Hebahan

Thursday, January 2, 2014

WAJAH 2013

Apa-apapun.. kita recap dulu.. senarai Wajah 2012 dan Wajah 2011

Ini adalah pilihan Tukang Tulis semata-mata. Selaku pemerhati lembar 2013, setelah 365 hari berlalu, senarai nama berikut terpilih berpandukan darjah populariti mereka seiring dengan kualiti yang mereka tonjolkan dalam bidang masing-masing. Mereka tidak terkenal sangat sebelum ini, namun graf pencapaian mereka naik mencanak dan mendadak pada tahun 2013.

Jangan pelik jika ada sesetengah nama tidak terpilih kerana hakikatnya mereka telah tersenarai dalam Wajah 2012 atau 2011 hatta 2010 lagi dan masih bertahan dan kekal relevan menghiasi Wajah 2013 seperti Najwa Latif, Neelofa, Shila Amzah, Emma Maembong, Jozan, Hanis Zalikha.dll

Bezanya tahun 2013, kali ini lebih banyak kontroversi murahan.. kena troll.. jadi parodi dan viral! Tak pasal-pasal terkenal seantero Malaysia. Maka, Wajah 2013 menampilkan tema " Wajah Inspirasi versus Wajah Kontroversi "

Wajah Inspirasi

(1) Ikon Islamik

R4BIA 



“R4BIA” telah bermula ketika berlaku perhimpunan secara aman di Dataran Rabia al-Adawiyah, Kaherah, Mesir. Perhimpunan ini telah disertai oleh para penyokong presiden Mohamed Morsi yang telah digulingkan oleh regim tentera Mesir yang bermula pada 28hb Jun 2013.

Dataran ini bernama Dataran Rabiatul Adawiya iaitu salah seorang wali Allah. Beliau mendapat namanya kerana beliau merupakan anak yang keempat.

Sebab kedua mengapa ianya sangat bermakna ialah kerana Mohamed Morsi adalah Presiden Mesir yang keempat selepas Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak.

Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

Logo pada simbol ini adalah terdiri daripada empat jari berwarna hitam dan berlatar belakangkan warna kuning. Hitam adalah melambangkan warna Kelambu Kaabah dan Kuning melambangkan dom “Qubatus Sakhra” yang berwarna kuning keemasan yang terdapat pada Masjidil Aqsa di Jerusalem.

Kini R4BIA mempunyai laman webnya sendiri www.r4bia.com yang mengandungi berbagai maklumat berkenaan simbol ini dan bagaimana ianya bermula.

Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan

Mufti Ismail Menk



  • Mufti dari Zimbabwe dan sering menjadi rujukan masyarakat
  • Sudah 2 kali datang ke Malaysia pada tahun 2013

Dr. Zakir Naik


  • Dikenali kerana berdebat dan pidatonya mengenai perbandingan Islam dan agama lain seperti Hindu dan Kristian
  • Berjaya mengislamkan ramai orang setelah berjaya membuktikan kebenaran Islam
  • Dinobatkan tokoh Maal Hijrah 1435
  • Telah datang ke Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) memberi ceramah sempena Maal Hijrah
  • Video ceramah beliau dapat ditonton melalui saluran Youtube

Juga ada beberapa nama lain yang tidak kurang hebatnya seperti Nouman Ali Khan, pendakwah di negara Amerika, CEO Bayyinah juga menggunakan medium Youtube untuk berdakwah. Telah menjayakan Malaysia Tour 2013 dan Imam Sohaib Webb pengacara Reflection TV Al-Hijrah



(2) Ikon belia Islamik

Fatih Seferagic



  • Anak muda keturunan Bosnia yang lahir di Jerman dan menetap di Houston, Amerika Syarikat
  • Sudah bergelar al-Hafiz, memiliki suara yang merdu dan sering mengimamkan solat
  • Sudah 2 kali sampai ke Malaysia menemui masyarakat Islam terutama golongan belia yang mengaguminya
  • Beliau sudah mendirikan rumahtangga ya
  • Jom sama-sama dengarkan bacaan beliau. Subhanallah..amat tenang sekali




