Masih ingat lagi kisah yang lepas pasal Maya? Entri sudah ada cerita
pasal sensitifnya kulit Maya disebabkan beberapa kemungkinan. Rasa amat
sedih apabila anak kecil dijadikan "bahan eksperimen" ubatan. Tidak
mengapalah.. rasa ralat itu tak perlu dipahat.
Abaikan..fokus apa yang ada di hadapan. Alhamdulillah.. begitu pantas masa berlalu. Setahun sudah...
Ini adalah Jurnal Maya (JM) edisi yang kedua (akan tetapi secara unofficially/ tidak rasmi ketiga sepatutnya). Jika edisi sebelum ini ada kisah mengenai kelahiran dan perkembangan Maya, kali ini juga ada beberapa progres dan kisah menarik untuk dikongsi bersama.
Sesudah melepasi usia 5 bulan... Maya dah makan macam-macam. Ummi blend/kisar nasi bersama kentang, brocolli dan lobak merah. Tambahan pula.. Maya cepat tumbuh gigi. Sekarang Maya sudah ada 10 batang gigi. Nyum nyum.. sedap~ Maya pun boleh duduk.
Kemudian, Maya dah pandai seimbangkan diri. Suka sangat berdiri di atas kaki sendiri. Maya berani. Jatuh tersembam sekali dua bukan halangan untuk Maya terus mara ke hadapan. Dan ketika usia Maya masuk 11 bulan, Maya dah boleh berjalan. Alhamdulillah.. Tapi.. orang tua kata.. kalau cepat berjalan.. bercakap memerlukan masa yang lebih lama. Betulkah? Mitos.. atau fakta? Hmmm~
Maya suka tengok TV tak? Walid tak nak ajar sangat Maya tengok TV. Tapi Ummi kata... kalau Ummi nak buat kerja rumah, salah satu cara nak tarik perhatian Maya adalah dengan pasang TV, saluran Disney Junior 613. Alih-alih.. TV sahaja yang terpasang tapi tiada yang memandang sebab Maya pun sibuk nak ke dapur ikut Ummi. Sepahkan rak pinggan mangkuk. Sebab tu barang-barang plastik sahaja diletakkan di bahagian bawah. Habis semua barang digeledah dan diketuk jadi barang mainan.
Maya suka main tak? YA! Lebih-lebih lagi kalau permainan yang ada bunyi. Ini semua Tok Pa yang ajar Maya. Pantang jumpa barang.. semua diangap mainan sebab Maya suka ketuk. Dan semuanya digigit! Semua nak masuk mulut. Hari tu pernah tertelan tisu sedikit. Habis henfon Ummi.. hehe
Dan di bawah adalah contoh barang permainan yang kami belikan untuk Maya. Permainan yang boleh meransang minda dan segala deria yang ada. Maya kan suka dengar bunyi.. maka kami biarkan Maya meneroka sendiri keseronokan bermain. Sebagai permulaan..
Banyak benda boleh diajar melalui satu permainan ini sahaja. Pembelian yang amat berbaloi.. sebab kami boleh ajar Maya mengenal warna. Kemudian boleh ajar bentuk atau ruang. Serta membilang.. Ekstra tambahan.. kami mahu ajar 3 bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Arab (ummi kan ustazah..) Dan paling penting.. selepas habis main... "kena kemas rumah"! Simpan balik ke tempat asal.
Mudah dan seronok kan? Teringat satu kisah.. di mana Rasulallah pergi ke rumah anaknya Fatimah. Ketika itu, Fatima sedang bersolat bersama Saidina Ali, lalu baginda bermesra dengan cucu-cucunya yakni Hasan dan Husain.
Selepas itu baginda memberi minuman (susu rasanya) kepada salah seorang cucunya. Kemudian Fatimah muncul dan menyaksikan kelakuan baginda. Fatimah menyangka Rasulallah lebih sayangkan cucu yang diberi minum itu berbanding seorang lagi cucu. Lalu Rasulallah menyatakan bahawa belia mengajar cucu-cucunya erti menunggu giliran dan sabar.
TT: Bila Maya besar.. dah ada ramai adik..kita jalan-jalan ke Kidzania ya! :)
No comments:
Post a Comment