585 -     Genting Group
8.     Puan Sri Lee Kim Hua     (RM Billion) 6.588 -     Genting Group
9.     Tan Sri Tiong Hiew King     (RM Billion) 6.411 -     Rimbunan Hijau
10.     Ong Beng Seng     (RM Billion) 4.919 -     Hotel Properties Ltd
11.     Tan Sri Azman Hashim     (RM Billion) 3.470 -     Arab-Malaysian Corp
12.     Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun     (RM Billion) 2.541 -     Berjaya Group
13.     Datuk Mokhzani Mahathir     (RM Billion) 1.937 -     Kencana Petroleum
14.     Datuk Lee Yeow Chor     (RM Billion) 1.787 -     IOI Group
15.     Tan Sri Tony Fernandes     (RM Billion) 1.772 -     AirAsia
16.     Lee Yeow Seng     (RM Billion) 1.746 -     IOI Group
17.     Tan Sri Lau Cho Kun     (RM Billion) 1.721 -     Hap Seng Consolidated
18.     Tan Sri Yeoh Tiong Lay     (RM Billion) 1.711 -     YTL Group
19.     Tan Sri Lee Oi Hian     (RM Billion) 1.589 -     Batu Kawan
20.     Datuk Lee Hau Hian     (RM Billion) 1.586 -     Batu Kawan

Sumber


Jom kita bandingkan dengan orang paling kaya di negara Amerika Syarikat (AS) pula. Mengikut senarai dikeluarkan oleh majalah Forbes, purata harta orang kaya dianggarkan AS$4.2 bilion (RM12.6 bilion). 

Berikut 10 orang paling kaya di AS:

1. Bill Gates, pengasas dan pengerusi  Microsoft (AS$66 bilion)
2. Warren Buffett, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Berkshire Hathaway (AS$46 bilion)
3. Larry Ellison, Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif (AS$41 bilion)
4. Charles Koch, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Koch Industries (AS$31 bilion)
5. David Koch, Pemilik bersama dan Naib Presiden Eksekutif Koch Industries (AS$31 bilion)
6. Christy Walton & Keluarga, pewaris harta Walmart (AS$27.9 bilion)
7. Jim Walton, pewaris harta Walmar dan Pengerusi Arvest Bank (AS$26.8 bilion)
8. Alice Walton, pewaris harta Walmart (AS$26.3 bilion)
9. S Robson Walton, pewaris Walmart (AS$26.1 bilion)
10.Michael Bloomberg, pengasas dan pemilik utama Bloomberg LP (AS$25 bilion)

Sumber

Apa motif TT buat entri ini?? Bekerjalah umpama hidup ini lama..dan beramallah umpama esok sudah tiada. Hidup bukan segalanya pasal duit. Tapi semuanya perlukan duit. Betul tak?? Jangan tipu~ Jadi anda pilih.. Mahu jadi kaya dan boleh beramal.. atau kayap kewangan?