Daripada aku keciciran menyiarkan...eh melaporkan salah satu berita yang menarik ini gara-gara kekangan masa, apa kata kita jadikan ia RPM. RPM? Orang putih kata " Let's make it short, simple and sweet (3S)". Maka, RPM bukan bermaksud revolution per minute ya... Ringkas, padat & menarik.
Berikut adalah senarai 5 berita paling hangat secara rawak (random), tidak mengikut prioriti ataupun darjah kehangatan berita tersebut. Mungkin salah satu berita ini nampak macam 'dingin' saja isunya ataupun... biasa-biasa saja. Tapi siapa yang tahu kan, berita ini akan bertambah hangat suatu hari nanti...
1. Sidang DUN Perak kecoh...ada adegan bergaduh dan berseloroh
Aku pernah merumuskan 'formula' negeri Perak melalui entri sebelum ini. Kini, graf pendakian telah sampai ke klimaksnya. Adakah benar ini kemuncak segala kemelut dan krisis yang melanda negeri yang kaya dengan bijih timah suatu masa dulu?
Sebelum membaca dengan lebih lanjut, abaikan 'mindset' sebegini. Kalau anda penyokong BN sampai mati, sudah pasti akan menyokong BN dan menyalahkan PR, begitu juga sebaliknya jika anda penyokong fanatik PR, pasti anda mengecop BN punca segala masalah ini. Ayuh kita berfikir secara rasional dan bersikap neutral...dan bertindak secara profesional buat seketika.
Sidang DUN bawah pokok telah menjadi sejarah. Kini Mesyuarat pertama penggal kedua DUN Perak, kecoh lebih lima jam dan terpaksa ditangguhkan dua kali sebelum majlis perasmian dapat disempurnakan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Yang penting.. adakah ini ucapan pembukaan Dewan ataupun titah perasmian persidangan DUN? Teet!
Semuanya gara-gara tiada pihak yang mahu mengalah. Ya lah.. Masing-masing mahu berkeras. Kedua-dua pihak mahu mempertahankan 'hak' masing-masing. Hello...ini 'hak' rakyat Perak yang memilih kalian dalam pilihan raya. Adakah 'hak' ini disalahguna.. dieksploitasi dan kedua-dua pihak bersikap pervert?
Kekecohan bermula dengan isu Speaker. Inilah padahnya 'hijack kapal terbang' tapi 'pilot' tak ditukar. Nak 'hijack' di luar dewan. Bukan melalui usul undi tidak percaya kepada MB melalui sidang DUN. Tampuk kepimpinan memang "berjaya" ditukar, tetapi Speaker nya??
Bekas Adun Sungkai, Datuk R.Ganesan diusul menggantikan Speaker Sivakumar sementara Hee Yit Fong yang juga Timbalan Speaker merangkap Adun (Bebas) Jelapang tiba-tiba menjadi 'wira' BN. Yang penting... pihak BN masih mahu mengekalkan kerusi Speaker kepada orang India. Kenapa tak dilantik salah seorang daripada 31 orang DUN BN + Bebas? Teet lagi!
Yang penting juga..DS Ir.Nizar dan barisan Exconya masih duduk di kerusi MB, Sivakumar masih tak mahu berganjak walaupun seinci meninggalkan kerusi speaker, dan DS Dr. Zambry dan Exconya duduk di kerusi pembangkang.. sehinggalah Sivakumar berjaya 'dihalau' keluar setelah polis 'terpaksa' masuk campur katanya...
Ketika kekecohan berebut 'kerusi' Speaker itulah berlakunya insiden tolak-menolak sehingga bertikam lidah dan bergasak! Ya.. Bertumbuk ya. Inilah masalahnya manusia. Bila dah dapat "kerusi"...malas pulak nak berdiri. Bila dah ada lif/escalator..malas nak naik tangga. Bila dah ada basikal...malas nak berjalan. Bila dah ada PS Winning 11/FIFA..malas nak main bola. Haha.. Logik tak?
Setelah BN dapat 'kerusi' Speaker itu..barulah sidang DUN dapat diteruskan...Yang penting, setelah 5 JAM menunggu, barulah Raja Dr. Nazrin dipanggil 'speaker' merasmikan dewan. Banyak sangat yang penting kan? Apa lagi yang penting? Semualah penting. Yang penting-penting saja. Katanya...
