Hidup ini..
Pernah kutersesat...
Leka kerna maksiat
Dosa makin likat..
Terus ligat..
Liat!
Hidupku..
Aku yang tentukan
Bukan soal kiri kanan
Biarpun silap jalan
Tersalah haluan
Hairan!
Hidupmu
Aku tak pernah tahu
Dan tak minat nak tahu
Maka tak perlu tahu
Biarpun adakalanya perlu tahu
Tanpa sebab tahu menahu
Agar semua orang tahu
Hidup mereka
Mereka yang reka
Rekaan bukan sebarang cipta
Hak cipta jelas terpelihara
Milik yang Maha Esa
Tak kira hidupku, hidupmu mahupun hidup mereka
Jauh
Nun di sana
Seluas saujana
Pilihan yang ada di depan mata
Boleh merayap, merebak, melata
Mengembara ke ufuk angkasa
Bukan ini jalannya
Terpesong.. tersesat jauh entah ke mana
Mana perginya pegangan agama?
Bukan ini yang sepatutnya
Semenjak kembara bermula
Yang telah terjadi akasnya
Dosa merencatkan..
Membataskan pergerakan
Adakah tersalah pilihan
Perlukah berpatah harapan
Kelak hati yang rawan
Mahu kembali ke pangkal jalan
Sesal tiada kesudahan
Sesat hilang tujuan
Sebal sama impian
Sudahnya kita ada satu jalan
Biarpun dari pepenjuru mana kita mulakan
Kematian!
September 10, 2012 ; 12:43 am
Layankan.. Menjemputmu pulang... dendangan band The Vella!
No comments:
Post a Comment