Hebahan

Monday, January 25, 2010

Makan tak LALU, mandi tak basah, tidur tak lena ??

Aik? Apa kes? Sepatutnya orang yang hangat bercinta.. menjadi tunangan orang, menunggu detik bahagia saat diijabkabulkan sepatutnya gembira tidak terkata. Ceria.. seri yang terpancar di muka dengan mata yang berkaca.

Memang tak dinafikan, perasaan berdebar itu tetap ada, tetapi kali ini aku rasakan satu bebanan yang tidak terkira beratnya akan terpikul di bahu ini. Amanah.. perkahwinan itu amanah. Perkahwinan ini perlu dijaga hak dan keharmoniannya.

Aku gusar sekiranya aku tak mampu membahagiakan dirinya, aku takut sekiranya aku mensia-siakan dirinya. Aku takut aku gagal menjadi ketua keluarga yang baik, dan dalam masa yang sama aku juga khuatir sekiranya aku meminggirkan mama kelak.


Walau bagaimana rukun dan bahagianya rumahtangga yang aku bina sekalipun, sekiranya ada hati yang terguris, lebih-lebih lagi hati Mama, perasaan ralat telah mula menyerang seluruh rongga tubuhku!

Aku akui, mengapa dia yang menjadi pilihan hatiku, salah satu faktor utamanya ialah restu daripada Mama. Mama sendiri yang berkenan dengan Nurul untuk dijadikan menantu. Sebagai anak sulung dan cucu sulung, maka Nurul yang akan menjadi menantu sulung dalam keluarga.

Seluruh ahli keluarga begitu teruja menanti dan meraikan saat kami disatukan kelak. Langkah pertama sudah diambil. Tali pertunangan terikat sudah. Ramai rakan ucap tahniah, mendoakan kami selamat menuju ke gerbang perkahwinan. Dan ada juga yang memberi nasihat dan pandangan peribadi. Terima kasih kawan-kawan~

Salah satunya ialah isu 'darah manis'. Banyak halangan sebenarnya sepanjang tempoh pertunangan ini. Makin dekat menuju tarikh keramat, maka lagi banyak cabarannya. Ya! Aku akui hakikat ini. Cuba bayangkan, menjelang tarikh 12.12.2009, macam-macam kisah yang berlaku. Inikan pula menanti saat diijabkabulkan. Kira-kira 5 bulan lgi.

Salah satu cerita waktu sebelum bertunang dulu berkisar adat resam, atau tradisi setempat. Kami dari Kelantan berbeza caranya dengan budaya tradisi di Sabak Bernam. Macam-macam. Di Kelantan, kalau bertunang, orang lelaki pun dapat cincin, bawa 3 ke 5 hantaran sudah memadai. Sebaliknya, di sebelah sana, kalau mahu bertunang, perlu sediakan 2 bentuk cincin, satu cincin belah rotan tanda merisik, dan sebentuk lagi cincin bertunang. Hantaran pula selesai sekaligus! 15 hantaran ya~


Tak kisah. Tidak mengapa. Itu cuma prosedurnya. Protokol semata-mata. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan licin dan lancar. Walaupun, ini cara bertunang 'zaman moden', menurut kata Mama. Ya lah.. tiada pantun-pantun sebagai pembuka bicara. Selalunya, majlis bertunang akan diwakili oleh orang-orang tua ataupun generasi yang terdahulu yang akan mempertahankan adat dan warisan, tetapi kali ini tak berkira sangat. Budak-budak pun datang sama. Siap bergambar dengan bakal pengantin di dalam bilik yang cantik berhias.

Masing-masing faham, walaupun ini kali pertama bagi keluarga kami, nampak sedikit janggal, dan rasa sedikit ralat di mata kami, tetapi itu sudah cukup sempurna di mata mereka. Alhamdulillah. Syukur. Segala rasa yang pahit lalu bertukar menjadi manis membuatkan aku terus lupa segala masalah yang pernah melanda.

Diam tak diam, sedar tak sedar, air mata ini mengalir.. menitis. Sebak? Gembira? Tidak tahu apa puncanya. Ya! Itu yang berlaku selepas solat Jumaat, sehari sebelum bertunang. Dan kali ini air mata ini sekali lagi tumpah! Makin aku menghampiri hari bahagia, makin banyak cabarannya.


Benar, jika kita mahu menawan puncak Kinabalu atau puncak Everest, kita takkan lalui jalan yang mudah menuju ke sana. Ada banyak cabarannya. Kadang-kadang kita kena turun ke bawah dahulu baru boleh naik ke atas kembali. Kalau kita tergesa-gesa atau bergegas melompat ke atas mungkin kita akan tergelincir.

Kita akan tiba di puncak dengan payah tetapi cukup bermakna. Segala calar-balar, luka di seluruh anggota merupakan kenangan terindah yang mengajar kita erti hidup. Pengalaman yang benar-benar mengajar. Walaupun parut lama baru nak hilang, luka baru pula yang datang, tetapi itu bukan batu penghalang, tetapi itu dia batu loncatan meraih bahagia.

Cabaran pertama yang datang menerpa ialah penetapan tarikh perkahwinan kami, atau lebih tepat lagi kendurinya. Backwork atau orang Kelantan sebut bekwoh! Masalahnya ialah ada ura-ura mengatakan tarikh cuti sekolah pertengahan tahun telah dianjak!

Diawalkan seminggu. Dan kami merancang untuk mengadakan kenduri ketika musim cuti sekolah nanti. Masalahnya juga hanya di Kelantan. Walaupun di negeri lain telah mendapat pekeliling cuti sekolah diawalkan, pekeliling terkini yang membatalkan pekeliling lama dan ikut balik kalendar asal. Tetapi di seluruh negeri Kelantan tidak dihebahkan! Pening~

Kedua, apa yang aku takutkan telah berlaku. Aku takut aku lupa tanggungjawab. Selaku suami, sebagai anak, dan sebagai hamba-Nya di muka bumi. Rasa mahu menangis. Menangis saja kerana tangisan itu melegakan keresahan. Masa itu air mata begitu bernilai. Banyak maknanya. Pelbagai pengertiannya. Macam-macam definisinya.

Mungkin air mata bahagia. Mungkin juga lara. Berlinangan mungkin rasa bersalah. Rasa bersalah yang menebal kerana aku terasa aku telah 'meminggirkan' keluarga. Meminggirkan?? Maknanya?? Meminggirkan tanggungjawab. Alhamdulillah, berjaya jalankan tanggungjawab sebagai anak terhadap ibu bapanya. Aku terlupa satu lagi. Tanggungjawab selaku abang sulung terhadap 3 orang adiknya.

Tiba-tiba aku membayangkan andai kedua-dua orang tua yang dijemput ilahi terlebih dahulu, ke mana terlepasnya tanggungjawab 'menjaga dan memelihara' hak adik-adik kalau bukan di atas pundakku. Bahu ini yang akan menggalasnya memikul bebannya.

Mungkin, aku merasakan papa dan mama masih berkemampuan menyara dan membiayai adik-adik yang masih belajar. Mungkin! Aku akui, aku tak mampu hulurkan 'sedikit' bagi meringankan tanggungan beban kewangan. Sebabnya... kerja!

Aku tiada kerja tetap lagi. Kontrak! Wang lebihan untuk hantaran masa menikah masih belum cukup lagi. Tu belum lagi soal baju pengantin, nak sewa dewan, tempah catering dan yang bersangkutan dengannya yang menelan belanja ribuan ringgit. Aku hanya fikirkan apa yang akan aku lalui dan hadapi kelak. Adakah aku mementingkan diri sendiri??

Sedih.. mungkin juga aku abang yang tak menyelami perasaan adik-adiknya. Dasarnya tak dapat dibaca. Biasalah.. awal-awal semester, awal-awal tahun waktu buka sekolah. Aku bukan tak sumbangkan apa-apa, tetapi aku rasa sesuatu. Rasa kurang.

Bila dengar cerita orang lain, yang ada abang, yang ada kakak, banyak juga yang mereka dapat. Maknanya abang dan kakak mereka banyak juga menghulurkan duit. Tapi aku bagi sedikit saja. Ditambah dengan keadaan sekarang, Mama saja yang bekerja (sebab Papa pencen sepenuh masa), mungkin Mama dah merasai bebanan yang tak mampu ditanggung.

Walaupun Mama tak minta duit aku, Mama tak mengeluh depan mata aku, tetapi bila Mama bersuara "Abe kena ingat, abe anak sulung, abang sulung, banyak tanggungjawab!" Aduh! Aku rasa sangat bersalah. Tak pasal-pasal berair mata. Terbuka kelopak mata seluas-luasnya.

Gara-gara duit, boleh bikin hati gusar. Resah gelisah merawan. Duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya perlukan duit. Tiada yang percuma di dunia ini. Aku pasrah.. berserah kepada-Nya. Moga jalan yang aku pilih untuk dilalui ini akan kuhadapinya dengan tabah, walaupun payah tetapi terasa mudah. Kembali senyum =)




Adnan Sempit yang Heiran LALU Merantau

Seperti biasa, waktu senggang aku sempat diisi dengan menonton wayang. Ada 3 filem yang baru yang menjadi pilihan walaupun hakikatnya langsung tiada pilihan. Mungkin waktu ini tiada filem 'mega' ataupun nampak gah yang dicanang-canang selaku filem yang segar dan berada di kelas tersendiri. Masa tu, filem The Spy Next Door lakonan Jackie Chan pun tak masuk lagi.

Apa yang aku harapkan setiap kali menonton wayang yang berskala besar? Sudah tentu kelainan kan? Yang tak dapat kita lihat di kaca TV. Kalau ceritanya lebih kurang drama kat TV, tak payahlah buang duit, buang masa, buang tenaga. Jadi harap maaf.. Razak Mohaideen punya cerita memang ada dalam senarai kena banned zaman berzaman. Lebih-lebih lagi kalau terselit si FS. Haha. Hello...ni hak pengguna okay. Mana boleh paksa-paksa, kalau orang lain nak tengok silakanlah dengan segala hormatnya. Tapi jangan kata anda tak pernah diberi amaran kalau menyesal kelak.

