Hebahan

Sunday, May 3, 2009

OIAM 3 vs AF 7 ? The winner is... AIM 16!


AF 7 telah berdrama. Berbaloi juga tak tengok. Tahu-tahu saja 2 orang tersingkir & siap ada AFmasuk. Buat lah apa saja yang kalian suka.. Ada aku kisah? Haha... Sebab OIAM 3 lagi nampak menarik persaingannya. Dan pemenangnya.. siapa sangka cempedak jadi nangka. Dulu sengau...sekarang budak perempuan dah mula angau.

Dulu Tomok bersama kumpulannya Newboyz pernah mengecap kegemilangan. Glamor. Album laku. Lepas tu..bermula detik kejatuhan. Ingat lagi..dulu dalam Majalah Hype ke Utopia...ada pembaca kena senaraikan Artis Cool dan Artis KURENG. Ingat lagi tak...Maka saat itu, Newboyz menjadi juara kategori 'artis kureng'. Kan? Tomok siap buat pengakuan pernah kena baling batu lagi. Keciaaan~. Nah..sekarang jadi jutawan. Ada yang tertawan? Dan adakah sejarah mungkin berulang? Teet!

Sedikit corat-coret mengenai AIM 16...tak tengok teater AF lah malam tu...huhu~

a. Ayat "Giler ah!" akan jadi bahasa ikutan nanti.

b. Siapa kata tercalon banyak dalam satu kategori boleh menang? Hanya Misha, Hujan dan Malique berjaya. Mawi, Reshmonu, Datuk Siti, Joe Flizow, Estranged tumpas.

c. Pelik. Kita rakyat Malaysia kan? Tak boleh ke pemenang kategori Cina, India dan Inggeris berbahasa Melayu. Cakap sokong 1Malaysia. Bahasa kebangsaan kita BAHASA MELAYU.

d. Acara "blue carpet" seperti "got the blues". Hidup segan mati tak mahu. Siap gangguan teknikal lagi. Mulut terkumat-kamit tapi suaranya tidak kedengaran. Rosak reputasi baik Awal yang mengendalikan OIAM dengan cemerlang.

e. Saida juga yang glamor~ OK lah tu!

f. Persembahan yang akan diingati...
  • intro pasukan dikir barat M.Nasir
  • Faizal Tahir pakai glove..memegang Rossa, penuh penghayatan.
  • Ending..MUH+Hujan...Lan & Noh siap melompat jatuhkan badan atas penonton lagi
  • Sheila Majid
  • Goldkartz menarik juga ya
  • Yang lain tak best~tak meninggalkan kesan...i'm sorry~
g. Mungkin kali terakhir Bob Lokman mengacara AIM. Adibah & Afdlin best~

h. Kategori vokal berdasarkan LAGU/SINGLE..bukan album? Alaa...Grammy pun macam tu kan?

i. Ada yang terlepas keputusan yang telah diumumkan terlebih awal seperti Lagu Terbaik setiap genre serta kerja belakang tabir.

j. Band indie...nafas industri muzik...selamat tinggal lagu-lagu Indo~. Radio swasta cukup-cukuplah siar lagu band Indo yang baru nak naik seperti Alexa, Seventeen, Kotak dll. Par favor~

k. Tak rugi pun tak tengok AF7..ops once again ;P

Berikut merupakan senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM) 16

1. Artis Baru Terbaik – Artis

1. Hujan
2. Joe Flizzow
3. Malique
4. Meet Uncle Hussain
5. Suki

Ulasan : Hairan! Kenapa Aizat tercicir daripada senarai nominasi. Tak sangka pulak, setelah Malique & Joe membawa haluan masing-masing, telah melayakkan mereka tercalon sebagai artis baru. Suki juga layak selaku juara OIAM 1, biarpun ditenggelamkan oleh Faizal Tahir. Monkey bone menghasilkan album yang berkualiti juga buat Suki biarpun tak mendapat publisiti meluas. 2 band indie, MUH dan Hujan memang pemangkin kepada pencetus fenomena kegilaan band-band indie negara. Mengikut trek rekod kejayaan, MUH telah menghimpunkan deretan kejayaan samada menerusi juri (seperti APM, AJL, Hits1) dan menerusi undian peminat (ABP). Tak syak lagi kemenangan wajar berpihak kepada mereka.

