Ini satu kisah. Satu cerita. Khabar berita yang dicanang-canang sebagai isu utama dalam keluarga aku dewasa ini. Mama dan Papa merupakan orang Kelantan sejati. Kedua-dua orang tua aku bekerja. Jadi, bukanlah suatu yang menghairankan jika aku kata, kami 4 beradik membesar dengan orang luar yakni orang gaji.
Jarak usia antara aku dan Cici, 2 tahun. Manakala 4 tahun memisahkan Cici dan Min. Dan Min pula tua 8 tahun daripada Sufia. Wah... Teori janjang aritmetik ke? Haha. Fasa pertama, aku dan Cici ada pembantu rumah yang membesarkan kami.
Kebanyakannya kakak-kakak dari Kelantan yang tengah tunggu keputusan SPM ataupun yang ada SPM tapi tak cukup duit sambung belajar. Ada juga orang Siam yang menjaga kami. Ramai juga. Antaranya Kak Da, Kak Yoh, Kak Ti, Kak Jah dll. Wah..ingatan aku masih boleh tahan~
Seterusnya fasa kedua. Tahun 90-an, setelah kelahiran Min. Min masa baru lahir dulu ada sakit kulit. Gatal-gatal..kuku tercabut dan yang berkait dengannya. Dan penyakit ini berjangkit mungkin sebab darah kami sebagai satu keluarga. Habis mak saudara,bapa saudara, tok ayah dan nenek (mok & tok mek) turut terkena tempiasnya.
Alhamdulillah..setelah berusaha dan berikhtiar. Jumpa bomoh-bomoh tradisional, siap mandi laut segala, semuanya hampir pulih. Min sihat dan sudahpun nak masuk 19 tahun Oktober nanti. Ramai juga yang jaga kami 3 beradik.
Antaranya, seorang warga Indonesia (buat pertama kalinya) yang kami panggil 'nenek'. Bukan bibik ya. Sebab usianya memang melayakkan kami panggil nenek. Papa dan Mama pun panggil dia makcik. Kemudian, datang pula pemegang rekod paling lama sebagai orang gaji paling lama berkhidmat dengan keluarga kami, yang dah anggap macam kakak sendiri.
Siti Lili Suriani Mustapha aka Kak Lili. Dari umur Min 5 tahun..sampailah Min darjah 6 dan dapat adik baru, Sufia. Kak Lili memang supporting habis. Kak Lili ni sebaya dengan Mak Su kami iaitu Su Lili. Kak Lili juga sebaya dengan Kak Ijah jiran rumah sebelah kiri, sebaya juga dengan Kak Dila, jiran rumah sebelah kanan, dan sama umur juga dengan Kak Suraya, jiran belakang rumah. Kenapa tak cakap je satu Jalan Jasa 4, Taman Jasa sebaya dengan Kak Lili? Haha
Takkan aku lupa...peristiwa naik bas, ke Warta Selayang...Kak Lili belanja makan kami 3 beradik. Habis jauh, ke Jalan TAR lah. Bangunan SOGO itu memang banyak kenangan. Satu lagi, Selayang Mall...ada Mydin di situ. Masa kecik-kecik dulu, memang seronok main game dekat tingkat atas sekali.
Boleh kata Min ni memang manja giler lah dengan Kak Lili. Ya lah...cuba bayangkan, pergi dan balik sekolah Kak Lili yang uruskan. Masa Min darjah 1, masuk Tae-Kwan-Do. Dan yang penting, Kak Lili kena ada kat tepi. Haha. Akhirnya, separuh jalan saja kelasnya. Bila Min dah besar sikit, Cici yang carry ke sekolah naik basikal. Oh ya, untuk pengetahuan umum, masa Min darjah 1, aku berada di Kota Bharu...sekolah Ma'ahad.
Fasa ketiga,setelah Sufia lahir ke dunia, Kak Lili sekejap saja dapat jaga Adik Ya. Sebabnya, masa tu Kak Lili dapat penyakit. Kanser kalau tak silap. Maka dari situlah orang gaji yang datang silih berganti. Tangan yang memangku Sufia sering bertukar tangan.
