Harimau Malaya~ Mengaumlah... kita sudah berada di kandang sendiri. Gelanggang seribu erti.
Tak salah kalau kita katakan semua rakyat Malaysia berdebar & teruja menantikan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014. Lebih-lebih lagi setelah tumpas dibaham Singapura 5-3. Namun, berbekalkan 3 gol di pihak lawan, masih ada sinar harapan buat skuad negara.
Siapa yang tiada sekelumit rasa, secalit harapan kepada skuad bola kebangsaan seharusnya perlu muhasabah diri. Sokonglah mereka walau seteruk mana mutu permainan sekalipun sehingga wisel penamat ditiup pengadil setelah 90 minit berjuang. Lepas tu.. terserah. Nak kutuk, nak puji, nak nasihat hatta nak bakor sekalipun.. segalanya telah tersurat & terlambat.
Yang tersirat.. kita sedang meniti laluan menuju kegemilangan. Sudah berada di atas landasan yang tepat, waktu yang tepat bersama skuad yang hebat. Hebat & gah, tapi belum cukup mantap & mungkin menerima risiko & padah. Sebab pucuk pangkalnya kembali kepada kesungguhan pemain kita beradu kepantasan, kemahiran, tenaga dan fizikal badan. Kita hanya mampu bersorak & menyokong 100%.
Selaku rakyat Malaysia, aku cukup berbangga nak pakai JERSI KUNING ini walaupun bukan hari Sabtu. Ketika "menyogo" semalam, aku cukup berbangga berJERSI KUNING tanpa dikejar kelibat pihak penguasa. Haha. Tiapa kali melintasi runaway, membawa baby Maya dalam stroller (umminya shopping raya), ada saja orang jerit... Malaysia!
Apa salahnya pakai KUNING?? Walaupun Datukl Rajagobal kata tuah warna biru selalu menang! Tetapi tanda sokongan terhadap bola Malaysia, tanda SUCI & BERSIHnya jiwa kita kental menyokong padu barisan negara kita kibarkan Jalur Gemilang yang sama!
Perlawanan yang akan menetukan hala tuju bola sepak negara. Naik turun kedudukan(ranking) bergantung kepada keputusan semasa antara negara! Bukan antara negara & kelab. Agak sayu melihat keputusan 5-3. Walaupun mendahului 1-0, kemudian ketinggalan 4-1, lalu bangkit 4-3, skuad negara masih ampuh membenarkan jaringan kelima. Marah tak marah.. geram tak geram.. apakan daya, kita tunggu pusingan kedua 8.45 malam nanti.
Perlawanan yang akan menetukan hala tuju bola sepak negara. Naik turun kedudukan(ranking) bergantung kepada keputusan semasa antara negara! Bukan antara negara & kelab. Agak sayu melihat keputusan 5-3. Walaupun mendahului 1-0, kemudian ketinggalan 4-1, lalu bangkit 4-3, skuad negara masih ampuh membenarkan jaringan kelima. Marah tak marah.. geram tak geram.. apakan daya, kita tunggu pusingan kedua 8.45 malam nanti.
Walaupun aku pakai baju Gunners tapi jiwa tetap Malaysia. Nak buat macam mana.. jersi KUNING banyak kali lagi boleh pakai. Entah bila pula Gunners nak datang Malaysia. Lagipun takde live kat TV. Rata-rata
mereka yang hadir sebenarnya juga begitu. Nak tengok gol dihasilkan oleh anak Malaysia
mengalahkan orang asing di bumi sendiri. Sebagaimana terpegun dengan
mutu serangan ketika menentang Liverpool, dan betapa cap ayamnya barisan
pertahanan Malaysia.
Percayalah.. hati ini tetap berjiwa Malaysia. Setelah kalah 4-0
kepada Arsenal. Kalah lagi kepada Liverpool 6-3. Dan skuad Olimpik
(campuran) hanya tewas tipis 1-0 kepada Chelsea. Betapa kentalnya
pertahanan skuad Olimpik sedangkan skuad senior sudah melepaskan
sebanyak 15 gol dalam 3 perlawanan terakhir.
Dan sebagai pengubat duka lara, merawat luka terpendam, aku nak kongsi beberapa momen lagi ketika menyaksikan MalaysiaXI menentang Arsenal. Terima kasih kepada Hakim yang tolong belian tiket & tolong book tempat dalam stadium Kami semua dari Petrosains.
Dari kanan ke kiri: Aku, Hakim, Syahmi & adik beradik kembar Azri & Amer |
Ini beberapa momen sebelum permainan, sebelum menginjak kaki ke dalam stadium. Memang bingit! Tak boleh bawa anak kecil. Trompet, hon ala ala vuvuzela sangat berterabur bunyinya. Dan inilah hakikat berada di stadium. Sebijik macam berada di pasar. Masa belajar dulu, kalau kelas bising, selalu kena marah "Kamu ingat ni pasar ke? Pasar malam?" Kalau orang Kelantan, geger riuh sebegini ibarat menjual etok(etak)!
Sebelum sepak mula.. sudah gegak gempita! |
Berani pekerja itu.. tak gayat ke? |
Dan ambien ketika menonton bola sangat mengujakan. Semangat dan jiwa
memang berada di atas padang. Macam orang seni berada atas pentas.
Umpama ahli politik memberi pidato. Semangatnya ada di sini. Rasanya malam nanti suasana jauh lebih meriah. Sebab pasti 1Malaysia memberi sokongan padu. Jika di padang rumput tirusan (ala-ala padang hoki atau futsal), singa telah menerkam harimau dan terluka!
Harimau luka... akan terus mengaum atau merudum? Akan terus terluka dan berduka? Atau akan melukakan, menerkam & membaham? 90 minit berbaki. Ayuh kita sama-sama berikan semangat kesukanan, tonjolkan kekitaan, pamerkan harapan & nyalakan obor perjuangan. Harimau luka, maka singa yang jadi mangsa?? Aaaauuummm~
No comments:
Post a Comment