Anwar Hadi

  • Vlogger/Youtuber juga bakal guru berasal dari Pulau Pinang
  • Kawan baik kepada vlogger Mat Luthfi (konsep dan pendekatan mereka berdua juga sama)
  • Sudah bergelar pengacara Assalamualaikum Bro..tolong jawab bersama Imam Muda Ashraf


Taleeb Mizad




  • Sensasi Youtube, sudah memiliki album sulung terbitan Hijjaz, single pertama, Restu Cinta
  • Pemenang Anugerah Nova Media Baru, Anugerah Planet Muzik 2012
  • Graduan UTM kos Seni Bina yang pandai bermain alat muzik di samping aktif bersukan (futsal dan bola sepak wakil N9)
  • Sudah memiliki album sulung di samping sudah berkeluarga (terlepas lah)

Hafiz Zainal






  • Pemenang Anugerah Nova Media Baru, Anugerah Planet Muzik 2013
  • Menjadi finalis Awakening Talent Contest (pertandingan nyanyian atas talian) di bawah pengurusan Maher Zain
  • Pernah belajar dendistri di Mesir namun kini menyambung pengjiannya di UKM


Tidak dilupakan arwah adik Ahmad Ammar


(3) Kemuncak karier

Piya (a.k.a Badri Radzi)

  • Kapten pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warrior
  • Ditabal selaku Most Valuable Player (MVP) 2013, selain anugerah Pemain Tengah Terbaik Dinobat tokoh Maal Hijrah negeri Kelantan kategori belia
  • Kini mengenakan legging menutup aurat sempena musim 2014
  • Membuat banyak assist dan gol termasuk sepakan sudut yang terus ke gawang sebanyak 3 kali
  • Tak percaya? Nilaikan sendiri video di bawah




Hafizh Syahrin


  • Pelumba motorsikal Moto2 Petronas Raceline Malaysia
  • Memenangi kejohanan Moto2 CEV Repsol Valencia pada tanggal 17/11/2013. Ini adalah kemenangan kedua beliau selepas kali pertama menaiki podium pada perlumbaan sokongan Grand Prix Dunia (MotoGP) Indianapolis di Litar Indianapolis, Amerika Syarikat
  • Seperti biasa, Hafizh melakukan sujud syukur selepas beroleh kemenangan
  • Muncul di sambutan Ambang 2014 di Pulau Pinang bersama UAI, Pierre Andre dan Syamsul Yusof



(4) # (Hashtag)

  • Tahun paling trending dengan hashtag #
  • Bermula di Twitter, menular ke Instagram dan kini berjangkit ke Facebook
  • #selfie merupakan word of the year, yang diperakui Oxford
  • #throwback juga merupakan salah satu hashtag yang trending dan terkenal
  • #inikalilah, #SyukurlahMalaysiaMasihAman, #MacaiDetected pun boleh jadi word of the year di Malaysia


(5) Viral - Troll - Parodi



 
  • Tahun 2013 merupakan tahun yang penuh dengan parodi
  • Apa-apa saja akan "kena troll" tak kira siapa (menteri, artis, atlit, hatta orang kebanyakan sekalipun)

  • Rancangan MeleTOP betul-betul meletup dengan segmen Parodi yang menampilkan Raja dan Ratu Parodi, Azrul dan Jihan
  • Seterusnya video parodi tersebut akan menjadi viral!
  • Viral paling menjadi tahun ini menjadi milik Gwiyomi dan Harlem Shake


Gwiyomi - bagi orang yang comel nampaklah kecomelannya, terutama buat yang baru belajar mengira








Harlem Shake - pula video 30 saat yang ada 2 segmen. Segmen pertama sebelum jadi tak betul, segmen terakhir semua dah tunggang terbalik. Cuba layan yang ini,




(6) Aplikasi - Mengumpat cara millenium

Sarkastik bukan?

Zaman teknologi di hujung jari, dunia tanpa sempadan di ruang langit terbuka, segalanya mungkin. Banyak medium yang tujuan asalnya untuk berhubung, memudahkan perhubungan, menjadi platform ataupun medan
fitnah. Mencela, mengumpat dan yang sekufu dengannya.

