Adat orang Melayu, kalau orang muda nak jalan ataupun LALU depan orang tua, kena tundukkan badan tanda hormat.Kalau nak LALU halaman rumah orang, terutamanya di kampung-kampung yang sememangnya tak berpagar, kalau malas sangat nak bagi salam yang dituntut itu, paling koman lemparkan senyuman atau angkat tangan tanda kita hormatkan tuan rumah. Tiada salahnya berbudi bahasa. Tak rugi satu sen pun!
Ni tak! Senonong saja melewati kawasan rumah orang. Tanpa rasa bersalah memasuki hak/kawasan orang lain yang bukan haknya. Angkat muka pun tak berani. Boleh jatuh hukum mencuri ni, sebab takrif mencuri dalam Islam ialah mengambil hak orang tanpa kebenaran. Mencuri hukumnya??? Nerakalah jawapannya? Mungkin~
Pernah dengar istilah on the way?? Di kalangan orang kita, istilah ini kerap dijadikan alasan untuk cover line kelewatan atau menutup kelemahan kita yang gagal menguruskan masa dengan baik. Dalam perjalanan?? Dalam perjalanan nak mandi? Dalam perjalanan nak makan? Dalam perjalanan atas keretapi atau dalam perjalanan dan terpaksa menempuh kesesakan ya amat!
Istilah ini juga kerap digunakan bagi mereka yang mengambil langkah berjimat menumpang kereta orang lain. Isy, bagus sebenarnya car-pool ni tapi dengan syarat kena tong tong lah. Takkan yang menumpang tu naik dengan percuma kan? Agak-agak lah kalau nak berjimat. Orang Kelantan kata "kupik" @ stingy. Biar bertempat lah kalau nak berjimat sekalipun kan?
On the way ke rumah si polan, kena lalu rumah si polin dulu. Kira sekali harung. Begitulah gamaknya. Al-kisahnya.. Ceritanya.. Kaedahnya, alang-alang kawan ni nak balik ke rumah dengan kereta kosong, takde orang tumpang, bolehlah nak tumpang sekaki. Singgah sebentar.. seketika cuma. Bukan Singgah Sahur rancangan TV3 setiap kali Ramadhan kelolaan Ally Iskandar ya.
Maka, aku pun ada cerita yang mahu dikongsikan bersama pembaca setia blog ini. Suatu hujung minggu, alang-alang mahu keluar cari kain sekolah baru untuk Adik Ya, kami mahu singgah seketika di Hospital Ampang menziarah orang sakit. Siapakah orangnya?? Jiran tetangga kami. Itulah hak orang Muslim ke atas orang Muslim yang lain. Ada 5 kesemuanya.
“Hak seorang Muslim ke atas seorang Muslim ada lima: menjawab ucapan salamnya, melawatnya ketika sakit, mengiring jenazahnya ke perkuburan, memenuhi jemputan dan mendoakan rahmat (Tasymit) apabila beliau bersin” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim](oh..rindu dengan matan hadith ini, belajar masa form 3/4 tak ingat doh)
Keutamaan lebih diberikan untuk melawat orang sakit berbanding menghadiri majlis perkahwinan. Lebih afdhal. Mengapa? Ada hikmahnya mengapa demikian. Secara kebetulan, rutin seharian aku ketika 'menanam anggur di Fesbuk' suatu ketika dulu ialah menghantar dan mengambil Adik Ya dari sekolah. Kebetulan jalan yang perlu aku lalu ialah depan rumah Encik Rasyid, jiran kami.
Bayangkan kejiranan kami tak mesra alam. Apa yang berlaku di sekeliling kediaman/kejiranan kami takkan diambil peduli oleh sesiapa pun. Sekurang-kurangnya, kawasan kejiranan kami hidup dengan sikap mengambil berat antara satu sama lain biarpun bukan kesemua rumah di lorong itu memberi kerjasama.
Tambahan pula, Pakcik Rasyid orang Kelantan. Sama juga isterinya. Mungkin inilah sikap orang Kelantan. Saling ambil berat dan tahu kisah sesama sendiri. Bayangkan kami sekeluarga telah sekian lama mengetahui isteri Pakcik Rasyid menderita sakit kanser, tetapi masih tak berkesempatan menziarah dan menjenguknya di hospital.
Sejurus tiba di Hospital Ampang, baru kami sekeluarga sedar bahawa isteri Pakcik Rasyid, bernama Rokiah telah hampir setahun terlantar di hospital genap bulan Februari nanti. Rasa bersalah tetap bersarang, walaupun apa jua alasan yang diberikan. Alasan kami, sibuk bekerja. Hujung minggu juga sibuk melayan 'rumah' yang ketiadaan bibik. Kini, apabila Bibik telah kembali (wah, Bibik Nurul sudah kembali awal Disember lalu), baru ada kesempatan, ruang dan peluang keemasan.