Gara-gara isu ini..satu sejarah telah tertulis. Mungkin...ini kes mahkamah yang dibicarakan dengan begitu efisyen, cepat dan pantas sekali? Sedangkan kes pembunuhan Altantuya berlangsung selama bertahun-tahun, tetapi kes pertikaian siapa MB Perak yang sah, samada DS Ir. Nizar ataupun DS Dr. Zambry besar kemungkinan akan diketahui Isnin ini ( 11 Mei 2009 ). Tak sampai 6 bulan.
Apa bezanya? Banyak lagi kes yang masih 'pending' tetapi isu berkaitan negeri Perak ini berjalan dengan laju. Sebelum ini, kes DS Dr. Zambry dan 6 orang Exconya digantung oleh Speaker Sivakumar telah diputuskan mahkamah tidak sah. Kini, isu siapa MB yang sah bakal diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Mungkin kes Altantuya itu kategori pembunuhan berprofil tinggi...isu penderaan Nirmala Bonat oleh Yim Pek Ha juga kes yang begitu susah untuk diteruskan prosiding mahkamahnya.
Baca...fikir dan bandingkan sendiri link-link ini..
Satu
Dua
Tiga
2. Final Champion League - Man. U vs Barca
Akhirnya Champion League sampai ke kemuncaknya. Arsenal dimalukan 'baik punya' di hadapan penyokong sendiri. Walaupun... sebelum ni Almunia cemerlang mempertahankan kubu Arsenal. Namun kali ini gagal. 3 gol bolos ke gawang The Gunners. Sangat merana dengan aggregat 4-1.
Nasib baik dapat gol saguhati, hasil tendangan penalti Robin Van persie. Yang penting...Fletcher kena kad merah. Haha.. Ada aku kisah? Eh, ambil kisah juga lah. Dia bermain dengan cemerlang lewat permainannya akhir-akhir ini. Percaturan Atuk Fergie menggunakan 3 orang midfield ternyata menenggelamkan terus Fabregas, selaku kapten Arsenal.
Gandingan Anderson-Fletcer-Carrick nampak ampuh.Cuba bandingkan siapa yang berada di bangku simpanan. Pihak MU ada Berbatov, Giggs, Tevez dan Scholes manakala sebelah Arsenal pula ada Bendtner,Diaby, Eboue dan Vela yang masih lagi pucuk muda. Wenger terpaksa menyenaraikan Gibbs selaku first-eleven bermain di posisi pertahanan. Arshavin tak boleh bermain gara-gara 'cup-tied'.
Di sini pun sudah ketara kelebihan yang ada di pihak MU di samping kelebihan 1 gol yang dibawa bertandang ke Emirates. 3-1. Dan sebab Gibbs...punca gol pertama ledakan Park Ji Sung. Boleh pula tergelincir kan? Jika di Old Trafford Almunia beraksi cemerlang, namun ternyata sentuhan kaki Ronaldo lebih berbisa. 30 meter beb. 40 yards from the opponent goalside. Ternyata, sepakan percuma Ronaldo itu membuatkan Beckham yang turut hadir di situ tersenyum sinis. Kenapa? Teringat detik-detik gemilang ke? Haha.
Gol ketiga juga hasil kombinasi Park Ji Sung-Rooney-Ronaldo. Tak syak lagi..Pemain Terbaik Dunia layak disarungkan kepada Ronaldo. Dengar cerita Ronaldo bakal ke Madrid, dan Fergie beria-ia nak dapatkan Benzema. Alahai... Kita tunggu ya... Arsenal telah 4 tahun tiada sebarang piala. Haha. Wenger perlu berbuat sesuatu. Nampaknya Wenger macam nekad nak dapatkan midfielder baru bergandingan dengan Fabregas.
Bagaimana pula Barcelona? Haha.. Nasib je Barcelona dapat masuk final. Semuanya gara-gara Ref! Patut ada 3 penalti untuk Chelsea. Dengan Barcelona tidak menurunkan Pirlo dan Henry yang cedera. Bermain 10 orang lagi gara-gara kad merah yang tidak sepatutnya diterima Abidal.