Sudah! Mari kita mulakan topik. Cerita pertama, Adnan Sempit, filem Malaysia. Arahan Ahmad Idham. Judul asalnya macam-macam. Sekejap Adnan Rempit.. sekejap Rempit Nan Sempit. Tetapi gara-gara pengharaman menggunakan Rempit yang perlu digantikan dengan 'samseng jalanan' maka inilah nama yang terbaik. Kalau anda perhatikan poster betul-betul, Adnan Sempit. Ada huruf R.. di belakang perkataan Sempit. Dan sepanjang filem ini berdurasi, perkataan Mat Sempit banyak sekali menggantikan perkataan Mat Rempit.

Pernah saksikan adegan merempit di depan mata? Buat willy ke.. aksi-aksi yang tak tercapai dek akal kita? Itu bukan persoalannya, tetapi apa yang mahu ditanya kepada diri kita, siapakah dia Mat Rempit? Adakah kita tahu istilah Mat Rempit ini ditujukan kepada siapa? Adakah sesiapa saja yang menunggang motor, yang menggunakan motor sebagai kenderaan harian sudah boleh dicop atau digelar Mat Rempit? Mat Despatch yang mengusung surat dan bungkusan ke sana ke mari itu Mat Rempit kah? Pak Haji yang ke surau setiap hari menggunakan motor Mat Rempit kah? Wanita yang mengandung yang hanya menunggang motosikal setiap hari ke tempat kerja itu Minah Rempit kah??

Itulah persoalan yang dikupas oleh Ahmad Idham melalui cerita ini dengan cara yang sangat ringan, spontan dan sangat sarkastik! Aku suka.. walaupun kita ketawa terbahak-bahak sepanjang cerita ini, tetapi ketawa itu ada nilai. Mungkin kita menggelakkan kawan kita.. adik-beradik kita.. dan mungkin juga diri kita sendiri. Baik punya kena atas batang hidung sendiri. Siapa rasa pedas.. dialah yang makan cili.. kata David Teo~

Menampilkan Shaheizy Sam selaku hero yang bernama Adnan. Sam, yang diberi jolokan Johnny Depp Malaysia membawakan watak Adnan dengan sempoi sekali. Sangat naif. Dia bukan Mat Rempit walaupun ada motor canggih manggih yang selalu digunakan untuk berlumba. Jauh berbeza dengan wataknya yang 'mat kacau' dalam Bohsia. Walaupun wataknya ringan.. ada unsur komedi, tetapi hakikatnya itu bukanlah tugasan yang mudah mahu menggeletek hati penonton. Gaya Mat Rempit yang sempit serba-serbi, sempit pemikiran, sempit poketnya.. termasuk sempit pengetahuannya dan tatabahasa Inggerisnya yang tunggang terbalik itu, tak bermakna Adnan itu bodoh sampai boleh kena tipu.

Ada realistiknya.. ada perkara yang Adnan bijak seperti penyelesaian masalah(problem solving). Adnan gemar bercerita, berkongsi masalah dengan pakciknya iaitu Macha (alaa.. Macha daripada filem Remp-it yang kahwin dengan Ika awek Madi dulu). Adnan tak sampai tahap mahu bunuh diri di jalan raya atau apa saja sebagai jalan mudah lari daripada masalah malah Adnan mampu selesaikan masalah bosnya, Nadia(CEO kah?) lakonan Intan Ladyana.

Intan Ladyana? Bagaimana prestasinya dalam filem ini? Walaupun mendapat kritikan daripada wartawan hiburan, tetapi bagi aku secara peribadi, lakonan Intan lebih meyakinkan berbanding Jangan Pandang Belakang. Walaupun tak sempurna, sekadar pose cantik depan kamera, tetapi dah itu yang terbaik, yang mampu diberikan Intan, maka terimalah saja. Takdelah teruk sangat sampai merencatkan perjalanan cerita.

Mungkin gara-gara lakonan Along Cham dan Yana(alaa Pengarah Selamat Pagi Cinta itu, yang berlakon Histeria juga) yang lebih menonjol. Siap ada adegan menyanyi lagi. Mungkin Yana guna suara sendiri saja sebab suatu ketika dulukan Yana pernah hasilkan album Ceria. Lakonan mereka berdua menggamatkan lagi suasana panggung ditambah dengan Angah yang menjadi penyanyi karaoke sepanjang cerita ini. Jadi, kalau anda mahu lepaskan tension, tekanan di tempat kerja, nak santai, hiburan ringan, mahu gelak-gelak.. unwind kata orang putih, inilah meditasinya. 3 Bintang! ***

Cerita kedua, Heiran! Cerita Iran. Ya! Aku mahu cari kelainan kan? Aku rela dikelilingi 80% warga Arab di dalam panggung GSC ni. Mungkin bagi mereka, terasa seperti kembali ke kampung halaman. Lepas segala kerinduan yang bersarang. Tetapi yang peliknya, sejurus aku keluar dari panggung, ada seorang warga Iran menafikan sekeras-kerasnya itu adalah cerita dari Iran. Itu cerita Afghanistan! "It's not Iranian..it's Afghan!" Beria-ria ni... Emm.. malu ke? Sebab standard cerita ini mungkin agak kurang berbanding filem Iran yang lain. Tidak seperti yang diharap-harapkan tetapi yang penting, pengarahnya Shalizeh Arifpur, tak tahulah orang Iran ke tak.

Apa sajalah.. yang penting, aku dapat rasakan, kelainan yang aku cari daripada filem Iran ini hanya sedikit yang aku ketemui. Ya! Sedikit saja, tetapi taklah terlalu kecewa. Sinopsisnya seperti di bawah:

Itulah percintaan yang tak kenal siapa. Warga asing dengan penduduk tempatan. Hairan juga kenapa filem ini diberi nama Heiran, yang merujuk kepada warganegara Afghanistan yang belajar di Iran. Kenapa tajuknya bukan Mahi, heroin cerita itu?

Mungkin kerana Heiran inilah yang memberi impak besar, yang menggerakkan plot cerita ini. Mahi yang berkenalan dengan Heiran di atas sebuah bas dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Dan di situ juga cinta mula berputik. Mahi, gadis yang pintar, bijak di sekolah, tetapi gara-gara cinta, segalanya berubah sekelip mata. Ada satu adegan, Mahi kemaruk sangat bercinta sanggup buat roti arab, yang terukir nama Mahi-Heiran (dalam Bahasa Arab). Sangat romantik.. macam gambar bawah ini =)

Walaupun mendapat tentangan hebat orang tuanya, Mahi tetap mahu meneruskan percintaannya dengan Heiran walaupun usianya masih muda, perjalannya masih jauh lagi. Bantahan orang tuanya memang berasas. Ayah Mahi mahu memastikan Mahi bahagia kelak. Ayah Mahi dapat merasakan, suatu hari nanti, Mahi pasti akan meninggalkan keluarga, dan mengikut suaminya ke Afghanistan yang sedang bergolak dengan peperangan.

Orang tua mana yang tak sayangkan anaknya. Orang tua Mahi tak mahu Mahi menjadi gadis tipikal yang hanya bergelar suri rumah sepenuh masa. Mereka mahu Mahi belajar ke peringkat yang lebih tertinggi. Apa yang ditakuti, dikhuatiri, dan dirunsingkan orang tuanya.. itulah yang berlaku.

Apakan daya. Masa depan Mahi boleh dikatakan musnah! Ya, musnah! Bukan salah Heiran tetapi salah cinta yang buta. Ayah Mahi dengan berat hati merestui perkahwinan Mahi-Heiran (bayangkan gadis ini lari rumah kerana mahu berjumpa jejaka asing ini.. wah hebat betul bangsa asing ni) Sebijik macam peristiwa di Malaysia, anak gadis yang sanggup lari mengejar cinta jejaka asing. Contohnya kisah cinta Lombok!


Nasi sudah menjadi bubur. Mahi harus terima hakikat dan risiko berkahwin dengan warga asing. Passport dan visa Heiran ada masalah, lalu Heiran menjadi pelarian. Hilang tanpa jejak. Mahi waktu itu, sarat mengandung anak pertama sudah pasti dambakan perhatian suami di sisi. Akhirnya siapa yang kutip Mahi balik?? Orang tuanya juga. Namun masih tak menyesal.. degil dan tetap mahu gagahkan diri ke sempadan, mahu ke Afghanistan mencari suaminya sehingga ke pusat tahanan depoh. Inilah bahagian yang tak sedap ditonton. Terasa macam orang perempuan diperbodohkan oleh cinta!

Namun pengajarannya tetap ada, terutama bagi aku. Filem ini membuka mata aku seluas-luasnya hakikat perkahwinan. Banyak geloranya.. banyak pencarobanya.. Bersedialah. Duit.. walaupun isu kecil boleh menjadi isu besar yang boleh porak-perandakan keharmonian rumahtangga. Mesejnya, kahwin bukan kerja main-main. Bukan perkara suka-suka. Kita jatuh cinta, indahnya saat itu hanyalah seketika. Buka mata seluas-luasnya, pandang jauh ke hadapan. Kahwin bukan untuk sehari dua, tetapi untuk seumur hidup. Perjalanan masih jauh.. TIGA BINTANG! ***

Cerita ketiga! Selepas Thailand muncul dengan Ong-Bak yang menampilkan muay-thai, kini Indonesia tampil dengan filem aksi silat! Merantau! Adakah Malaysia terlambat mahu menampilkan filem yang ada elemen dan aksi silat?? Silat Lagenda?? Oh, itu aminasi saja ya.

Rasanya, kalau Malaysia mahu buat filem aksi silat, kajilah filem ini, banyak yang boleh diperbaiki lagi dari semasa ke semasa. Jika dinilai dari sudut aksi atau seni silat yang ditampilkan atau lebih khusus lagi Silat Harimau, memang amat membanggakan. Tetapi jika dinilai dari aspek roh atau jiwa filem ini.. banyak ruang-ruang kosong sebenarnya. Macam klise cerita Melayu kita. Kuala Lumpur itu sangat hitam, sama juga seperti Jakarta, sarang maksiat.

Lakonan yang tiada jiwa. Tiada bekas. Tiada kesan di hati. Nasib baik Christine Hakim ada. Pelakon gred A ni hanya muncul di awal dan akhir cerita saja. Iko Uwais, selaku hero, memang berbakat. Masih ada peluang untuk muncul lagi dan diasah serta diserlahkan lagi bakatnya. Bakatnya dah nampak, ada 'rasa'lah juga tapi masih tak cukup. Berpotensi.. aktor masa depan Indonesia.

