Hebahan

Friday, August 30, 2013

Sultans of Science dalam kenangan~




Mungkin entri ini agak lambat daripada kebiasaan. Selalunya tika masih hangat kenangannya, masih terasa panas bahang ambiensnya... relevan itu wujud. Sekarang ini dalam proses penerbangan ke Istanbul, Turki.


Namun, setelah hampir 3 bulan berlalu.. kemanisan itu masih terasa. Jika aku imbas kembali bagaimana projek ini bermula sejak dari awal 2012, aku diamanahkan untuk mengendalikan projek Sultans of Science (SOS) ini.

Pada mulanya rasa berat dan ralat.. kerana masih terasa lagi kemeriahan School Holiday Programs 2011 - PLAY. Ya! Aku berjaya bekerjasama dengan KI. Siapa sangka? Kami sama-sama baru dan masih mentah, banyak harus dipelajari, namun hasil kerjasama satu kumpulan.. Alhamdulillah.

Itulah kata kuncinya... kerjasama sepasukan! Begitu juga pasukan SOS. Akulah Sultannya.. bersama Ratu. Dan dibantu sukarelawan yang macam-macam ragam. Kesemuanya melebihi 4 batch. Batch awal.. pertama sekali aku mahu berterima kasih kepada Boyak dan Yusri.


Training paling gempak pernah buat. Sebabnya.. masa mencukupi.. tak perlu rushing.. fokus kepada facilitation, dan brush up kemahiran mereka. Sampai kesemua busking I know.. menjadi makanan harian terutama Sheikh Muszaphar a.k.a Yuvaraj untuk jual minyak. Ahaks~


Mereka berdua banyak membantu proses pra-SOS. Training untuk staff dan volunteer juga mereka yang banyak hulurkan bantuan. Sudahlah tak cukup tangan waktu itu. Berkejar sini sana. Bermesyuarat tingkap, berdebat berhujah.. mengelat menyakat.. semuanya rencah yang menjadikan masakan SOS secukup rasa.


Masuk tahun 2012... bebanan beransur ringan. Tiada lagi pundak ini memikul beban seberat dahulu. Ratu membantu. Dan volunteer batch kedua yang rata-rata lepasan SPM memang banyak ragam tetapi menyeronokkan. Mereka sukarelawan yang bekerja paling konsisten.. sehingga tamat SOS.


Ada nakalnya.. ada rajinnya.. ada gila-gilanya.. rencam ragamlah. Serupa juga batch ketiga yang masih lagi kebanyakannya lepasan SPM cuma didominasi siswa-siswi terutama dari UTP. Manakala batch yang keempat dan seterusnya sekadar memenuhi kekosongan. Kesian juga mereka tak dapat training yang best dan gempak macam batch pertama. Apa boleh buat.. faktor kekangan masa.

Ah! Panjang pula aku taip... malas ah nak taip. Panjang berjela pula kan. Mana gambar-gambarnya?? Cakap dalam kenangan... Jap Jap...Ada beberapa peristiwa atau momen penting sepanjang 6 bulan ini. Antaranya (sila rujuk #hashtag:) Nah, layaaaaaan ~

#pameran



#minishow&training





#babySOS - 030313- Syakir Nasri b. Mustakim


#stand-UpScShow & #ASPACKorea



#CelebratingIstiwa'



#reunionRayaRumahKakHani



Video ada tak?? KEEK it Real~





Tak lupa..sambutan fenomena Istiwa'

No comments:

Post a Comment