2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) – Artis

1. Aizat – Lagu Kita
2. Bob AF2 – Cinta Terhalang
3. Reshmonu – Doa Untuk Dia
4. Reshmonu – Sayu
5. Rithan (Deja Voodoo Spells) – Rock ‘N’ Roll (English)

Ulasan : Soalan pertama, siapa Rithan? Kenapa Yasin tercicir daripada kategori ini? 2 lagu Reshmonu tidak pernah didengar di corong radio. Jadi amat sukar membuat penilaian. Biarpun pernah 2 kali Reshmonu menggenggam anugerah ini, saingan yang sengit sudah pasti daripada produk AF ini. Mungkin dengan kemenagan Aizat, terjawab sudah...mengapa Bob tak dapat masuk final AJL melalui lagu Cinta Terhalang. Tambahan pula lagu Sharon Paul itu pernah dinyanyikan Stacy. Yang penting, produk AF berjaya memenangi kategori vokal buat kali pertama.

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) – Artis

1. Ayu – Hanya Di Mercu
2. Dina – Sejauh Ini
3. Shila – Memori Tercipta
4. Dato’ Siti Nurhaliza – Di Kayangan Kita
5. Dato’ Siti Nurhaliza – Di Taman Teman

Ulasan : Secara peribadi, aku lebih suka lagu Di Kayangan Kita. Mungkin sebab dah bosan dengar Di Taman Teman berulang-ulang kali.Usah dipertikai kredibiliti Datuk Siti. Memang layak pun. Kalau nak buat kejutan pun datangnya daripada Shila. Vokal yang dinamik...Ayu layak dicalonkan. Sejauh ini kedengaran macam "Lelaki ini" lah... Haha. Yang penting, sekali lagi
ada calon tercicir...Misha Omar!

4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album – Artis

1. Ajai & Marsha – Sayang
2. All One – Bilal bin Rabah
3. Pop Shuvit – Marabahaya (International Version)
4. Rabbani – Bila Nur Melimpah Di Hati
5. Raihan – Assubhu Bada

Ulasan : Kumpulan nasyid mendominasi kategori ini sejak 1997. Raihan..Rabbani..Nowseaheart pernah menggondol anugerah ini. Too Phat dan VE pernah mencelah sekali. Jadi bukan kejutan jika Raihan menang lagi. Assubhu Bada' memang lengkap segala suara. Harmoninya...2nd voice & 3rd nya...Bass (betul ke eja ni?) dll. Justeru, tidak hairan kumpulan nasyid baru All One juga tercalon. Pop Shuvit dan pasangan duet Ajai-Marsha sekadar menambahkan variasi.

5. Kulit Album Terbaik – Pereka

1. Florence Lee – Hawa – Nikki
2. Nadia Jasmin – President – Joe Flizzow
3. Nicholas Chong – Transit – Altered Frequency
4. Nizam Rahmat – Satu – Ferhad
5. Vignes Balasingam – Remain Unknown – Estranged

Ulasan : Sejujurnya, hanya 2 kulit album pernah aku tengok. Nikki dan Estranged. Bila Estranged menang, boleh diterimalah. Jadi, mereka tidak pulang tangan kosong biarpun mendapat pencalonan terbanyak sebanyak 8 pencalonan.

6. Rakaman Album Terbaik – Jururakam

1. JD Wong – Remain Unknown – Estranged
2. Nick Lee, Greg Henderson & CL Toh – Finally/Akhirnya – Suki
3. Paul Morisson – Satu – Ferhad
4. Puja, Edry, Bajai & Yudi – Adam 3 – Adam
5. Reshmonu, Murali, Will Quinell & CL Toh – Harapan – Reshmonu

Ulasan : Reshmonu juga tak pulang tangan kosong. Ingatkan Suki boleh menang kategori ini.

7. Video Muzik Terbaik – Pengarah

1. Douglas Lim – Hanya Di Mercu – Ayu
2. Douglas Lim – Sampai Syurga – Faizal Tahir
3. Kerol – Mati Hidup Kembali – Butterfingers
4. Kerol – 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Butterfingers
5. Reshmonu – Oh Anok Anok – Reshmonu

Ulasan : Ramai yang jangka Sampai Syurga..sebab video klip ini saja yang ditengok. 1000 tahun rasanya video klip yang ada askar-askar itu.. Layaaan~

8. Album Pop Etnik Terbaik – Artis/Produser

1. Khazanah Pujangga – Syura
2. Lentera Timur – Dato’ Siti Nurhaliza
3. Selagi Ada Rindu – Pak Long (Shafie Ahmad)
4. Zapin Suri – Haziq

Ulasan : Deserved! Nak hasilkan satu album ni, Datuk Siti kena berkampung hasilkan lagu dan liriknya. Ingatkan lagu ciptaan Radhi akan diselitkan. Tapi rupanya tidak. Hanya 11 lagu.

