Hebahan

Friday, July 22, 2011

Selamat Tinggal??

Adakah aku ingin bersara selaku blogger indie?

Jadi kenapa ucap selamat tinggal?? Aku terbaca satu artikel ketika bekerja pada suatu hari. Abang Nuar yang bacakan artikel ini. Menarik juga untuk dikongsi.

Ini adalah sumber. Hasil kajian & tulisan Douglas A. McIntyre. Siapakah beliau? Baca di sini.

Berikut adalah ramalan 10 brand yang akan lenyap pada tahun 2012:
  • Sony Pictures
  • A&W
  • Saab (kereta)
  • American Apparel
  • Sony Ericsson
  • Sears
  • Kellog's Corn Pops
  • Myspace
  • Soap Opera Digest (majalah)
  • Nokia
Persoalannya.. mengapa?? Semuanya disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
  • Jualan jatuh mendadak, lalu rugi
  • Penutupan "ibu" kepada produk yang memungkinkan menjadi petanda bankrap
  • Kos untuk 'bertahan' di dalam industri semakin meningkat
  • Syarikat akan dijual 'syer' atau menuju lingkup! Atau bungkus!
  • Pelanggan lari, beralih arah
Jadi, sekiranya ramalan ini benar belaka (cewah.. macam lagu kumpulan Umbrella yang terkenal tahun 90-an dulu), maka sebelum kita ucapkan selamat tinggal, maka ambillah kesempatan menikmati saat-saat akhir. Sebelum kempunan.. apa yang boleh kita makan, makan cepat-cepat. Apa yang boleh dimilki, beli segera sebelum semuanya tinggal sejarah.

Maka, aku pun sempat lah merasa "Rootbeer Float" & "Curly Fries". Henfon pun Nokia. Tapi bukan 3310. Abang sikit. Hehe :P 


No comments:

Post a Comment