Antaranya WhatsApp


WeChat


LINE


KakaoTalk


Apa lagi? Viber lah. ChatOn lah. Tak cukup senaraikan? Maka, bersosiallah dengan bijak dan berhemah!


(7) Kegilaan atau ketagihan?

Adakah ini hedonisme?

Minions


  • Watak tempelan Despicable Me
  • Namun Minions menjadi fenomena kerana mereka amat comel dan ada bahasa sendiri
  • Khabarnya watak Minions akan diangkat menjadi watak utama
  • Patung Minions yang boleh didapati dengan percuma sekiranya membeli Happy Meal McD
  • Siapa ada yang beratur dari awal pagi lagi dan paling mengejutkan kes bergaduh antara penjaga kaunter dengan pelanggan sebab Minions kehabisan stok

Candy Crush Saga



  • Candy Crush permainan baru yang membuatkan ramai "ketagihan" (sampai boleh abaikan orang sekeliling) gara-gara nak lepas dan mara ke pusingan seterusnya
  • Berjaya mengatasi permainan lain seperti Farmville dan juga Temple Run2


Jika ada yang berjaya mencuri tumpuan, sudah pasti milik #bitstrips namun tak meluas




(8) Ikon Fesyen - Wak Doyok



  • Anak kelahiran Klang berusia 33 tahun, Muhammad. Azwan Mohd. Nor a.k.a Wak Doyok.
  • Ikon fesyen berjambang dan berkumis unik
  • Memakai baju berkotak dan seluar jean ketat, aura maskulin era Inggeris tahun 60-an
  • Pengasas koleksi The Garment Clothing
  • Akan menjadi hos bersama Miyo (Oh Chentaku) dalam satu travelog

(9) Nasi ganja / Nasi Vanggey



  • Terkenal kerana nasi vanggey atau nama glmornya nasi ganja
  • Antara makanan yang terpalit kontroversi gara-gara "pelaris"
  • "Pelaris" yang dimaksudkan ialah penggunaan benda kotor seperti najis
  • Namun, semuanya dusta gara-gara masyarakat FB/Twitter begitu pantas sekali menyebarkan berita palsu
  • Kini beroperasi seperti sediakala

(10) Lukisan Ernest Zacharevic




  • Penulis jalanan berbangsa Lithuania ini sudah beberapa kali menghasilkan lukisan mural di beberapa dinding di Malaysia.
  • Namun pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan mengecat semula dinding terbabit. Alasannya, lukisan tersebut memberi makna tersirat yang kurang enak berkenaan kes ragut di sana sini. 
  • Sebagai contoh di Johor Bahru. Ironinya kerajaan Pulau Pinang dan Singapura pula memberi ruang dan peluang kepada Zacharevic untuk terus berkarya







(11) Adaptasi "drama novel"

  • Satu perkataan saja - KLISE~
  • Kisah kahwin paksa, kahwin kontrak, mula-mula benci pasangan akhirnya jatuh cinta
  • Ironinya, itulah yang menaikkan rating
  • Bermula dari tahun lepas menerusi drama Adam Hawa, tahun 2013 deretan drama bersiri adaptasi novel bagai cendawan tumbuh selepas hujan
  • Antaranya Sehangat Asmara, Setia Hujung Nyawa, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Syurga Tanpa Bidadari (Cinta Jannah), Jodoh Itu Milik Kita dan macam-macam lagi
  • Termasuklah tajuk yang agak pelik seperti I Love You Mr. Arrogant, dan Playboy Itu Suami Aku
  • Secara tak langsung hero-heronya lebih glamor berbanding heroinnya





(12) Hero dan Heroin menyerlah + Pelawak menyerlah 




  • Izzue Islam & Nora Danish
  • Ini adalah pilihan peribadi TT
  • Nama mereka berdua menyerlah pada tahun 2013
  • Rasanya belum pernah mereka berdua digandingkan
  • Izzue Islam lebih menyerlah sebagai pelakon berbending penyanyi Forteen. Izzue banyak dibantu lakonan cemerlang Tiz Zaqyah dalam Sebenarnya Saya Isteri Dia
  • Manakala Nora Danish dilihat serasi bersama Adi Putra
  • Gossip Nora bersama Nedim turut mencuri tumpuan