9. Lagu Pop Etnik Terbaik – Komposer/Penulis Lirik

1. Di Kayangan Kita – Johari The – Keon - Dato’ Siti Nurhaliza
2. Di Taman Teman – Fauzi Marzuki – Hairul Anuar Harun – Dato’ Siti Nurhaliza
3. Dirgahayu – Radeen Sri – Hairul Anuar Harun – Ramlah Ram
4. Nafas Cahaya – M.Nasir – Loloq – Misha Omar
5. Zapin Suri – Pak Ngah – Siso Kopratasa – Haziq

Ulasan : Aku sebenarnya lebih suka kan Zapin Suri. Sebab payah nak cari penyanyi lelaki generasi muda nak nyanyi lagu sebegini. Nafas cahaya terus bernafas biarpun pernah kandas separuh akhir AJL 2 tahun lepas sampai M.Nasir 'merajuk' nak tarik diri dari AJL. Orang kata sebab Arwah Loloq tulis lirik. Rasanya tiada kaitan pun ~

10. Album Nasyid Terbaik – Artis/Produser

1. Allah Habeebi – Mawi
2. Istimewa Tiada Dua – Nice
3. Nasyid Nostalgia Memori The Zikir – Nazrey Johari
4. Nostalgia Nadamurni – Rabbani
5. Setia – Wildan

Ulasan : 2 album nostalgia bersaing sengit. Nice mungkin terlalu urban, tergelincir daripada genre nasyid 'pure'. Biarpun Nazrey dan Rabbani merakam semula, keaslian lagu-lagu ini masih dikekalkan. Allah Habeebi juga baik, ada peningkatan dan genre yang paling sesuai bagi Mawi. Tetapi belum cukup bagus mengalahkan 'otai' nasyid. Album Setia- Wildan tak pernah dengar lah.. I'm sorry...~

11. Lagu Nasyid Terbaik – Komposer/Penulis Lirik

1. Allah Habeebi – Farihin – Yasin – Mawi
2. Bila Nur Melimpah Di Hati – Asri Ibrahim – Ito Lara – Rabbani
3. Kemuliaan Al-Quran – Amin InTeam – Amin InTeam – InTeam
4. Serulah Namanya – M.Nasir – AD Samad – Mawi
5. Teman Hakiki – Ku Sham – Dr.Mohd Asri – Mawi

Ulasan : Siapa kata tercalon banyak boleh menang. Kalau Mawi nak menang pun rasanya melalui Allah Habeebi. Biarpun kebarangkalian Mawi menang 3/5 ataupun 60%, tetapi juri tetap sepakat memilih Bila Nur Melimpah Di Hati. Kemuliaan Al-Quran juga lagu yang bagus.

12. Album Rock Terbaik – Artis/Produser

1. Bongkar – Kristal – Kristal & Bong
2. Hujan – Hujan – Noh Hujan
3. Keamanan – Nrocinu – Mus May
4. Kembali – Butterfingers – Butterfingers/Faizal Shahrin
5. Modern Minimals Glamour – The Times – Gizmo Records

Ulasan : Alasan band-band indie lain tidak tercalon kerana tak berdaftar dengan RIM. Nah, ini saja calon-calonnya. Saingan sengit sudah pasti antara Hujan dan Butterfingers. Ada orang tertanya-tanya, 'rock' sangatkah album Hujan? Jika diperhatikan nama anugerah, Album Rock Terbaik..Bukannya Album HARD Rock Terbaik...ataupun Album SlowRock seperti sebelum ini.

