Hebahan

Monday, October 20, 2014

Unik.. lain dan berbeza




Eh.. motif tutup mata? Apa hal? Mungkin ada yang terkesan (juga terganggu) dengan iklan billboard ni. Sebab ramai yang tak suka bila bergambar..mata tertutup! Dalam konteks ini..samada dia sengaja menutup matanya atau tidak, dari segi marketing nya amat berjaya.

Kerana kelainan. Unik! Mana ada iklan billboard tutup mata...yang eksploitasi tubuh wanita tu bersepah. Ingat tak dulu..Sunsilk pernah cetuskan fenomena iklan billboard menampilkan wanita tanpa seurat rambut walaupun iklan syampu!! Fenomena Wardina! Itulah kelainan namanya.

Contoh dalam suatu pertandingan Juara Lagu. Adakah lagu atau penyanyi yang dinilai? Jika lagu.. lagu jenis macam mana yang layak dinobat selaku juara. Adakah genre yang sama saban tahun atau sebaliknya? Adakah kita perlu seorang lagi Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor atau penyanyi hebat yang berbeza? 

Mungkin iklan billboard tutup mata ni boleh cetuskan fenomena juga. Sebab kelainan bila tutup mata, 'kenikmatan' tu tak dapat digambarkan dengan mata kasar. Kita bermimpi...dengan mata tertutup, dan kita alirkan air mata juga dengan mata tertutup. Ironi bukan?

Masalahnya cuma kelainan, perubahan ataupun pembaharuan, bukan semua orang boleh terima. Dr. Rozmey dan Terlajak Laris contohnya. Ada harga yang perlu dibayar walaupun dapat banyak keuntungan yakni caci keji yg harus ditelan. Persaingan yang sengit, pertandingan yang seimbang atas gelanggang sama rata.. hanya kelainan yang dicari.

Ada orang kata pula... hensem.. boleh lah. Buat apa pun nampak cantik. Kentut pun wangi. Maka..wajah yg tampan & menarik itu bonus! Memang tidak adil..tetapi itulah realitinya. Lepas ni apa pula iklan billboard di luar norma?? Tercekik? Kena cekik??

No comments:

Post a Comment