Pemenangnya ialah...penonton! Kenapa penonton yang menang? Kerana berbaloi menonton 2 cerita ini. Namun, antara kedua-dua filem ini...tetap ada jurang perbezaannya.
a) X-men origins : Wolverine
Menurut Hugh Jackman, pemeran watak Wolverine, sequel X-men kali ini tidak menampilkan watak Wolverine dengan aksi yang mencabar dan 'ganas'. Watak Wolverine kali ini lebih bermain dengan emosi serta lebih bersifat defensif berbanding agresif.
Tapi aku selaku penonton..tetap suka. Suka akan watak Wolverine itu serta suka akan jalan ceritanya. Sebenarnya, kita boleh klasifikasikan X-men kali ini sebagai prequel, bukannya sequel! Prequel kerana cerita ini kembali ke masa silam. Menceritakan kenapa, siapa, apakah, di mana dan bagaimanakah watak Wolverine ini sebenarnya.
Ada apa dengan watak ini? Kenapa Wolverine lupa ingatan / amnesia? Kenapa Wolverine/Logan suka pakai jaket kulit, membawa motor berkuasa tinggi? Siapakah Logan? Siapakah adik-beradiknya? Siapakah ahli keluarganya dan siapakah kekasihnya? Di manakah asalnya Logan ini? Serta bagaimanakah Wolverine bertemu dengan watak-watak lain seperti Gambit, Sabretooth, Cyclops dan Prof. Xavier? Dan bagaimanakah Wolverine memiliki "kuku" yang begitu kuat dan berkualiti tinggi.
Semua persoalan-persoalan ini akan terjawab. Jika anda mengikuti 'komik'nya, sudah pasti anda telah ketahui ada berapa banyak versi dan variasi cerita dan watak-watak X-men. Jika anda lahir pada tahun 80-an seperti saya, sudah pasti anda ingat kartun X-men yang disiarkan pada tahun 90-an setiap hari Isnin jam 7.30 malam. Haha!
Dulu watak-watak seperti Blob, Bolt, Deadpool aka Weapon 11, agent Zero, John Wraith tidak wujud. Nah! Sekarang watak-watak ini telah menjadi sebahagian watak yang utama. Agent Zero dilakonkan pelakon Korea, Daniel Henney yang pernah menjadi Dr. Henry Kim dalam cerita My Lovely Sam Soon. Will i.Am, ahli kumpulan Black-eyed-peas juga menunjukkan lakonan 'kayu' selaku John Wraith.
Dari aspek lakonan, watak Logan@Wolvarine, Victor@Sabretooth dan Gambit yang menyerlah. Watak Kayla, sang kekasih Logan, selaku heroin seakan-akan tidak hidup dan tidak bermaya mutu lakonannya. Selalu macam ni tau. Serupa saja kesnya dengan heroin Batman dalam Darknight. Watak Joker, Batman dan Two-faces yang menonjol.
X-men sebuah cerita aksi yang diadaptasi. Akan wujud perasaan membandingkan cerita ini dengan komik ataupun kartun yang kita telah ketahui ceritanya. Yang penting, tukang tulis dapat menerima cerita ini, malah lebih memahami cerita X-Men. Bukan apa, rasa kecewa yang bersarang di dada masih terasa kerana cerita Dragon Ball Revolution 'lari dari topik' jika nak dibandingkan dengan komik dan animenya. Goku masuk high-school? Haha.
Apa-apapun, 3 watak ini memang best. Wolverine, Sabretooth dan Gambit! 4/5 bintang.
b) Bohsia : Tolong pilih jalan putih.
Filem ini klasifikasinya 18PL. Memang patut pun. Dengan gaya bahasanya, liang lentuk, lenggok tubuhnya, lagak aksi ganas dan panasnya lagi. Kalau nak dapat status U, wajib kena potong beberapa adegan. Justeru, cop 18PL menyebabkan cerita ini selamat daripada sebarang suntingan dan pemotongan. Filem Bohsia ini boleh dianggap sebagai filem kritikan sosial.
Seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Dulu semua berebut nak buat cerita cinta. Lepas tu sibuk pula nak buat cerita komedi. seterusnya...cerita-cerita hantu pula mendapat status 'wajib bikin'. Sekarang...kebanjiran filem kritikan sosial ataupun gejala sosial remaja masa kini dan yang sekisah dengannya mula beraja di pawagam.
Bermula dengan KL Menjerit, datang Remp-it, Haru Biru, Anak Halal, KAMI, Budak Kelantan, Maut dan sekarang Bohsia pula. Akan datang.. Rempit V3 dan Evolusi KL Drift 2. Kalau nak diikutkan, jalan cerita filem-filem ini dah semakin klise. Kenapa? Kisah anak muda yang menghadapi masalah sosial. Puncanya, bukan salah mereka 100 peratus. Lepas tu, nak cakap orang kaya dan hidup senang pun 2x5 saja dan tak dapat lari daripada masalah sosial ini...dan bla...bla...
Motif? Nak tunjuk realiti kehidupan. Bahasa yang mereka tuturkan. Nak merempit ni macam mana. Nak merogol beramai-ramai ni macam mana. Nak hisap dadah dan hisap benda-benda lain pulak macam mana.Nak menjalang, menyundal tu macam mana. Dan tujuannya..tak nak kasi orang tiru.
Hasilnya? Bacalah ini. Ini baru satu contoh, berita hari ini, 4 Mei 2009.
