Hebahan

Thursday, June 26, 2014

Sebelum masyhur...~

Sebelum ke pentas kemasyhuran... sebelum mereka terkenal seantero buana.. sebelum popular serata dunia... sebelum glamor seluruh alam... sebelum nama mereka meleTOP! , inilah mereka suatu ketik dahulu... huhu

Cuba cari siapakah yang dimaksudkan... dan siapakah mereka sebenarnya...

Kita mula dengan lagu 80-an lah dulu.. cuba cari jawapan sendiri... siapa yang anda nampak.. (klu : sekarang dah veteran selepas 30 tahun)

Mula-mula sekali lagu arwah Adam Ahmad, Kau Pergi Jua



Jay Jay - Cukuplah Sekali



Ibnor Riza - Berdiri Seorang Perindu (remake)



Sekarang giliran lagu 90-an yang terkenal... kumpulan Spring seiring dengan Sofea Jane dari segi popularitinya. Membantu untuk mengukuhkan lagi kedua-dua figura berkenaan.. sampai Sofea Jane menang Bintang Paling Popular ABP.

Spring pula.. meletup dengan 2 album pertama.. Sampai Hati dan Bourgenvilla! Kira mereka trend setter lah kiranya waktu itu. Kalau nak lawan pun Saleem Iklim melalui lagu Bukan Ku Tak Sudi yang menampilkan Amyza Aznan (yang waktu tu glamor lah juga sebab wajah persis Fauziah Latiff katanya).





Soalannya... kumpulan rock manakah yang setanding dengan populariti (atau mengatasi populariti Spring)?? Jawapannya... kumpulan Ukays. Tapi sayeng...video klip untuk lagu seperti Seksa, Di sana menanti di sini menunggu, Sebak..tidak menampilkan model/pelakon wanita yang ummph. Cuma... ya... cuma terdapat satu video klip remake yang menampilkan pelakon Ezany. Banyak kan video klip dia berlakon sebelum famous.



Kes yang sama... bila syarikat rakaman buat remake video atas alasan album kompilasi atau versi karaoke, maka terselit tak pasal-pasal si Leez AF nih. Hmm~



Sama kes macam Cik Piah (Feeya ni kot.. )





Video di atas lagu kumpulan Wings (penyanyinya Mel ya waktu itu... bukan Awie). Menarik tak video klip di atas? Sebab ada pasangan Faizal Hussein-Nasha Aziz (bercinta waktu itu) kah? Atau sebab lain? Satu lagi pencabar kumpulan Spring  ialah kumpulan Slam.. tetapi macam kumpulan Ukays...tiada pelakon wanita yang menarik. Seterusnya... lagu kumpulan KRU, Ooh La La



Nur Fazura kah ini... dalam Video Klip Impak Maksima. Jumpa ke idok??



Perasan tak wajah supermodel Tengku Azura (dulu pernah ada gosip dengan Yusry..ops) yang telah buat kemunculan sebagai Mek Yah buaya jadian (ala ala Halle Berry) dalam Bunohan.

Baiklah.. kita ke lagu seterusnya, nyanyian penyanyi Bumi Kenyalang, Rem dengan lagu Selingkar Kasih. Cer cari Rita Rudaini dalam video klip ini.. hmmm~ Aidil berhingus lagi waktu ni... ops!



Nak lagu dangdut tak?? Nah lagu Amelina, Semakin Rindu Semakin Asyik (Terang Bulan Malam Ini...) Perasan tak deejay radio Sinar.FM di situ?? Eh!



Ini versi LIVE Ah, Rindu Lagi.. AJL ok! Cuba cari Anuar Zain... Eh!



Jangan main-main ok... Anuar Zain pernah bantu Siti Nurhaliza menang AJL kali pertama tahun 1996 bersama Anugerah Persembahan Terbaik ok. Cari abang Nuar bergari..



Ini pula Azie - Pelamin Anganku Musnah (lagu Saari Amri bersepah-sepah ok) yang menampilkan Datuk Sani Express. Eh!



Kawan baik Sani kumpula Impression, Eizlan Yusoff pun ada.. dalam video klip Dia, Fauziah Latiff



Lagu-lagu 2000-an pula antaranya seperti berikut :

Bisakah - Datuk Siti Nurhaliza (Remy Ishak & Nadya Nisa)



Zahid - Milkku (cari Lisa Surihani di situ)




Kaer - Iznikan Ku Pergi ( Dira Abu Zahar)



Hazami - Mungkir Bahagia (Sabrina Hassan)



Najwa Mahiadin - Got To Go (Afiq Muiz)



Tilu - (Neelofa)



Ramlah Ram ft. Sleeq - Sesaat Kau Datang (Afiq Muiz lagi)



Nashrin - Fobia Cinta (bekas tunang Ally Iskandar, peserta Gadis Melayu, Aisyah Zainal )



Terkini?? Alyah dan Shila Amzah suka menampilkan pelakon lelaki terkenal sebagai heronya. Ada beza ya! Alyah dan Shila Amzah ambil pelakon yang dah terkenal...

Waktu hangat berasmara dengan nanas Sharnaaz Ahmad.. lantas berpatah 1000... dan juga sewaktu Masih Kau Cinta bersama Johan Ariff Botak.






Misha Omar pun sama... lagu Nafas Cahaya (Azlee Khairi Mr Arrogant), Angin Syurga (Nazim Othman)








Tak aci kan ambil Remy Ishak untuk Kisah Hati. Tumpang glamor ker?? Oklah kan... cuma untuk single Ballad terbaru Alyah, Sesal Separuh Nyawa, video klip kali ni menampilkan Encik Harith Arianna Rose a.k.a Hisham Hamid, pelakon dari Singapura yang diberi jolokan Chuck Base Malaysia oleh Nabila Huda. Wah... gitu~




No comments:

Post a Comment