Banyak sangat benda dan perkara yang menyerbu di minda. Melanda negara... melata di jiwa. Pesona di mata, terpana di hati. Melanda negara... tak kira apa jua isu. Untuk kesekian kalinya... setelah denggi berlalu di awal tahun 2009, silih berganti pula dengan Chikugunya. Nah.. datang pula influenza A. Selsema Babi... sampai ada nama universiti baru di Malaysia. USB ataupun Universiti Selsema Babi! Haha. Dah berapa banyak kampus yang telah ditutup. Lewat ini di UPM. Semuanya gara-gara ramai yang didapati positif H1N1. H1N1.. orang ahli kimia kata, mono hidrogen nitrit. HN saja. Nombor satunya hilang.. Tak perlu seperti 1Malaysia ataupun 1Utama dsb. Dan kes kematian ekoran penyakit ini di Malaysia telah melonjak ke EMPAT angka, dan jika tidak dibendung.. dibiar menular.. bila-bila masa darurat amat wajar diisytihar.
Ini dia doa yang boleh diamalkan.. moga-moga kita terhindar dari wabak...
Pandemik.. Epidemik.. Sindemik.. Endemik.. Apa itu?? Akademik? Tahu kan.. Ini dia wacana akademik. Google saja rangkaian kata itu untuk maklumat lebih lanjut. Aku mahu terangkan secara ringkas mengikut pemahaman aku. Epidemik ni lebih kurang maknanya wabak. Wabak pula maknanya penyakit yang menular... merebak melebihi batas normal, contohnya H1N1 inilah. Endemik pula penyakit yang berlaku di KAWASAN/POPULASI tertentu dan tertutup. Kira macam eksklusif sikitlah pesakitnya.
Pandemik pula merujuk kepada epidemik yang terjadi dengan lebih meluas mencakupi pelbagai daerah/negara di dunia. Sindemik pula maknanya gabungan beberapa jenis penyakit lagi. Ewah... ewah.. macam doktor atau pakar biologi. Jangan "biol" sudahlah...Haha
Itu baru berita penyakit, belum masuk bab politik, ekonomi, sukan dll. Dunia takkan habis. Tak pernah aman kecuali kita yang mententeramkan diri. Masa itu, baru 'aman' akan datang. Yang mula akan berakhir. Yang sudah, akan menyusul pula yang baru. Silih berganti. Kata orang... yang patah akan tumbuh, yang hilang berganti.
Walaupun yang baru tumbuh tak sama. Walaupun yang diganti tak serupa. Tetapi itulah sifat manusia. Manusia perkataan melayu, perkataan arabnya, insan. Kata dasarnya na-si-ya maknanya lupa... manusia mudah lupa... kepada penciptanya.. Sifat makhluk. Makhluk juga perkataan arab. Bukan perkataan melayu. Makhluq.. maf'ul bih. Faa'il nya ialah khaliq. Kata dasarnya kha-la-qa yang bermakna cipta. Makhluk itu ciptaan. Khaliq itu pencipta. Maka, siapa lagi hebat??
Sudah tentu khaliq lebih hebat. Manusia cipta kereta, manusia rasa bangga, walaupun kereta itu ada kelemahannya. Tetapi, siapa yang cipta manusia... yang asalnya dari titisan air mani, yang kalau jatuh tumpah ke tanah, ayam tak patuk, itik tak sudu. Manusia juga seperti kereta. Ada kelemahannya.. ada jangka hayatnya.
Sedangkan Kekasih Allah... Muhammad Pesuruh Allah juga diambil nyawa, inikan pula kita manusia biasa. Bukan ulama' jauh sekali anbia'. Bulan Ogos ini ada dua kematian yang agak mengejutkan. Seorang yang masyhur sekeliling dunia, seorang lagi hanya terkenal seantero Malaysia, sepelusuk buana menerusi "kerja" mereka. Ingatlah... hasil tangan atau "kerja" mereka juga makhluk. Ada kelemahannya juga.
Betapa bertuah dan hebatnya 2 makhluk Allah itu di pandangan mata "mereka" yang seolah-olah tak dapat menerima hakikat mengapa secepat ini mereka merasa "kehilangan". Itulah janji Allah. Tak perlu disangkal, tak payah nak sangsi. Tiada yang kekal melainkan Allah. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Bersediakah kita untuk mati sebentar lagi??
Sebentar lagi?? Mungkin sejurus aku menamatkan entri ini. Mungkin juga tak sempat siapkan entri ini dan di"post" kepada kalian. Sebentar lagi mungkin seminggu, sebulan atau setahun dari sekarang. Hatta 100 tahun lagi sekalipun, masa ajal itu akan tiba. Tak lewat walau sesaat, tak cepat walau sesaat.
Aman saja.. bumi Malaysia... kalau politik bersih. Kata mereka. Politik itu kotor?? Politik tidak kotor.. tetapi orang politik yang mengotorkannya. Islam itu indah ..aman. Tetapi penganutnya yang menggambarkan Islam itu buruk dan ganas. Orang tanya, mengapa orang sanggup politikkan agama?? Soalannya tergantung. Ya! Mana ada orang asingkan agama dalam kehidupan. Agama untuk dipraktikkan di mana saja. Agama tak boleh dipisahkan dari diri. Masa kita solat itu sudah tentu. Masa kita belajar... bekerja... bersukan... makan... berak... kencing... juga tak boleh kata kita berpisah dengan agama seketika. Kena sentiasa ingat Allah. Sama juga politik. Kita tak boleh kata politik suku... agama suku.. Salah! Kerana politik dan agama bersatu..seiring sejalan.