13. Lagu Rock Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Loque – Loque – Butterfingers
2. Aurora – Estranged – Estranged – Estranged
3. Bila Aku Sudah Tiada – Noh Hujan – Noh Hujan – Hujan
4. Dugaannya – Noh Hujan – Noh Hujan – Hujan
5. Yang Pernah – Estranged – Estranged – Estranged

Ulasan : Entah apa yang rock sangat dengan Bila Aku Sudah Tiada. Mungkin ini karya masterpiece Noh yang memulakan fenomena band-band indie. Jika MUH bermula dengan Lagu Untukmu. Hujan bermula dengan BAST dan Pagi yang gelap. Secara peribadi, aku lebih suka 1000 tahun. Haha ~

14. Album Pop Terbaik – Artis / Produser

1. Alyah – Alyah
2. Arus Qudus – Yassin
3. Harapan – Reshmonu
4. Misha Omar – Misha Omar
5. Percubaan Pertama – Aizat

Ulasan : Berbaloi penantian Misha selama 3 tahun untuk 'melahirkan' album ketiga beliau. Dengan khidmat nasihat M.Nasir dan Ramli M.S, 2 orang 'Master muzik'...hasilnya seperti ini lah. Saingan yang sengit sudah tentu daripada Arus Qudus di mana Yasin bereksperimentasi dengan muzik rock...keluar dari kepompong Arabic dan World Music nya. Percubaan pertama... langkah yang baik. Harapan hanya harapan. Alyah berjaya berdiri atas nama sendiri.

15. Lagu Pop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. Cinta Adam Dan Hawa – Azmeer – Loloq – Misha Omar
2. Dingin – Azlan Abu Hassan – Azalea – Ziana Zain
3. Ketentuan – Azlan Abu Hassan – AD Samad – Ramlah Ram
4. Lagu Kita – Aizat Amdan – Aizat Amdan – Aizat
5. Sampai Di Sini – Ajai – Slen – Misha Omar

Ulasan : Tercalon sebanyak 2 atau 3 kali di dalm satu kategori. Hanya Hujan, Misha dan Malique yang berjaya. Cinta Adam dan Hawa mungkin lirik terakhir arwah Loloq. Cinta Di Sini menyerlahkan vokal Misha sebenarnya. Lagu Kita menjadi lagu berhantu Aizat yang berjaya 'overshadow' Hanya Kau Yang Mampu. Dingin tidak mendapat sambutan dingin. Tetap hangat. Ketentuan tercalon ke Top 5 membuktikan kepada radio 'itu'...apa yang 'pendengar' mahukan~

16. Lagu Hip Hop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. Bergerak – Johan Ishak, Ceza Mutyara, Khalid Kamal & Saiful Amri – Johan Ishak, Ceza Mutyara, Khalid Kamal & Saiful Amri - Joe Flizzow feat Joeniar Arief
2. Isabella – Johan Ishak, Iman Ishak & Search - Johan Ishak, Iman Ishak & Search – Joe Flizzow feat Hady Mirza
3. Mengapa Harus Bercinta ? – Johan Ishak, Terrytyelee & H ady Mirza - Johan Ishak, Terrytyelee & H ady Mirza – Joe Flizzow
4. Mantera Beradu – Malique, D’Navigator & M.Nasir – Malique & M.Nasir – Malique feat M.Nasir
5. OK – DJ Fuzz, Malique & Cat Farish – Malique & Cat Farish – Malique feat Cat Fabuloso

Ulasan : Dalam Malaysia ni, hanya Too Phat kumpulan hip hop terbaik. Walaupun sekarang dah ada Fabulous Catz. Jadi, 'no wonder' hanya mereka berdua bersaing sesama sendiri setelah masing-masing membawa haluan menerbitkan album solo.

17. Album Inggeris Tempatan Terbaik – Artis / Produser

1. Dark Sun Big Rain – Karen Nunis Blackstone
2. President – Joe Flizzow
3. Remain Unknown – Estranged
4. Take Five with Juita Suwito at Avanti – Juita Suwito
5. Tapestry of Life – Shal Sagan

Ulasan : Shal sagan rupanya wanita, penyamapai anugerah bersama Dafi dan Fazley. Hanya Karen Nunis Blackstone yang kurang popular. Kurang ke? memang tak pun~

18. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. All Around My World – Johan Ishak & Ceza Mutyara - Johan Ishak & Ceza Mutyara – Joe Flizzow
2. Dances of The Spirit – Estranged – Estranged – Estranged
3. In No Time – Estranged – Estranged & Chow Ken Chung – Estranged
4. KL Streets – Malique & D’Navigator – Malique – Malique feat Lah
5. Marabahaya (International Version) – Pop Shuvit & Dandee – Samsol Nahar, Dandee, Moots, Daly, Thaitanium & Jamir Garcia – Pop Shuvit

Ulasan : Hanya lagu Marabahaya saja yang pernah dengar melodinya. Jadi, tiada komen.