Jadi, ref rasa bersalah kot..bagi kad merah kepada pemain Barcelona itu.
Ternyata bola itu bulat. Tuah untuk Barcelona. Boleh kata satu serangan saja yang benar-benar mengancam Cech. Tetapi itulah gol yang dihasilkan Iniesta dengan cantik minit ke-93! Jika Essien menjadi wira melalui gol pendahuluan, Essien juga harus dipersalahkan gara-gara gagal membuat clerance dengan sempurna. lalu Messi yang merampas bola itu dan mengumpan Iniesta.
Chelsea tak berjaya nak balas dendam kekalahan aksi akhir Champion League tahun lepas yang diputuskan melalui sepakan penalti. Ternyata Barcelona-Man. U juga yang bakal bergasak nanti. Perlu diingatkan... gabungan gol yang dihasilkan oleh Henry-Messi-Eto'o lebih banyak daripada jumlah gol yang dihasilkan Ronaldo-Rooney-Berbatov.
Kita tunggu aksi akhir di Rome 27 Mei nanti. Ternyata telahan aku salah. Ingatkan nak tengok ulangan Final Arsenal-Barca. Nak tengok adik beradik Toure bermain, tapi apakan daya. Jadi, sudah tentu aku mahu Barcelona menang Champion League nanti. Haha. Sorry cici..sorry MU's fan~
Nak kaitkan sikit dengan politik tanahair. Boleh? M.U ni umpama BN. Berada di atas, menguasai carta biarpun hanya melalui kelebihan jaringan ataupun kekurangan perlawanan. Manakala Liverpool, Chelsea dan Arsenal pula 'bekerjasama' tak nak bagi M.U 'leading' ataupun memenangi sebarang piala. Pasukan yang bersekongkol ini umpama PAS, PKR dan DAP yang membentuk Pakatan Rakyat...tapi tiada bendera rasmi..logo rasmi...ataupun jawatankuasa khas yang menyatukan ketiga-tiga parti ini. Matlamat cuma satu...nak tengok MU kalah...nak tengok BN kalah... Logik tak??
3. Influenza A aka Virus H1N1 aka Selsema Babi
Memandangkan aku bekerja di Kem. Kesihatan, rasa bertanggungjawab pula nak siarkan artikel berkaitan virus ini. Mula-mula 'glamor' dengan nama selsema Babi, kenapa harus ditukar kepada nama baru? Adakah kerana selsema Babi bukan disebabkan oleh 'memakan babi'?
Tetapi disebabkan oleh medium virus ini merebak. Binatang kepada binatang ataupun binatang kepada manusia. Jadi, bagaimana pula mereka yang tinggal berhampiran dengan ladang ternakan binatang itu? Siap nak buat projek Mega lagi.. Harap-harap kerajaan berkenaan prihatin dengan isu ini. Jangan jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Yang penting.. (aik..sempat lagi yang penting ni) Jumlah ternakan babi paling banyak bukan di negeri Selangor atau Kedah...tetapi di negeri Pulau pinang! Klik ini...
Info 1
Info 2
4. Isu pertikaian agama anak jika salah seorang ibu bapa memeluk Islam
Isu ini mungkin dipandang sebelah mata. Tapi ingat...api yang marak..besar gara-gara dimulakan oleh api yang kecil. Api...kecil jadi kawan...besar jadi lawan!
Komentar 1
Komentar 2
komentar 3
Iklan 1 - P/raya kecil Penanti - Siapakah Penunggu???
Akan berlakukah pilihan raya kecil ini? Setelah tergelincir di Permatang, lemas di Kuala, terjatuh.. tersepit dan terperangkap antara 2 Bukit. Mujur sempat berpaut pada Batang! Sukar bagi BN. Kalau bertanding...dan kalah lagi...satu gelombang penolakan yang besar akan terasa.
