Suasananya sama seperti PRK Manek Urai. Ayat glamor masa kini. Kita kalah bermaruah! Majoriti 65. Kalah tipis 3-2. Manchester United 3, Amri Yahyah 2. Haha. Tetapi, bolehkah keputusan ini memberi cerminan bahawa perkembangan dan kemajuan bola sepak Malaysia telah maju setapak?
Walaupun Rajagopal membariskan barisan terbaik negara, dengan hanya "memanaskan badan" melawan Zimbabwe. Tetapi, keputusan menentang Manchester United agak mengejutkan. Adakah Man U bermain di bawah keupayaan sebenar, ataupun permainan skuad negara benar-benar meningkat mendadak??
Manchester United tu. Juara hat-trick EPL. Mungkin kehilangan Ronaldo dan Tevez telah dirasai ketidakhadirannya. Tempang mungkin jentera serangan MU. Nasib baik, "hero tua" Owen yang berjersi nombor 7 menjadi wira. Itulah yang aku suka pasal Owen. Sewaktu di Real Madrid, walaupun sebagai sub.. tetapi setiap kali diturunkan, pasti ada gol yang terhasil. Haha.
Mungkin kecederaan yang kerap melanda pemain "rendah" ini, (Hakikatnya tinggi juga kalau di Malaysia, 173 cm dan ada juga gol yang dihasilkan Owen melalui tandukan) menyebabkan Owen mengambil masa untuk kembali cergas dan fit seperti sediakala. Nani dan Rooney pasti menjadi taruhan Fergie di masa mendatang.
Kata Fergie, corak permainan pantas Malaysia telah berjaya mematahkan sendi dan tulang MU. Tambahan pula, Amri bertindak bijak. Katanya, dia selalu menyaksikan rakaman ataupun siaran bola melibatkan MU. Van de Saar gemar berada di luar gawang ketika MU hebat menyerang.
Justeru, kesempatan ini diambil Amri secara "bijak" yang terus membuat lambungan cantik dari jarak 30 m terus ke gawang MU. Manakala gol kedua pula membuktikan Ben Foster masih mentah! Boleh?? Haha. Maknanya Foster masih perlukan masa untuk meningkatkan lagi mutu mengawal gawang daripada dibocori.
Apa kata PM kita,Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak menjangkakan Malaysia akan kalah tipis kepada Manchester United dalam bola sepak persahabatan Jelajah Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Kita kalah 3-2. Saya ingat kita kalah 6-0," katanya berseloroh. Haha. Reaksi sama BN kalah di MU dulu. Baca sini. Suasana yang sama, situasi yang berbeza. Manchester United kini melakukan siri Jelajah Asia dan Malaysia merupakan destinasi pertama persinggahan pasukan bola sepak ternama itu.
Perlawanan menentang Indonesia telahpun dibatalkan kerana tragedi pengeboman itu. Kerana apa? Sebab 2 hotel yang dibom itu, Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz-Charlton, merupakan tempat di mana skuad MU akan menginap kelak. Dan berita baiknya, ada rematch melawan Malaysia pada 20 Julai 2009-Isnin. Baik ke berita ini? Nampak gaya Fergie tak puas hati nampak. Seek for the revenge nampak?? Haha. Kita tengok.. adakah Malaysia akan dibelasah??
Nah~ 2-0. Kalah ya...bukan menang. Tetapi skuad negara menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Cuba sedaya-upaya merapatkan kedudukan. Gol pertama Macheda, dan sekali lagi.. Owen menjaringkan gol. Nampak gayanya, pasukan "setan merah" ni menjadikan Siri Jelajah Asia 2009 ni sebagai medan memanaskan badan. Warm-up! Tetapi, ada "rumours" mengatakan pasukan "setan merah" ni sengaja menjadikan perlawanan kelihatan seimbang... tanda penghormatan kepada penaja mereka, AirAsia yang juga merupakan tuan rumah kali ini. Karut lagi mengarut~
Apa kata Sir Alex Ferguson?? “Anda sentiasa bimbang terhadap pasukan yang pantas kerana mereka benar-benar mampu mengancam anda. Namun, skuad anda tidak mempunyai penyudah,” katanya. Apa-apapun.. syabas kepada skuad negara. Moga momentum ini berterusan. Masa tak diberi harapan.. baru ada bunga kejayaan. Tetapi setelah berputik kejayaan.. bertukar menjadi debu-debu kekecewaan. Malaysia Boleh!
No comments:
Post a Comment