Cerita ini macam permainan game lawan-lawan. Alaa..kan bersepah game PSP ke.. PS1/2/3, X-Box pasal lawan-lawan kan? Jalan ceritanya sebijik. Mula-mula lawan askar-askar dulu.. budak-budak boleh makan. Habis Stage 1, ada bos. Menang. Masuk Stage berikutnya, sampailah Stage Akhir kena lawan BOS besar. Payahlah juga, dan selepas berjaya, tuan Puteri berjaya diselamatkan. Haa... macam game Mario& Luigi! Hihi..

Cuma terhibur dengan aksi silatnya sahaja. Banyak lagi rongga-rongga. Dua setengah bintang **'

Friday, January 22, 2010

Tercalon LALU...???


Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH) 2009 telah dimumkan. Ada sedikit kejutanlah. Secara keseluruhannya senarai calon 'pilihanraya' amat relevan. Jom kita tengok siapa yang kena bersama dengan ulasan dan ramalan tukang tulis. Mereka tercalon LALU...apa? Menang? Kalah? Gigit jari? Ini kategori POPULAR.. bukannya TERBAIK! Yang popular belum tentu terbaik.. yang terbaik pun belum tentu popular. Emm.. ~ layaan saja...

Penyanyi Lelaki

adam
akim
aizat
faizal tahir
mawi

sepatutnya tiada -
sepatutnya ada - malique? yasin? tomok? nak jugak...
harapan kemenangan untuk - faizal tahir?

Penyanyi wanita

jac
mila
dato' ct
stacy
yuna

sepatutnya tiada -
sepatutnya ada - misha omar? alyah? liyana jsamay? ops~
harapan kemenangan untuk - dct?

Penyanyi duo/kumpulan

adam feat. stacy
bunkface
hujan
MUH feat. black
6ixth sense

sepatutnya tiada -
sepatutnya ada - Azlan & typewriter? estranged? sofaz? Fabulous cat? emm.. macam mana dengan jo-zan atau jawa-rangers?
harapan kemenangan untuk - MUH & Black?

Pelakon filem lelaki

aaron aziz
afdlin shauki
farid kamil
que haidar
zulhuzaimi

sepatutnya tiada - zulhuzaimi?
sepatutnya ada - shaheizy sam? rusdi ramli?
harapan kemenangan untuk - aaron aziz?

Pelakon filem wanita

diana danielle
lisa surihani
liyana jasmay
maya karin
sharifah amani

sepatutnya tiada - diana danielle?
sepatutnya ada - fazura? nabila huda?
harapan kemenangan untuk - liyana jasmay?

Pelakon tv lelaki

aaron aziz
fahrin ahmad
fizz fairuz
fizo omar
remy ishak

sepatutnya tiada -
sepatutnya ada - rosyam nor?? iqram dinzly? fezrul khan? zizan nin? kamal adli?
harapan kemenangan untuk - remy ishak?

Pelakon tv wanita

fasha sandha
noorkhiriah
rozita che wan
scha alyahya
tiz zaqyah

sepatutnya tiada - fasha sandha?
sepatutnya ada - dynaz? erra? elyana? eira syazira? ummi nazeera? memey? fasha pun boleh tercalon.. abby? ops~
harapan kemenangan untuk - tiz zaqyah?

Pengacara tv lelaki

ac mizal
ally iskandar
aznil nawawi
faizal ismail
nabil

sepatutnya tiada - nabil? sekadar berewah2
sepatutnya ada - awal ashaari? fahrin?
harapan kemenangan untuk - aznil?

Pengacara tv Wanita

cheryl samad
fara fauzana
nurul shuhada
raja azura
sarimah ibrahim

sepatutnya tiada -
sepatutnya ada - juliana evans? marion oiam?
harapan kemenangan untuk - fafau?

DJ lelaki

ag
aznil nawawi
din beramboi
faizal ismail
kieran

sepatutnya tiada - din beramboi-amboi?
sepatutnya ada - saleh yaakob? khairil rashid?
harapan kemenangan untuk - fbi?

DJ wanita

abby fana
fara fauzana
nana
linda onn
sharifah aleya

sepatutnya tiada -
sepatutnya ada - kak engku?
harapan kemenangan untuk - fafau?

Artis komedi lelaki

ac mizal
afdlin shauki
nabil
saiful apek
zizan

sepatutnya tiada -
sepatutnya ada - din beramboi? johan?
harapan kemenangan untuk - nabil?

Artis komedi wanita

aliza abdullah @ enot
didie alias
kenchana dewi
noorkhiriah
nik sayyidah

sepatutnya tiada -
sepatutnya ada - sheila mambo? fazurina dunia anita?
harapan kemenangan untuk - kenchana dewi?

Artis baru lelaki

akim
aril
black
gambit saifullah
hafiz

sepatutnya tiada - hafiz?
sepatutnya ada - zahiril adzim? redza minhat? kamal adli?
harapan kemenangan untuk - akim?

Artis baru wanita

dira abu zahar
isma
putri mardiana
tiz zaqyah
yuna

sepatutnya tiada - dira?
sepatutnya ada - julie woon-blogger boy? ana rafali? memey suhaiza? diana amir?
harapan kemenangan untuk - tiz zaqyah?

Artis nasyid

hijjaz
in-team
rabbani
raihan
saujana

sepatutnya tiada -
sepatutnya ada - aiman? hafiz hamidun? akhil hayy?
harapan kemenangan untuk - rabbani?
Bintang Paling Popular - Faizal Tahir? Tiz Zaqyah? Nabil?

Tu di Malaysia. Dalam masa yang sama, telah berlangsung anugerah Golden Globe Ke-67. Ala-ala Anugerah Skrinlah kalau di Malaysia. Macam Anugerah Seri Angkasa pun boleh. Dan berikut merupakan calon Top5 LALU menjadi pemenangnya :

KATEGORI FILEM:


Filem Terbaik: Avatar

Filem Komedi Terbaik: The Hangover

Pengarah Terbaik: James Cameron - Avatar

Aktor Terbaik (Filem): Jeff Bridges - Crazy Heart

Aktres Terbaik (Filem): Sandra Bullock - The Blind Side

Aktor Terbaik Komedi atau Muzikal: Robert Downey, Jr. - Sherlock Holmes

Aktres Terbaik Komedi/Muzikal: Meryl Streep - Julie & Julia

Aktor Pembantu Terbaik (Filem): Christoph Waltz - Inglourious Basterds

Aktres Pembantu Terbaik: Mo’Nique - Precious

Filem Animasi Cereka Terbaik: Up

Filem Asing Terbaik: The White Ribbon dari Jerman

Lakon Layar Terbaik: Jason Reitman dan Sheldon Turner - Up in the Air

Skor Asal Terbaik: Michael Giacchino - Up

Lagu Asal Terbaik: The Weary Kind from Crazy Heart

KATEGORI TELEVISYEN:


Drama Siri Terbaik: Mad Men

Komedi Bersiri Terbaik: Glee

Aktor Terbaik (Drama Bersiri): Michael C. Hall - Dexter

Aktres Terbaik (Drama Bersiri): Julianna Marguilies - The Good Wife

Aktor Terbaik Siri Komedi: Alec Baldwin - 30 Rock

Aktres Terbaik Siri Komedi: Toni Collette - United States of Tara

Siri Mini/Telefilem: Grey Gardens

Aktor Terbaik Siri Mini/Telefilem: Kevin Bacon - Taking Chance

Aktres Terbaik Siri Mini/Telefilem: Drew Barrymore - Grey Gardens

Aktor Pembantu Terbaik Siri, Mini Siri atau Telefilem: John Lithgow - Dexter

Aktres Pembantu Terbaik Siri, Mini Siri atau Telefilem: Jane Lynch - Glee
PENGHARGAAN KHAS:

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Cecil B. DeMille - Martin Scorsese

Friday, January 15, 2010

Berubah seLALU

Apakah maksud SELALU? Selalu maknanya sentiasa. Senyum selalu. Sentiasa tersenyum. Tetapi bagi orang Kelantan, ada satu lagi makna selalu. Selalu maknanya SEKARANG. NOW!

Marilah makan selalu. Ayuh kita makan sekarang. Awak kena siapkan kerja sekolah ni selalu! Sekarang juga awak kena siapkan kerja sekolah. Aku teringat zaman Peralihan di Ma'ahad tahun 1997. Sebabnya ramai juga kawan-kawan yang bukan anak jati Kelantan. Asal dari KL, Selangor, Pahang, Melaka tapi mahu belajar di Ma'ahad dan duduk asrama.

Bila AJK Asrama umumkan, kena mandi dan mandi selalu, Mamat ni faham setiap hari memang kena makan dan mandi, kan?? Apa yang peliknya? Oh, dia tidak faham. Maka aku kena jelaskan kepadanya, waktu sekarang juga kita kena mandi dan makan sekaligus! Tepuk dahi~

Biasalah tu.. ketidakseragaman bahasa. Satu perkataan mungkin membawa maksud yang berbeza mengikut tempat masing-masing. Contoh.. Susuk, di Malaysia, Susuk tu lah..yang konon mahu kekal awet muda. Tetapi di Indonesia maksudnya agak sensitif ya. Di Indonesia, butuh bermaksud keperluan.. tetapi di Malaysia?? Lu pikirlah sendiri~

Di Kelantan, perkataan pantat bermaksud bahagian bawah(contoh pantat kuali, ataupun pantat tempayan), di Sabah pula pantat merujuk kepada punggung, tetapi bagi orang Malaysia di negeri lain?? Maksudnya agak luc-ah! Orang KL sebut kopek merujuk kepada aktiviti membuka atau mengupas buah. Kan?? Tetapi lari maksudnya bagi orang Kelantan.

Maka sebab itulah juga di Perak tiada Tengku Mahkota! Di Kelantan buah mangga dipanggil pauh, bukan mempelam! Di Kelantan, nakal maknanya lucu/kelakar. Sungguh nakal budak gemuk itu. Maknanya budak gemuk itu sangat kelakar/lucu. So hillarious! Bukan bermaksud nakal tak boleh duduk diam nak rosakkan harta benda awam.

Di Indonesia.. lucu bermaksud comel. Bayi itu amat lucu sekali. Haha. Maknanya bayi itu sangat comel, takkanlah bayi pandai buat lawak! Sama juga perkataan kakak di Kelantan. Ahmad ni kakak kepada Abu. Ahmad tu lelaki, tetapi perkataan 'kakak' merujuk kepada abang! Bukan Ahmad tu aw aw ya! Tok Mek tak makan milo.. maknanya Tok Mek tak minum milo.