Adakah masalah gejala sosial semakin berkurang setelah lambakan filem sebegini. Adakah pengajaran cerita-cerita itu benar-benar menjadi "tauladan dan sempadan"? Nak mendidik masyarakat katanya...
Dan soalan wajib jawab? Kita perlu lagi ke cerita-cerita sebegini. Andai kata nak cerita kehidupan Muslim yang menyimpang. Contohnya...murtad...pijak dan bakar al-Quran... memondan... makan babi...mempersendakan hukum-hakam tuhan... Adakah pelakon kita akan menyahut cabaran ini? Dengan alasan...saya cuma ikut kehendak skrip. Ni watak yang saya tunggu-tunggu dan mencabar bagi saya..lagipun ini hanya lakonan..bukan betul-betul pun cium mulut dll. Mencabar apa? Mencabar keimanan kah?
Soalan lagi. Selepas tengok KL Menjerit dan Remp-it, golongan muda semakin mendapat info, apa sebenarnya berlaku di sebalik kehidupan seorang Mat Rempit biarpun kesahihan ceitanya masih diragui.Adakah mereka tak berani mencuba melakukan aksi-aksi itu? Selepas tonton Anak Halal dan KAMI,penonton semakin kenal apa itu dadah, adakah golongan muda semakin menjauhi najis dadah... atau mula berjinak-jinak dan akhirnya terjebak? Teet!
Adakah golongan Bohsia semakin berkurang setelah diingatkan menerusi filem Bohsia, jangan pilih jalan hitam. Adakah nafsu 'jantan' pemuda-pemuda di Malaysia semakin terkawal setelah melihat aksi "meratah" beramai-ramai sepertimana dalam cerita Budak Kelantan dan Bohsia. Adakah rakaman aksi-aksi panas itu semakin berlambak dan bertukar tangan? Inilah yang harus direnung-renungkan. Perlukah lagi genre cerita sebegini.
Kalau kita nak kepuasan dari aspek lakonan..memang puas. Pelakon-pelakon kita memang menjiwai watak sebaik mungkin. Sebabnya kita dapat merasakan satu atmosfera yang berbeza. Seolah-olah kita berada di dunia mereka buat seketika. Best, dowh! Kita meminjam dan mengaplikasi bahasa yang mereka tuturkan... Adakah ini suatu makna kepuasan yang sebenar?
Watak-watak hitam...dan gelap memang mencabar. Dan memungkinkan mereka tercalon selaku pelakon terbaik! Benarkah?? Dulu, tukang tulis merasakan Maya Karin cukup cemerlang dan layak dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik menerusi watak Joanna dalam Anak Halal. Namun, rasanya Liyana Jasmay lebih menonjol selaku Lynn dalam KAMI. Akhirnya harapan LJ nak gondol anugerah terbaik semakin pudar gara-gara lakonan berkesan, penuh penghayatan dan begitu emosi lakonan Nabila Huda dan Salina Saibi.
Begitu juga watak Boy, lakonan Bob @ Zahiril Adzim begitu menyerlah. Namun tergugat dengan kehadiran Jaha, si Budak Kelantan koya Amerika. Dan kini, Achai juga menyelit antara mereka berdua. Adakah watak hitam membolehkan seseorang pelakon memenangi hati juri? Safura pernah melakukannya menerusi Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan. Rosyam Nor juga pernah melakukannya menerusi Lenjan. Tak bolehkah watak-watak ringan, romantis dan komedi menghasilkan mutu lakonan terbaik? Afdlin Shauki telah membuktikannya. Nasha Aziz juga berjaya menyerlahkan satu lagi sisi lakonannya menerusi Otai dan Sepi.
Ada orang pertikai. Habis tu..cerita-cerita 'omputeh' tu tak teruk lah? Baik sangatlah tu aksi-aksi panas dan ganas dalam Fast n Furious, Sex and the city dll? Orang putih buat tak salah...orang kita nak buat perubahan dalam industri filem tempatan tak boleh ke? Kreativiti dan inovasi pengkarya-pengkarya muda yang segar dan bernas nak disekat ke??
Aduhai~...Payah nak jawab. Susah nak hukum orang ni salah...dia tu betul. Rasa ralat nak cakap benda ni patut buat...benda tu tak patut buat. Kita bukannya tuhan. Nak menjatuhkan hukuman. Tapi ingat juga..kita ni makhluk...dan ada tuhan. Dan hukuman / balasan tetap ada. Cuma tak tahu waktu dan ketikanya saja. Cepat atau lambat. Ada harga yang harus dibayar suatu hari nanti. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut kena azab, kena panah petir...dunia dapat bencana...sendiri mahu ingatlah!
Bintang untuk Bohsia ? Lakonan 4/5 ... yang lain tida komen.
ko mmg layak jd pengulas muvie la mus..ermm..aku nk tgk wolverine!!! tp xberksempatan lg nih..mls nk tgk bohsia..bkn aku x sokong filem malaysia tp bg aku cite2 cam tu same je..lbh krg je..klise~~
ReplyDeletep/s: dh pndai letak facebook badge nmpk..hihi
ya ke layak? haha...takut tak sesuai je...
ReplyDeletehuhu~...belajo sikit2..nak upgrade pun sket2..=)
aku dh tgk wolverine!!!
ReplyDeleteyeahh..puas ati~~