Answer :
1. D
Aku dan Dia. Dia yang Maha Esa. Aku hanyalah seorang hamba-Nya yang lemah lagi tak upaya. Aku hanya merancang tetapi Dia lah sebaik-baik perancang. Aku hanya mahukan warna hitam dan putih. Tetapi 7 warna pelangi yang indah yang aku dapat. Aku harapkan mentari panas hingga ke petang. Aku mahu mengejar matahari sambil berlari sampai esok hari. Apakan daya, hujan telah turun di pagi hari lagi. Aku basah... resah ... gelisah..keluh dan kesah. Rupa-rupanya Dia mahukan aku menikmati pelangi yang indah! Isy, apa pelangi-pelangi ni. Motif? Klise sangatkan.
Klise ke... stereotype ke...apa yang penting, aku tetap hamba-Nya. Aku boleh ubah 'nasib' ini. Aku tahu. Pelangi hanya indah di mata. Tetapi tak mampu digapai. Tak dapat dirasa kelembutan... dan nikmatnya hanya seketika. Lambat-laun pelangi itu akan hilang. Sekelip mata, diselaputi 'kabus'. Kabus dosa... Kabus cerita silam yang kelam. Lantas, malam juga akan menjelma. Bulan pula hadir dipagari bintang. Bukankah ini suatu rasa yang lebih indah? Ah!
Aku tak lepas dari melakukan dosa. Kerana aku bukannya nabi yang maksum, yang suci daripada dosa. Terpalit juga dosa orang lain jika aku bersubahat sama. Dosa-dosa kecil ini, jika dikumpulkan akan jadi bukit juga suatu hari nanti. Alhamdulillah. Syukur sebab selamat daripada melakukan dosa-dosa besar secara berterusan. Astaghfirullah. Moga-moga dosa-dosa diampunkan. Semoga pintu taubat masih terbuka untuk sesiapa saja, selagi ada kesempatan.
2. d
Aku dan dia. Dia yang bernama manusia. Statusnya tak kira...sesiapa saja. Dia yang rapat dan hampir dalam hidup. Mama, Papa, adik-beradik, sahabat-handai, saudara-mara, kekasih hati termasuk mereka yang mengisytihar aku sebagai musuh ketat! Kalianlah penyeri hidup ini. Hidup ini bukan satu warna saja. Kalau semua orang baik dengan kita, itu 'plastik' namanya. Standard ayat artis " kita tak boleh puaskan hati semua orang" (Lately, orang politik pun gemar menggunakan ayat ini okay).
Satu lagi ayat klise. Nak ubah / 'modify' sikit. Boleh? Pertama,"Kita hanya boleh puaskan hati pihak-pihak tertentu saja". Kedua, "Pasti ada pihak yang kita terlupa nak jaga hati mereka". Ketiga, "Bukan kuasa kita nak puaskan hati setiap pihak". Ayat alternatif terakhir, "Kau ingat kau siapa aku nak jaga hati kau? Ada aku kisah kau nak terjun lombong ke nak bertempik terlolong-lolong?" Haha. Yang mana satu lebih baik?
Bagi aku. Aku sedaya-upaya tak nak cari pasal dengan orang. Semahu-mahunya tak mahu menyusahkan orang lain. Jadi, aku mengharapkan perkara yang sama. Tak ada orang nak cari pasal, nak gaduh besar dengan aku. Tiada orang yang 'sengaja' dan 'suka' menyusahkan aku. Kalau boleh, aku nak berkawan dengan semua orang, tetapi belum tentu semua orang nak berkawan dengan aku. Kan??
3. K
Aku dan Kia. Kia mana pula ni? Kia jenama kereta lah. Mungkin sebab lambakan kereta Kia yang banyak di rumah. Pertama, Kia Rio, kereta rasmi Mama. Kereta ini sama usianya dengan usia kami tinggal di Presint 10 Putrajaya iaitu 6 tahun. Kami pindah ke Putrajaya pada Januari 2003. Satu lagi kereta Kia di rumah, Kia Sportage. Kereta yang dilengkapi NGV. Secara kebetulan, NGV lengkap dipasang sebelum kenaikan harga minyak yang mendadak itu. Jimatlah juga guna NGV, tapi nak pasang dulu...masya allah! Tapi taklah semahal sekarang. Kenapa kereta Kia banyak sangat ni? Bagus sangat ke kereta Kia? Kami ada jawapannya...