Itulah uniknya bahasa kita yang sangat tinggi nilai estetika dan khazanahnya. Buas dalam bahasa Kelantan juga membawa maksud nakal dalam konotasi yang sama. Budak itu sangat buas. Budak itu bukan binatang, tetapi tak boleh duduk diam, sangat nakal.

Sekelip mata, bunyi dan maksudnya berubah. Berubah SELALU orang Klate kata. 360 darjah berubah, bukan 180 darjah dah. Sama juga bahasa Arab, sebab baris saja boleh berubah maknanya. Contoh kita ambil 2 huruf. Ba dan Ra. Kalau ba baris ATAS ra sabdu depan, barrun maknanya darat, ba baris BAWAH ra sabdu depan birrun maknanya kebaikan, ba baris DEPAN ra sabdu depan burrun maknanya gandum!

Sampai di sini dulu rasanya mukaddimah yang panjang lebar. Sebab cerita asalnya adalah mengenai PERSEPSI yang berubah 180 darjah! Mungkin juga 360 darjah! Persepsi?? Pandangan orang terhadap sesuatu perkara. Selalunya apa yang kita lihat, itulah yang menjadi persepsi kita.

Kita akan terus melompat membuat rumusan. Jump to conclusion even it was first impression! Memang itu tabi'i kita. Semulajadinya mudah membuat rumusan awal. Nampak saja luaran orang tu selekeh, mesti orang ni susah. Siapa tahu, dia merupakan pemimpin besar yang berjiwa rakyat seperti Saidina Umar Al-Khattab dan Omar Abdul Aziz?? Kan??

Ada 2 kisah bagaimana persepsi boleh berubah sekelip mata.

Kisah pertama di dalam sebuah ERL, menuju ke KLIA. ERL tak padat dan sesak dengan penumpang seperti kita naik bas ataupun keretapi lain seperti Komuter, LRT ataupun Putra. Sangat berbeza sama sekali. Elok-elok saja keretapi ERL berangkat dari KL Sentral menuju ke KLIA, terdapat 3 beranak. Seorang lelaki tua, bersama 2 orang kanak-kanak yang agak nakalatau buas atau tak boleh duduk diam. Berlari ke sana.. ke sini.. menjerit terlolong.. Tendang kerusi, sampai orang di hadapan tersentak kerana terkejut!

Yang peliknya, orng tua ni tak larang ataupun tegur kelakuan budak-budak tu yang mungkin anaknya. Minah yang duduk di kerusi yang tersentak tadi agak bengang, nampak reaksi muka dia macam nak bagi penampar saja budak-budak tu. Tapi budak-budak kan?? Mengalah saja.. lalu Minah tersebut cari tempat duduk lain.

Kali ini budak-budak itu menempel dekat seorang lagi budak yang lebih besar yang khusyuk bermain PSP. Betapa beraninya budak ini cuba merampas PSP itu. Budak itu ditolak, sampai terpelanting. Jatuh terperosok, tapi budak tu tak nangis ya! Tahan lasak.. pergi kacau orang lain pulak.


Aku suka perhatikan saja. Ada seorang wanita menghampiri orang tua itu yang duduk hampir dengan aku. Wanita tu konon nak '
sound baik punya' lah. Ayat yang terbayang yang mungkin akan terngiang-ngiang di telinga aku "Tak pandai jaga anak ke?? Tegurlah anak tu sikit. Nakal sungguh."

Haha.. itu ayat aku. Wanita itu dengan sopan berbasa-basi dengan orang tua itu..


"Anak ek??"


"Dok eh.. cucu!" Oh, orang Klate kito ruponyo!


"Biasalah budak-budak... nakal tak kenal tempat. Pakcik nak ke mana?"


"Kelik Klate.Budok-budok tu keno ikut sekali. Mok nga Ayoh dio eksiden... Meninggal. Baru jah selesai kebumi jenazah lepas Zohor saknih"


Gulp~ Aku memerhatikan dua orang kanak-kanak malang itu. Dalam lingkungan 3-5 tahun. Apa yang mereka tahu pasal kehidupan. Persepsi terus berubah. Kesian, terharu, simpati bercampur-baur. ERL berhenti di stesen Putrajaya, aku turun memandang sayu dan hiba. Aku bayangkan di tempat Atuk itu, apa harus aku katakan kepada kanak-kanak yang tak mengerti itu.


Cerita kedua! Di tengah-tengah bandar Damansara. Di celah-celah kehidupan masyarakat yang hanya buat hal sendiri. Aku menyewa bilik di sebuah apartment. Aku tak kenal jiran sekeliling, tapi cam lah muka-muka mereka. Kalau bertembung di lif, aku hanya mampu melemparkan senyuman yang ada kalanya berbalas adakalanya tidak. Mencuka...


Sebelah rumah aku, tinggal sepasang suami isteri. Aku bukan berniat menyibuk hal rumahtangga orang, Tapi aku cakna juga dengan sekeliling. Bayangkan tidurku yang lena diganggu bunyi tempikan.. laungan.. hempas-hempas barang. Bayangkan bila aku buka pintu rumah, jenguk saja rumah sebelah.. macam tongkang pecah. Baju-baju yang sebelum ini bersidai elok.. berterabur di sini di sana. Penyangkut bajunya juga melayang dekat dengan rumah aku.


Semenjak saat itu, aku sentiasa mahu ambil port hal rumah sebelah. Perang besar! Bunyi cakap kasar. Menjerit. Pasal air pun boleh gaduh besar. Tiba-tiba bunyi orang teresak-esak menahan kesakitan. Mengerang sakit. Aku ingatkan budak lelaki remaja yang nakal rupa-rupanya si isteri. Mungkin badannya agak gempal, dan suaranya agak kasar aku ingatkan budak lelaki yang baru 'pecah suara'.

Baru aku nampak suaminya.. Oh, kecik saja orangnya. Dalam hati kecil aku "Oh, inilah lelaki 'dayus' yang suka pukul perempuan yang lemah. Aku keliru.. perlukah aku but aduan dekat Panggilan Nur ke?? Polis ke?? Menteri Wanita ke?? Alasannya, ada kes dera. Isy, berani gila kalau aku konfiden nak buat laporan.


Esok harinya...aman pulak. Selang beberapa hari selepas itu, perang dunia sekali lagi. Seperti biasa,
bang bang boom. Dush dush.. bunyi kena pukul. Cuma takde nangis-nangis lagi dah. Yang menangis cuma anak-anak. Aku yakin kali ni, bukan anak yang dipukul.

Maka, aku pun tanya Pian. Pian?? Siapakah?? Lupa pulak untuk memperkenalkan Pian dan Chet, housemate aku. Kami 3 orang saja satu rumah. Hari-hari semuasibuk dengan kerja. Bila larut malam, baru ada peluang bertanya khabar. Aku bercerita kepada Pian tentang 'cerita aneh' itu.


Oh, bagi Pian ini cerita biasa saja. Diorang memang macam tu. Suami dia kerja sekuriti. Kecik saja orangnya. Isteri dia lagi besar daripada dia kan?? Haa.. isteri dia tu selalu belasah suami dia. Diorang memang macam tu. Kadang-kadang nampak bahagia, kadang-kadang perang dunia. Lepas tu baik pulak.


Gulp~ sekali lagi persepsi aku berubah. Aku tak tahu nak ulas apa, nak kata apa. Siapalah aku mahu menilai kehidupan mereka kan? Aku hanyalah jiran mereka yang usianya tak sampai sebulan pun. Siapalah aku nak hukum mereka. Mungkin mereka bahagia dengan cara seperti itu, siapa tahu. Sepak terajang sudah menjadi darah daging dunia mereka. Mana aku ada hak nak masuk campur. Kan?? Sudah.. jaga tepi kain sendiri saja. Aku bukan nak sibuk sangat, tapi sekurang-kurangnya aku cakna dan tahu hal sekeliling. Itu saja...


Cuma sekali lagi persepsi aku berubah sekelip mata. Rasa kesian pun ada dekat lelaki itu yang kecil saja orangnya. Tak dapat bayangkan bagaimana dibelasah bini.. menahan leteran bini(faham-faham saja kalau dilaser macam mana), kerja sekuriti, anak lebih 3 orang(sebab aku tak kaji betul-betul berapa orang anaknya. Paling besar sekolah rendah) Kos sara hidup di kota lumpur... Oh tidak, aku meletakkan diri aku di tempatnya selaku ketua keluarga. Aku mulai keliru.. siapa memukul dan siapa dipukul sebenarnya. Siapa yang sakit, siapa yang menangis sebenarnya. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Hati menangis siapa yang tahu~

LALU Singgah Seketika - Pengalaman Ziarah : Muhasabah sampai kebah!

Adat orang Melayu, kalau orang muda nak jalan ataupun LALU depan orang tua, kena tundukkan badan tanda hormat.Kalau nak LALU halaman rumah orang, terutamanya di kampung-kampung yang sememangnya tak berpagar, kalau malas sangat nak bagi salam yang dituntut itu, paling koman lemparkan senyuman atau angkat tangan tanda kita hormatkan tuan rumah. Tiada salahnya berbudi bahasa. Tak rugi satu sen pun!

Ni tak! Senonong saja melewati kawasan rumah orang. Tanpa rasa bersalah memasuki hak/kawasan orang lain yang bukan haknya. Angkat muka pun tak berani. Boleh jatuh hukum mencuri ni, sebab takrif mencuri dalam Islam ialah mengambil hak orang tanpa kebenaran. Mencuri hukumnya??? Nerakalah jawapannya? Mungkin~

Pernah dengar istilah on the way?? Di kalangan orang kita, istilah ini kerap dijadikan alasan untuk cover line kelewatan atau menutup kelemahan kita yang gagal menguruskan masa dengan baik. Dalam perjalanan?? Dalam perjalanan nak mandi? Dalam perjalanan nak makan? Dalam perjalanan atas keretapi atau dalam perjalanan dan terpaksa menempuh kesesakan ya amat!

Istilah ini juga kerap digunakan bagi mereka yang mengambil langkah berjimat menumpang kereta orang lain. Isy, bagus sebenarnya car-pool ni tapi dengan syarat kena tong tong lah. Takkan yang menumpang tu naik dengan percuma kan? Agak-agak lah kalau nak berjimat. Orang Kelantan kata "kupik" @ stingy. Biar bertempat lah kalau nak berjimat sekalipun kan?

