Hebahan

Wednesday, March 13, 2013

Syakir Nasri bin Mustakim


Sejurus anak kecil itu lahir ke dunia, sunat bagi bapa mengalunkan azan/iqamat supaya bayi dilindungi Allah daripada syaitan/kejahatan. Kemudian, bermulalah fasa seorang ayah dan juga suami. Selain daripada urusan hospital (bayar bil/ teman isteri di wad/ dapatkan dokumen anak supaya memudahkan proses mendapatkan surat beranak dan MyKid), jangan dilupa wahai bapa sekalian..uruskan uri!

Uri perlu diurus dengan elok dan sempurna supaya anak kita jauh dari bahaya dan mala petaka. Ya kah? Apa kaitannya?? Uri.. atau bahasa perubatannya placenta merupakan peneman/pendamping anak kita di dalam rahim ibu melebihi 9 bulan. Justeru, seharusnya uri itu diurus dengan sempurna.

Tatacaranya, seperti di bawah :


Rujuk nota nombor 4.Pelupusan mengikut kepercayaan individu. Kepercayaan. Jadi lebih kepada adat resam, pantang larang masyarakat Melayu. Orang cakap, kalau orang Cina mereka pakai buang saja. Tetapi kita orang Melayu, mengikut adat tempatan (orang Kelantan, Perak, Selangor berbeza). Ada kata kena letak besi, paku dan benda tajam (supaya haiwan seperti anjing tak gali dan makan). Ada yang kata kena tanam belakang rumah, depan rumah, dan macam-macam. Sama macam Syakir, bila tersedu, kenapa kena tepek tisu di dahi? Serius berhenti tersedu..tetapi apa sebab saintifiknya?

Selagi ada orang tua, hormati mereka sebab mereka banyak pengalaman. Tetapi, pengalaman aku sendiri, setelah kali kedua bergelar bapa, syukur Alhamdulillah ada orang tua yang tolong tengok & tunjuk ajar. Orang yang dimaksudkan ialah Mok, nenek sebelah Mama. Maknanya, Mok dah dua kali sambut cicit. Sepasang cicit. Syukur diberi kesempatan.

Selepas 7 hari..sunat hukumnya mentahnikkan anak dan memberi nama. Tahnik itu "belah mulut" yakni diberi manisan kepada bayi supaya lelangitnya kuat. Kiranya sekali dengan doa selamat | Cukur Jambul. Aqiqah nanti dulu, in shaa Allah serentak bersama sepupu-sepupunya yang lain. Suku tahun pertama ni saja ada 5 sepupu.


Dan memberi nama yang baik kepada anak. Maka, ada orang tanya.. kenapa tiada pangkal Muhammad? Kalau aku ada jawapan yang kurang bagus.. alasannya tak mahu panjang sangat nama anak. Itu alasan orang kurang cerdik.

Yang lebih bagus..alasannya berbunyi sebegini. Kita mesti memberikan nama YANG BAIK kepada anak. Nama Muhammad/ Ahmad baik..sebab bermaksud yang terpuji, Tapi, adakah nama lain kurang baik?? Kita ada banyak pilihan nama yang baik. 99 Nama Allah..patut letak Abdul di depannya, bukan Muhammad. Nama nabi, sahabat, dan orang-orang yang baik.


Syakir maknanya orang yang bersyukur. Nasri, maksudnya pertolonganku. (kebetulan sama pulak macam Samir Nasri..kan??). Sebab sepanjang isteriku mengandung.. Surah An-Nasr menjadi kegemaranku. Tahu tak Surah An-Nasr mana satu?? Bukan Qul A'uuzu Bi Rabbinnaas..tapi Iza Jaa~

Satu lagi sebab mengapa aku memilih nama Syakir sebab bagi memudahkan orang menyebut dan bunyi dan ertinya tak lari. Kita ambil contoh orang bernama Syarif..tapi panggil Sarip. Nama Azmi tapi panggil Jemi. Nama Zubaidah..tapi panggil Bedah. Buruk kan? Syakir Nasri, mungkin boleh panggil Syakir, atau Nasri. Sumayyah Hannani, mungkin ada yang panggil Su - Maya - Hana atau Nani yang lebih enak didengar.



Cuba buat perbandingan antara nama-nama ini, siapa yang paling baik akhlak dan pembawaan dirinya :

a) Mohd Najib
b) Nik Aziz
c) Harun Din
d) Abdul Hadi 

Hanya jauhari yang mengenal manikam. Sekilas ikan di air, dah tahu jantan betinanya~

No comments:

Post a Comment