4. R
Aku dan Ria. Ria apa? Astro Ria! haha. Saluran berbayar ini merupakan saluran berbahasa Melayu. Lewat ini, dengan kemunculan Mega...yakni Astro Megadrama, telah banyak cerita-cerita Melayu yang bermutu, berkualiti, lain dari yang lain dan penting sekali tak klise! (Haha...famous betul perkataan klise ini...terima kasih kepada Shahril Alizam Jalal dan Mohd Rahman Omar. credit to both of you. Kudos!) Contohnya, cerita Ponti Anak Remaja, Rona Roni Makaroni, Cinta Gila, Awan Dania dll. Walaupun...ada sesetengah cerita itu 'dicedok' ilhamnya dari cerita luar. Cerita yang mana satu? Teeet!
5. s
Aku dan sia? Sia-sia segala usaha. Kadang-kadang, penat sangat bermain dengan harapan. Kerana akhirnya, hati ini juga yang rawan. Mungkinkah perkataan'sial' lebih sesuai? Aku lebih percaya kepada rukun iman keenam. Perkataan sial, celaka, dan yang semaksud dengannya hanyalah satu perkataan yang membawa konotasi, erti dan interpretasi yang berbeza. Terpulang kepada individu untuk menilainya luar dan dalam. Secara luarannya, mungkin nampak agak kasar dan janggal. tetapi itu tak bermakna dalamannya juga membawa pengertian yang sama. Falsafah kehidupan ada kalanya umpama sampah-sampah yang berterbangan di kaki langit yang akhirnya sampai ke satu destinasi yang abadi untuk dihapuskan bukti kewujudannya. Ada nilai estetikanya yang tersendiri!
6. _
Aku dan ia. Iaitu apa saja. Ia milik sesiapa saja. Ia juga mungkin bermaksud sesuatu. Maka ertinya, aku dan sesuatu. Sesuatu yang menarik. sesuatu yang abstrak. Ia yang jelas di mata, zahir di hati. Ia yang wujud tapi tak kelihatan, jauh di mata tapi hadir di hati. Ia juga mungkin suatu rasa. Rasa rindu... Kepingin... Sayang-sayang buah kepayang! Ia juga boleh disandarkan kepada harapan. Adakah aku hanya sandarkan harapan yang kosong? Atau adakah orang lain yang bergantung harap dan bersandarkan kepada aku. Ingatlah, persandaran makhluk hanya pada Khaliqnya. Makhluk dan Khaliq merupakan perkataan Arab. Khaliq itu Faa'il. Makhluk itu Maf'uulun bih. Ada faham? Macam ni lah, dalam Bahasa Melayu, Kha-La-Qa bermaksud 'mencipta'. Mencipta merupakan kata kerja transitif! Pengsan nak faham =P
7. Jawapan kecil sebagai alternatif melibatkan individu.
Aku dan Fia. Siapa Fia? Haha. Fia merupakan kawan dari alam kanak-kanak aku. Kami membesar sama-sama. Hingga kini masih berkawan baik. Kami kenal pun sebab ibu bapa kami juga merupakan kawan baik. Fia itu merupakan kata teringkas ataupun 'short-form'. Nama panjangnya? Fikirlah sendiri.. (Fariza Irshad Ahmad ke.. Fazlin Ilani Ashraf ke...) Sesiapa saja boleh. Hanya Fia yang tahu siapa dirinya yang sebenar. Yang pasti...perempuan ~
Aku dan Xia@ Zia. Insan ini merupakan seorang kenalan sewaktu di Maahad dulu. Seorang yang pernah menjadi ketua umum asrama. Seorang yang pernah memberi tunjuk ajar kepada aku mengenai selok-belok kepimpinan, sukan mahupun akademik. Khabar terakhir yang diterima, dia belajar di UTM, Skudai. Pernah tersenarai antara pelajar SPM terbaik Maahad tapi
taklah sepopular Nik Nur Madihah. Apa yang penting, masih ku ingat akan tulisannya yang cakar ayam mengalahkan doktor itu. Harap ketemu di kemudian hari..insya allah.
Aku dan Lia. Kawan-kawan aku yang bernama Lia hanya seorang. Lia yang aku kenal di kampus UPM. Ada seorang lagi kes yang serupa. Aku dan Pia. Actually ejannya Piya. Lia dan piya merupakan 'coursemate' aku. Aku pernah satu kumpulan dengan mereka. Rasanya kami tak menghadapi masalah. Semuanya berjalan dengan lancar. Bila sebut perkataan Pia, aku teringat lagu OST Talentime itu...O re Piya. Piya dalam bahasa Urdu ini bermaksud 'kekasih'.
8.No answer. But the answer depends on YOU. Dear readers, you can fill in the blanks as you want. Now, it's up to you to post the answer in whatever medium you have. Blogs, FB, FS, etc. or NOT.

awan dania tiru cerita jepun attention pliz..
ReplyDeletehe he..
scha pun cantik jgj macam misaki dlam at-10-tion..
he he..
bijok2..
ReplyDeletepandai demo teko~