TT sebenarnya kurang berminat menonton kartun. Mungkin rasa diri dah cukup tua. Masa kecil dulu memang gemar juga menghadap TV ni.. sebab dulu mana ada Ipad bagai nih. Ironinya, lewat kebelakangan ini banyak kartun zaman TT kecil dulu diadaptasi ke layar perak seperti Transformers, X-Men, GI Joe, Batman, Superman, Dragon Ball dan banyak lagi.
Tapi itu dulu.. sekarang tidak lagi. Walau bagaimanapun, lewat kebelakangan ini TT kerap juga menonton kartun gara-gara sudah ada dua orang anak kecil. Maka, soalan pertama, elokkah kartun kepada anak-anak? Jika dinilai dari sudut yang baik, banyak benda/perkara boleh dipelajari melalui kartun.
Soalnya kita selaku ibu bapa bijak atau tidak memilih dan menentukan rancangan yang sesuai buat anak-anak seiring perkembangan mereka. Tetapkan masa berapa lama mereka boleh menonton kartun (padahal si ayah mahu tengok bola, berita, drama dll). TT ada kawan (ibu bapa juga) yang menyuarakan kebimbangan sebab anak mereka menonton Upin Ipin dan Boboiboy (2 produk Malaysia yang berkualiti dan diiktiraf negara asing)
Aik! Biar betik? Biar betul?? Sebab apa? Kerana anak mereka jadi lasak/ganas macam Boboiboy, anak mereka dah pandai cakap "AKU" dan panggil orang "HOI" macam watak Upin Ipin. Hmm.. mana lagi teruk dengan Hagemaru atau Sin Chan yang suka tayang jubo bontot.
Kartun Walt Disney (penerbit yang memastikan ada unsur kekeluargaan dalam terbitan mereka) sekalipun ada unsur negatif tanpa disedari. Cinderella balik pukul 12 tengah malam, Pinochio si Penipu besar, Snow White hidup bersama 7 lelaki asing, Aladin si pencuri dan banyak lagi.
Aduhai~
Maka, apakah alternatifnya? Kartun bisu.. tiada dialog? OK. Apa yang terlintas di benak fikiran TT kartun ala ala Tom & Jerry.. Oggy & Cockroaches.. dan juga Road Runner. Tetapi, itu juga kisah nakal, saling kena-mengena satu sama lain. Siapa buli siapa dan tiada akhirnya. Oops, TT dapat tahu, Road Runner & Koyote ada episod terakhir!
Tetapi, ada juga versi lain yang agak kontroversi jika disiarkan di Malaysia
Pendek kata, berbalik kepada ibu bapa. Pantau atau tidak perubahan dan perkembangan anak-anak. Jika ada yang kurang enak di mata, rajinkan mulut bertanya.. perangai "comel" itu belajar dari mana? Siapa yang ajar cakap atau buat sebegitu. Kesan perubahan.. bertindak.. didik dan ajarlah anak benda yang betul.
Kepimpinan melalui teladan. Tunjuk contoh yang baik. Ni tak.. suruh anak baca buku.. ulangkaji pelajaran..mengaji Al-quran.. kita sibuk menghadap TV, membelek henfon. Maya, anak sulung TT juga ada satu habit, iaitu bila nak tidur, mahu ada tablet/henfon atas katil. Mungkin, kami juga silap.. letak hp bawah bantal (sebab hp itu alarm clock). Setelah berbincang, kami sama-sama mengalah... no handphone on bed. (plus kena belilah alarm clock uols). Kena tegur siapa buat silap. Harap-harap ia berkesan.
In sha allah~
No comments:
Post a Comment