Hebahan

Tuesday, December 17, 2013

Analisis Finalis AJL 28

Semua dah tahu 12 lagu yang telah layak ke pusingan akhir AJL 28 pada Januari 2014 nanti.

1. In Love With You
Artis : Aizat Amdan & Noh Salleh
Komposer : Noh Salleh
Penulis lirik : Noh Salleh

2. Penglipurlara
Artis : Hazama & The Penglipurlara
Komposer : Omar K
Penulis lirik : Zell

3. Takkan Terpisah
Artis : Black
Komposer : Kuncidemak
Penulis lirik : Kuncidemak

4. Tanda Tanya
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Light & Bakri
Penulis lirik : Dark

5. Sahabat
Artis : Najwa Latif menampilkan Sleew dan Shamkamarul
Komposer : Najwa Latif
Penulis lirik : Ika Latif

6. Hanya Aku
Artis : Hyper Act
Komposer : Hyper Act
Penulis lirik : Frozen

7. Kalau Aku Kaya
Artis : Awi Rafael & Altimet
Komposer : Omar K & Audi Mok
Penulis lirik : Altimet

8. Aku Pelat
Artis : Salam Musik
Komposer : DJ Fuzz
Penulis lirik : Salam, Eyzabahra & Jaytan

9. Kau Yang Terindah
Artis : Alyah
Komposer : Citra
Penulis lirik : Erma Fatima

10. Bahagiamu Deritaku
Artis : Hafiz
Komposer : Ly
Penulis lirik : Baiduri

11. Ikut Rentakku
Artis : Jaclyn Victor
Komposer : Edry Abd Halim
Penulis lirik : Edry Abd Halim

12. Bosan
Artis : Stacy
Komposer : Audi Mok
Penulis lirik : Omar K

Omar K tak pernah layak..tiba-tiba 3 lagu sekali masuk. Kuncidemak@Rudi akhirnya berjaya mar ke final. Adakah nasibnya seperti Mnusia Putih?? Teet~

Ada isu kecil mengenai peminat menempelak persembahan Yuna dan Aizat melalui lagu Dwihati, nmun kedua-dua pihak telah mengeluarkan kenyataan mempertahankan diri masing-masing menerusi medium Twitter.

Kita lupakan isu remeh itu, sebab TT mahu buat analisis kesemua lagu yang akan dinilai komposisi lagu gubahannya, seni kata liriknya, mahupun kelunakan ataupun kemerdua vokal penynyinya. Harus diingatkan, ini hanya berdasarkan mata telinga TT yang bukan juri professional!

TT senaraikan 5 lagu bagi setiap kategori penilaian. Lagu berada paling atas merupakan calon pilihan TT, makin ke bawah makin kurang markahnya.. hehe

Komposisi Lagu

Sahabat - irama fresh, hip, dan in (ada rap, harmoni)
Hanya Aku - rock kapak yang dimeliniumkan
Penglipurlara - muzik 1Malaysia menampilkan "lagu kanak-kanak" yang malar segar
Kalau Aku Kaya - susunan muzik yang baik.. 
In Love With You - sentuhan Beatles sikit.. 

Lirik 

Tanda Tanya - puitis dan memang penuh persoalan 
Penglipurlara - takut nasib sama seperti lagu Pokok.. originaliti
Aku Pelat - ada isu, mesej tersurat dan tersirat
Sahabat - mesej positif yang mudah dan ringkas tetapi padat
Bahagiamu Deritaku - Baiduri..orang otai tulis lirik jiwang untuk anak muda

Vokal

Black - masa semi vokal Black amat solid
Ronnie (Hyper Act) - pesaing utama Black, complete ada falseto bagai
Azlan - klise dh jerit-jerit ni
Jclyn Victor - adik-beradik jerit-jerit.. cuma lagu Ikut Rentakku perlu ada kawalan pernafasan yang baik
Hafiz - lagi sekali?? Bahagiamu Deritaku ni very da O-Town All or Nothing ok


Dan paling bosan semestinya... Bosan!

Ramai tak suka Aku Pelat... tetapi lagu itu strong! Buktinya.. mereka menang Lgu Hip Hop Terbaik AIM 20 baru-baru ini.

Maka... pilihan TT untuk AJL kali ini...ramalan menjadi milik Hanya Aku - Sahabat - Penglipurlara 

No comments:

Post a Comment