Maka, tak wujud istilah "mempolitikkan agama" atau "mengagamakan politik". Aku teringat arwah Tok Ayah. Mama pernah tanya...
"Tak bolehkah kita tak ambil tahu...tak kisah pasal politik? Sebab permainan orang politik sangat kotor."
Balas arwah..
"Kalau kita tak ambil tahu pasal politik.. kalau kerajaan naikkan harga beras... naikkan minyak.. sesuka hati macam negara ini negara mereka saja... bagaimana caranya kalau bukan dengan politik? Kalau sistem pendidikan anak bangsa diperkotak-katikkan. Sekejap bahasa Malaysia.. sekejap kot Inggeris pulok... kalau bukan dengan politik, bagaimana caranya kita nak pertahankan hak kita?? Nak berdemonstrasi.. mogok... Bukankah itu perlukan pengaruh? Dan pengaruh takkan kuat kalau bukan melalui saluran politik. Demonstrasi.. mogok.. hantar memo bantahan.. itu sebahagian daripada politik. Tetapi politik bukan hanya bermaksud membantah.. berdemo.. dan mogok saja kerjanya. Berpolitiklah dengan bijak~"
Ambik! Itu baru bab politik. Arwah Tok Ayah kata, kita "berjiwa kecil". Kena "berjiwa besar". Apa bezanya? Berjiwa kecil... kita hanya memikirkan diri kita sahaja... tak fikir masalah orang lain sekeliling kita, sedangkan kita hidup bermasyarakat. Sebab tu arwah suka sangat tengok berita dunia. Kemaslahatan saudara seagama di luar negara sangat diambil berat. Dulu ada Dunia Jam 10 yang hanya ada 2 orang saja. Sekarang namanya Berita Dunia dan bukan lagi di Jam 10.
Berjiwa besarlah kita... Fikir nasib saudara seagama kita di luar negara. Syukur kita tak mengalami nasib yang sama seperti mereka. Tertindas... terasing di bumi sendiri. Kita juga mungkin mengalami nasib seperti mereka suatu hari nanti kalau kita terus alpa dan leka dengan dunia. Dunia menipu...pandangan mata yang tersipu. Malu telinga mendengar... kelu lidah bergetar rebah.
Kita merantau ke Selatan Thai. Ingat lagi peristiwa jemaah Isyak dibedil dengan M16 tanpa perikemanusiaan. Di Mindanao, Selatan Filipina...bagaimana nasib minoriti Islam di sana. Di Kemboja?? Di Myanmar bagaimana nasib puak Rohingya dilayan sebegitu rupa oleh junta Burma. Di Xinjiang, tanah besar China, bagaimana layanan etnik Han terhadap etnik Uighur yang menyebabkan lebih kurang 190 orang terbunuh.. Di Iraq?? Afghanistan?? Lubnan?? Palestin???
Aneh! Bukankah kuasa politk yang membuatkan Islam tertindas sebegitu?Jadi, tak bolehkah umat Islam berpolitik? Itu antara pesanan arwah yang aku masih ingat. Dan aku dah ketemu jawapan.. mengapa arwah aktif berpolitik melalui saluran yang PASti ini... Betapa teguhnya pendirian.. Jawatan Guru Besar ditolak ketepi sebegitu saja semata-mata memilih untuk berjuang.
Sayang sekali perjuangan orang-orang dulu seperti arwah, tak sama dengan perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan orang sekarang. Aku pun sama. Aku tak layak langsung nak berbicara soal perjuangan... keadilan... dan kemanusiaan! Mungkin lagi teruk daripada mereka yang tak pernah sekolah agama! Aku ni tak boleh harap walaupun sekolah arab. Itu yang mereka sungutkan kan?? Haha. Mungkin aku lebih kejarkan keseronokan... hiburan... dan tak boleh terima teguran. Hakikatnya, jauh di sudut hati, terdetik.. tertanya-tanya.. mengapa aku begini.Mungkin aku telah temui noktah "pelarian" ini?? TEET!
Buat sahabat.. kalian lebih mengenali diri ini. Mungkin luaran nampak lain, dalamannya berbeza. Terima kasih atas teguran yang membina. Kutukan yang menyedarkan dan segala respon yang positif mahupun negatif. Dunia yang menjerat aku... dimensi yang memerangkap aku sebegini... Walaupun luaran aku nampak ceria... hati menangis siapa yang tahu. Jiwa berperang hanya tuhan yang tahu. Aku rebah.. bangkit.. jatuh dan bangun kembali... semua telah diatur oleh-Nya.
Dunia... jalan yang aku pilih... hanya percaturan tuan dunia. Hitam atau putih. Dosa atau pahala. Syurga atau neraka. Derita atau bahagia. Pilihan di tangan kita. Yang halal itu jelas... yang haram juga jelas... Cuma kita yang bersikap culas, tak boleh berfikir secara waras. Moga aku ditemukan jalan keluarnya... Jalan keluar dari neraka. Ya Allah..aku berserah.
Inilah diriku... Yang kamu lihat. Tiada topeng...untuk menjadi orang lain. Orang telah nampak sisi hitam hidup aku. Mungkin ada yang tak perasan.. tak sedar ataupun buat-buat tak tahu saja. Ada juga yang melihat aku begitu bersih.. Umpama warna putih..sedangkan hakikatnya aku tak sunyi dari berbuat dosa. Dunia takkan habis kalau kita mengikut rentaknya.. melainkan kita sendiri yang berhenti. Memang tak larat nak kejar kehendak dunia. Kerana lambat laun, kita akan meninggalkan dunia yang fana menuju akhirat yang abadi.
No comments:
Post a Comment