قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ
وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا
Hati aku tersentuh membaca matan hadith ini. Rindu pada zaman persekolahan di Maahad membuatkan imaginasi fikiran ini menerawang kembali memori dulu. Kalau tak silap belajar pasal hadith ini masa Tingkatan 1. Buku kuning.
Lepas tu jumpa lagi hadith ini masa Tingkatan 4 untuk periksa SMU. Masa belajar dulu, setiap tahun ada peperiksaan besar. Tingkatan 2 ada PMRU, Ting. 3- PMR,Ting. 4-SMU dan Ting. 5 - SPM lah. Tapi tak rasa tertekan pun. Otak..hati dan fikiran bersih kot.
Bila masuk universiti..5 subjek satu semester pun rasa macam nak gila. Nak pecah otak dibuatnya. Tepuk dada..tanya iman. Cermin diri...baru kusedari...hati ini makin hitam...ataupun sememangnya hitam legam~
Bila baca hadith ini, aku teringat pula kepada Surah Al-Anfal ayat 2-4 yang berikut :

bleh sy tau apa maksud hadith tu?penah bljr dulu tp dh tak ingt..hati yg dh semakin hitam..dtambah dgn bahasa arab plak mmg fail..huhu...
ReplyDeleteYes..bila dah post baru perasan..patutlah ada macam kurang je. Lagipun bukan semua orang boleh faham Arab. Haha.
ReplyDeleteTq shafierin...ini terjemahannya,
[ Sabda Rasulullah S.A.W : " 3 perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya, nescaya dia memperolehi kemanisan iman iaitu : Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya (Allah & Rasul), Dan dia tidak mencintai seseorang melainkan cintanya semata-mata kerana Allah, Dan dia benci untuk kembali kepada kekeufuran sebagaimana dia bencidilemparkan ke dalam api neraka]
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.