Hebahan

Sunday, September 1, 2013

CDC September 2013

(1) Isu global - Mesir, Syria terus bergolak.. dan dijangka bakal berlanjutan ke Turki. Zalim dan kejam sungguh di Syria apabila anak-anak kecil dibunuh dengan serangan gas saraf. Ayuh kita berdoa. Qunut Nazilah. Juga isu UFB ulama'  UMNO (ILMU) dengan hujahnya berkaitan Mesir.

(2) Isu sensitiviti agama meruncing. Bermula dari sebelum Ramadhan, isu bak kut teh..anjing.. berlanjutan dengan kontroversi surau yang diguna penganut agama Buddha dari Singapura, seterusnya isu lukisan sensitif (I is Idiot + Basmalah terbalik)

(3) Kisah raya dan kematian. Kebanyakan kes mati puncanya... mercun dan kemalangan.. termasuk tragedi kemalangan bas di Genting. Juga kes-kes tembk..letup..bunuh oleh penjenayah tegar. Selamat dan merdekakakah Malaysia? Nak wujudkan kembali ordinan darurat (EO) ker? Dan ironinya kisah Altantuya sudah tutup kes.. tertuduh, Azilah & Sirul Azhar sudah bebas?? Altantuya berjalan-jalan di dalam hutan banat Puncak Alam lalu terpijak periuk api zaman Jepun kah?? C4 okay~  

(4) Bola sepak - Pastinya Malaysia XI menentang Barcelona! Saingan Piala Malaysia 2013 bermula.. Liga-liga bola sepak Eropah juga bermula. JoHaRa siap dapat ancaman bunuh lagi sebab label Liga Perdana Cap Ayam. Dan... bookie sudah kembalikah???

(5) Sukan - Datuk LCW sekali lagi kecundang (tarik diri set akhir). Dan.. pelumba Hafizh Syahrin Abdullah mengharumkan nama negara setelah menawan podium Indianapolis, USA. RIP Mendiang Chua Boon Huat. Walaupun tanpanya... pasukan hoki akan terus melakar sejarah dan kejutan.

(6) Meteor Peseid. Satu lagi fenomena telah dapat disaksikan seluruh dunia pada tanggl 12 dan 13 Ogos 2013. NASA telah mengklasifikasikan meteor ini antara yang tercantik pada tahun ini. Subhanallah.

(7) Filem tempatan - Lemak Kampung Santan (LKS) tak laku.. 100 K sahaja walaupun lebih berkualiti daripada Adnan Sempi 3 yang mampu kutip lebih 3 juta.  Manakala, TanDAPutera akhirnya ke pawagam. Laku kah?? Dan trailer KL Gangster 2 yang rasmi sudah ada di Youtube..dan khabarnya siap ada filem penuh lagi sampai dikongsi-kongsi.

(8) Anugerah - Anugerah Lawak Warna - IAD menang besar. Dan Anugerah MTV VMA - Justin Timberlake buat come back dengan N'sync... bye bye bye~

(9) Bulan Merdeka & siri konsert Antarabangsa? Perlukah?? Smashing Pumpkin, Linkin Park, Metallica.

(10) Iklan raya dan Merdeka juga menarik untuk diperkatakan. Bukan? Nasib baik lagu tema kemerdekaan tak sehazabedah tahun lepas. Lirik juga ditulis Pak Menteri. Yng bagusnya tiada lagi 1Malaysia thingy.

Wajah September 2013

R4BIA versus Fattah Assissi
Lim Teong Kim
Ratchanok Intanon
Ijab & Qabul
Proton Suprima S (srupe rima)
Pablo Aimar
PTPTN = CCRIS
The Conjuring - James Wan
Mrs Universe 2013 - Carol Lee
Hatijah Aam a.k.a Ummu Jah

No comments:

Post a Comment