Kak Lah..Kak Da(satu-satunya orang gaji warga Indo yang kami tak panggil Bibik, tapi kena hantar balik sebab rekod kesihatan tidak baik)...Mek Da (orang ulu...Kuala Krai yang memperkenalkan kami istilah "kuro bani")... Bibik tua. Dan seorang lagi Bibik yang menjadi topik utama cerita kali ini. Bibik Nurul. Inilah orangnya ...
Sebenarnya Bibik ini asalnya bekerja dengan orang lain. Masalahnya, majikannya Datuk mana entah tak bayar gaji. Lebih malang, anak majikannya terlibat dengan dadah, dan pernah barang kemas Bibik dicuri. Bibik Nurul mengadu kepada jiran tetangganya, Cikgu Sulastri yang kebetulan kawan sekampus Mama sewaktu di UM.
Maka, Mama disyorkan supaya mengambil Bibik Nurul kerana kebetulan pada waktu itu, memang tiada orang gaji di rumah. Cici, abang yang paling besar di rumah (sebab aku masih di KB) yang meringankan beban Mama. Cici yang basuh baju...lipat baju...dan sudah tentu dia handal memasak daripada aku.
Bibik Nurul "lari" dari sana. Tinggal bersama kami di Taman Jasa, Sungai Tua, Batu Caves. Bukan kami yang "culik" ya. Dari usia Sufia 4 tahun sampailah sekarang Sufia darjah 5 dan kami dah pindah ke Putrajaya. Mungkin orang kedua paling lama berkhidmat selepas Kak Lili.
Bibik Nurul ni memang manjakan Sufia sangat. Sufia makan bersuap..mata tengok ke TV. Apa lagi. Kartun-kartun ASTRO lah. Dulu siap kena dukung lagi walaupun...(dah besar panjang). Rajin tu tak payah cakaplah. Ada 3 biji kereta di rumah..3 biji Bibik basuh. Sudahlah pandai memasak. Spagheti dan makaroni contohnya...
Jadi, apa dan bagaimana layanan kami terhadapnya? Aku rasa...ini win-win situation. Dia dah lepas dari mulut harimau..tapi tak masuk ke mulut buaya. Dia "lari" dengan tiada permit dan passport yang sah. Sekarang dah ada. Permit baru saja disambung Januari lalu sehingga tahun 2011. Bibik yang dulu tak pakai tudung, sekarang dah pakai. Dulu tak lekat solat 5 waktu, sekarang nampak juga bersolat. Bukan sebab mama atau papa yang memaksa. Orang tua kan.. Mungkin malu dengan Sufia... keinsafan dan hidayah yang Allah bagi kepada sesiapa saja.
Tahun 2006 atau 2007 lebih kurang, Papa yang uruskan anak sulung Bibik nak kerja kat KL. Papa yang recommend si Henry itu bekerja di Balakong. Tak puas hati lagi? Papa kira pula supaya dapat kerja di Jusco Mid Valley. Sampailah peristiwa "kantoi" di malam hari. Henry dihantar balik ke Indonesia. Gara-gara nak lari dari polis sebab passport mati tak di"renew". Itulah.. Papa dah pesan banyak kali, degil lagi. Papa dan Mama layan macam keluarga sendiri. Bukan Bibik Nurul ni seorang tau. Memang semua dilayan macam tu.
Mana ada orang gaji yang panggil Papa, Tuan atau ada perkataan "Encik" di hadapan. Panggil Abang Din saja. Mama pulak...mereka panggil Kak Zam saja. Bibik pernah kami bawa balik Kelantan. Dah sikapnya memang "cak ligah" ataupun rajin. Tak boleh duduk diam. Kebetulan pula ada kenduri besar masa tu. Ganjarannya..bibik dapat hadiah daripada orang-orang kampung. Ada yang bagi kain...dan sebagainya.
