Hmm... membaca tajuknya sahaja...sudah boleh agak bukan??
Apa yang anda boleh agak?? Apa yang terlintas di benak fikiran anda??
Apakah kata kuncinya??
(a) Mamat Khalid
(b) Kampung Pisang
(c) Hantu Kak Limah
(d) Lagu saduran
Baiklah.. TT mahu ulas kata kunci yang pertama, Mamat Khalid.
Siapa yang tidak kenal sutradara yang terkenal dengan filem satira ini. Karya beliau banyak mengandungi kritikan sosial. Memang genre komedi merupakan makanan saudara Mamat Khalid, dan kita telah terhibur dengan karya beliau sekian lama. Antaranya Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel, Man Laksa, Rock, Zombi Kmpung Pisang, Lang Buana, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Rock Ooo dan banyak lagi. Sedar tak sedar dalam gelak tawa.. kita gelakkan diri sendiri rupanya.
Kita kaitkan dengan isu terkini.. misteri kehilangan pesawat MH370.. yang diserikan oleh Tok Bodoh..eh.. Tok Bomoh VVIP. Cuba tengok filem Hantu Kak Limah.. Ada berapa jenis bomoh "orang kita" guna untuk halau hantu... ada bomoh siam.. bomoh indon...tapi semua tak boleh pakai.
Suka filem P.Ramlee tak?? Kalau suka kenapa?? Mesti sebab jalan ceritanya.. di samping skrip dia yang "melekat". Zaman sekarang... ada tak dialognya yang catchy?? Kita bakor aje... adalah contoh paling mudah. Uniknya penangan filem Mamat Khalid.. makin diulang tayang.. buat
kesekian kalinya.. kita makin faham ceritanya... makin jelas apa yang
mahu disampaikan...dan mkin besar gelak tawanya. Makin best pula layan banyak kali terutama bila semua sanak saudara berkumpul di kampung menyambut hari raya.
Selain itu, Mamat Khalid pernah menang besar di anugerah drama/perfileman menerusi drama Pinang Durian dan filem Kala Malam Bulan Mengambang. Mamat juga pernah menyumbangkan skrip Tipah Tertipu The Movie dan juga filem epik Puteri Gunung Ledang yang begitu puitis dan romantis sekali skripnya. Manakala dari segi kutipan, Mamat Khalid berjaya meraih kutipan tertinggi menerusi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjaya mengutip 7.9 juta. Menariknya, tahun 2013 menyaksikan 2 filem Mamat Khalid berjaya mengutip 9.84 juta melalui filem Husin,Mon & Jin Pakai Toncit (5.89 juta juga kutipan paling tinggi tahun 2013) dan Rock Ooo (3.95 juta).
Kata kunci seterusnya, Kampung Pisang!
Anda peminat setia penduduk Kampung Pisang. Jalan ceritanya sama... di sebuah kampung yang permai... Kampung Pisang diberi nama, orang ramai berkumpul di gerai Pak Jabit dikejutkan dengan kepulangan Husin (yang naik motor ke...motorkar ke...). Husin balik mesti ada sebab.. kena buang kerja lah.. jadi muflislah...merajuk kecewa bercintalah... Tiba-tiba ada kejadian aneh... maka kisah pun bermula. Tup tup muncul anak Mamat entah dari mana-mana. Haha.
Itu patern yang berjaya dibentuk oleh Mamat Khalid. Sejak dari zaman Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan juga Husin, Mon & Jin Pakai Toncit. Tidak terkecuali... Zombi Kilang Biskut. Ceritanya, Husin yang telah diisytihar muflis, balik ke kampung pisang dan ditawarkan bekerja di Kilang Biskut. Tiba-tiba sahaja.. ada kejadian aneh. Klise... tetapi sangat membantu penonton lebih memahami cerita ini. Tambah-tambah dengan dialek Perak yang amat kena dan memikat hati.
Hakikatnya... jika di anugerah FFM atau ASK ada kategori lakonan
berkumpulan terbaik.. sudah pasti para pelakon Mamat Khalid berjaya
menggondol anugerah tersebut. Pelakon utamanya menonjol.. namun pelakon pembantu dan sampingan juga menyerlah. Orang kata tak overshadow ataupun curi limelight. Lihat sahaja lakonan ahli kumpulan Rimba Bara dan Penduduk Kampung Pisang. Saling menguatkan antara satu sama lain.
Penduduk Kampung Pisang dengan karaktor tersendiri.. biarpun tidak cantik, kurang segak dan tampan namun ramai yang menggemarinya. Siapa yang tidak suka watak Husin, Usop Wilcha, Pak Jabit, arwah Pak Abu (Zami Ismail), Kak Limah?? Hatta watak kecil seperti Wan Kaswi (sabor je lah), Zainuri Misfar (pegawai kesihatan dengan dialog "bala.. bala...") juga mampu meninggalkan kesan termasuklah anak Mamat dengan kegilaannya menyerang "hantu".