  • Siapakah pelawak paling menyerlah tahun ini?
  • Bukan Jozan, bukan Jambu tapi... Jep Sepahtu!
  • Siap menang di Superspontan dan Aartis Lawak Lelaki Populr Anugerah Warna lagi




(13) Bakat baru menyerlah - Penyanyi Lelaki

W.A.R.I.S

  • Muzammil Alias atau W.A.R.I.S merupakan pelajar Uniten. Budak engin ni.
  • Satu lagu saja sudah memadai Rembau Most Wanted
  • Terkenal kerana rap dalam loghat N9 yang unik
  • Trademark ini diteruskan ke dalam karya selanjtnya seperti Botingkek, Kito Monang, Gadis Jolobu dll
Nomad


  • Fenomena I Love You Mr. Arrogant turut melonjakkan nama penyanyi runut bunyi, TetapMenantimu.
  • Lagu tersebut juga beraksi di Semi Final Muzik Muzik 28 namun kandas.
  • Nomad, atau nama penuhnya Nor Muhamad Alief merupakan bekas peserta Keynote yang ditunjangi komposer Ajai
  • Pernah menyertai kumpulan nasyid Inheart dan sepatutnya menjadi pemain badminton sepertiadik-beradiknya yang lain

Mark Adam


  • Berasal dari Filipina dan baru bergelar warganegara Malaysia
  • Mula dikenali dengan lagu Thief sebelum versi BM, Pencuri menjadi siulan
  • Turut berkolaborasi dengan W.A.R.I.S dan Eyza Bahra (Salamusik) dalam sebuah lagu raya yang cukup catchy, Salam Lebaran
  • Juga merupakan guru vokal di PJ


(14) Bakat baru menyerlah - Pelakon lelaki


Shukri Yahaya




  • Mendapat jolokan Jericho Rosales Malaysia
  • Drama pertamanya selaku Fit dalam drama bersiri Juvana
  • Pernah terlibat dengan kemalangan kecil ketika penggambaran filem Jiwa Taiko
  • Kini telah mula mendapat kepercayaan pengarah menerajui watak utama, antaranya Asmara Luna dan Sahabat. Menjinak Ombak bakal menyusul nanti di slot Zehra di samping filem Ular
  • Mendapat pencalonan Pelakon Pembantu Lelaki Drama Terbaik Anugerah Skrin 2013

Keith Foo


  • Berasal dari Negeri Sembilan
  • Namun mencipta nama di Indonesia terlebih dahulu menerusi beberapa sinetron dan filem.
  • Antaranya adalah Mati Suri (2009), Paku Kuntilanak, Bidadari Jakarta (2010), Pengantin Pantai Biru (2010) dan X - The Last Moment (2011)
  • Kini pada tahun 2013 beliau akan mula berlakon di Malaysia. Antara drama yang dijayakannya termasuklah Jodoh Itu Milik Kita, I Love You Mr. Arrogant, dan terkini selaku teraju utama Arianna Rose
  • Filem arahan Osman Ali, Pilot Kafe turut dijayakan Keith Foo

Fattah Amin



  • Pernah membintangi Memberku Hawa
  • Teraju utama Playboy Itu Suami Aku 
  • Biarpun kaku selaku King Adrian, namun rating tetap tinggi
  • Fattah masih belajar di UiTM Puncak Alam
  • Pemenang Hero Remaja (junior Azhar Sulaiman, Esma Daniel, Fizo Omar, Kamal Adli lah ni)
  • Filem Manisnya Cinta di Cappadocia sedang menanti tayangan



Niezam Zaidi



  • Artis naungan MIG
  • Muncul kali pertama menerusi filem Budak Pailang dan Pada Suatu Cinta Dahulu
  • Namun mula dikenali melalui drama Dewi Lasak serta dua filem yakni Longkai dan Highland Tower
  • Lakonan Niezam dalam Longkai mendapat pujian
  • Highland Tower arahan Pierre Andre juga mencatatkan kutipan pecah panggung biarpun bajetnya ciput 

