Hebahan

Thursday, July 21, 2011

Pos balik 1 : Dunia Yang Lebih Indah

OH!

Rupanya aku pernah ada blog sebelum ini.

YA!

Sebelum misisitukangtulis.blogspot.com wujud lagi. Bukan pasal Hitam Putih Kehidupan. Tetapi lebih kepada puisi. Cewah~ Puitiskah??

Alaaa.. sebelum zaman FB kan ada zaman Friendster (oh.. berkurun lama tak buka FS). Masa tu aku cuba-cuba buat blog. Kelakar namanya.. Nak tahu? Klik sini kalau masih wujud.


RooMy'0 JuLie'8! Unik juga nama tu. Masa tu memang ala-ala berangan William Shakespear! Mahukan pusi & kisah romantis. Zaman baca novel Melayu katakan.. Haha

Dan mulai bulan ini, aku akan pos balik puisi-puisi & kisah hati yang pernah dinukilkan. Tapi bukan sekaligus lah!

Ini dia entri ketiga sesuai sebelum Ramadhan~ Tajuk pun panjang & lebar :P

Pesanan TT: Siap sedia untuk senyum simpul.. & terbelahak! Hua huak



HARI YANG CERAH ; JALAN YANG LUAS; DUNIA YANG LEBIH INDAH!!!
  
Aku rasa dah malas nak peningkan kepala sendiri…
apatah lagi kepala orang lain.
Dah bosan dengan isu lapuk yang aku selalu laung-laungkan.
Sangat retorik….dan membosankan. Orang dah bosan
nak baca tulisan aku yang berjela-jela. HUH! SENGAL!

Aku dah baca blog orang lain.
Mengkaji….sejauh mana mesej mereka berjaya disampaikan. Ada yang lebih senang
menggunakan ayat yang straight forward. Tak ada lapik-lapik…tak main lah
berkias-kias ni. Rasa nak kutuk…lepaskan saja. Rasa tak puas hati…blog
sendiri jadi bahan amukan.

Ada segelintir penulis blog
sekadar melepaskan batok di tangga. Macam aku! Haha!!
Ceh, bercakap depan cermin nampak!
Aku bukannya apa… Tajuk bukan main lagi menarik…tapi satu
perenggan je. Permulaan yang baik, tak bermakna pengakhirannya pun menarik. Tak
faham apa mesej yang nak disampaikan. MOTIF???

Ni satu lagi kes. Bahasa ibunda,
bahasa rojak, ayat copy paste, ayat menciplak! Huhu~
Ada penulis yang gemar menggunakan bahasa Inggeris untuk meluahkan perasaan.
Apa yang terbuku di hati…dilepaskan dengan fahaman kata hati.
Alasan ?? Kalau menggunakan bahasa
Melayu nak kutuk-kutuk orang tak sedap. Tak best… Ala-ala Syarifah Amani
gitu… Huhu… I’m sound stupid if I speak Malay. Aduhai… kesian Syarifah
Amani… Tak pasal-pasal terheret sama ke kancah yang tak munasabah! Kau memang
mengundang musibah Mustakim Bahrudin!! Haha…

Jadi…apa kesimpulannya?? Aku
punya corak penulisan macam mana?? Dah tentu lagi teruk daripada orang yang aku
kutuk. Sudah tentu idea aku lebih busuk dari idea orang yang aku nak sibuk.
Penyibuk! Suka sangat jaga tepi kain orang…kain sendiri yang terlondeh…
Akhirnya… aku sendiri yang terhegeh-hegeh… tersengih-sengih… macam kerang
busuk. Senyum kambing…. dibuat-buat bagi menutup kelemahan diri.

Wei… sudah-sudahlah menulis.
Apa benda yang aku merapu ni?? Merepek…  macam mak nenek. Konon lah kau! Bajet
best! Blog yang aku buat kat friendster je. Bukannya buat kat blogger. Haha…
Suka hati aku lah. Aku yang menaip… Guna modal orang lain ke?? Satu sen habuk
tak keluar. Aku bukannya menyusahkan orang pun. Tak pernah nak paksa orang baca
tulisan aku. Kata hati aku….siapalah yang nak mendengarnya. Kalau ada yang
sakit mata…. sakit hati membaca tulisan aku ni… Silakan… Tekan Alt + F4.
Tamat sudah…

Fuh! Masih ada lagi ke yang
sanggup membaca. Haha… Berangan aje lah. Tak ada orang nak baca dah.
Mimpilah kau. Bermimpi di siang hari…membangkit igauan di malam hari.
Baiklah…blog ni…bagi aku…tempat kita bercerita.
Kadang-kadang…. kata-kata begitu sukar dilontarkan untuk menyatakan
kehendak perasaan. Kadang-kadang juga
kata-kata ni begitu menikam perasaan dan menyakitkan untuk diucapkan.
Justeru, ada ruang yang lebih luas dan peluang yang lebih terbuka untuk menghamburkan segalanya.
MARAH !!! BENCI !!! RINDU !!! CINTA !!! MENGHARAP !!! PUTUS ASA !!!
SEDIH !!! PILU !!! BAHAGIA !!!
Satu dunia boleh tahu bila kita menjadi PENULIS !

Aku bukanlah seorang pemidato yang hebat…
bukan juga seorang penulis yang dahsyat…
apatah lagi ada rupa yang memikat.
Cuma apa yang aku ada …. BAKAT! Hahaha!!!
Selalu perasan diri hebat.
Bakat yang terpendam…hasrat yang tersimpan…kononnya.
Melenyapkan aku dari hari-hari yang gelap.
Hari yang cerah sedang menantimu….
Sesuatu masalah bukan ada hanya satu saja jalan keluarnya.
Jalan penyelesaiannya tidak sesempit yang disangka.
Jalan yang luas sedang menunggumu…
Dunia lama aku tinggalkan… Dimensi baru aku wujudkan…
ALAM PENULISAN…. Dunia yang lebih indah buatku…

Orang takkan tahu…
Mereka tak akan ambil peduli…
Apa yang tercoret…
Apa yang terpalit…
Memori… Kenangan… Tak ada gunanya untuk
dikongsikan tapi ada baiknya untuk disemadikan…
Biar terkubur saja kisah lalu…
Aku pasti rebah…tapi takkan menyerah kalah…
Bangkit….biarpun sakit… Peduli apa aku…orang nak kata apa.
Biarkan aku dengan dunia aku….Duniaku….duniamu jua…
Tak percaya??

Hakim Bahar - 13 September 2007 / 1 Ramadhan 1428 – 3 a.m


Nota Kaki

Yang tak tahan lagi.. ada 2 komen. Tapi komen ni paling sedap & enak. Daripada Zulfikar, juga pemuisi. Hihi :P

(mengamuk nampak???!!! ape yg perlu diamuk..kelambu dibakar kerana nyamuk? kenape dipendam jiwa yg remuk…perlu disembang perlu ditunjuk….bersembang bercanda sambil duduk di kaki ufuk….

kias makin pedas…pena makin panas…jari jemari makin tangkas…wujudkan penulis yg buas..yg suatu hari pembaca akan menyatakan SYABAS) COPY & PASTE bulat-bulat!

No comments:

Post a Comment