Soalannya...adakah Bibik perfect? Rajin saja tidak mencukupi kan? Bibik layan Sufia macam anak sendiri. Ya lah...Bibik takde anak perempuan. Anaknya kesemuanya lelaki. Tapi tetap ada kekurangannya. Apa dia? Biarlah kami simpan peristiwa "kantoi" itu sebagai rahsia. Fail sulit! Isunya sekarang? Setelah permit diperbaharui sehingga 2011 pada Januari 2009 yang lalu. Hello, aku sendiri yang pergi ke Kedutaan Indonesia di Jalan Ampang itu ya. Masa tu memang aku tanam anggur lagi. Bibik pernah balik sekali tahun 2005 tak silap,dan kali ini Bibik menyatakan hasratnya untuk balik sekali lagi. Ada dua urusan. Pertama, Henry dah nak kahwin rasanya. Kedua, ibu kepada bibik sakit tenat. Bibik ni anak tunggal, suaminya telah tiada, maka anak-anaknya yang menjaga ibunya. Senang cerita..nenek dijaga cucunya.
Maka, setelah berbincang, Mama dah beli tiket pergi-balik. Tiket ke Jogjakarta melalui Airasia. Bibik berangkat pada 20 Februari 2009. Mama bagi masa 3 bulan untuk Bibik lunaskan segala urusan di sana. Aku sempat lah juga menjadi Bibik di rumah. Sufia siap tersilap memanggil nama Bibik lagi. Rindu lah tu. Mengikut perancangan, esok, 22 Mei 2009, lepas solat Jumaat Bibik harus kembali.
Tetapi...apakan daya. Isnin baru ni Bibik buat panggilan, bercakap dengan Mama. Katanya, hatinya berat nak tinggalkan ibunya yang terlantar. Ibunya mengalami kegagalan buah pinggang. Kaki membengkak dan sebagainya. Orang-orang kampung pasti sibuk mengata kalau tingalkan ibu yang seakan-akan nazak.
Dia manusia juga. Ada kehidupan. Ada anak-anak. Ada ibu bapa. Cuba kita berada di tempatnya? Lebih-lebih lagi...kita dah guna segala kudrat tenaga yang dia ada sepenuhnya. Sebaik mungkin. Kita pun ada hati perut. Mama jadi serba salah. Papa juga resah gelisah. Aku ambil kisah ya..
Kalau nak diikutkan. Harga tiket yang dibeli melalui online itu agak murah. Sebab beli awal. Dan Mama tak pernah claim balik dengan menolak gaji dan sebagainya. Sama juga urusan permit dan passport. Tak pernah tolak gaji. Aku pernah dengar isu 'cakap belakang'. Bibik sebenarnya tak puas hati, gaji standard orang gaji sekarang RM 500.
Betul tu... Memang gajinya dulu bermula agak rendah. Sebab dulukan..kita 'curi' dia bekerja dengan kami. Tapi dari semasa ke semasa, Mama dah "up"kan gajinya. Dah lebih RM 400 pun, cuma tak sampai angka 500 je. Adakah ibu bapa aku majikan yang "zalim"? Bibik hakikatnya, jaga Sufia yang dah besar. Bukan bayi kecil. Sufia seorang! Cici di UDM, Min di UiTM.
Bukan kena hantar dan ambil Sufia ke sekolah. Bibik urus rumah saja. Memasak. Membasuh. Mengemas. Dapat bilik besar. Ada TV (walaupun bukan Astro)..makan free (biarpun dia yang masak. Tapi kami siap ajak makan semeja lagi..cuma dia saja yang segan). Bibik nak keluar ke bandar hujung minggu...boleh saja. Sempat lagi ke Alamanda masa Sufia ke sekolah agama.
Sedangkan kami pernah juga mengajak Bibik keluar bersama kami, cuma jarang-jarang saja Bibik menerima ajakan kami. Alasan Bibik tak nak ikut kami jalan-jalan...tak suka air-cond. Klise tak jawapan? Ada satu cerita, Kami satu keluarga hantu durian, tapi Bibik tak tahan bau durian.
Ok lah...bagaimana kesudahannya? Aku mengaharapkan juga pandangan daripada kawan-kawan dan pembaca. Apa langkah terbaik supaya tiada hati yang terguris. Umpama menarik rambut dari tepung. Rambut tak putus, tepung tak berterabur.