Kami membayangkan bagaimana kehidupan Pakcik Rasyid yang mahu menguruskan anak-anaknya ke sekolah dan sebagainya seorang diri tanpa bantuan bibik juga! Anaknya yang sulung, sejurus tamat pengajian Diploma mengambil keputusan menjaga ibu, menolak kepentingan sendiri (samada bekerja atau menyambung ijazah). Aduhai, aku tak dapat bayangkan jika aku di tempat mereka, mampukah aku melakukan pengorbanan??
Kebetulan, hari yang sama, sempat pula Pakcik Rasyid dan beberapa lagi geng Kelantan terlibat dengan aktiviti memngacau bubur Asyura. Aku langsung respek pengurusan masa beliau. Sebabnya aku pernah bekerja satu bumbung dengan beliau ketika 5 bulan berkhidmat di KKM suatu ketika dulu. Sempat lagi siapkan bubur Asyura. Dan siap pelawa Papa makan sekali. Memang rezeki Papa, bubur Asyura memang makanan favourite Papa!
Aku teringat peristiwa kira-kira 4 tahun dulu, aku juga terlibat dalam aktiviti ini di Kelantan. Memang makan masa nak siapkan bubur Asyura ni. (Perhatian! Bubur Asyura Kelantan sangat lain berbanding Bubur Asyura di luar Kelantan) Ada rempah-ratusnya.. daging yang perlu diempukkan terlebih dahulu, dan hasilnya, bubur Asyura Kelantan warna hitam kerana 'kuali'! Ya! Warna hitam tapi sedap. Belum cuba belum tahu. Adik Ya guna alasan warna hitam sebagai sebab tak mahu jamah bubur Asyura atau bahasa Klatenya, SURO! Darat sengoti! Bubur asyura di tempat lain macam bubur lambuk!
Berbalik cerita ziarah, kami perhatikan keadaan isteri Pakcik Rasyid semakin tenat. Sebelah matanya telah rosak. Memang nampak sengsara. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! Benar~ rasa macam nak menangis, dan sangat kagum dengan ketabahan mereka sekeluarga melalui waktu 'terdesak' sebegini.
Suatu hari nanti, semua orang akan melaluinya. Aku terbayangkan seketika alam perkahwinan yang aku akan memasukinya nanti, pasti situasi sebegini akan dilalui. Perkahwinan bukan sekadar benda manis sahaja. Pahitnya kita akan tempuh jua. Kalau aku sakit, terlantar sebegini, tabahkah isteri aku nanti?? Kalau keadaan sebaliknya, isteri aku pula terlantar sakit, adakah aku cukup kuat berdepan dengan semua benda yang harus terjadi ini??
Bagaimana 'gentle'nya.. lembutnya layanan seorang suami kepada isteri yang memang nampak langsung tak berdaya. 1000 kemungkinan akan berlaku. Apa saja boleh berlaku. Apa saja boleh berubah sekelip mata. Bayangkan hampir setahun berdepan realiti ini.
Aku bayangkan orang yang lebih susah lagi. Sekurang-kurangnya Pakcik Rasyid merupakan kakitangan kerajaan, yang mendapat bantuan kerajaan dari sudut pembiayaan. Bayangkan keadaan ini di hospital swasta. Garu kepala mahu menjelaskan bayaran yang pasti lebih tinggi daripada biasa. Rawatan kemo untuk pesakit kanser ingatkan murah ke? Ingat senang?? Sebab tu aku teringat pesanan Mama, nak kahwin nanti, kalau boleh salah seorang pasangan bekerja dengan kerajaan. Kalau keadaan yang sebegini menimpa kita, sekurang-kurangnya ada 'payung' yang diperlukan ketika hujan.
Aku teringat arwah Tok Ayah, di mana saat-saat terakhir usianya, memang mendapat bantuan kerajaan. Rawatan hemodialisis untuk pesakit diabetis 2 kali seminggu, memang ditampung kerajaan. Terima kasih kepada kerajaan yang sangat prihatin kepada kakitangan awam yang berkhidmat dengannya. Benda yang patut puji kita patut beri pujian dan penghargaan.
Cuba bayangkan orang yang lebih susah?? Miskin. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tak mampu sediakan biaya perubatan. Masya Allah, berat sungguh ujian-Mu. Aku tak tahu bagaimana perasaan mereka, tak dapat nak gambarkan kesusahan mereka. Apa yang berlegar di fikiran mereka? Adakah dunia ini kejam?? Kerana segala-galanya perlukan duit, walaupun duit bukan segalanya.
Inilah detiknya kita berkira dengan diri kita. Hitung amal, dosa kita. Bila-bila masa saja kita boleh sakit, kita boleh mati dan pergi sebegitu saja tanpa petanda yang kuat. Bayangkan kita demam kuat, muhasabahlah diri kita sampai demam kebah. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Demi masa, sesungguhnya manusia itu kerugian~
Al-fatihah buat arwah yang telah dijemput ilahi.. kembali ke rahmatullah, 18.01.10
ReplyDelete