Jika enggan bertanding...hari ini dalam sejarahlah! Kali pertama tak bertanding dalam pilihan raya kecil. Kemenangan percuma PKR kah? Umpan dan pancing telah digunakan. Adakah perangkap makan tuan? Kita tunggu...dan lihat! Kita yang jadi penunggu~
5. Pemilihan PAS - Ulama' vs Profesionalisme
Terus-terang. Sudah terang lagi bersuluh. Bangkai gajah tak boleh nak sorok dengan nyiru kan? Semua orang tahu..salasilah aku selaku 'ore Klate pure'. Faham-faham sendiri lah...jika latar belakang keluarga kita ada pengaruh pro-pembangkang...adakah kita juga anti-kerajaan? Teet!
Walaupun...kedua-dua arwah atuk(sebelah Mama & Papa) aku antara orang terawal yang 'join' PAS. Rumah arwah Tok Ayah siap jadi platform berkempen lagi untuk Tok Guru dan hampir-hampir jadi calon wakil rakyat PAS bagi DUN Kok Lanas..tetapi arwah bagi peluang itu kepada orang lain.
Bayangkanlah..betapa pekatnya darah pembangkang yang mengalir dalam tubuh ini. Kan?? Tapi, yang penting.. (lagi sekali) cuba cek...nama aku ada tak dalam senarai ahli PAS? PKR atau DAP tak payah cek lah. Adakah orang yang anti-kerajaan itu sokong pembangkang? Adakah orang pro-pembangkang tak sokong kerajaan?
Ingin ditegaskan di sini..aku hanyalah seorang rakyat Malaysia yang layak mengundi dan yang penting menjalankan tanggungjawab aku dengan keluar mengundi. Aku undi siapa? Undi adalah rahsia. Ada orang kisah?
Selagi usia seseorang itu belum cukup 40 tahun..pendirian mereka akan berubah. Aku bila-bila masa saja akan jadi pro-kerajaan jika ada orang yang boleh yakinkan aku. Bila-bila masa saja boleh tolak pembangkang jika yakin tiada perubahan yang dibawa mereka. Kenapa umur 40 tahun? Alasan Mat Saleh..life begins at 40. Sebagai Muslim...cuba fikir kenapa Rasulallah diangkat menjadi Rasul terakhir ketika usia 40 tahun? Ya! Kematangan...
Percayalah...mereka yang umur 20-an..30-an...yang sokong BN kaw-kaw boleh berubah nada menyokong PR. Sama juga penyokong PR yang usia 21-39 tahun..bila-bila masa boleh berbalik menyokong BN. Aku ada seorang kenalan..yang ketika belajar di sekolah dan universiti begitu ekstrem menyokong pembangkang...alih-alih...kahwin dengan gadis free-hair berambut merah! Apa kes?? Ingatkan nak berkahwin dengan yang bertudung labuh. Sebab tu..aku berpendapat, usia 20 hingga 39 tahun..kita berusaha mencari identiti kita..apa yang terbaik buat diri kita sebelum usia 40 tahun.
Bila mencecah tangga 40..mungkin ekonomi sudah stabil, keluarga sudah besar, dan tahu makna tanggungjawab. Kalau umur dah lebih 40 tapi perangai dan fikiran masih tak matang, 'somethingwrong somewhere' lah tu.. Dok?
Berbalik isu ulama' atau profesional aka Erdogan aka fanatik Anwar, bagi aku secara peribadi tiada masalah. Sebenarnya slogan PAS- Pa-Alif-Sin, singkatan kepada Pas Untuk Semua (dalam tulisan JAWI). PAS for All. Golongan non-Muslim menyokong PAS. Kenapa? PRU-12 tahun lepas ada orang India yang bukan beragama Islam bertanding atas tiket PAS dalam DUN Johor.
Kenapa? Mungkin...mereka nampak variasi dalam PAS. Golongan Profesional seperti Doktor, Jurutera, Peguam, Akauntan dan pemilik PhD yang mencurahkan sepenuhnya jiwa dan raga, berkorban apa saja untuk PAS menampakkan PAS parti yang unik di mata mereka.
Orang India memberikan majoriti yang besar kepada Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr. Mariah yang mengalahkan orang besar MIC tahun lalu. Jadi, apa isunya ulama' atau profesional? Aku bukanlah menyokong golongan profesional sementelah berlatarbelakangkan ijazah kejuruteraan yang aku miliki.
