Hebahan

Showing posts with label Lensa. Show all posts
Showing posts with label Lensa. Show all posts

Monday, October 20, 2014

Unik.. lain dan berbeza




Eh.. motif tutup mata? Apa hal? Mungkin ada yang terkesan (juga terganggu) dengan iklan billboard ni. Sebab ramai yang tak suka bila bergambar..mata tertutup! Dalam konteks ini..samada dia sengaja menutup matanya atau tidak, dari segi marketing nya amat berjaya.

Kerana kelainan. Unik! Mana ada iklan billboard tutup mata...yang eksploitasi tubuh wanita tu bersepah. Ingat tak dulu..Sunsilk pernah cetuskan fenomena iklan billboard menampilkan wanita tanpa seurat rambut walaupun iklan syampu!! Fenomena Wardina! Itulah kelainan namanya.

Contoh dalam suatu pertandingan Juara Lagu. Adakah lagu atau penyanyi yang dinilai? Jika lagu.. lagu jenis macam mana yang layak dinobat selaku juara. Adakah genre yang sama saban tahun atau sebaliknya? Adakah kita perlu seorang lagi Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor atau penyanyi hebat yang berbeza? 

Mungkin iklan billboard tutup mata ni boleh cetuskan fenomena juga. Sebab kelainan bila tutup mata, 'kenikmatan' tu tak dapat digambarkan dengan mata kasar. Kita bermimpi...dengan mata tertutup, dan kita alirkan air mata juga dengan mata tertutup. Ironi bukan?

Masalahnya cuma kelainan, perubahan ataupun pembaharuan, bukan semua orang boleh terima. Dr. Rozmey dan Terlajak Laris contohnya. Ada harga yang perlu dibayar walaupun dapat banyak keuntungan yakni caci keji yg harus ditelan. Persaingan yang sengit, pertandingan yang seimbang atas gelanggang sama rata.. hanya kelainan yang dicari.

Ada orang kata pula... hensem.. boleh lah. Buat apa pun nampak cantik. Kentut pun wangi. Maka..wajah yg tampan & menarik itu bonus! Memang tidak adil..tetapi itulah realitinya. Lepas ni apa pula iklan billboard di luar norma?? Tercekik? Kena cekik??

Wednesday, January 1, 2014

Selamat Datang Tahun Dua Ribu Empat Belas (2014)


Selamat Tahun Baru 2014. 2013 telah melabuhkan tirai meninggalkan kita. Banyak memori indah dan manis yang TT lalui berbanding 2012. Alhamdulillah~







Apapun yang terjadi dan bakal terjadi, moga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sudah. Ingatlah, masa lampau telah jauh meningglkan kita. Ajal semakin menghampiri. Moga kita lebih berTAQWA dan ditunjukkan jalan keluarnya.

Friday, November 23, 2012

Sesak atau sesat?

Apa itu kesesakan? Crowded or congested? Sesak dengan lautan manusia? 

Susah nak menaakul biarpun subtopik Penaakulan Mantik sudah khatam.

Bukan? 


Kerana apa? Mengejar dunia atau akhirat?

Sesatkah kita? Atau kitalah sasaran peluru sesat..

Bersyukur dengan apa yang kita miliki.. dan banyakkan menyumbang ke arah kebaikan..

Biar gambar di bawah menceritakan segalanya..

Biarkan lensa itu merakam momen yang menjadikan kita manusia yang berakal...

Renung-renungkan dan jom sama-sama beramal.

Kita di sebelah mana... di dalam gambar mana?











Monday, July 16, 2012

Drama sebabak...


Telengkan kepala.. cuba fahami...

Pasti jadi begini... Sweet & creative~




Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 8, 2012

Instagram

Ya.. alhamdulillah :)

Akhirnya... aku sudah ada akaun Instagram. Atas nama misisitukangtulis lah. Penting sangat ke Instagram ni?

TEET~ Jawapannya.. selaku seorang blogger ataupun wartawan indie.. Instagram ni kiranya berblog dengan sekeping gambar (yang disertakan sekali caption yang catchy). Kiranya macam micro blogging juga lah. Twit & trending gitew~

Mudah .. dan pantas. Sekaligus mengiakan.. "a picture tells a thousand words, yet tells a thousand thoughts". Jom tengok beberapa keping gambar yang sudah diterbitkan.











Saturday, May 26, 2012

Unwind ... Chillex~

Unwind? Jom kita tenangkan fikiran! Penat kan bekerja? Kerja tak pernah habis. Kalau nak ikut arus dunia.. memang tak terkejar. Namun demikian.. inilah panorama yang dilalui saban hari sepanjang hariku berkhidmat di Petrosains. Banyak gambar yang ditangkap "red handed" ataupun on the spot. Chill + Rilex = Chillex~

Tetapi, dek keterbatasan waktu (cewah... padahal tak mampu memiliki smartphone untuk update selalu :P), maka inilah hasilnya secara lum sum~ Pandanglah.. lihatlah.. tengoklah... renungkanlah! Pasti ada benda yang mengusik jiwa~ Bermula dari Putrajaya... sampai ke tempat kerja di KLCC + juga sekelilingnya :)















Dan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, tempat cari makan ramai "orang luar negara". Walaupun ramai yang masih menanam anggur secara berhormat, Kuala Lumpur tetap pilihan ramai manusia yang mahu meneruskan kehidupan~




























Cantik bukan lukisan yang menghiasi kotaraya Kuala Lumpur. Sesiapa naik Putra dari KL Sentral ke Masjid Jamek pasti perasan pemandangan sebegitu. Teringat zaman sekolah... Lukis mural di dinding sekolah. Kalau tak pun.. sertai pertandingan melukis poster!


 

  
TT : Memang tak pernah memenangi mana-mana pertandingan mewarna (termasuk saguhati) dari dulu sampai la ni!

p/s : Amatur sangat kan.. foto-foto tersebut! :b