Hari ini 17 Ramadhan. Tarikh di mana turunnya Al-Quran itu sekaligus kepada baginda Rasulallah. Tetapi wahyu disampaikan berperingat-peringkat mengikut susur galur peristiwa dan kesesuaian yang telah ditetapkan-Nya.
Benar! Al-Quran itu mukjizat terbesar. Setelah lebih 1400 tahun Al-Quran itu satu-satunya kitab yang kekal relevan hingga ke hari ini. Betapa banyak perkara yang telah sekian lama terkandung di dalam Al-Quran telah berjaya dibuktikan melalui Sains.
Banyak ayat-ayat suci Al-Quran dapat dijadikan pelindung diri, dijadikan penawar penyakit dan sebagainya. Al-Quran memberikan ketenangan kepada yang membaca dan mendengarnya. Benar sekali.. Al-Quran itu terapi hati.. motivasi diri bagi mereka yang memahami segala isi.
Banyak ayat-ayat suci Al-Quran dapat dijadikan pelindung diri, dijadikan penawar penyakit dan sebagainya. Al-Quran memberikan ketenangan kepada yang membaca dan mendengarnya. Benar sekali.. Al-Quran itu terapi hati.. motivasi diri bagi mereka yang memahami segala isi.
Betapa besarnya kehebatan Allah. Sedangkan musuh-musuh Islam senantiasa mengkaji, memahami dan mencedok serta mempraktikkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran, apatah lagi kita yang sememangnya dilahirkan Muslim sedari kecil. Tak rasa rugi ke?
Seharusnya, lidah kita basah dengan zikrullah, selawat ke atas baginda serta ayat-ayat suci Al-Quran. Lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini. Allah nak bagi pahala secara mudah. Free of charge~
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka
untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf
itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak
berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu
huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” - (Hadith riwayat Tirmizi)
Mengapa Al-Quran itu mukjizat?? MUKJIZAT itu perkataan Arab. Mim-Ain-Jim-Zai-Ta. Kata dasarnya ialah A'-JA-ZA yang bermaksud LEMAH. Mukjizat Allah beri KHAS kepada Rasul supaya dapat melemah dan menundukkan musuh Allah.
Zaman Nabi Nuh, memang terkenal dengan pakar-pakar binaan terutama industri perkapalan. Justeru, Allah beri mukjizat kepada Nabi Nuh dengan bahtera yang besar. Masa Nabi Musa, semua orang terpegun dengan sihir, maka Allah beri Mukjizat sihir kepada Nabi Musa melalui tongkat yang mampu menumpaskan pakar-pakar sihir yang dipilih Firaun.
Sama juga waktu Nabi Isa. Ilmu pertabiban atau perbomohan membuatkan seseorang itu terkenal. Maka Nabi Isa dianugerahkan Allah mukjizat mampu merawat penyakit-penyakit hatta menghidupkan orang mati dengan izin Allah. Zaman jahiliah.. memang terkenal dengan sastera-sastera dan syair puisi nan indah.
Di sini.. terbukti Al-Quran itu mukjizat terbesar Nabi Muhammad sebab baginda seorang yang ummiy yakni tak boleh membaca dan menulis tetapi memiliki Al-Quran yang begitu indah susunan nuansa bahasanya. Tak mampu ditandingi sesiapa sehingga ke hari ini walau sekadar mahu menandingi satu surah sekalipun.
Sempena peristiwa Nuzul Al-Quran, ayuh kita menyemarakkan amalan membaca Al-Quran. Kalau boleh habis satu Al-Quran. Walau merangkak sekalipun sebab ada ganjarannya di situ.
“Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala” - Hadith Riwayat Muslim.
Mengapa DUA PAHALA? Pertama, pahala membaca. Kedua, pahala sebab SABAR menghabiskan bacaan Al-Quran itu sendiri. Dan dari semasa ke semasa kita haru memperbaiki dan mempertingkatkan mutu bacaan. Belajar daripada orang yang berilmu. Aktiviti bertadarrus Al-Quran contohnya.
Sebaik-baik kamu ialah seorang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya - Hadith Riwayat Bukhari
Akhir kata, setelah amalan membaca Al-Qran menjadi rutin harian, mari kita sama-sama menyuburkan sikap memahami, menghayati dan mengaplikasi segenap isi Al-Quran. Mudah-mudahan mendapat keberkatan dalam hidup ini insya Allah. SALAM NUZUL AL-QURAN~
Akhir kata, setelah amalan membaca Al-Qran menjadi rutin harian, mari kita sama-sama menyuburkan sikap memahami, menghayati dan mengaplikasi segenap isi Al-Quran. Mudah-mudahan mendapat keberkatan dalam hidup ini insya Allah. SALAM NUZUL AL-QURAN~
No comments:
Post a Comment