Antara pilihan yang ada:
a) Mama bertegas push saja supaya balik (tapi sampai ke hari ini gagal dihubungi. Hari tu Bibik cakap nak telefon balik)
b) Bagi masa sebulan lagi tapi harga tiket nanti kena tolak gaji (tiket yang dah "burn" tu biarlah)
c) Ikut Bibiklah nak datang bekerja balik bila-bila masa tapi tiket kena beli sendiri
d) Cari Bibik kontrak, PKS mungkin...masalahnya ada ke?
e) Mungkin Bibik sebenarnya tak sampai hati nak cakap tak nak kerja dengan kami. Nak gaji lebih tapi tak berani nak cakap. Mungkin ni peluang nak "lari" lagi sekali (kalau nak buruk sangka lah)
f) Cari saja Bibik baru..Daia...lupakan yang lain...
g) Tak payah ada orang gaji terus...semua dah besar...kongsi-kongsi buat kerja (masalahnya kekangan masa lah...sebagaimana suasana rumah sekarang. Agak kelam-kabut. Kerja pejabat lagi. Kadang-kadang Mama/Papa "outstation" lagi dll)
h) Cadangan lain
b) Bagi masa sebulan lagi tapi harga tiket nanti kena tolak gaji (tiket yang dah "burn" tu biarlah)
c) Ikut Bibiklah nak datang bekerja balik bila-bila masa tapi tiket kena beli sendiri
d) Cari Bibik kontrak, PKS mungkin...masalahnya ada ke?
e) Mungkin Bibik sebenarnya tak sampai hati nak cakap tak nak kerja dengan kami. Nak gaji lebih tapi tak berani nak cakap. Mungkin ni peluang nak "lari" lagi sekali (kalau nak buruk sangka lah)
f) Cari saja Bibik baru..Daia...lupakan yang lain...
g) Tak payah ada orang gaji terus...semua dah besar...kongsi-kongsi buat kerja (masalahnya kekangan masa lah...sebagaimana suasana rumah sekarang. Agak kelam-kabut. Kerja pejabat lagi. Kadang-kadang Mama/Papa "outstation" lagi dll)
h) Cadangan lain
Apa yang pasti...kalau jawab a) macam salah je...
Bila tiba bab orang gaji ni..memang macam-macam karenah manusia. Lain padang lain belalangnya. Banyak manusia, banyak ragamnya. Pernah dulu, masa aku kami tinggal di Segambut, Papa dan Mama ambil 2 orang gaji sekaligus. Apa yang penting...dua-dua tak boleh pakai. Bergaduh sesama sendiri. Sebabnya sorang ni jealous yang tu kerja kurang, dia kena kerja lebih. Akhirnya, both of them are fired! Haha.
Ada pula yang tak tahu memasak tapi mengaku boleh memasak. Bila tanya, tahu tak buat pizza? Beres...Haha...kesudahannya Rebes! Ada juga yang kerja balik hari. Waktu siang saja datang rumah, kemas-kemas, basuh baju dan memasak. Tapi yang tak tahannya, dia bawa ke rumah 2 ke 3 orang anaknya berkampung di rumah kami macam rumah sendiri. Habis segala coklat dan buah-buahan dalam fridge disebat! Haha.
Ada jenis yang malas nak mam^&*. Selagi Sufia tidur atas buai. Selama itulah juga dia tidur. Ore Klate kata "badi tewah". Maknanya...bertanding siapa tidur lagi lama. Maka, jawapannya, baju-baju disidai di ampaian pukul 2 atau 3 petang. Kak Rokiah, jiran sebelah rumah nak angkat baju yang dah kering...dia baru nak sidai! Haha. Ada juga yang jenis cover baik punya. Depan Mama Papa, pijak semut pun tak mati. Nasib baik kami "bijak"! Haha. Silaplah nak jolok sarang tebuan kan...
Ada juga orang gaji yang pernah bawa anak kecil tinggal dengan kami. Ok juga kan. Dapat adik ekstra. Mejak kot nama manjanya. Cuma yang kelakar...bila dia nak minum air..dia akan sebut "nak atap...nak atap.." Haha. Ada seorang bibik yang pernah kerja dengan kami, kerjanya hanya nak balik kampung setiap bulan! Apa? Ingat Indonesia tu dekat?? Haha. Ah, sudahlah. Macam-macam cerita. Tak habis dua tiga malam kalau nak cerita.
No comments:
Post a Comment