Hebahan

Thursday, July 14, 2011

Tolong! Awek Aku Pontianak vs Sekali Lagi

Inilah 2 filem Melayu yang telah berjaya aku curi masa untuk menontonnya di panggung. Mengapa? Kerana dua-dua filem ini amat romantik. Haha. Ayuh kita buat perbandingan:

Sekali Lagi

Menampilkan pelakon yang menang anugerah. Pelakon Lelaki Terbaik (Bront-Belukar), Pelakon Wanita Terbaik (Lisa-LBS) & Popular(ABP2009) dan sudah tentu Bintang Paling popular 2009 yang juga Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Shaheizy Sam-EKLD2)!

Gandingan kali pertama Lisa-Sam. Rasanya OK! Tak teruk sangat. Sam kelihatan agak mencuba & mungkin dibayangi watak Tom Hanks (Forrest Gum) dan juga SRK(My Name Is Khan). Lisa pula tak berapa konsisten tapi tak menghampakan. Lakonan Bront menyelamatkan keadaan. Dan kecomelan Mia Sara memberi hiburan~

Pelakon tambahan yang perlu diberi perhatian : Bob Lokman, tapi bukan yang pegang watak Farina! Haha

Jalan cerita - Sedikit komedi di awalnya tetapi tak komedi sangat. Dan lebih banyak drama menuju pengakhirannya serta disuntik elemen romantik. Babak imbas kembali bagus dan aku suka penamat cerita ini. Ramai penonton keliru sebab poster Sekali Lagi memaparkan frasa "filem romantik komedi"! Apa yang komedinya kalau hanya 10 % saja lawak??


Lagu latar - Sesuai dengan jalan cerita, terutama lagu Dakmie! Ada babak yang boleh buat rasa sebak.

Hashim Rejab ? Mungkin boleh tercalon Pengarah Harapan. Cubaan yang baik. Sepatutnya Hashim Rejab fokus babak romantik saja. Tak payah ikut sangat komedi kehendak penerbit. Boleh? Hehe. Sebab Hashim telah berjaya mengarahkan Adamaya dengan baik sekali. Percayalah kalau filem ini diadaptasi ke drama bersiri, mungkin mampu cetuskan fenomena Sekali Lagi~

Secara Keseluruhannya.. aku pernah nyatakan Syurga Cinta filem Terbaik Metrowealth? Kini kita sudah ada juara baru Metrowealth!
 
Tolong! Awek Aku Pontianak (TAAP)


Menampilkan Pelakon Wanita Terbaik (Liyana Jasmay-Papadom) & Popular (ABP2008), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Sazzy Falak- Gol & Gincu), dan juga Pelakon lelaki Harapan (Zahiril Adzim - KAMI The Movie)

Gandingan kali pertama Zahiril Adzim & Sazzy Falak, pelakon yang 'comel' saiznya tetapi memang comel pun. Zahiril Adzim & Sazzy Falak ada kimia! Liyana Jasmay ala-ala, tetapi Sufian Mohamed(Sini Ada Hantu- part Hantu Pokok Pisang) & juga Yus Waisar(Badrul Trilogi Cinta) berlakon amat semulajadi. dan boleh mencabar Zahiril Adzim. Emm.. mungkin Bob lebih hidup bawa watak 'budak nakal'. Hehe :P

Pelakon tambahan yang perlu diberi perhatian : Aaron Slam Bach (Harun Salim Bachik), Afdlin Shauki & Amerul Affendi! Sebelum ni pun  Amerul bawa watak lembut dalam Sini Ada Hantu. Faezah Elai mampu overshadow LJ! Haha. Jehan Miskin macam watak dalam Cun!

Jalan cerita - Tak klise! Kalau anda suka menonton Cun! Gelak kaw kaw. Anda pasti menyukai TAAP! Watak-wataknya banyak guna nama sebenar. Bob-Liyana-Pian. Maya lakonan Sazzy Falak mungkin merujuk "pontianak cantik" Maya Karin yang memulakan fenomena filem seram di Malaysia.

Lagu latar - Sebijik ikut jalan cerita. Lirik dia memang unik, kelakar dan spontan! Lagu Hanya dendangan Aril ni sedap pula bila dengar banyak kali.



Dan inilah lagu paling romantik dendangan Pretty Ugly



James Lee - Setelah sinonim dengan genre seram, Histeria, Sini Ada Hantu dan kini TAAP! James Lee memang ada kelas~

Secara keseluruhannya, TAAP lebih romantis berbanding Sekali Lagi.

TT: Bagaimana agaknya filem yang menampilkan dua orang Pelakon Wanita Terbaik (maya Karin & Lisa Surihani) bersama Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin (Aaron Aziz) serta Pelakon Lelaki Terbaik (Bront Palare) yang disatukan melalui filem Ombak Rindu~

No comments:

Post a Comment