Hebahan

Tuesday, September 4, 2012

PM Singapura fasih berbahasa Melayu?

Sudah dengar ucapan beliau sempena Hari Raya Aidilfitri?? Satu perkataan saja. Salut & respek. Ucapan yang lancar..tidak tersekat-sekat & nampak keikhlasannya. Bukan mahu puji lebih-lebih cuma rasa ralat sebab selama ini kita dimomokkan bahawa orang Melayu Islam Singapura tertindas.

Agak kontra dengan ucapan PM Lee ini (sampai menggalakkan penambahan ahli keluarga). Ucapan 12 minit memang tak mampu menterjemahkan apa yang berlaku selama 12 tahun di Singapura namun ucapannya cukup meyakinkan bukan? Syabas!

Berapa ramai rakyat Malaysia yang fasih berbahasa kebangsaan, bahasa rasmi Malaysia terutama pak Menteri? Tak kiralah orang Cina ke India hatta orang Melayu sendiri sekalipun...

TT : DS Ir. Nizar fasih 3 bahasa (melayu,cina & tamil)

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment