Aik? Cakap episod kedua bersama yang tersayang. Sayang ke orang yang bernama musibah?? Haha... Tunggu... cerita itu akan menyusul jua. Cuma ini cerita jalan-jalan yang agak terkini. Nah.. aku buka helaian diari aku...
{ 23 Julai 2009, sesuatu telah berlaku dalam hidup ini. Semuanya gara-gara SYMP. SYMP? Apa itu? Saya yang menurut perintah. Biasalah.. kerja kerajaan. Aku mendapat arahan orang atasan supaya menghadiri "bengkel" berkenaan piagam pelanggan.
"Bengkel" itu bertempat di Bahagian Farmasi, PJ. Betul-betul depan Matrikulasi UIA. Dekat dengan UM. Sepatutnya aku ke sana dengan kenderaan kementerian. Tapi sayang, driver yang berkhidmat dengan jabatan ada kursus induksi lah pulak. Kan??
Maka, aku mengharapkan agar ada mana-mana pemandu dari Bahagian Pengurusan yang akan membawa aku ke sana. Sayang sekali... pemandu tak cukup. Maka, aku buat keputusan taknak pergi. Namun, gara-gara SYMP, aku kena pergi ke sana juga akhirnya.
Ke sana? Dengan Panda kah? Itulah perancangan asalnya. Tetapi memandangkan hari semalam (21 Julai) hujan lebat sangat, maka aku tak mahu ambil risiko. Sanggup tinggalkan Panda di rumah. Pinjam kereta orang tua, Kia Rio. Awal-awal lagi dah rasa tak sedap hati, tapi aku tetap meneruskan juga perjalanan.
Lambat sikit sampai "bengkel" takpe. Tapi kalau dah lambat banyak?? Sebelum sampai ke PJ lagi kereta dah buat hal. Tiba-tiba enjin mati. Dekat lampu isyarat pulak tu! Nasib cepat-cepat alihkan kereta ke tepi dan akhirnya dapat teruskan perjalanan.
Alih-alih..dah masuk seksyen 17, dah nak sampai Matrik UIA, elok-elok saja depan kilang susu itu.. sekali lagi enjin mati. Cuba hidupkan enjin... berjaya! Tapi... berasap~ Panik.. Aku kelam-kabut sangat. Tak tahu nak buat apa buat sementara. Aku rasa sebab temperature naik. Jarum dah mencanak naik ke H. Hot..& Cold. Katy Pary lah pulak tiba-tiba ada kat radio. Haha.
Tengoklah jarum merah itu...mencanak naik ke huruf H mewakili Hot. 0 km/j. Berhenti terus ya.
Aku cuba cari botol-botol mineral kosong dalam kereta. Tiada~ Aku cek sendiri bonet depan. Memang kurang air tu,kering. Wah... bergunalah juga Dr. Rimfiel pernah ajar enjin-enjin ni masa buat degree dulu... walaupun... ingatan telah hilang. Haha.
Bukan takde duit, malas nak cucuk dekat bank.. Haha. Padahal memang dah kering tengah bulan
Dalam fikiran aku... habis duit aku kali ni. Sebab tu aku taknak call Papa lagi. Mesti bising kalau duit mengalir selaju air terjun. Rupa-rupanya poket aku kosong! Ya. Tak sempat nak cucuk duit. Di mana ATM?? Telefon Jemi.. Paniklah juga. Trauma pun ada. Nasib baik aku tak dikejarkan ke wad Trauma & Kecemasan PPUM. Haha.
Bila dah rasa rileks sikit.. baru ringankan tulang menelefon. Kawan-kawan ya. Mana-mana kawan yang pernah belajar di UM atau Matrik UIA. Tujuannya nak tanya, tahu tak "bengkel" betul untuk baiki kereta. Mat Yie... dan Azmi yang pernah belajar di UIA. Iwan dan Lutfi yang pernah belajar di UM. Sayang lagi sekali...mereka berada di luar tempat kejadian.
Aku telefon pulak Shahril... sebab tahu dia kadang-kadang tak kerja pagi kalau dah shift malam. Alamak.. dia pun dah siap-siap nak ke kerja. Ada beberapa nama lagi yang terlintas, tapi aku rasa macam tak sempat.
Tak sempat sebab apa? Elok-elok kereta rosak... masa tulah rasa nak berak! Haha. Perut meragam. Aku makan kuih pau yang mama kukus je untuk sarapan tadi. Maka, aku berlari rasa macam tak cukup tanah. Takut terkeluar apa yang tak patut keluar. Kalaulah ditambah dengan hujan lebat seperti hari semalam... haru-biru dibuatnya. Setelah berlari-lari anak, akhirnya bertemu juga Matrik UIA.