On the way ke rumah si polan, kena lalu rumah si polin dulu. Kira sekali harung. Begitulah gamaknya. Al-kisahnya.. Ceritanya.. Kaedahnya, alang-alang kawan ni nak balik ke rumah dengan kereta kosong, takde orang tumpang, bolehlah nak tumpang sekaki. Singgah sebentar.. seketika cuma. Bukan Singgah Sahur rancangan TV3 setiap kali Ramadhan kelolaan Ally Iskandar ya.

Maka, aku pun ada cerita yang mahu dikongsikan bersama pembaca setia blog ini. Suatu hujung minggu, alang-alang mahu keluar cari kain sekolah baru untuk Adik Ya, kami mahu singgah seketika di Hospital Ampang menziarah orang sakit. Siapakah orangnya?? Jiran tetangga kami. Itulah hak orang Muslim ke atas orang Muslim yang lain. Ada 5 kesemuanya.


“Hak seorang Muslim ke atas seorang Muslim ada lima: menjawab ucapan salamnya, melawatnya ketika sakit, mengiring jenazahnya ke perkuburan, memenuhi jemputan dan mendoakan rahmat (Tasymit) apabila beliau bersin” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim](oh..rindu dengan matan hadith ini, belajar masa form 3/4 tak ingat doh)

Keutamaan lebih diberikan untuk melawat orang sakit berbanding menghadiri majlis perkahwinan. Lebih afdhal. Mengapa? Ada hikmahnya mengapa demikian. Secara kebetulan, rutin seharian aku ketika 'menanam anggur di Fesbuk' suatu ketika dulu ialah menghantar dan mengambil Adik Ya dari sekolah. Kebetulan jalan yang perlu aku lalu ialah depan rumah Encik Rasyid, jiran kami.

Bayangkan kejiranan kami tak mesra alam. Apa yang berlaku di sekeliling kediaman/kejiranan kami takkan diambil peduli oleh sesiapa pun. Sekurang-kurangnya, kawasan kejiranan kami hidup dengan sikap mengambil berat antara satu sama lain biarpun bukan kesemua rumah di lorong itu memberi kerjasama.


Tambahan pula, Pakcik Rasyid orang Kelantan. Sama juga isterinya. Mungkin inilah sikap orang Kelantan. Saling ambil berat dan tahu kisah sesama sendiri. Bayangkan kami sekeluarga telah sekian lama mengetahui isteri Pakcik Rasyid menderita sakit kanser, tetapi masih tak berkesempatan menziarah dan menjenguknya di hospital.


Sejurus tiba di Hospital Ampang, baru kami sekeluarga sedar bahawa isteri Pakcik Rasyid, bernama Rokiah telah hampir setahun terlantar di hospital genap bulan Februari nanti. Rasa bersalah tetap bersarang, walaupun apa jua alasan yang diberikan. Alasan kami, sibuk bekerja. Hujung minggu juga sibuk melayan 'rumah' yang ketiadaan bibik. Kini, apabila Bibik telah kembali (wah, Bibik Nurul sudah kembali awal Disember lalu), baru ada kesempatan, ruang dan peluang keemasan.


Kami membayangkan bagaimana kehidupan Pakcik Rasyid yang mahu menguruskan anak-anaknya ke sekolah dan sebagainya seorang diri tanpa bantuan bibik juga! Anaknya yang sulung, sejurus tamat pengajian Diploma mengambil keputusan menjaga ibu, menolak kepentingan sendiri (samada bekerja atau menyambung ijazah). Aduhai, aku tak dapat bayangkan jika aku di tempat mereka, mampukah aku melakukan pengorbanan??

Kebetulan, hari yang sama, sempat pula Pakcik Rasyid dan beberapa lagi geng Kelantan terlibat dengan aktiviti memngacau bubur Asyura. Aku langsung respek pengurusan masa beliau. Sebabnya aku pernah bekerja satu bumbung dengan beliau ketika 5 bulan berkhidmat di KKM suatu ketika dulu. Sempat lagi siapkan bubur Asyura. Dan siap pelawa Papa makan sekali. Memang rezeki Papa, bubur Asyura memang makanan
favourite Papa!

Aku teringat peristiwa kira-kira 4 tahun dulu, aku juga terlibat dalam aktiviti ini di Kelantan. Memang makan masa nak siapkan bubur Asyura ni. (
Perhatian! Bubur Asyura Kelantan sangat lain berbanding Bubur Asyura di luar Kelantan) Ada rempah-ratusnya.. daging yang perlu diempukkan terlebih dahulu, dan hasilnya, bubur Asyura Kelantan warna hitam kerana 'kuali'! Ya! Warna hitam tapi sedap. Belum cuba belum tahu. Adik Ya guna alasan warna hitam sebagai sebab tak mahu jamah bubur Asyura atau bahasa Klatenya, SURO! Darat sengoti! Bubur asyura di tempat lain macam bubur lambuk!

Berbalik cerita ziarah, kami perhatikan keadaan isteri Pakcik Rasyid semakin tenat. Sebelah matanya telah rosak. Memang nampak sengsara. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! Benar~ rasa macam nak menangis, dan sangat kagum dengan ketabahan mereka sekeluarga melalui waktu 'terdesak' sebegini.


Suatu hari nanti, semua orang akan melaluinya. Aku terbayangkan seketika alam perkahwinan yang aku akan memasukinya nanti, pasti situasi sebegini akan dilalui. Perkahwinan bukan sekadar benda manis sahaja. Pahitnya kita akan tempuh jua. Kalau aku sakit, terlantar sebegini, tabahkah isteri aku nanti?? Kalau keadaan sebaliknya, isteri aku pula terlantar sakit, adakah aku cukup kuat berdepan dengan semua benda yang harus terjadi ini??


Bagaimana '
gentle'nya.. lembutnya layanan seorang suami kepada isteri yang memang nampak langsung tak berdaya. 1000 kemungkinan akan berlaku. Apa saja boleh berlaku. Apa saja boleh berubah sekelip mata. Bayangkan hampir setahun berdepan realiti ini.

Aku bayangkan orang yang lebih susah lagi. Sekurang-kurangnya Pakcik Rasyid merupakan kakitangan kerajaan, yang mendapat bantuan kerajaan dari sudut pembiayaan. Bayangkan keadaan ini di hospital swasta. Garu kepala mahu menjelaskan bayaran yang pasti lebih tinggi daripada biasa. Rawatan kemo untuk pesakit kanser ingatkan murah ke? Ingat senang?? Sebab tu aku teringat pesanan Mama, nak kahwin nanti, kalau boleh salah seorang pasangan bekerja dengan kerajaan. Kalau keadaan yang sebegini menimpa kita, sekurang-kurangnya ada 'payung' yang diperlukan ketika hujan.

Aku teringat arwah Tok Ayah, di mana saat-saat terakhir usianya, memang mendapat bantuan kerajaan. Rawatan hemodialisis untuk pesakit diabetis 2 kali seminggu, memang ditampung kerajaan. Terima kasih kepada kerajaan yang sangat prihatin kepada kakitangan awam yang berkhidmat dengannya. Benda yang patut puji kita patut beri pujian dan penghargaan.


Cuba bayangkan orang yang lebih susah?? Miskin. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tak mampu sediakan biaya perubatan. Masya Allah, berat sungguh ujian-Mu. Aku tak tahu bagaimana perasaan mereka, tak dapat nak gambarkan kesusahan mereka. Apa yang berlegar di fikiran mereka? Adakah dunia ini kejam?? Kerana segala-galanya perlukan duit, walaupun duit bukan segalanya.


Inilah detiknya kita berkira dengan diri kita. Hitung amal, dosa kita. Bila-bila masa saja kita boleh sakit, kita boleh mati dan pergi sebegitu saja tanpa petanda yang kuat. Bayangkan kita demam kuat, muhasabahlah diri kita sampai demam kebah. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Demi masa, sesungguhnya manusia itu kerugian~

Thursday, January 14, 2010

AJL 24 berLALU pergi...Realiti vs Indie.


Mungkin agak lambat aku nak ulas, tapi suka hati lah nak ulas bila-bila. Tak sampai 5 hari pun lagi AJL berlalu. Minggu depan ke.. Bulan depan pun boleh, asalkan ianya masih relevan untuk diulas, maka tak perlulah aku beralas lagi. Kesimpulannya satu, AJL23 lebih meninggalkan impak. Harap Maaf! Siaran tergendala buat sementara.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kembali bersiaran. AJL?? Apakah? Anugerah?? Oh.. Anugerah Juara Lagu, untuk komposer dan juga penulis liriknya, tetapi persepsi yang takkan berubah hingga ke hari ini ialah 'penyanyi' juga yang dipandang. Limpahan lampu tetap difokuskan kepada penyanyinya walaupun telah 24 tahun dianjurkan. Tak percaya?? Masihkah tergambar di minda anda, bagaimana wajah Tinta S? Siapakah Sheikh Kalam? Pete Teo macam mana orangnya(mungkin ada yang kenal sebab Pete Teo juga penyanyi yang menang AIM, tetapi masih ramai lagi yang tak kenal kan?). Siapa Intan Azlina yang tampil pada AJL23?

Hal sebaliknya juga yang berlaku. Orang tetap menumpukan perhatian kepada Stacy, Akim, Tomok, Alyah dan lain-lain. Nama-nama seperti Faizal Tahir, Yuna, Aizat,Estranged, Hujan kes berbeza. Lain, sebab mereka sudah sinonim sebagai penyanyi merangkap pencipta lagu ataupun terlibat secara langsung dengan pembikinan lagu.

Justeru, bukan sesuatu yang menghairankan apabila M.Nasir, Yasin, Spider, Met Uncle Hussain, dan Estranged mampu menggondol anugerah Juara Lagu. Tetapi perlu diingatkan, bukan semua komposer berkemampuan menynyikan sendiri lagu ciptaan mereka. Mungkin melodi yang dihasilkan indah, tetapi mereka sedar suara mereka sendiri tak seindah lagu yang tercipta. Begitu juga penulis lirik, tak bermakna lirik yang puitis itu memberi jaminan suara penulis liriknya juga ada bakat menyanyi. Bakatnya hanyalah menulis. Si Tukang Tulis. Motif?? =P

Lebih-lebih lagi orang ramai tetap akan memandang pakej. Yang lelaki perlu ada rupa, kacak, begitu juga wanita mesti cantik, kurus dan menawan. Kalau suara you bagus, sedap, enak dan lunak didengar, syaratnya ialah X-factor. Suara yang tiada dalam pasaran, tetapi itulah kelainan yang dicari dalam pasaran. Susan Boyle telah membuktikannya. Bob AF, Adibah Nor juga membuktikannya.