(15) Bakat baru menyerlah - pelakon wanita

Erin Malik


  • Mula berlakon filem Tentang Bulan semenjak kanak-kanak
  • Dikatakan pernah menjadi kawan baik Elfira Loy
  • Menolak watak yang bermake-up tebal kerana dikatakan tidak padan dengan usia
  • Filem pertamanya Lari bersama Aaron Aziz
  • Selaku misi bernama Kuza dan bercinta dengan Dr. Aaron turut melonjakkan namanya
  • Bakal peserta Fear Factor Malaysia musim kedua


Risteena  Munim

  • Mula dikenali menerusi drama Karlos
  • Seterusnya kini hangat dengan drama Playboy Itu Suami Aku dan juga Menjinak Ombak
  • Berasal dari Pulau Pinang
  • Graduan mass com UiTM

Zara Zya
  • Nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin
  • Sudah 10 tahun menjadi pelakon rupanya
  • Namun, tuah membawakan watak Zaara  Amirah, segalanya berubah
  • Antara drama lakonnnya ialah Tanah Merah, Supermak, 3 Janji, Enigma, Wasiat Huda dan Bujang Sepah Lalali Tamplom

(16) Bakat baru menyerlah - Band Malaysia

Hyper Act (Harapan... Hanya Aku)


Kyoto Protokol  (Jelita featuring Liyana Fizi)



Loka (Jangan Pergi)




(17) Bakat baru menyerlah - Pengacara TV

Hefny Sahad


  • Pemenang tempat ketiga On Air
  • Mula dikenali selepas program Fear Factor Selebriti Malaysia
  • Lebih menyerlah sebagai pengacara
  • Berjinak-jinak dengan dunia lakonan seperti drama Jodoh dan juga Benci vs Cinta

Zulhelmi Zainal Azam


  • Anak didik Suhaimi Sulaiman
  • Pernah berkhidmat di Astro Awani
  • Kini bertugas di Astro Arena
  • Pengacara rancangan sukan yang juga aktif bersukan
  • Sudah mendirikan rumahtangga

Feeya Iskandar

  • Mula dicungkil bakatnya menerusi program realiti Anak Wayang.
  • Kemudian ditawarkan berkhidmat selaku DJ di X.FM sebelum ditukarkan ke Sinar.FM.
  • Di Sinar.FM Feeya lebih dikenali dengan nama Cik Piyah.
  • Sekarang menjadi pengcara bersama Maharaja Lawak Mega bersama Angah menemuramah peserta.
  • (Hanis Zalikha sudah tersenarai dalam Wajah 2012)

(18) Bakat baru menyerlah - Pemain bola sepak

Wan Kuzain Wan Kamal


  • Nama sebenarnya Wan Kuzain Wan Kamal , dia adalah seorang
  • remaja kelahiran Amerika Syarikat (lahir disana) dan berstatus warganegara Malaysia
  • Sebab ayah dia merupakan warganegara Malaysia dan ibu dia pula orang Amerika Syarikat. Dilahirkan pada September 1998 , sekarang ni umur dia dah 15 tahun. Hebat tak hebat ?
  • Menurut blog Rizal Hashim, Wan Kuzain sekarang bermain di posisi penyerang dan attacking midfielder dengan  SISC/Force Soccer Club di Amerika Syarikat
  • Merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah kelab tersebut.

Junior Eldstal... a.k.a Putera Nadhir Amarhan.


  • Pemain keturunan Malaysia-Sweden berusia 22 tahun
  • Ibunya dari Sabah, bapanya dari Sweden
  • Diperkenalkan oleh Scott Ollerenshaw
  • Kini bermain bersama pasukan Sarawak
  • Telah membantu Sarawak menjuarai Liga Perdana dan Malaysia memenangi Pesta Bola Merdeka

Rozaimi Abdul Rahman



  • Nama timangannya Amy, berasal dari Sabah
  • Bermain bersama Harimau Muda di posisi penyerang
  • Menjayakan iklan Milo yang baru
  • Sudahpun bertunang



(19) Kecil-kecil cili padi

Cuma dalam banyak-banyak nama di atas, mereka tak mampu menandingi populariti yang dikecapi penyanyi Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, Tegar!