Apa yang penting...ialah fikrah! Fikrah Islamiyah.. Kalau ulama' tapi tak pernah fikir masalah ummah layakkah menjadi pemimpin? Kalau golongan profesional sekalipun, tetapi jiwa mereka, fikrah dan ideologi mereka mahu memartabatkan dan menjaga maruah dan digniti Islam, adakah mereka tak layak kerana tak belajar agama secara formal? Sedangkan...mereka fasih dan memahami bahasa al-Quran...anak-anak mereka ada yang al-Hafiz dan mereka yang berusaha keras menerangkan kepada orang bukan Islam apa itu hudud, Islam itu aman sejahtera dan sebagainya...
Mungkin isunya bukan profesionalisme. Tapi lebih spesifik kepada terlalu mengagungkan orang luar atau lebih tepat lagi taksub dengan DS Anwar Ibrahim. Polemik dan retorik kerajaan perpaduan ataupun kerajaan yang tiada pembangkang, juga menjadi titik pertemuan ataupun titik penolakan pemilihan kepimpinan kali ini.
Nak tengok semua bersatu..tak berpecah-belah bukanlah atas tiket 'orang Melayu'. Sangat racisme. Tetapi biarlah bersatu kerana 'Islam'..ataupun bersatu-padu selaku rakyat Malaysia. 1Malaysia katanya... Kann??
Iklan 2 - Mat Rempit dan Peragut... Apakah perkaitannya?
Sebelum ini.. isu ini pernah diperkatakan... Dan inilah kemuncaknya.. dan ini.
Persoalannya? Adakah semua peragut itu Mat Rempit? Tak. Adakah yang suka 'modify' motor tu Mat Rempit? Tak! Adakah semua yang bawa motor itu Mat Rempit? Tak! Aku pun guna motor aka Panda pergi balik kerja. Dan ada perbezaan antara Mat Rempit... dan Mat Motor. Ada bezanya...anda kajilah sendiri.
Iklan Akhir - 200 bersaing Ratu Akhlak Arab Saudi
RIYADH: Seramai 200 wanita mengambil bahagian dalam pertandingan Ratu Cantik Akhlak kali kedua di Arab Saudi, yang menjadi antara contoh cubaan negara Islam konservatif itu menyesuaikan idea yang diperkenalkan Barat.
Pengasas pertandingan, Khadra al-Mubarak, berkata berbeza dengan pertandingan ratu cantik biasa, hakim tidak mengambil kira kecantikan wajah atau ukuran bentuk badan.
“Apa yang kami cari dalam Ratu Cantik Akhlak ialah peserta yang menunjukkan ketaatan paling tinggi terhadap kedua-dua ibu bapanya,” katanya.
Beliau berkata, asas kepada pemilihan ratu berkenaan ialah komitmen mereka dalam mempertahankan nilai Islam, manakala pemenang juga bukan semestinya seorang yang cantik.
Semua peserta yang bertanding akan menghabiskan tempoh 10 minggu akan datang menghadiri kelas dan disoal mengenai tema pertandingan, termasuk ‘mencari kekuatan dalam diri’ ‘pembentukan kepemimpinan’ ‘Ibu, syurga di kakimu’.
Peserta yang berusia antara 15 dan 25 tahun, juga akan menghabiskan masa sehari di sebuah rumah di kawasan desa bersama ibu mereka, sambil diperhatikan oleh hakim wanita yang akan memberi markah mengenai cara berinteraksi dengan ibu.
“Berikutan pertandingan ini tidak disiarkan melalui televisyen dan tiada lelaki terbabit, peserta wanita boleh membuka tudung dan jubah yang biasa dipakai di khalayak ramai,” katanya.
Keputusan pertandingan akan diumumkan pada Julai. Pemenang akan menerima hadiah SR2,600 (RM2,600), di samping pelbagai hadiah lain, manakala naib johan menerima hadiah wang tunai SR1,300 (RM1,300). - AP
Sumber -
Status terkini...Mahkamah Tinggi hari ini (11.05.2009) memutuskan DS Nizar MB Perak yang sah! Siapa yg malu??
ReplyDeleteNice info blog. I like to share with bloggers and all of readers
ReplyDeleteKeep in touch
boleh tahan
ReplyDelete