Tetapi jika kembali kepada asasnya.. bisnes. Perniagaan. Kalau album menang AIM setiap tahun tapi tak laku, apakah maknanya? Inilah dilema sebenarnya. Ceh, aku cakap panjang lebar macam ni macamlah aku terlibat dengan industri muzik kan?? YA! Memang aku tak terlibat, tapi aku sekadar memerhati.

Contohnya, percaya tak muzik juga telah disuntik elemen politik?? Andai sesuatu karya itu cenderung ke arah pembangkang atau berhaluan kiri, maka kebarangkalian dan peluang untuk menang agak tipis. Ya tak?? Kalau sekarang ni karya ala-ala 1Malaysia dihsilkan.. ada unsur CIMB (cina+ india + melayu + bumiputera Sabah, Sarawak), maka karya itu dianggap kena dan selari dengan kehendak kerajaan. Ni bukan aku yang kata, tapi Neves Pretty Ugly yang kata di Fesbuknya.

Orang macam baru nak pandang karya arwah Yasmin sedangkan isu 'bangsa Malaysia' telah 'berkurun lama' dihasilkan dan diperjuangkan beliau. Lebih-lebih lagi selepas pemergiannya yang mengejutkan, maka barulah pengiktirafan diberikan. Orang baru nak hargai apabila telah tiada. Arwah P.Ramlee, Sudirman (cukup dengan 2 contoh sahaja) diberi 'gelaran' setalah mereka pergi.

Baiklah.. itu satu muqaddimah! Cukup ya segmen dan sentimen politik. Jangan lari jauh sangat, tak larat nak kejar. Pada mulanya aku memang mahu menyaksikan AJL Live, sebelum menamatkan zaman bujang bersama-sama geng. Lain kali mungkin dengan isteri (tu pun kalau dia nak pergi tempat macam ni, mana boleh paksa kan). Tapi sayangnya, dua pupu aku yang bekerja sebagai salah seorang tenaga produksi AJL24 tak sempat menyambar tiket yang diedar percuma macam goreng pisang panas.

Apa yang tinggal hanyalah, pas full dress rehearsal! Ya! Walaupun ada sedikit kecewa, tetapi aku kembali ceria. Mungkin ada hikmahnya. Banyak.. aku tak perlu bersesak-sesak nak cari parking, berhimpit-himpit masuk, berebut-rebut tempat duduk. Lepas tu habis rancangan pukul 12, nak bersesak-sesak balik lagi. Esok kan kerja?? Dan yang penting, kalau tak tengok kat TV, macam mana nak tahu rancangan TERGENDALA buat seketika. Hehe~


Aku ada 2 kali pergi. Rehearsal (pakai biasa-biasa) dan full-dress rehearsal. Thank you, E-one! Masa rehearsal juga baru kita tahu, siapa yang konsisten, siapa yang stage fright masa malam final. Black memang layak dapat vokal. Tak dinafikan. Alyah, Stacy best masa rehearsal. Misha juga all out masa full dress rehearsal. Faizal Tahir all out habis masa final. Itulah bezanya.

Dan satu lagi bezanya, full dress rehearsal tiada keputusan dan bunga api. Yang lain semua sebijik. Ada juga baju yang bertukar-tukar tetapi gaya dan gimiknya sama. Faizal Tahir bertongkat macam Dr. House, Black nyanyi dari tepi lepas tu penarinya 'terkinja-kinja', Yuna dengan music-boxnya, Aizat dengan penyanyi latar India dan kanak-kanak sekolah riangnya.

Suatu yang klise kali ini ialah trend "bawa segerombolan memenuhkan pentas". Hujan dengan Raingersnya seramai 150 rang yang nak buat gig, Bunkface menampilkan idola kecil, boleh kata majoritinya guna penari/koir/peminat kecuali Akim dengan props futuristiknya, Hafiz Masih Jelas dan Yuna. pelik juga kenapa Estranged tak sangkut. Kan?

4 penyanyi wanita + 3 band indie + 6 penyanyi lelaki pertandingan realiti, Fiazal,Tomok, Black, Hafiz Akim, Aizat (2 lagu) Yuna kategori Indie walaupun tiada band. Drummer 7-collar t-shirt khabarnya mengiringi Yuna, yang lain cek tak tau naa. Misha Omar paling senior, tapi Misha pun kelahiran realiti Bintang RTM. Konklusinya Realiti versus Indie. Dan pemenang kali ini ialah artis realiti, Aizat.

Bagi aku juara malam itu semestinya milik artis interlud yang buat persembahan. Terbaik sekali gabungan Lan dan Datuk CT melantunkan Lagu Untumu. Search mengembalikan era AJL 90-an. Pop Yeh-yeh walaupun tergendala di TV, tapi masa rehearsal memang best. Jay jay tak pakai afro masa rehearsal tapi suaranya konsisten. Cuma sayangnya, MUH yang menampilkan Hazama & Black sebagai solo 'tak perform' masa final. Rehearsal lagi best. Maka itulah pemenangnya.

Yang penting, masa full dress rehearsal, kami (aku,Wan MS, Rahman & Shah AJ) duduk sebaris di meja juri. Haha. Sehingga meninggalkan impak kepada kerusi juri. Yang lebih penting, kami juga sebaris dengan orang-orang kuat TV3, Datuk Seri Farid Ridzuan pun ada ya. Sangat humble and down-to-earth, Datuk Azhar Borhan pun ada. Kak Shila(Shahila Harun Shah, yang dulu pernah berkhidmat di Astro buat AF) duduk sebelah aku saja. Macam tak percaya tapi itulah hakkatnya. Macam biasa.. telinga ini juga mencuri perbualan mereka, dan aku juga tahu siapa pilihan mereka. Memang tak sama dengan juri ya. Jadi, juri buat kerjalah.

Wan MS, seperti biasa, memerhatikan idolanya Ramli MS buat kerja. Kata Wan, lagu Cinta Adam & Hawa serta Masih Jelas sangat sebijik! Macam malas buat kerja. Hehe. Tiada perubahan susunan/arrangement yang lebih gempak. Takpe, Wan dah mula mendapat tempat di Astro, SB3, mungkin rezekinya suatu hari nanti beraksi.. siapa yang tahu kan??

Pendek kata, hos penyelamat majlis lah. Boleh kata macam tu terutama Faizal Ismail dan Cheryl. Ally berjaya mengurangkan sikap dominan ketika rehearsal dan lebih profesional di malam final. Itu yang aku nampaklah sepanjang 3 kali memerhati. Alaa.. aku perhati pun tak ke mana. Di sini saja. Bukannya ada yang ambik port! Haha.


Tetapi aku tetap akan terus menulis dari hati.. tanpa henti selagi ada ruang bernafas yang diberi oleh-Nya. Mungkin ini saja yang aku tahu dan boleh buat. DAN SEBENARNYA menulis..menjadi misi si tukang tulis. Aku benci untuk meminta itu ini. Aku BENCINTA ringkasannya. Dan suatu hari nanti, kita akan PERGI tak kembali. Itu perkara yang pasti.

Tumpang LALU

Oh, sudah seminggu lebih rupanya aku tidak mengomel di blog sendiri. Masa berLALU begitu pantas sepantas kilat, setajam pedang. Kalau kita tak memotong, kita yang akan dipotong. Tumpang LALU sekejap. Nak gotong-royong menebas sesawang!

Masakan tidak, aku sibuk bekerja siang malam, pagi petang, tetapi hasilnya?? Adakah aku dapat apa yang aku kejar?? Dan tidak tercicir apa yang dikendong?? TEET! Sukar nak jawab soalan ini. Susah untuk dihuraikan sebab musababnya, kenapa dan mengapa??

Bukan semua yang kita inginkan di dunia ini kita akan dapat. Bukan semua yang ingin kita jauhkan daripada hidup kita dapat kita elakkan. Lambat laun kita akan berdepan dengannya juga suatu hari nanti. Tak esok.. lusa. Kalau bukan tahun ni, tahun depan.

Kita ambil contoh, Amir sangat benci mengira. Matematik ni memang lemah nak mamp@$! Habis belajar kelak, Amir seboleh-boleh mahu lari daripada Matematik. Tak minat katanya. Oram putes kato " Cannot go~". Masuk universiti, Amir dapat kos Matematik (Pendidikan). Bukan kosmetik ya! Amir tak sempat belajar lagi cepat-cepat mahu tukar kos. TESL. Nak ngajar "bahasa English" katanya.

4 tahun berlalu, Amir berjaya menjadi guru.
Posting di Labuan (nak juga). Hari pertama lapor diri, Pengetua memberi tugas kepada Amir mengajar 3 subjek. Bahasa Inggeris Tingkatan 1 dan 2, Sains Tingkatan 2, serta MATEMATIK Tingkatan 1! Kena jumpa lagi Matematik?? Wat de... sumpah seranah Amir dalam hati!

Alasan Tuan Pengetua, sebagai lulusan universiti, UIA contohnya kebenyakan graduan berkebolehan mengajar banyak subjek menurut kaca mata dan pengalaman Tuan Pengetua. Perkara ini telah terbukti! Jadi, Amir macam mana?? Perlukah Amir membantah arahan Tuan Pengetua?? Apa perlu Amir buat? Tolonglah Amir..


Ops! Cop! Tweet~ Soalan iklan, kenapa namanya Amir? Amir senior aku kah?? Bukanlah! Contoh sahaja. Baiklah, kita tukar nama jadi Aiman. Aiman tak kisah!

Ini baru satu contoh. Banyak lagi contoh lain. Nak contoh lagi... Arul si kasanova pula memang terkenal sebagai 'player' terbaik punya. Namun, Arul agak selektif dalam memilih pasangan. Mahu gadis berkaki panjang, tetapi tak gedik. Arul berjumpa A, model sambilan.. tapi jenis gedik kaw kaw punya..bila ketawa, mengilai tak ingat dunia. Putus!

Jumpa pulak B, yang comel, kecil molek, dan 'berjurus' (bahasa kelantan untuk baik). Sebab terlalu memilih nak yang 'kaki panjang' maka putus sudah. Jumpa lagi sekali bekas model, C, yang kini tampil bertudung, tetapi gediknya masih melekat, sebati dengan diri...maka putuslah lagi.

Percaya atau tidak, suatu hari nanti, Arul pasti akan ketemu lagi wanita yang mempunyai ciri-ciri yang tak selari dengan citarasanya. Jodoh Arul mungkin gadis yang 'kaki pendek' dan gedik. Suka atau tidak, selagi Arul tak berdepan dengan orang sebegini, makin jauh Arul melarikan diri, maka makin kuatlah orang seperti itu mengejarnya. Arul tak boleh lari. Apa yang Arul perlu buat ialah BERHENTI! Berhenti dan berdepandengan realiti~


Bila harus memilih...terLALU menurut perasaan, maka inilah jadinya. Anda diberi pilihan lagi. Dari rumah anda, ke tempat kerja yang jauh, ada 2 pilihan jalan. Laluan A, yang lebih dekat tetapi sesak dan dikenakan tol. Laluan B, yang sangat jauh, perjalanan lancar, tetapi tidak dikenakan tol pula. Adakah pilihan lain?? Dekat, lancar dan tiada tol?? Tepuk dada, tanya selera.
Namun apakah yang membuka selera anda?? Itulah soal hati...ikut hati mati, ikut rasa binasa. Pulak~

Pening...pening. Masalah tak sudah. Ada sesetengah orang kalau ada masalah, dia akan tidur terperap dalam bilik sehari suntuk, ada yang akan makan tak henti-henti, ada yang suka shopping! Terapi katanya. Masalah itu mematangkan kita. Hidup kita takkan masak dan matang kalau tak berdepan dengan ujian/masalah paling berat dalam hidup. Kita takkan masuk ke dalam syurga sebegitu saja, dengan mudahnya. Itulah janji Allah.

Monday, January 4, 2010

LALU terpegun!

Sambutan tahun baru 2010? Aku tak ke mana.. cuma keluar makan saja. Itu pun hanya makan Char Kuey Tiow. Dapat cuti 3 hari, 2 hari digunakan sepenuhnya dengan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan! Hehe =P


Melangkah ke gerbang perkahwinan. Masih belum memasukinya lagi. Bersedia, dengan segala ilmu yang ada, dan masih banyak lagi yang perlu ditambah. Bersedia dari sudut mental, fizikal, kewangan, dan yang sewaktu dengannya. Faham-faham saja~

Namun, aku masih juga berkesempatan menonton TV. TV je. Bukan tengok wayang. Lama benar tak tengok TV. Waktu senggang yang ada aku guna dengan menonton TV. TV apa? TV Toshiba! Haha. Ya lah.. saluran mana?? TV 2!

TV 2?? Anehkah?? Pelikkah?? Tengok rancangan apa?? Drama? Dokumentari? Bual bicara? Permainan? Sukan? Jawapannya ialah.. drama Melayu! Ya! Aku penonton tegar drama Melayu. Wahai tunanganku di seberang Borneo, bakal suamimu ini penggemar drama-drama Melayu. Terimalah seadanya sayang =)

Itulah hakikatnya. Perkahwinan itu satu pakej. Kita tak boleh ambil yang baik-baik, yang seronok-seronok saja. Pakej. Anda bukan berkahwin dengan pasanagan semata-mata. Anda berkahwin dengan dirinya, dengan kerjayanya, dengan keluarganya, dengan hobi peliknya, dengan sikap buruknya, dengan pantang larangnya. Semua satu pakej! Itulah salah satu perkara yang aku belajar sepanjang Kursus Pra Perkahwinan selama 2 hari.

Motif?? Apa kaitan dengan tajuk?? LALU terpegun! Terpegun dengan apa? Atau terpegun dengan siapa?? TEET~ Aku hanya terpegun dengan kualiti drama Melayu di TV 2! Itu saja. RTM telah mengambil langkah menaiktaraf mutu dan kualiti drama Melayu. Hal ini jelas dan terbukti lewat kebelakangan ini. Sejauh mana kebenarannya?? Anda kena saksikan sendiri. Baru terpesona. Haha

Contoh?? Tak payah contoh. Kasi bukti terus~

Bukti? 2 Januari 2009, jam 10 pagi. Tajuknya ringkas. Minah Karipap! Takde tajuk lain ke? Minah Karipap tajuknya?? Ya lah. Minah Karipah, cerita pasal Aminah yang 'istimewa' sang penggemar karipap. Daripada seorang penggemar karipap yang ada otak lembab, akhirnya Aminah menjadi seorang usahawan karipap yang berjaya.


Klise?? Jalan ceritanya ya. Tetapi bukan lakonannya. Noorkhiriah membawakan watak Aminah dengan berkesan sekali. Memek mukanya, raut wajahnya, bahasa badannya 100% istimewa. Mesej yang disampaikan sangat mendalam. Semudah itukah Aminah berjaya?? Kejayaan datang bergolek dok sebegitusaja?? Aminah pernah putus asa, kecewa lalu memarahi gurunya.

Berkat kesabaran orang sekelilingnya, ibunya, gurunya, dan 'peminat'nya yakni seorang lagi pelajar lelaki lakonan Mohd Fazren yang sebelum ini dikenali dengan watak Dafi Spa Q, maka Aminah teruskan usaha dan berjaya memberikan suntikan inovasi kepada penghasilan karipap! Satu idea yang tak pernah terfikir oleh sesiapapun!

Bukti kedua?? 3 Januari, jam 9.30 malam. Drama bertajuk Januari, skrip dan arahan Bade Hj. Azmi. WOW! Itu saja terucap. Adakah mahu mengulangi kejayaan Erma Fatima, selepas Tersasar dijalan-Mu menang besar Anugerah Skrin baru-baru ini? Aku juga tak ralat menyatakan filem Anak Halal boleh jatuh terduduk-duduk. Mungkin~

Sebabnya, cerita ini, drama ini lebih banyak nilai moral. Banyak pengajaran yang disampaikan. Isu budak-budak SPM, di Kampung Sentosa, KL, yang terlibat dengan gangsterisme. Bergaduh sesama mereka, pukul orang, belasah orang, meragut, mencuri, mengamuk bakar bengkel tanda tak puas hati dengan pemilik bengkel motor itu. Inilah darah orang muda.

Orang Klate kata.. mecok molek! Dalam masa yang sama, ada kisah budak SPM yang gagal ke mana-mana (maknanya tak dapat sambung belajar ke peringkat seterusnya sebab masalah kewangan dan kelayakan akademik) akhirnya berjaya dalam bisnes perniagaan. Terselit juga kisah cinta anak muda yang tak keterlaluan, cinta terhalang dek darjat, dan juga cinta yang mendapat restu walaupun berlainan bangsa dan agama. Siapa kata arwah Yasmin Ahmad sahaja juara bab cerita cinta Melayu-Cina?? Kita pandang dari sudut berbeza.

Lakonan?? Boleh kata majoritinya pelakon baru, dan terdapat 3 orang peserta Pilih Kasih, Afi Yamin, Fiona Bernard dan Ahdan. Terbukti bakat yang dimiliki mereka bertiga. Terserlah wibawanya. Tahniah walaupun anda bukan ada nombor dalam Pilih Kasih. Ke mana Iqbal juaranya??


Dan buat kali pertama, aku nampak bakat Memey Suhaiza,biarpun sebelum ini rasa macam malas nak tengok muka dia. Dah bakatnya menyerlah, kita pujilah! Selaku heroin, air matanya juga sangat bernilai. ditambah dengan muka tanpa secalit mekap selaku budak sekolah lepasan SPM, lakonannya kali ini meninggalkan impak walaupun orang tak nampak hatta sedikit sekalipun. Akuilah hakikatnya.

Pujian harus diberikan kepada 2 muka baru yang membawa watak utama, Aniq dan Taha, lakonan Faiz Fadzil dan Hafizuddin Hamzah. Taha, gengster kampung dibawakan Faiz dengan emosi. Watak budak nakalnya lebih menyerlah. Wah, Zahiril Adzim ada pencabar dah ni =P. Berkesan sekali bakat anak muda ini. Tidak lupa juga Kumar lakonan g.Pathieswaran. Mahu baca sinopsis cerita ini, klik di sini. Kredit untuk Budiey atas foto-foto.


Kalau anda terlepas tetapi mungkin bernasib baik, tunggu saja di youtube. Kot kot ada rezeki dapat tengok balik. Apa lagi produk berkualiti di TV 2?? sekarang ni ada drama bersiri yang masih bersiaran, Seharum Kenanga lakonan Faizal Hussein dan Janet Khoo serta cerita Sanggar Cinta Raudhah, kisah orang tua lakonan Aida Radzwil kahwin dengan orang muda, lakonan Zizan Nin. Tapi bukan cerita Jelatang. Hehe. Tengoklah sementara masih bersiaran di TV2.

Saturday, January 2, 2010

Carta Hangat - 10 Resolusi tahun LALU setelah masuk 2010

Tahun 2009... lebih banyak suram berbanding ceria. Itulah hakikat yang harus ditelan. Inilah resolusinya menaiki darjah kehangatn:

(10) Bola sepak! Kebangkitan bola sepak. Biarpun Liga Super di Malaysia sudah tidak menampilkan pemain-pemain luar, namun kemeriahan Liga Super jelas terasa. Kehangatan menjelma bersama beberapa siri kontroversi yang dicetuskan pasukan Red Warrior. Apa pun yang terjadi, mutu dan kualiti bola sepak negara berada di tahap yang memuaskan (belum boleh dibanggakan lagi) Moga-moga kehadiran 2010 lebih membawa sinar.

(9) Angka 9. SEMBILAN. Sembilan Pilihan raya kecil (PRK) telah diadakan pasca PRU-12. Dari sudut persepsi, rakyat Malaysia semakin matang berpolitik. Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh mendabik dada mengatakan mereka hebat dan satu-satunya alternatif kepada kerajaan Barisan Nasional. Tidak semudah itu BN akan ditumbangkan.

Umpama perlawanan bola sepak, BN mendahului 1-0. tetapi permainan dikuasai PR, banyak percubaan-percubaan menarik dan peluang keemasan yang hadir, tapi sayangnya banyak gol dilepaskan sebegitu saja. Sipi-sipi. Sikit lagi nak gol. Kena tiang. Penjaga gol tepis. Bek halang. PR memang banyak menyerang, tetapi sesekali BN buat counter attack, cuak juga dibuatnya.