Antara anak-anak lain yang turut mencuri perhatian umum seperti berikut :

Arrian


  • Anak kepada penyanyi Tomok ini terkenal menerusi laman sosial Keek
  • Ayat "biasa ni!" merupakan kata kunci kepada perubahan memek muka Arrian
  • Ramai yang follow Tomok sebab mahu mengikuti keletah Arrian




Rykarl Iskandar




  • Membawakan watak Kobi dalam Elly & Epit
  • Juga pernah membawa watak Ajiboy
  • Berlakon bersama Mia Sara Nasuha dalam Geng Bas Sekolah
  • Bakal muncul dalam filem Balistik di samping Rosyam Nor dan Rita Rudaini

Ahmad Fakhruddin Attar bin Suhairil






  • Menjadi punca utama terbongkarnya perkahwinan rahsia Aeril Zafril dan Wawa Zainal (A&W)
  • Sehingga satu tahap, anak ini dikatakan anak tidak sah taraf, A&W menegaskan anak ini adalah #CintaHalal mereka
  • Hashtag #attar siap trending di Twitter
  • Pasangan ini terperangkap dalam kemelut perjanjian tidak dibenarkan kahwin, dan Wawa dikatakan sebenarnya tunangan orang membuatkan mereka menjadi topik utama buletin hiburan tanah air.

Wajah Kontroversi?


(20) Pakcik Dayus... saya tak bodoh (bini Mat Yo versus Pak Guard)

Pak Guard Azman Nayan - sekarang jadi selebriti, siap berlakon lagi





Isteri Mat Yo


(21) TIGA Serangkai (Kak Ton-Bobo-Shasha)



Comey tak Kak Ton


  • Pengasas /BeautyUmaira
  • Terkenal dengan tagline "comey tak Kak Ton
  • Ibu kepada Nadia Anwar, pengacara MHI


Bobo Sayang


  • Meletup gara-gara video tarian "maut" Sayang.
  • Hasilnya menjaadi artis residen MIG
  • Dijemput sempena Hari Guru?
  • Jurucakap Kak Ton bersama Shasha Solero
Macam cantik je... macam comel je

Shasha Solero



  • Gadis Legoland yang kini dikenali dengan nama pentas Shasha Solero
  • Berasal dari Utara ini terkenal kerana memuji matanya yang cantik ker?
  • Kalaulah tagline "macam cantik je...macam comel je" dipatternkan?
  • Tagline tersebut digunakan dalam lirik lagu yang turut menampilkan suaranya
  • Yang bagusnya, Shasha memilih untuk bertudung litup setelah terkenal

(22)Penangan KEEK

Sharifah Sakinah



  • Adik kepada Lynn dan juga Shira ini mula terkenal setelah "ting tong" dengan beberapa video yang loya dan memualkan
  • Antaranya mengenai benda dan perkara sulit seperti pakaian dalam, perempuan celup, angry bird dan macam-macam lagi
  • Sehingga kini, tiada lakonan beliau yang berjaya meninggalkan kesan kecuali beberapa drama arahan Michael Ang dan jug filem Ular di samping Zarina Anjoulie (yang nampak dieksploitasi)



Nabila Huda

  • Kali pertama tercalon Top 5 ABPBH kategori Pelakon Drama Wanita Popular dan terus menang
  • Dilanda gossip percintaan (Nas-T, Johan Asari &.. ) di samping krisis bersama Papanya
  • Kontroversi melibatkan soalnya berpakaian yang terdedah di samping beberapa video yang kurang sesuai tetapi dikongsikan di Keek dan juga Instagram
  • Terlibat dengan kemalangan bersama anak tunggalnya Keisha di mana kereta yang dipandu Syzwan Zulkefly terbabas

(23) Listen... listen.. listen..

