Hari tu, 2 Ramadhan 1432 juga 2 Ogos 2011 giliran aku sekali lagi memberikan Fakta Sains (Science Facts) waktu panggilan-bergolek di waktu pagi (morning roll-call) :P
Aku memilih tajuk berpuasa. Apakah fakta-fakta Sains yang menarik di sebalik aktiviti berpuasa??
Pertama, sistem yang dipengaruhi aktiviti berpuasa adalah sistem pencernaan, saluran penghadaman dan fungsi metabolik badan. Merujuk buku yang ditulis oleh Allan Cott, Fasting as a way of life, sistem penghadaman, pencernaan dan saraf pusat akan mengalami masa rehat fisiologi secara menyeluruh dan menormalisasikan metabolisme tubuh.
Maknanya, setelah 11 bulan berhempas pulas bekerja tanpa henti, sistem-sistem di dalam tubuh manusia akan 'berehat' seketika. Dan sel-sel secara tetap akan mengalami proses rehabilitasi atau regenarasi. Bukan saja manusia, bahkan ular juga tutur "berpuasa" bagi mengalami proses peremajaan sel, yakni bertukar kulit baru.
Haiwan-haiwan yang berhibernasi seperti penguin, tupai tanah juga turut "berpuasa". Ada juga haiwan yang mengadakan "mogok lapar". Dan tumbuhan juga "berpuasa" dengan memilih tidak menyerap unsur fotosintesisnya. Bezanya kita manusia berpuasa dengan ada jiwa dan raga.
Kedua, dalam Islam, kita harus makan ketika lapar & berhenti sebelum kenyang. Dan Rasulallah juga menyeru umatnya supaya perut diisi sepertiga dengan makanan, sepertiga dengan minuman & sepertiga dengan udara sebagaimana sabdanya :
"Tiadalah anak Adam mengisi perkara yang lebih jelik daripada perutnya. Cukuplah beberapa suap makanan bagi menegakkan tulang punggungnya. Andai kata tidak dapat dihindarkan, bahagikanlah perut itu 3 bahagian. 1/3 bagi makanan, 1/3 bagi munuman dan 1/3 lagi bagi udara" (Hadith Riwayat Tirmizi)
Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan. (Surah al-`Araf:31)
Ketiga, merujuk kepada sunnah Nabi sebagaimana Rasulullah SAW apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan
beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda
berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka
dengan beberapa teguk air. (Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi.)
Mengapa kurma atau tamar?? Sebab kajian Sains menunjukkan bahawa dari segi tinjauan biokimia, kurma mengandungi monosakarida yakni gula ringkas. Berbeza sekali dengan tepung atau nasi yang mengandungi karbohidrat berbentk polisakarida. Monosakarida, gula ringkas tak memerlukan tenaga yang banyak bagi memecahkannya menjadi lebih ringkas malah tenaga dalam kurma sudah siap dan tinggal diserap oleh saluran pencernaan.
Akhir sekali untuk renungan bersama. Apakah hikmah dilambatkan bersahur, dan disegerakan waktu berbuka??
Trend orang sekarang bersahur pukul 12 tengah malam, pukul 2 pagi sebab
berjaga larut malam. Subuh?? (Usah cakap pasal Qiamullail sebab "bangun
malam" hanya untk orang yang tidur).
"Seseorang itu sentiasa mendapat kebaikan selama mana mereka menyegera berbuka puasa" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur" (Hadis riwayat An-Nasaie.)
"Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur" (Hadis riwayat An-Nasaie.)
“Bersahurlah! Kerana bersahur itu mempunyai keberkatan" (Hadith Riawayat Bukhari dan Muslim)
"Bersahurlah sekalipun dengan seteguk air” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
No comments:
Post a Comment