Hebahan

Monday, September 16, 2013

Selamat Hari Malaysia ke-50

Selamat Hari Malaysia ke-50..moga Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera di bawah pimpinan negara (yang sepatutnya) tanpa rasa prejudis. Selamatkan Malaysia sebelum ia hancur secara literal mahupun dijajah secara tanpa sedar.

Sedarlah.. musuh-musuh Allah tak perlu terang-terangan membakar masjid, akan tetapi cukuplah kita tak berkunjung ke masjid, mengimarah dan beribadah. Kita jauh menyimpang daripada agama, dan mengikut jejak langkah mereka selangkah demi selangkah.. sehasta demi sehasta hatta sampai neraka sekalipun. Nauzubillah~

Dan terimalah, beberapa lagu Patriotik sempena Hari Malaysia. Emm.. harap maaf, lagu tema Merdeka, Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku tak dapat dimuatnaik di sini biarpun lagu ini tak sehazabedah lagu Janji Ditepati. Peace yo~







TT : Tahniah Harimau Muda.. juara Pestabola Merdeka. Coach Cina, player Melayu, India, Sabah, Sarawak, mix blood semua ada. Betul-betul semangat 1Malaysia. Teruskan mengaum di Sukan SEA Myanmar nanti.

No comments:

Post a Comment