Yang aku nampak masjid Matrik UIA itu. Terus menuju ke toilet. Melepas! Usai qada' hajat, cepat-cepat sucikan diri. Berwudhu' Sembahyang sunat Dhuha ya... jam 11 pagi. Setelah sekian lama tak buat. Masa ni baru nak ingat tuhan. Takkan semata-mata masuk masjid untuk berak kan?? Hormatlah sikit tuan rumah-Nya ada..~
Orang kata... berubah sebab ditimpa musibah. Tak ikhlas. Bagi aku, orang nak kata macam tu, katalah. Soal ikhlas.. kita dan Allah saja yang tahu. Orang nak pertikai amal ibadat kita, teruskanlah... Paling tidak.. bila dilanda musibah.. inilah hikmahnya. Allah suruh hamba-Nya mengingati-Nya.. kembali kepada-Nya.
Bagi aku.. kalau ada seorang perempuan yang tak pakai tudung. Tiba-tiba nak pakai tudung sebab suka dekat seorang lelaki yang alim, biarkanlah... Sekurang-kurangnya itu langkah permulaan membuat penghijrahan. Paling tidak, ada respon & tindak balas. Daripada yang langsung buta mata hati. Hidayah masih tak menjengah. Walaupun ditimpa musibah.. tetapi hati masih keras... dan hitam. Sedangkan batu yang keras, boleh ada kesan lekuknya kalau sentiasa ada air yang menitis di atasnya.
Baiklah..kembali ke cerita tadi. Setelah selamat berak..aku carilah pulak ATM. Kering poket. Kalau pomen datang, ingat nak bayar dengan daun ke?? Maka, menjelajah lah aku sekitar kampus Matrikulasi UIA ini. Dulu.. selalu juga datang ke sini. Menjenguk kawan-kawan semaahad. Tapi sekarang junior yang aku tak kenal adalah.
Sepanjang-panjang kaki mengorak melangkah... menjelajah... fikiran ini turut terbang.. menerawang. Aku mula terfikir.. Malangkah nasib aku hari ini. "Bengkel" yang sepatutnya aku pergi.. dah tak pergi. Tunggu respon kawan-kawan yang aku telah SMS. Ada juga yang forwardkan nombor kawan-kawan yang mungkin ada di sekitar PJ.
Inilah kereta yang tersadai di tepi jalan di depan kilang susu. Nasib baik hari tak hujan...Kan??
Tunggu... punya tunggu... akhirnya tiada yang datang. Memandangkan waktu Zohor dah hampir, lekas-lekas aku "beriktikaf". Wah...selalunya sekali seminggu setiap hari Jumaat. Sementara menantikan masuk waktu Zohor.. dan dapat panggilan kawan-kawan, aku mahu tenangkan diri. Tak best tensi-tensi ni. Mengaji Al-Quran~..
Mungkin inilah hikmahnya.. dah lama juga aku tak mengaji Al-Quran. Ada dekat seminggu tinggalkan al-quran sebab terkejar ke sini ke sana. Sepatutnya, sebelum masuk Ramadhan, aku dah khatam satu Al-Quran. Tapi sekarang baru habis surah Thaha. Habis juz 16. Maka, kesempatan ini aku ambil... sempat baca setengah juz 17. Habis Surah Al-Anbiya'. Sempat ke nak khatam sebelum Ramadhan ni?
Selalunya... kebiasaannya aku berjaya khatam sebelum Ramadhan. Sebab masa Ramadhan nak khatam Al-Quran sekali lagi dalam tempoh sebulan. Kiranya.. dalam masa setahun, paling tidak 2 kali khatam. Teruk kan?? Kalau sahabt-sahabat aku yang Huffaaz...ada gelara Al-hafiz..Al-Quran tu ingat di "mulut" saja. Begitulah caranya memotivasikan diri. Kalau aku pandang orang yang langsung tak mengaji Al-Quran.. maka lambat-laun makin kuranglah masa untuk Al-Quran.
Betapa banyaknya dosa...kalau kita dah hafal ayat-ayat Al-Quran atau surah-surah tertentu, alih-alih lupa! Makan semut banyak kah?? Atau hati yang semakin gelap buat dosa tak ingat dunia. Setelah selesai 'hutang' Zohor. Aku ikhtiar sendiri.
Tak nampak tanda-tanda "penyelamat" akan muncul. Sobek kereta sendiri apa-apa yang dah mula terimbas kembali di memori. Akhirnya...alhamdulillah. Suhu kereta dah turun. Air pun berjaya dimasukkan setelah berjaya mendapat benjana air.
Inilah 'benjana' yang berjasa... Dikutip dari mr. tong-sam-pah. Amek kau.. Slurrpeeeeeeee~ daaa
Tada. Inilah hasilnya. Alhamdulillah,suhu sudah turun.Rasa macam nak terbang ke rumah terus.
Aku mula memandu..keluar dari situ. Kereta Rio itu sempat lalu betul-betul depan wad Trauma & Kecemasan PPUM. Aku hanya "tersenyum sorang-sorang" memandang perkataan 'trauma' itu. Harap-harap semuanya berakhir dengan cepat.
Ah! Perut lapar. Peristiwa tadi memang membantutkan selera. Alang-alang lalu Federal Hi-way menuju ke Seremban katanya... maka tersinggahlah aku di Mid Valley. Wah... nak melantak ke? Makanlah apa-apa yang patut. Sebab tengok kereta dah boleh jalan. Konfiden... masalah selesai.
