Hebahan

Thursday, April 10, 2014

Anis Suraya > Hanez Suraya < Hanie Soraya | Serupa tapi tak sama

Mula-mula sekali jangan keliru.. kerana ketiga-tiga nama, sebutan yang sama, ejaan yang berlainan merupkan orang yang berbeza.

(1) Anis Suraya.. pernah meletup suatu masa dan ketika. Adinda kepada Shawn Baharin, kerabat Terengganu pernah terkenal dengan lagu Cinta Tersimpul Rapi. One hit wonder!



(2) Hanez Suraya Abdul Aziz.. antara drama awal lakonannya ialah Exora bersama Fazura! Eh! Kbai~

Kemudian terkenal gara-gara percintaan bersama Awi Rafael. Lalu mula mendapat tempat di kaca TV. Kebanyakannya watak antagonis.. ala ala rampas-rampas gitu. Ah, sesuailah kau!

Kemuncak kariernya.. tercalon ABP 2012 kategori artis baru... walaupun tak berapa baru sangat. Paling hangat kemelut bersama hak milik Liyana Manan.. selepas berpisah dengan Awi Rafael. Bak tajuk lagu Awi.. Kalau Aku Kaya...~ (Sekarang mula sendu..siap pasang pengawal takut kena baling telur...ini lawak ok!)

Tak payahlah letak gambar kau! Hahahaha

(3) Hanie Soraya... mula-mula dengar lagu Minah ni di radio tokojut den! Ingatkan si Hanez Suraya yang sibuk nak jadi penyanyi pula. Berlakon pun hazabedah~ Haha.. ada hati nak menyanyi. Dah tak laku lettew~

Ok..kembali kepada Hanie Soraya.. anak didik FT, Faizal Tahir. Memang ada potensi untuk lebih menyerlah di masa mendatang. Boleh cabar Najwa Latif, Iam Neeta, Ainan Tasneem, Tasha Manshahar. Tak percaya? Dengarkanlah...~



Ada orang kata suara mirip Amy Mastura tapi yang penting... Hanie Soraya, gadis berusia 20 tahun ni budak Medic. Belajar di Mansoura University, Egypt. Kiranya kerap ulang-alik KL-Mesir lah ni. Adakah nasibnya seperti dua nama di atas? (One hit wonder + kontroversi)

No comments:

Post a Comment