19. Album Cina Tempatan Terbaik – Artis / Produser

1. Homely Life – Rynn Lim – Ryan Lim
2. Man Jiang Hong – Man Jiang Hong – Alex San
3. Meet to Listen – Cheng Lee – Cheng Lee
4. The Real Hou Ren – Hou Ren – Lee Nai Kong
5. Will Be Good – Will Ng – Cheng Lee, Will Ng & David Koon

Ulasan : Yang ado~

20. Lagu Cina Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. He, She & Me – Cheng Lee – Cheng Lee – Cheng Lee
2. Man Jiang Hong – Alex San – Ah Guan – Man Jiang Hong
3. Missy Missy – Will Ng – Will Ng – Will Ng
4. Prisoner – Will Ng – Will Ng – Will Ng
5. Zhong Du – Alex San – Yap Kah Heng – Man Jiang Hong

Ulasan : Yang ado~

21. Album India Tempatan Terbaik – Artis / Produser

1. Agarem – Agarem
2. Ethirrpaarkiren – Anbarasan & Anuratha
3. Veera Puranam – Chakra Sonic

Ulasan : Yang ado~

22. Lagu India Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. Enna Venum – Coco Nantha – Coco Nantha – Agarem
2. Ethirrpaarkiren – Anbarasan – Divya Saraswathy – Anbarasan & Anuratha
3. Sottu Sotta Remix – Sundrra – Coco Nantha – Agarem
4. Sudum Mannil – Sundrra – Coco Nantha – No Entry
5. Tu Khendi She – Goldkartz – Arvinder Raina – Goldkartz feat Arvin

Ulasan : Yang ado~

23. Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara – Artis

1. Aku Dan Dirimu – Ari Lasso & Bunga Citra Lestari
2. Ayat-Ayat Cinta – Rossa
3. Bila Rasaku Ini Rasamu – Kerispatih
4. Matahariku – Agnes Monica
5. Menjaga Hati – Yovie & Nuno

Ulasan : Ada orang pertikai 'nama' anugerah.Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara. Sebenarnya di seberang, ada sentimen mengenai bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia. Lagu seperti Situasi-Bunkface dianggap terlalu 'Malay' bahasanya. Jangan terkejut, mereka menggelar kita "Maling-sia" sebagaimana kita memanggil mereka "Indon". Sebenarnya mereka pernah merasakan muzik mereka pernah dijajah oleh muzik Malaysia seperti Search, Iklim, Sheila Majid, UK's, Slam, Exist dan Datuk Siti. Kini...siapa yang jajah siapa?

24. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Penggubah
1. Audi Mok – Pada Cintanya – Dato’ Siti Nurhaliza
2. Azlan Abu Hassan – Tiada Maaf – Danell Lee
3. Estranged – Aurora – Estranged
4. Fauzi Marzuki – Di Taman Teman – Dato’ Siti Nurhaliza
5. Sham Kamikaze – Bukan Mimpi – Farhan

Ulasan : Pemenangnya...drama telenovela Spa-Q 2! Haha

25. Lagu Terbaik

1. Cinta Adam dan Hawa
2. Nafas Cahaya
3. Bila Aku Sudah Tiada
4. Bila Nur Melimpah di Hati
5. Mantera Beradu

Ulasan : Ada 2 lagu ciptaan M.Nasir. 2 lirik Loloq. Maka Nafas Cahaya dianggap kelainan yang dicari yang diangkat sebagai pemenang. Kali pertama lagu nasyid menembusi kategori ini..yang selalunya didominasi lagu Balada.

26. Album Terbaik

1. Misha Omar
2. Lantera Timur
3. Nostalgia Nadamurni
4. Hujan
5. OK!

Ulasan : Tiada pertikaian. Memang layak !

27. Anugerah Wirama - Habsah Hassan

28. Anugerah Kembara - Takde erk?

1 comment:

  1. aiyooo pnjg lebar komen..hee~ gud review walaupn ala2 syok sendr =) ptt la sokong indie..huhu

    ReplyDelete