(8) Kematian! Setiap yang bernyawa pasti akan mati. kita sendiri tak tahu bila giliran kita pula menyusul. Tahun 2009, beberapa nama terpahat di ingatan setelah ketiadaan mereka. Michael Jackson, yang dikatakan seorang Muslim, Mariam Johari bersama wasiatnya yang menjadi tanda tanya.

Yasmin Ahmad yang pergi secara tiba-tiba (sebelum disahkan meninggal dunia, ada pihak tidak bertanggungjawab 'mengesahkan' kematiannya terlebih awal) dan seterusnya polemik akhbar Kosmo yang hilang etika kewartawanannya mengaibkan si mati, suara Ustaz Asri Ibrahim, ikon nasyid tanahair tidak akan menghiburkan kita lagi sebagai halwa telinga, Teoh Beng Hock yang kematiany menimbulkan misteri, serta Noordin Mat Top, akhirnya mati selepas dikepung dan dibom di Indonesia.


(7)PERAK! Perak juga hangat sepanjang tahun 2009 terutama 6 bulan pertamanya. Sudah tentu isu 'rampasan' kuasa tanpa restu rakyat yang telah bersuara ketika PRU-12! Perak juga telah melahirkan 2 tokoh penting sepanjang tahun 2009. Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar dan juga Kartika Sari Dewi

(6) Fenomena! Bukan fenomena bencana alam. Sebaliknya fenomena seperti ala-ala aura Mawi suatu ketika dulu. Ada dua fenomena sepanjang 2009. Pertama, Upin & Ipin yang mendapat perhatian samada siri animasinya mahupun filemnya, Geng:Pengembaraan Bermula yang mencatat kutipan box-office! Kedua, fenomena apa lagi kalau bukan fenomena Nur Kasih!

(5) INDONESIA! Ya! Indonesia memang hangat sepanjang 2009. Isu konfrontasi bersama tetangga, Malaysia. Banyak isu seperti isu TKI(tenaga kerja Indonesia) yang didera, malah ada yang mati (sebab didera), isu Manohara, lagu Negaraku, dan kemuncaknya, isu Tarian Pendet, Bali. Gara-gara itu, ada segelintir rakyatIndonesia yang menjayakan kempen 'sweeping Malaysia' dan hal ini menakutkan ramai siswa-siswi yang berasal dari Malaysia.

(4) Peringatan tuhan! Tuhan sudah uji, namun ada manusia ingkar! Singkatannya TSUNAMI! Tsunami melanda lagi pada tahun 2009. Kali ini giliran kepualauan Samoa pula. Bermula dari awal tahun, berperang dengan denggi... seterusnya muncul pula Chikugunya, dan kemuncaknya, selsema b4b1, H1N1! Setelah kejadian Tsunami, Indonesia pula dilanda gempa bumi di Padang. Masih ada yang buta matanya???

(3) Ada TIGA kisah cinta TIGA segi sepanjang tahun lalu yang hangat diperkatakan sepanjang tahun. Pertama, Norman-Abby-Memey. Kedua, Akhil Hayy-Maizwati-Waheeda. Dan ketiga, Nora Danish -Rizal-Fasha Sandha.

(2) KELANTAN! Kelantan sangat terkenal sepanjang tahun 2009. Dari kerabat di-rajanya (isu Manohara), Menteri Besarnya, YAB TGNA, pasukan bola bersama penyokong fanatiknya, kejayaan adik Nik Nur Madihah di dalam SPM serta isu Kelantan berjaya mendapat hak royalti minyak. Inilah yang akan dinantikan apa yang telah dijanjikan dan harus dikotakan.

(1) Nombor SATU paling menjadi sepanjang tahun 2009. 1 Malaysia, H1N1, pasukan Lotus F1 (Malaysia) ditubuhkan dan macam-macam lagi. Gagasan 1Malaysia cetusan ilham Perdana Menteri keenam sewaktu diangkat selaku PM Malaysia yang terkini sedikit sebanyak telah berjaya menarik kembali kepercayaan rakyat. Itulah hakikatnya. Terutama sekali pengundi yang berada di atas pagar. Potensi mereka berbalik sangat besar.

Nombor SATU?? Siapa nombor SATU dunia?? Nicol David terus gah di arena Skuasy sehingga gelanggang skuasy di Bukit Jalil diberi nama sempena namanya. Lee Chong Wei juga terus gah berada di ranking pertama dunia. Roger Federer juga telah buat comeback dan merampas kembali kedudukan nombor SATU darpada Rafael Nadal. Jenson Button juga melakar kejayaan di arena F1 selaku johan keseluruhan.

Friday, January 1, 2010

LALU menjadi Lagu Terbaik sepanjang tahun LALU


Aku mahu senaraikan 25 lagu yang terbaik dari kaca mata aku selaku si tukang tulis sepanjang tahun 2009. Kalaulah aku
tokey stesen radio, lagu-lagu ini akan kerap aku mainkan. Kalau aku penerbit album, lagu-lagu ini akan dikompilasikan sebagai album YANG TERBAIK.


Diulangi sekali lagi, 25 lagu PILIHAN HATIKU atas sebab-musabab yang tertentu, samada dari segi melodinya yang indah, liriknya yang puitis dan romantis mahupun kesegaran lagu ini yang diulang putar berulang-ulang kali. Mungkin sesetengah lagu ini akan masih mendapat perhatian pendengar dan penggemar muzik bagi tahun 2010. Terimalah seadanya~


1. Patri - Jinbara
2. Bertamu Di Kalbu - Jaclyn Victor
3. Kalimah Cinta - 6ixth Sense
4. Masih Jelas - Hafiz AF7
5. Tahajud Cinta - Datuk CT
6. Inspirasi Abadi - Ayu
7. Dan Sebenarnya - Yuna
8. Radang Rindu - Ramlah Ram
9. Pendeta - Naizle
10.Permaisuriku - Jay Jay
11.Cinta Pertama - Hattan
12.Pergi - Aizat
13.Akan Tiba - Alif Sattar
14.Salam Aidilfitri Ayah Bonda - Raihan feat. Hujan
15.Mensyukuri Syawal - MUH feat L.Danielle
16.Kelibat Sang Penyair - Azlan & The Typewriter
17.Hingga Hujung Pernafasan Di Langitku - Sofaz
18.Revolusi - Bunkface
19.Mirage - Pesawat
20.Nur Kasih - Yasin
21.Selamat Malam - Faizal Tahir
22.Cinta Ada - Karen Kong, Datuk Sheila Majid, Jaclyn Victor
23.Yang Terbaik - Marsha
24.Drama King - MUH feat. Black
25.Penyembuh Rindu - Mawi & Diana Danielle


p/s : Jangan terkejut pulak kalau 'tiba-tiba' ada lagu-lagu ni terselit jadi finalis AIM ke..APM ke.. hahaha =P

LALU terkenal

Sebelum ni, sebelah mata pun orang tak pandang mereka. Namun, tiba-tiba saja nama-nama ini meledak. Isunya macam-macam. Ada sebab kontroversi, ada sebab pencapaian, ada sebab berbakat, ada yang sudah meninggal baru orang kenal. Kebanyakannya orang tak kenal pun nama-nama ini. Alih-alih tahun tahun 2009 nama ini meletup. Terimalah~

a) Nik Nur Madihah - Anak nelayan berasal dari Kelantan yang mencipta kejayaan SPM tahun 2009. Sekolah YIK (Yayasan Islam Kelantan) berjaya membuka mata dunia.


b) Tiz Zaqyah Razak - Gara-gara Nur Amina, orang turut mengharapkan Tiz juga seperti Nur Amina. Walaupun telah beberapa tahun bergelar pelakon, namun fenomena Nur Kasih yang melanda Malaysia & Singapura telah menaikkan nama Tiz Zaqyah.



c) Kartika Sari Dewi Shukarno - Bekas model sambilan dari Sungai Siput, Perak ini sanggup disebat kerana didapati bersalah minum arak. Namun, sehingga kini, segalanya masih tertangguh.


d) Maizawati - Bekas isteri "ustis" (ustaz+artis) Akhil Hayy ini juga tiba-tiba saja mendapat tempias glamour. Siap ditawarkan menyanyi dan menjadi jurucakap produk.


e) Teoh Beng Hock - Kematiannya mencetus tanda tanya. Misteri yang menyelubungi kematiannya masih belum terlerai. Bedah siasat kali kedua telah dilakukan. Kita nantikan hasil dan keputusannya bagaimana...


f) Susan Boyle - I dreamed a dream. Itulah lagu yang membuka mata dunia. Walaupun tidak berjaya dalam pertandingan Britain's Got Talent. Wanita berusia 48 tahun dan masih bujang, Susan Boyle membuktikan bakat mengatasi segalanya.


g) Jenson Button - Sebelum ini kehadirannya dalam pertandingan lumba kereta F1 tidak diambil peduli. Bukan pencabar utama. Alih-alih, inilah Juaranya yang mengalahkan penyandang Lewis Hamilton. Pelumba British ini dinobatkan selaku juara keseluruhan ketika pertandingan belum tamat kesemua pusingan. Musim depan, Button menjadi rakan sapasukan Hamilton bersama McLaren.


h) Manohara Odelia Pinot - Model dari Indonesia yang berkahwin dengan kerabat Kelantan ini tiba-tiba mendakwa dirinya didera, lalu mahu lari. Lari lah engkau! Lalu kena saman berjuta-juta. Mungkin hasil lakonan sinetron kisah hidupnya itu mampu melunaskan semua saman tersebut agaknya.


i) Mariam Johari - Warga emas yang merantau ke Korea ini telah pergi. Dapat bertemu semula dengan ketiga-tiga anaknya setelah sekian lama terpisah sebelum pergi buat selamanya.


Soal berkaitan wasiat di mana menerusi wasiat tersebut, Mariam mahu mayatnya diebumi mengikut cara orang sebelah sana. Hal ini telah mencetuskan perdebatan hangat. Alhamdulillah, segalanya telah selesai dengan baik.


j)Elizabeth Wong - ADUN Bukit Lanjan ini telah menggemparkan Malaysia terutama negeri Selangor ekoran tersebarnya secara meluas gambar yang mengaibkan itu. Soal privasinya dicerobohi, rumahnya dimasuki oleh orang yang dipercayai, maka bercutilah YB Eli. Setelah tamat cuti, keadaan mula kembali seperti biasa.