Kata seorang kenalan di FB yang sedang belajar di luar negara, #untonglaa tinggal di Malaysia. Setiap bulan ada saja isu dan kontroversi yang akan menjadi viral, troll dan perdebatan hangat tak kira samada melibatkan tokoh politik, ahli agama, pakar ekonomi, atlit sukan, penggiat hiburan mahupun rakyat marhaen.
Berbeza situasinya di luar negara, kerana di sana lebih terkawal dan nampak tenang, namun gara-gara penangan media sosial, segala perkembangan di tanahair senantiasa dapat diikuti biarpun jarak beribu-ribu batu. Sepanjang tahun 2014, banyak topik hangat yang trending. Jom kita recap antara isu-isu yang dimainkan oleh warga internet ataupun istilahnya, netizen bermula dari bulan Januari hingga ke Disember 2014.
Januari 2014 - Kerusi dan Kangkung
Kerusi - foto murid-murid darjah 1 yang memulakan sesi persekolahan di mana kepala tersepit di kerusi menjadi bahan troll dan viral.
Februari 2014 - Terowong dan superhero (Ultraman & Power Rangers Pink) juga cara Pick up line...
Terowong - Jaguh di terowong... insiden yang memberi kemenangan percuma kepada JDT. Ditambah pengakuan Irfan Ghani yang menjadi saksi utama.
Superhero - Majalah Ultraman diharamkan sebab isu terjemahan yang salah dari segi tatabahasa juga dari segi akidah?
Power rangers pink merujuk kepada pakaian seksi berani mati oleh Neelofa dalam satu anugerah. Ingat lagi tak pakaian tersebut macam mana buruknya? Satu pakaian lagi seperti Cell Dragon Ball.
Ayat pick up line ini pula menjadi trending gara-gara penggunaan campuran bahasa yang buatkan ramai gadis cair. Cair kah?? Meleleh~
Mac 2014 - Pesawat MH370, Bomoh Negara & buah kelapa serta tudung bawal gaya Mawar
April 2014 - Terengganu, kemelut jawatan MB
Cadbury yang disyaki ada DNA porcine
Panda yang diberi nama Xing Xing & Liang Liang
Jun 2014 - OKU & Piala Dunia 2014
OKU - isu adik Firdaus Dullah yang terbiar. Masyarakat berdebat di alam maya mengenai peranan kerajaan dalam memberi khidmat kepada anak-anak OKU. Ibunya yang telah dihukum,dikutuk & dicerca rakyat Malaysia gara-gara ada gambar selfie dengan tudung Fareeda.
Dan muncul pula macam-macam komen apa peranan kerajaan... apa sumbangan kerajaan .. kemudahan yang diberikan kepada OKU. Siapa bandingkan dengan negara luar. Hmm~
Piala Dunia, Mario Gotze & James Rodriguez antara yang menyerlah! Tetapi antara yang mencuri perhatian ialah Shaheen the camel!
Julai 2014 - Soup Kitchen, Boikot McD, MH17 & #CDM25 (Stereng Lock)
Soup Kitchen - NGO, sukarelawan yang berkhidmat memberi makanan kepada gelandangan akan dikenakan tindakan??
Boikot bermusim? Sekali lagi kempen memboikot mendapat sambutan. Cuma tahun ini pemboikot lebih agresif sehingga mengganggu premis perniagaan.
MH17 - tahun duka buat Malaysia. Sah MH17 ditembak jatuh
Ogos 2014 - Monopod, MB Selangor, #ALSicebucketchallenge, #makeuptransformation, Monopod = Selfie! Isu berselfie di kubur, dan majlis berkabung
Semenjak ada penggunaan hashtag, #, macam-macam topik, kisah, troll d.s.b disuarakan oleh netizens. Di laman sosial Instagram, #makeuptransformation, mula viral. Terutama nak kasi orang perasan cantik/ hensem. Just take it as a joke.
#ALSIceBucketChallenge ;
Sebenarnya, ALS Ice Bucket Challenge ini dilakukan demi menimbulkan kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Syaratnya mudah, anda hanya perlu siram badan anda dengan menggunakan ais batu dan kemudian calonkan sesiapa untuk meneruskan permainan.
Tapi apa relevannya permainan tersebut dengan ALS? Konsep yang sebenarnya adalah bertujuan untuk mengutip derma bagi membuat kajian mengenai penyakit ALS. Jadi, mereka yang dicalonkan itu boleh memilih sama ada mahu menderma ataupun melakukan cabaran ALS.
Tetapi persoalannya, penyakit ALS di Malaysia tidak sebanyak penyakit lain seperti kencing manis, jantung, buah pinggang. Jadi, mengapa rakyat Malaysia menyahut cabaran ALS Ice Bucket Challenge?
September 2014 - UPSR bocor , puting beliung
Soalan UPSR bocor dan tersebar melalui talian WhatsApp
Oktober 2014 - Tiang bendera, Octoberfest, I want to touch a dog, Typo
Tiang bendera yang disepak oleh TMJ kerana puas hati JDT menang perlawanan bola. Kemudian ditroll oleh Menteri KBS.
Kempen arak, Octoberfest dan I want to touch a dog menyentuh sensitiviti umat Islam.
Kesalahan ejaan yang ketara dan memalukan yang dilakukan oleh media cetak dan elektronik menjadi perkongsian bersama. Itu belum bab bahasa bangga-lah lagi!
Kesalahan ejaan yang ketara dan memalukan yang dilakukan oleh media cetak dan elektronik menjadi perkongsian bersama. Itu belum bab bahasa bangga-lah lagi!
November 2014 - No. plat kenderaan JPJ, Buli (singlet hitam)
Isunya.. bila JPJ nak lakukan operasi saman besar-besaran dengan alasan kadar kematian yang tinggi. Namun, netizen berjaya kongsikan "spesifikasi" no plat kenderaan milik VVIP yang tidak mengikut standard. Maka, terbatal operasi tersebut.
Isu buli. Video 4 tahun sudah melibatkan budak bersinglet hitam menjadi viral. Dalam masa yang sama kes buli di penempatan anak yatim turut tersebar.
Disember 2014 - Banjir besar & Golf
Ayuh kita lihat senarai WAJAH 2014 pula. Klik! Kita lihat siapa yang masuk senarai~ Dan juga apakah Produk 2014??
No comments:
Post a Comment