Aku mencuri sedikit masa, lantaran kesibukan, kekangan dan kesuntukan masa yang amat. Terus-terang aku cakap, daya tarikan yang paling kuat supaya aku menonton filem ini sudah tentu kerana Heliza. Dek renungan matanya yang bundar menawan itu...yang ada iras-iras Reese Witherspoon.
Biarpun ini lakonan pertama Heliza, ia tetap memberansangkan dan tidak menghampakan. Sebagaimana aku suka lakonan Jac dalam Talentime, begitu juga Heliza. Bezanya, Heliza diberikan watak utama. Lakonannya tetap ada chemistry bersama teraju utama gandingannya, Awal Ashaari dan boleh diasah lagi. Tahniah kerana filem ini "bebas sentuhan" dan tiada ungkapan "I love you" antara Irham dan Syuhada tetapi getar cinta mereka dapat dirasakan.
Biarpun telah banyak filem dilakonkan Awal. Pernah menjadi watak utama dalam Impak Maksima dan Apa Kata Hati?. Tetapi...kita boleh kata ini "lakonan pertama" seorang yang bernama Awal Ashaari. Lakonan yang biasa tetapi ada kualiti. Sebagaimana aku menganggap "lakonan pertama" Danny dan Bienda dalam Budak Kelantan.
Akhbar mengulas filem ini tak bersandarkan populariti pelakonnya. Hello, Awal, Heliza dan Haziq Tom Tom Bak tu tidak popular ke? Mungkin definisi popular itu subjektif kot. Popular tu, mungkin pelakon filem ini bukanlah nama-nama besar yang pernah meraih anugerah Terbaik ataupun Paling Popular yang menghasilkan kejayaan besar dalam filem ataupun kerjaya lakonan mereka sebelum ini. Agaknya itulah tafsirannya...
Sebelum mejejakkan kaki ke dalam pawagam, "mindset" aku kuat mengatakan cerita ini macam cedok sikit filem "Kiamat Sudah Dekat" yang diedarkan oleh MIG juga. Tetapi setelah menonton, perkara ini memang diakui terdapatnya elemen daripada filem tersebut seperti watak budak bernama Ikmal, Syuhada ada atuk yang alim, dan ibu bapa Irham yang sesat-barat. Sama tapi tak serupa.
Ceritanya berada di kelas yang berbeza. Terdapat ramuan-ramuan perisa tambahan yang lebih menarik untuk dikupas terutama skripnya yang agak bagus. Mungkin boleh lawan skrip "CINTA" yang ala-ala iklan Petronas itu. Ditambah muzik latar, sentuhan Mohram yang mendayu-dayu adakalanya menggamit kesayuan dan menginsafkan.
Kelangsungan cerita ini hidup kerana penangan keserasian 3 watak utama. Pertama, Irham lakonan Awal. Kedua, Syuhada yang dibawa Heliza. Dan orang ketiganya Ikmal lakonan Haziq Tom-Tom Bak. Ketiga-tiganya berlakon "bersama-sama" dan bukan masing-masing hanya menjayakan watak sendiri. Pelakon pembantu juga memainkan peranan mereka dengan baik sekali. Shahezy Sam yang cemerlang sebagai Acai lewat lakonannya dalam Bohsia. Fizz Fairuz dan Hisham Ahmad Tajuddin juga membawa lakonan yang mengesankan.
Inilah yang dinamakan lakonan berkumpulan yang saling bantu-membantu. Apa yang kurang ditampung oleh pelakon pembantu sehingga nampak berjaya. Macam lakonan berkumpulan yang baik dihasilkan cerita Los & Faun, Cuci serta Kala Malam Bulan Mengambang. Kenapa tak ada kategori Lakonan Berkumpulan Terbaik ek?
Semasa pembikinan filem ini, telah terpalit 2 kontroversi. Pertama, perang yang meletus antara David Teo dan Yasmin Ahmad. Isu siapa tiru siapa. Sebab masa tu, filem Muallaf baru habis penggambaran. David pula dah umum nak buat cerita ala-ala "racial-love" trademark Yasmin. Alih-alih, pihak penerbitan yang berbincang membuat langkah bijak. Isu orang yang hanya Islam pada nama, atas IC saja menjadi taruhan. Kedua, isu Awal yang lengkap berjubah berserban tetapi pakai subang macam pokok krismas. Tengok dulu...baru anda faham apa ceritanya.
Apa yang aku suka pasal cerita ini, kita tak nampak halangan yang akan wujud antara Irham dan Syuhada, melainkan diri mereka sendiri. Irham anak orang kaya tapi pegangan agamanya goyah. Syuhada juga orang kaya berada tetapi yatim piatu dijaga atuknya yang alim dan pendirian Syuhada juga fleksibel. Dia tak mudah menghukum orang yang jahil seperti Irham, malah memberi ruang dan peluang kepada Irham sehingga akhirnya Syuhada sendiri yang kecewa.
Unsur didaktiknya tetap ada biarpun tidak setebal mesej yang dibawakan Ayat-ayat Cinta. Kalau nak diikutkan, filem Ayat-ayat Cinta itu lebih ringan daripada novel asal yang diadaptasi daripadanya. Syurga Cinta menyampaikan dakwah secara halus. Yang jahil, mungkin terdetik nak berubah. Yang dah baik juga takkan merasa diri sudah cukup bagus dan sempurna.
Kita tak terasa berat kepala. Tak terasa kena bebel dengan Syuhada dan atuknya. Malah setiap tutur bicara yang keluar dari mulut mereka, menggambarkan betapa indahnya Islam. Addinu..nasihah. Agama itu nasihat. Skrip yang cukup bagus disulami dengan tafsir Al-Quran dan hadis-hadis serta pujangga yang puitis sekali.
Ditambah dengan unsur humor yang tak keterlaluan. Ngam-ngam. Tak lebih. Tak kurang. Dalam sibuk bergelak tawa kita turut terasa pedasnya tergigit cili. Babak yang aku takkan lupa ialah ketika Irham nak minum arak nak baca bismillah! Terasa beb kalau benda tu kena atas diri sendiri. Unsur suspens dan seram juga ada. Rasanya lebih takut daripada cerita Jangan Tegur itu. Haha.
Tidak salah kalau dikatakan, cerita-cerita sebegini harus diperbanyakkan. Bukan kita mengharapkan lambakan cerita-cerita yang klise yang lebih kurang begini ceritanya , tetapi hadirlah bersama perkembangan, kemajuan dan kelainan dari sudut naratifnya, aspek lakonannya, dan mesejnya. Cukup-cukuplah hasilkan cerita Mat Rempit lagi dan yang berkaitan dengannya. Itu memang klise! Tidak ralat bagi aku melabelkan filem ini sebagai Filem Terbaik MIG dan Ahmad Idham. Eh, MIG tu apa? Metrowealth International Group Production, David Teo punya company.

best ke mus citer ni??? yana mmg nk g tgk,tp x geng la.. ea la kn, msg2 cbuk ngan hal msg2...
ReplyDelete