Kata kunci ketiga, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR)
Dalam banyak-banyak filem Kampung Pisang..HKLBR yang memberi impak yang kuat terhadap kerjaya Mamat Khalid. Selain kutipan tertinggi oleh Mamat, HKLBR juga menjadi penanda aras kepada filem-filem baharu. Biarpun tak menang besar dalam FFM, HKLBR menjadi filem yang malar segar. Evergreen. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan HKLBR lebih hebat daripada karya masterpiece Mamat Khalid, Kala Malam Bulan Mengambang yang menang besar di FFM dan ASK!
Kenapa?? Formula Mamat Khalid mudah sahaja. Ambil pelakon yang tidak popular.. tetapi berbakat. Lakonan yang meninggalkan impak. Tak percaya?? Cuba lihat graf kerjaya Johan RL (yang sebelum tu memang sendu... siap ada kes gaduh..lempar gelas pong pang dengan penerbit...alih-alih dah menang pun kes itu...eh!) dan juga Shy8 atau lebih glamor dengan nama Usop Wilcha. Ummi Nazira yang kini telah berhijrah juga nampak class kerana beraksi dalam filem yang selektif seperti Hikayat Merong Mahawangsa dan Penanggal.
Shoffi Jikan?? Ajib sengat KL Gangster ini, sebelum namanya meletup, hakikatnya Shoffi merupakan pelakon kegemaran Mamat Khalid. Macam Shuhaimi Baba ada Ida Nerina, Kavita Kaur... Osman Ali ada Mislina Mustapha.. arwah Yasmin Ahmad ada Adibah Nor, Afdlin Shauki ada Patrick Teoh... Ahmad Idham ada Cat Farish (eh...motif???tetiba).
Maka watak-watak yang hilang seperti Sofi... Usop Wilcha... dan Kak Limah akan lebih menyerlah dan diberi lebih banyak peranan dalam Zombi Kilang Biskut. Zombi Kilang Biskut juga mengekalkan formula yang sama. Pelakon tidak popular. Heroin baru tak baru... Dayana Roza (produk Anak Wayang Astro juga gelpren Muslim Ahmad... ops), Eina Azman (harap-harap kontroversi Afiq Muiz tak memberi kesan kerana lakonannya dengan memek wajah yang bengis dan garang memang sesuai) Shuk Balas atau Shuk SYJ yang dijangka graf kerjayanya akan berkembang, watak Ilya Aku Kaya bersama Wahab B(lakonan Wani NS) juga menarik. Adakah Wahab B ini jelmaan Afdlin Shauki yang buat penmapilan khas dalam Husin, Mon & Jin Pakai Toncit. Tidak lupa..wartawan Zainuri Misfar pun banyak babak buat ketawa terbahak.
Sebab terakhir; Lagu Saduran
Mamat Khalid memang Mat Rock. Filem Rock dan Rock Ooo... banyak lagu saduran juga lagu tema selingan yang menggamit memori membuai perasaan. Dalam konteks Kampung Pisang, kayu pengukurnya... masih lagi HKLBR. Cinta Kristal dendangan Awie masih berhantu. Lamunan Terhenti tak berapa berjaya. Kali ini, adakah lagu ini berjaya menambat hati penonton???
Mamat Khalid juga ada buat kemunculan khas nyanyi lagu Kencorong.. eh..Keroncong. Kebetulan pula Adam AF2 pun berlakon sama kan...
Apakah daya tarikan Zombi Kilang Biskut??
Filem ini bukan hanya bergenre seram dan komedi malah ada juga banyak menampilkan babak aksi. Aksi pelakon lelaki, wanita dan juga Usop Wilcha. Sisi hitam Usop Wilcha lebih menyerlah kali ini. Ada kisah silam yang perlu dibayar Usop Wilcha. Justeru, jika anda merindui Usop Wilcha Hantu Kak Limah, Zombi Kilang Biskut lebih banyak kisah Usop Wilcha.
Oh ya... Kak Limah juga menonjol . Lebih banyak dialog kali ni. Kak Limah sudah waras...bukan sahaja sudah sihat tetapi siap ada kekasih!! Wah.. siapakah pasangan orang tua tak sedar diri yang hangat dilamun cinta ini?? Jawapannya ada dalam Zombi Kilang Biskut.
Tambahan pula, Bukan kisah zombi semata-mata, malah ada kisah pontianak. Siapakah pontianak itu?? Apa motif dia muncul di Kampung Pisang?? Adakah kaitan dengan Kilang Biskut tempat Husin bekerja?? Ada kaitan dengan Usop Wilcha.. ops~
Kritikan sosial dan Mamat Khalid tak boleh dipisahkan... banyak isu yang berjaya disampaikan. Antaranya kisah poligami, skim cepat kaya, ceramah politik agama, serta motif paling penting sekali,... malu bertanya.. silap serang! Malu sendiri...bukan kepalang.
Zombi Kilang Biskut akan menyerang pawagam bermula 20 Mac. Jika mendapat sambutan... ada rezeki...nantikan... Zombi Ultimatum, penutup kisah Kampung Pisang. Jika anda peminat setia penduduk Kampung Pisang...moh ler kita ya :)
No comments:
Post a Comment