Pukul 3 lebih keluar dari Mid Valley. Menuju ke rumah... Putrajaya. Cepat-cepat nak gi ofis ni. Nak ambik adik Ya lagi. Aku dah janji dengan Sufia, nak beli donut The Big Apple untuknya. Ya nak pilih sendiri. Elok-elok saja masuk kawasan Putrajaya,memandu perlahan di lorong paling kiri, sekali lagi peristiwa di luar dugaan berlaku.
Jarum suhu melonjak lagi sekali. Terus ke Hot... Dan enjin mati. Alamak! Dah nak sampai dah ni. Lebih kurang 2 km lagi nak sampai rumah. Elok-elok saja aku cuba hidupkan enjin, tak sempat nak pasang lampu kecemasan. BOOM! Aku ke depan. Dari tingkap pemandu, aku nampak seorang lelaki terpelanting! Kaget!
Aku keluar dari perut kereta. Lelaki itu mengaduh. Menggelupur.. berguling-guling atas rumput tepi jalan. Boleh pula aku macam takde perasaan. Buat tak nampak dia yang minta tolong itu. Panik ada, cuak ada. Aku tak langgar orang, orang langgar aku dari belakang. Yang aku nak tengok... kereta. Naaah~
Asalnya motor itu dah ter'selit' ke bawah di celah-celah tayar. Agak sendiri laju mana dia bawa...
Motor mamat ni terselit baik punya celah kereta. Nasib dia tak terselit celah kereta tu. Masa tu dah ada beberapa orang yang menghulirkan bantuan. Ada juga polis yang bertugas. Orang-orang yang lalu-lalang ada yang hulurkan baantuan. Mamat itu terus dikejarkan ke Hospital Putrajaya.
Sesi bercerita dimulakan. Yang penting aku tak langgar orang. Aku tak lenyek motor dia. Lorong motor kan ada disediakan... Dan aku memberhentikan kereta di lorong sebelah kiri. Bukan tengah-tengah jalan. Dan yang penting...had laju di situ 80km/j.
Sejurus...tiba 2, 3 orang kawan kepada "orang yang langgar aku" tadi. Mereka berbasa-basi. Aku ambil nombor mereka...aku simpan barang-barang milik "orang yang langgar aku". Ada usaha membawa motor itu lari... kata orang yang memerhatikan kesan kemalangan tadi. Tapi berjaya dihalang. Belakang kereta disondol motor itu.. hingga kemek bonet dan pecah lampu. Cuba bayangkan, hadlajunya 80km/j. Nah hadiah sampai terperosok ke bawah kereta.
Aku mula call Papa. Janji dengan Adik Ya dilupakan. Kecian Ya.. kena balik jalan kaki pulak tu. Papa.. biasalah.. menadah telinga saja aku. Haha. Bising sebab duit habis "parok". Dan yang penting.. tiba-tiba "orang yang langgar aku" buat panggilan. Nak aku bayar bil hospital dia dan gantirugi motor. TING-TONG~
Katanya.. aku yang salah. Tak bagi lampu kecemasan. Whatever. Kalau taknak bayar, kita buat repot polis. Silakan~ Dia yang mula buat repot.. malam tu juga, tapi tak jadi sebab nak buat esok hari. TAK BAWA LESEN! Siapa yang mencari pasal hah??
Sejurus selepas kemalangan tadi... dah ada orang yang cari makan. Mereka menawarkan khidmat "towing"... uruskan insuran... baiki kereta dengan satu pakej. Pakej yang menarik. Kalau aku tuan kereta, aku okay je kalau ada yang menawarkan diri menghulurkan tangan. Sambut saja tangan mereka. Tapi kata putus di tangan papa.
Papa nak minta tolong kawan papa. Sebenarnya sama saja. Bayar kurang seposen dua je kan. Timbul pulak isu kalau nak claim insuran kena tengok first party ke third party. Adoyaiii~ Dan situasi ke saat ini, laporan polis telah dibuat. Polis dah ambil keterangan aku. Terserah mereka bagi menentukan siapa benar dan salah. Wah.. macam mahkamah pulak. Kalau aku kalah.. see ya in court la, beb. Haha
Apa-apapun, kemalangan telah berlaku. Mujur tak melibatkan nyawa. Mujur tak dilanggar oleh lori atau bas dsb. "Geroh" org Klate royat. Malas ulang panjang...sebab aku pernah kata benda yang sama di sini. What's next?? }
oh mus...
ReplyDeleteharap tabah dengan dugaan tuhan...
amin..~
kalau ada kat area uia tu ker..
gerenti aku tolong...
serius mus...
ko ok??masih trauma...??
opaq bagi link suh baca keh keh keh
ReplyDeleteharap "kawan opaq" tabah menempuh dugaan.. agak dramatik kisah ini.. life memang un"sangka"rable kan ehehe
sabar je la... ujian utk lebih tabah!
ReplyDeleteopaq > sabar..redha & tabah
ReplyDeletekawan opaq > thanx ya
adam > ya..satu ujian...