Perasan tak? Kalau kita baru "panas-panas" fotostat nota atau dokumen, salinan itu memang masih panas. Kenapa?
Dulu.. tahun 90-an, masa menuntut ilmu, di sekolah ada bilik khas untuk cetak soalan ujian bulanan atau peperiksaan. Bilik xerox namanya.. Betul tak?? Tu nama glamor.. nama kampung bilik cetak!
Emm.. kali ni, nak cerita sedikit mengenai Fotokopi, yang terpilih sebagai tajuk Fakta Sains (Science Facts) yang telah aku kongsikan bersama rakan sekerja Petrosains awal bulan lalu. Memang sampai ke sudah aku dapat giliran awal. (
Baiklah.. berbalik kepada tajuk kita, Fotokopi! Sekarang kita ada mesin fotokopi yang moden untuk mencetak atau buat salinan. Siap boleh dijadikan mesin faksimili atau scanner lagi. Dan kita juga boleh buat setting supaya fotostat depan belakang, boleh stapler terus dsb!
Mesin fotostat paling awal dicipta pada tahun 1907 lagi! Idea Oscar Gregory dari syarikat Photostat Corporation. Jadi, sebab tu sampai ke hari ini kita panggil "fotostat"! Alaa.. sama halnya dengan Milo, Colgate, Ridsect dll.
Tapi, sebelum terciptanya mesin fotokopi ini, manusia menggunakan kaedah menyalin menggunakan kertas karbon! Ingat lagi tak kertas karbon yang kita boleh tekap lukisan di atasnya?? Lepas tu ada mesin mimeograf macam kat bawah ni.
Selepas itu, ia mulai berkembang dari semasa ke semasa, termasuklah lukisan kejuruteraan yang dihasilkan dalam bentuk blueprint yang mengaplikasi proses cyanotype, yakni mecampurkan dua jenis bahan kimia iaitu Ammonium Iron(III) Citrate dan Potassium Fericyanide.
Kemudian ia terus berkembang sehinggalah terciptanya mesin ciptaan Chester Carlson yang menggunakan proses xerografi! Maka di sinilah asal usulnya perkataan xerox atau zeroks! Xerografi atau nama lainnya elektrofotografi merupakan proses yang menggabungkan elektrostatik & fotografi (teknik mencetak secara kering sebab tiada guna sebarang cecair), dan mesin inilah yang wujud sehingga hari ini.
Fotokopi sebenarnya memudahkan tugas seharian kita. Kita dapat buat salinan dengan mudah, cepat, murah & secara pukal! Jangan pandang sebelah mata orang buka kedai fotostat.. untung banyak tu walaupun 1 sen sehelai kutip untung. Cuba bayangkan volumenya mencecah ribuan salinan?? Emm.. apa lagi pasal fotokopi ek? Pernah degar tak orang sebut adik-beradik kita macam fotostat saja mukanya?
TT: Tiada kaitan dengan Cinta Fotokopi! hihi (Xerography asalnya bahasa Greek, Xeros = dry/kering; graphia = writing (tulis/salin)
No comments:
Post a Comment