Sharifah Zohra Jabeen versus KS Bawani - jerung pun ada masalah



(24) Orang ketiga ??

Wan Sakinah - Ashraf Muslim




Zarema Zainal - Aidil Zafuan






Aida Tasha -  Adi Putra


  • Skandal Adi Putra yang dikatakan hanya berhubungan melalui WhatsApp
  • Sehingga satu tahap bertukar gambar sulit dan peribadi
  • Gambar itu kantoi di tangan suami Aida lalu dibuat laporan polis
  • Kes itu tiada sebarang dakwaan dapat diteruskan
  • Aida bercerai dengan suaminya yang mahu membuka semula kes tersebut

(25) Anak Derhaka ??


  • Afiq Muiz, pelakon baru yang mula dikenali menerusi Mimpi Cinderella bersama Eina Azman
  • Afiq sebelum ini seorang model dan pernah menghiasi video klip Got To Go (Najwa) dan Sesaat Kau Datang (Kak Melah dan Sleeq)
  • Afiq dituduh anak derhaka gara-gara pertikaian dengan uminya sendiri kerana timbul tanda tanya ke mana hilangnya duit simpanan Afiq
  • Sehingga kini, status mereka anak-beranak masih belum terungkai



 
(26) Kontroversi Air Asia

Azran Osman Rani


Sir Richard Branson (kalah bertaruh jadi pramugari)





(27) Video kontroversi


Miley Cirus



  • Sepatutnya.. jika pernah glamor dari zaman kanak-kanak, dia tidak sepatutnya culture shock!
  • Ironinya, Miley yang dulu terkenal dengan watk Hanna Montana menjadi weng!
  • Isu di malam satu anugerah dengan pakaian yang amat menjengkelkan
  • Kemuncaknya tanp seurat benang dalam video klip Wrecking Ball (hmmm.. tahulah tengah frust menonggeng putus cinta dengan Liam Hemsworth)
Alvivi


  • Alvin dan Vivian (Alvivi)
  • Mereka berdua berpusat di Singapura
  • Memiliki blog lucah mengenai percintaan mereka berdua
  • Kemuncaknya mereka menghina bulan Ramadhan dengan sajian Bak-Kut-Teh yang mencetuskan kemarahan
  • Mereka berdua telahpun ditahan dan didakwa
Mass Factorz (yang ni cari sendiri di Youtube, Miss Jerebu.. at least budak ni istimewa dan kreatif)



(28) Menteri "kalau tak suka..." dan pencetus kontroversi



Menteri "Kalau tak suka..." Pemenangnya Datuk Hassan Malik



Bung Mokhtar - nasib baik bukan Menteri, cuma ahli Parlimen





(29) Perkahwinan dan Percintaan

Che'Ta - Zain Saidin dan kisah tajaan berjuta-juta



Adam & Fiza - yang mengejutkan..itulah namanya jodoh



Abby Abadi & Farhan kahwin senyap sorok suami



Fizo Omar dan Mawar (Fareeda) - isu melamar


Senrose sisters
  • Nellydia Senrose dan Uqasha Senrose
  • Kedua-dua beradik ada gosip percintaan, Nellydia bersama Qi manakala Uqasha dengan Pekin
  • Percintaan mereka juga bersulamkan orang ketiga sehingga membawa keretakan atau ketegangan
  • Seorang lagi yang terkenal kerana ada adik beradik si Chacha Maembong lah


 ND- Nedim Nazri Aziz dan kisah berjolinya?


Fizz Fairuz & ... (siapakah? Almy Nadia kah? Hari tu bertunang dengan hak milik orang)




(30) Pengaruh ajaran sesat - kisah Tuhan Harun dan Siti Aishah Abdul Wahab -mangsa perhambaan





Siapakah Wajah 2013 pilihan anda?? Yang mampu memberi inspirasi kepada anda atau sang kontroversi membuatkan diri anda meluat, loya nak muntah?? Tepuk dada.. tanya selera~

Dan siapakah bakal bersinar tahun 2014??

No comments:

Post a Comment