Ya! Aku mahu menonton perlawanan ini. Lama betul tak jejakkan kaki di stadium tengok bola sepak secara langsung. Kali terakhir hujung tahun 90-an dulu. Tahun 1998 kot. Masa tu Papa kerja di Stadium Shah Alam. Separuh Akhir Piala Malaysia antara Kelantan & Selangor.
Kelantan kalah! Masa tu Kelantan pasukan underdog saja! Tapi setelah lebih 10 tahun berlalu.. transformasi berlaku. Dengan suntikan modal, pengurusan yang bagus, wibawa jurulatih serta kemahiran dan kesungguhan pemain telah meletakkan Kelantan di posisi masa kini. Juara Liga Super 2011 buat kali pertama. Tahniah!
Namun, tika Kelantan gah di puncak, aku masih belum berkesempatan menonton bola secara langsung. Final Piala FA hari tu ada juga berhajat nak menonton di stadium, namun keluarga menjadi keutamaan. Rindukan Maya dan umminya. Lagipun boleh tonton di kaca TV saja. Ya! Itulah sebabnya. Selesa di rumah kot? Ya ke? Konsert live?
Aku tak berapa suka provokasi. Tambah-tambah dengan sikap segelintir penyokong bola di Malaysia. Bukan orang Kelantan saja ya suka main mercun! Terpekik terlolong. Bersorak. Mengejek. Boo~ Adatlah kan kalau ke tempat keramaian. Himpunan & keriuhan. Sesak & membingitkan. Di stadium atau jalanan, berhimpun akan memberi satu energi! Ada aura, gentar & debar! Gelombang ombak besar! Ambien itu aku boleh adaptasikan dengan jiwa. Kalau tak mahu semua itu, melekat saja di rumah.
Tapi apakan daya..tiada siaran langsung di TV kali ni. Maka, rasa teruja untuk menyaksikan kehebatan Arsenal beradu tenaga, kemahiran & kepantasan dengan pasukan kebangsaan membuatkan aku berhempas-pulas (katanya) mendapatkan tiket ini setelah pusing butik Nike KLCC, Pavilion dan OU. Ayat mahu propa dan ekstravaganza kan! Exaggerated! Takdelah. Pusing satu KLCC je. Bukan satu KL! Maka inilah keberhasilannya...
Nak 1000 daya, tak mahu 1000 dalih! Kan?? Kawan aku, Hakim yang tolong belikan dan dia juga dapat pas training session! Ini antara gambar yang sempat beliau snap! Antara pemain yang aku paling suka RVP = di tengah! Sebab dia loyal dengan Gunners. Kirim salam sama RVP, Samer Nasri, Sagna & Marouane Chamakh. Sebab tu je yang Muslim. Hehe~
Sementara itu, nak cerita sikit mengenai status FB aku yang telah ditweet : My bro gave open-ended question. Kalau kita sokong bola sepak Malaysia, adakah kita sokong juga akidah coach? Sebab dosa kalau sokong non-muslim. TEET~
Membuka minda kan? Sebab tu diklasifikasikan sebagai open-ended question! Terbuka untuk dibahaskan. Maka jawapan aku ialah.. aku sokong Arsenal! Tak mahu pakai kuning, nanti kena tangkap atau kena sembur! Hahaha :P Mampukah Harimau Malaya mengaum?? Atau dibedil Gunners??
TT: Oh ya! Malaysia pernah kalahkan Arsenal 2-0 pada tahun 1975. Arwah Mokhtar Dahari jaring gol. Tapi tahun 1999 Arsenal balas balik 2-0.
BARISAN KEMUNGKINAN:
MALAYSIA: 1.Khairul Fahmi Che Mat, 18.Helmi Remeli, 6.Fadhli Shas, 7.Aidil Zafuan Radzak, 4.Asraruddin Putra Omar, 16.S.Kunanlan, 8.Safiq Rahim (c), 17.Shakir Shaari, 26.Ashari Samsudin, 9.Norshahrul Idlan Talaha, 14.Abdul Hadi Yahaya.
ARSENAL: 53.Wojciech Szczesny, 3.Bacary Sagna, 6.Laurent Koscielny, 20.Johan Djourou, 28.Kieran Gibbs, 14.Theo Walcott, 17.Alex Song, 19.Jack Wilshere, 8.Samir Nasri, 16.Aaron Ramsey, 10.Robin van Persie (c)
MALAYSIA: 1.Khairul Fahmi Che Mat, 18.Helmi Remeli, 6.Fadhli Shas, 7.Aidil Zafuan Radzak, 4.Asraruddin Putra Omar, 16.S.Kunanlan, 8.Safiq Rahim (c), 17.Shakir Shaari, 26.Ashari Samsudin, 9.Norshahrul Idlan Talaha, 14.Abdul Hadi Yahaya.
ARSENAL: 53.Wojciech Szczesny, 3.Bacary Sagna, 6.Laurent Koscielny, 20.Johan Djourou, 28.Kieran Gibbs, 14.Theo Walcott, 17.Alex Song, 19.Jack Wilshere, 8.Samir Nasri, 16.Aaron Ramsey, 10.Robin van Persie (c)
No comments:
Post a Comment